30 April 2014

Bantulah Bumi Palestin

Sejak akhir-akhir ni kekejaman Israel, tentera zionis terhadap rakyat Palestin di Gaza semakin tidak terkawal. Sungguh keseluruhan umat Islam ini sedang diuji. Bantulah mereka, bantulah mereka walau hanya dengan sepotong doa. Semoga Allah memberikan kemenangan kepada umat Islam yang ditindas terutama di Bumi Palestin.  
Sila baca sejarah Bumi Palestin di sini. Semoga kita lebih mengenal dan memahami apa yang sedang berlaku di dunia akhir zaman ini. Wallahualam.
Aku tak dapat bayangkan jika hal ini terjadi pada negara kita Malaysia. Mampukah kita menghadapi ujian seberat ini? Melihat gambaran di kejauhan sahaja hati ini sangat pilu dan sayu apabila melihat anak-anak kecil dibunuh sewenang-wenangnya, kediaman dimusnahkan tanpa sebab dan pelbagai lagi kekejaman yang seakan di pandang enteng oleh masyarakat dunia kini. Tidakkah kita sedar tentang  perjuangan di Bumi Palestin?
Bantulah anak-anak ini untuk mempunyai masa depan yang lebih cerah pada masa akan datang. Anak Palestin adalah tanggungjawap kita umat Islam di seluruh dunia. Inilah hakikatnya. Marilah kita sama-sama beri bantuan semampunya kita. InshaaAllah. Jika ingin membantu dari segi kewangan, boleh salurkan bantuan melalui akaun tabung-tabung kebajikan berikut-
 Wahai orang-orang yang beriman, belanjakanlah (di jalan Allah) sebahagian daripada rezeki yang telah Kami berikan kepadamu sebelum datang hari yang pada hari itu tidak ada lagi jual beli dan tidak ada lagi persahabatan yang akrab dan tidak ada lagi syafaat. Dan orang-orang kafir itulah orang-orang yang zalim. 
AlQuran, Surah Albaqarah Ayat254

Semoga sumbangan tanda kasih kita dapat membantu perjuangan di Bumi Palestin dan dapat meringankan beban penderitaan yang ditanggung oleh rakyatnya. Aamin.

Sekian. let me be me

24 April 2014

5 Cara Mudah Untuk Dapatkan Jualan

Pernah tak mencuba menjual produk anda di facebook? Kalau belum atau masih belum berjaya, 5 cara mudah untuk mendapatkan jualan melalui facebook ini mungkin dapat membantu anda
:

1. Berikan tempoh ataupun kuota terhad.
Contohnya, “jualan dibuka selama 3 hari sahaja”, dan “jualan istimewa ini akan ditutup setelah cukup 30 orang pembeli.”

2. Lakukan Follow Up kepada yang telah bertanya / berminat.

Jika kita telah memberi maklumat kepada mereka yang berminat tetapi mereka tidak membuat pembelian, maka lakukan follow up, iaitu menghubungi mereka semula. Tanya mereka, apakah yang boleh kita bantu, atau adakah mereka mempunyai sebarang pertanyaan / kemusykilan, atau ingatkan kembali kepada mereka tarikh tamat jualan.

3. Pastikan mereka yang Like Page anda adalah yang benar-benar “targeted” (berpotensi)

Iaitu sesuai dengan produk yang kita jual. Tiada guna kita mempunyai 10 ribu Likes, tetapi mereka bukanlah individu yang berminat.

4. Buat FB Ads dan target mereka yang sudah Like Page anda sahaja.

Penting untuk kita tahu, post FB Page biasanya akan dilihat oleh sekitar 20% orang yang Like FB Page kita. Jadi untuk memastikan semua ataupun sebahagian besar mereka nampak post jualan kita adalah dengan menggunakan FB Ads.

5. Gunakan gambar produk atau gambar perniagaan yang jelas, menarik dan profesional.
Anda boleh hasilkan sendiri, dapatkan perkhidmatan jurugambar yang pakar, ataupun minta pihak pembekal menyediakannya.

Selamat mencuba.

* Sangat teringin nak menjana pendapatan melalui perniagaan. Dulu pernah cuba tapi gagal. Kena banyak belajar lagi. Help help help !!!!!

Hari Gaji Hari Belanja

Ok, hari ni hari gaji kakitangan perkhidmatan awam. Alhamdullilah, diberi peluang berkerja dan bergaji kerajaan. Sunnguhpun tak banyak tapi ia masih rezeki yang wajib disyukuri. Alhamdulillah. Jadi sekarang masa untuk menguruskan perbelanjaan bulanan.


Berdasarkan pengalaman aku menguruskan kewangan, alhamdulillah Allah cukupkan rezeki aku dan aku mampu untuk menguruskannya tanpa rasa terbeban dan mengeluh tunggu hujung bulan.

                     
Imej kat atas adalah gambaran perbelanjaan bulanan seorang AKU yang masih dok bawah ketiak mak bapak lagi memandangkan hubby kerja di sana dan aku kerja di sini. Kewangan aku selalu dihabiskan pada point yang bertanda kuning tu. Point yang lain hubby yang kisahkan. Sekian. heee-

Nasib aku baik sebab tempat kerja dekat dengan rumah keluarga jadi jimat duit sewa rumah. Aina pun mak yang jaga jadi jimat lagi duit pengasuh. Bagi sumbangan kat mak je bulan-bulan. Alhamdulillah. 

Perbelanjaan korang pula bagaimana? 

Rata-rata artikel yang aku baca tentang pengurusan kewangan bulanan menekankan beberapa perkara seperti berikut,
  • "pay yourself first" maknanya bila dapat gaji terus simpan 5% sama ada melalui akaun simpanan atau akaun pelaburan aset yang mendatangkan pulangan pada diri sendiri. Tak kira la berapa banyak 5% tu janji bulan-bulan kita menyimpan untuk masa depan. Simpan sikit-sikit lama-lama jadi bukit.
  • Pendapatan mesti melebihi perbelanjaan. Perkara ini penting untuk memastikan kita berada di zon selamat sehingga mendapat gaji pada bulan hadapan. Jika nak belanja lebih dari gaji bulanan mestilah menambah pendapatan bulanan dengan menjana pendapatan sampingan.
  • Akhir sekali, "ukur baju di badan sendiri". Jangan terpengaruh dengan 'sales'. Nanti over bajet. hee- Berbelanjalah ikut kemampuan dan status kewangan kita dan elakkan diri memohon pinjaman peribadi di bank. Never ok-
Wallahualam..
.
Sekian.
let me be me

22 April 2014

Solat Sunat Dhuha

Bacaan Solat Sunat Dhuha
Kelebihan Solat Dhuha

Berkata Abu Murrah Ath-Tha’ifi r.a. bahwasanya Nabi s.a.w. telah bersabda : Allah telah berfirman:

“Wahai anak Adam! Bersembahyanglah untuk Aku di awal pagi, niscaya Aku akan mencukupimu di akhirnya.”(Riwayat Ahmad)

Hadis Qudsi ini menganjurkan kita mengerjakan Solat Dhuha yang mana antara faedahnya, Allah Ta’ala memberi jaminan akan melaksanakan segala keperluan-keperluan keduniaan manusia setiap hari.

Antara ibadat sunat yang dianjurkan dan menjadi amalan Rasullullah SAW sendiri ialah solat sunat Dhuha. Banyak hadis-hadis yang mengalakkannya dan menyatakan keutamaannya, antaranya dalam riwayat Abu Hurairah katanya:

“Kekasihku Rasullullah SAW telah berwasiat kepadaku tiga perkara, aku tidak meninggalkannya, iaitu ; supaya aku tidak tidur melainkan setelah mengerjakan witir, dan supaya aku tidak meninggalkan dua rakaat solat Dhuha kerana ia adalah sunat awwabin, dan berpuasa tiga hari daripada tiap-tiap bulan”(Hadis riwayat Al-Bukhari dan Muslim)

Dalam riwayat yang lain Rasullullah SAW pernah bersabda yang maksudnya :

“Pada tiap-tiap pagi lazimkanlah atas tiap-tiap ruas anggota seseorang kamu bersedekah; tiap-tiap tahlil satu sedekah, tiap-tiap takbir satu sedekah, menyuruh berbuat baik satu sedekah, dan cukuplah (sebagai ganti) yang demikian itu dengan mengerjakan dua rakaat solat Dhuha .”(Hadis riwayat Al-Bukhari dan Muslim)

Adapun kelebihan sembahyang Dhuha itu sepertimana di dalam kitab “An-Nurain” sabda Rasullullah SAW yang maksudnya : “Dua rakaat Dhuha menarik rezeki dan menolak kepapaan."

Dalam satu riwayat yang lain Rasulullah SAW bersabda yang maksudnya : “Barangsiapa yang menjaga sembahyang Dhuhanya nescaya diampuni Allah baginya akan segala dosanya walaupun seperti buih dilautan.”(Riwayat Ibnu Majah dan At-Tirmidzi)

Dan daripada Anas bin Malik Radhiallahu ‘anhu berkata: “Aku mendengar Rasulullah SAW berkata: “Barangsiapa yang mengerjakan sembahyang sunat Dhuha dua belas rakaat dibina akan Allah baginya sebuah mahligai daripada emas”(Riwayat Ibnu Majah dan Tirmidzi)

Waktu sembahyang Dhuha ialah dari naik matahari sampai se-penggalah dan berakhir di waktu matahari tergelincir tetapi disunatkan dita’khirkan sehingga matahari naik tinggi dan panas terik.

Cara menunaikannya pula adalah sama seperti sembahyang-sembahyang sunat yang lain iaitu dua rakaat satu salam. Boleh juga dikerjakan empat rakaat, enam rakaat dan lapan rakaat. Menurut sebahagian ulama jumlah rakaatnya tidak terbatas dan tidak ada dalil yang membatasi jumlah rakaat secara tertentu, sebagaimana sebuah hadis yang diriwayatkan oleh ‘Aisyah bermaksud :”Adalah Nabi SAW bersembahyang Dhuha empat rakaat dan menambahnya seberapa yang dikehedakinya.” (Hadis riwayat Ahmad, Muslim dan Ibnu Majah)

Dalam sebuah hadis yang lain Nabi SAW bersabda bermaksud : ” Barangsiapa yang menunaikan sembahyang sunat Dhuha sebanyak dua rakaat tidak ditulis dia daripada orang-orang yang lalai daripada mengingati Allah dan barangsiapa yang menunaikan nya sebanyak empat rakaat ditulis akan dia daripada orang-orang yang suka beribadat dan barangsiapa yang menunaikannya sebanyak enam rakaat dicukupkan baginya pada hari tersebut, barangsiapa menunaikanyan sebanyak lapan rakaat Allah menulis baginya daripada orang-orang yang selalu berbuat taat, barang siapa yang menunaikannya sebanyak dua belas rakaat Allah akan membina baginya mahligai didalam syurga dan tidak ada satu hari dan malam melainkan Allah mempunyai pemberian dan sedekah kepada hamba-hambaNya dan Allah tidak mengurniakan kepada seseorang daripada hamba-hambaNya yang lebih baik daripada petunjuk supaya sentiasa mengingatiNya,” (Riwayat At-Thabarani ).

Sumber : Islam To You

Sekian.
let me be me

21 April 2014

Senaman Perut

Lately, sangat ketara kebuncitan perut ni. Jadi mulalah kelam kabut cari solutionnya. Sejak anak dara pun dah buncit tapi tak la ketara macam ni dan masih ada masa ke gym, jogging, hiking dan seangkatannya. Orang dah biasa aktif dengan riadah dan bila dah lama tak buat rasa something wrong somewhere. Tiba hari cuti, melekat dengan Cik Aina jadi kelaut lah semua aktiviti riadahku. Googling je cari solution, found out this image. Sumber goole dari web page Cikgu Fitness Kevin Zahri.

Macam best je kalau dapat join kelas Cikgu Kevin ni kan. InshaaAllah akan diusulkan kepada hubby. heee- 

Berikut apa yang aku tengah usahakan. Jangan hangat-hangat taihi ayam sudah. haaa- Senaman mudah kat dalam bilik pun boleh workout. Buat sekali last Saturday, pecah peluh mak nak. Penat dan sakit badan. hooo..Nampak sangat dah lama tak buat. Rasanya bagus buat kat open air lepas jonging seround dua dari terus jump to circut routine kot. haa, Mak dah salah teknik. hee- Takpe, ini baru permulaan. Lepas ni kena cuba cari masa buat kat Lake Valley ke, Taman Tasik Sri Permaisuri ke, Tasik Perdana ke.. huhuhu.. Ada hubby lagi best. Hubby memang otai bab macam riadah ni.Tak terikut kalau join hubby workout.



Setelah penat dan sakit satu badan ni, nampak juga la hasilnya. Jaga makan macam biasalah lepas ni. Semoga berjaya mengempiskan perut. hee-

Sekian.
let me be me

18 April 2014

Kursus Latihan Kebakaran

Semalam seharian hadap Kursus Kebakaran di auditorium. Menarik, ngeri dan blur. haaa- Yang menariknya ada sesi `Table Top'. Senario kejadian kebakaran direka oleh penganjur dan peserta kursus yang terpilih diberi peluang untuk menjalankan pelan tindakan kebakaran berdasarkan tindakan/pengetahuan mereka. Aktiviti itu dijalankan selepas selesai sesi ceramah oleh Pengerusi Pasukan Penyelamat Hospital, Dr. Ridzuan dari Jabatan Kecemasan, Hospital Ampang dan Penasihat Tetap Keselamatan Hospital, En. Khairul dari Jabatan Bomba, Pandan Indah. 

Kursus yang dianjurkan oleh Jabatan Kecemasan, Hospital Ampang ini mempunyai beberapa objektif seperti berikut;
  1. Menyediakan program kesedaran mengenai langkah-langkah keselamatan bagi kebakaran di Hospital Ampang selaras dengan Program Kualiti Akreditasi dan ISO.
  2. Membentuk pasukan pencegahan kebakaran yang terdiri dari kakitangan Hospital Ampang dalam bersiap sedia menghadapi sebarang kemungkinan bencana dalaman.
  3. Menyelaraskan latihan kebakaran dari semasa ke semasa di Hospital Ampang
  4. Mengenalpasti dan memperbaiki kelemahan pada pelan Hospital Ampang yang sedia ada.
Peserta di Table Top melibatkan anggota klinikal, pengurusan dan sokongan seperti keselamatan dan RadiCare
Pelan Tindakan Kebakaran dan Bencana Hospital Ampang.

hasil perbincangan di Table Top

Best sangat dapat peluang join kursus ni. Penyampaian penceramah, Dr. Ridzuan dan En. Khairul sangat mencuit hati dan baik. Rasanya aku dah dapat adapt dengan pelan tindakan hospital. Tak lagi blur macam sebelum ni. Bayangkan jika berlaku kebakaran di hospital, bagaimana dengan pesakit? Bagaimana kita hendak bertindak? Inilah yang diberi penekanan sekiranya kejadian sedemikian berlaku. Selain sesi table top, sesi pemadam api juga diadakan untuk memupuk keberaniaan peserta berhadapan dengan api dan menunjukkan cara memadam api dengan betul. 


Terima kasih kepada penganjur. Dimaklumkan juga kursus ini akan kerap diadakan di hospital agar semua anggota Hospital Ampang ambil maklum mengenai Pelan Tindakan Kebakaran dan Bencana ini.

Nombor kecemasan yang penting di sekitar Ampang-
Bomba Pandan Indah : 03-92746253
Polis Ampang Jaya : 03-42524866

Sekian.
let me be me

17 April 2014

Perli. Perlu ke?

Tajuk ni punca dari hubby. Malam tadi berborak dengan hubby cakap pasal cita-cita dia dalam kerjaya sekarang. Dia nak capai certain level sebelum bersara. Ok, aku menyokong penuh. Yela, at the end aku tumpang senang juga kan. Alhamdulillah sejuk hati dengar hubby cakap macam tu. hee~ Aku pun nak juga capai something dalam kerjaya aku kan. InshaaAllah.

Back to our topic, 
Perli, perlu ke?

Ikut aku, jenis straight foward. Tak puas hati, sembur je. Tengok keadaan juga la. Antara sembur dengan telan je. Nak perli-perli orang memang tak pandai. Bajet nak perli mesti tersasar. Kadang orang yang nak diperli tu tak faham pun. haaa- Boleh dikatakan satu kelemahan juga kot sebab bila main sembur je mesti akan buat orang tak senang dengan kita.

Kadang-kadang rasa tak puas hati akan timbul bila orang ambil kesempatan terhadap kebaikan, kelebihan, kecekapan kita dalam melaksanakan sesuatu tugas. Kalau jadi hal yang macam ni hubby nasihatkan perli dalam ketawa. Macam mana tu? Best bila hubby cerita pengalaman dia perli rakan sekerja dan bosnya. Bukan hubby berkira nak buat kerja tapi dalam satu organisasi apabila seorang pekerja menonjol maka kebarangkalian dia akan dipergunakan oleh orang di sekelilingnya adalah tinggi. Jadi hubby kata slow and steady je.

Contoh, Ali cekap menggunakan komputer, maka setiap kerja berkaitan penggunaan komputer akan diserahkan kepada Ali walaupun hakikatnya kerja itu bukan di bawah tanggungjawab Ali. So kesian Ali kan. Kerja hakiki sendiri pun tak menang tangan nak cover, ditambah lagi beban kerja orang lain. Kesian. Kat sini perli dalam ketawa tu boleh mainkan peranan. Macam cakap kat bos, " kalau macam ni kerja sampai pencen pun takpa, kerja semua serah kat orang. hehehehe~"

Contoh lain----
ok, makan dalam tak. hahaha

Perlu ke tak perlu untuk memerli adalah atas diri sendiri. Kalau pandai tegur cakap baik-baik dan yakin orang itu boleh terima teguran dengan hati terbuka, ye silakan. Tapi kalau tak boleh terima teguran dengan cara tu, maka boleh try teknik memerli dalm ketawa ni. haaa- Yang penting kat sini, teguran itu biar berhemah. Jangan sampai rosakkan ukhwah yang terbina. Nak kerja lama lagi. Jadi jangan buat pasal dan cari pasal. Jaga-jaga ada yang memerhati, Yang Maha Esa.

Sekian.
let me be me

16 April 2014

Doa Isteri Solehah Buat Suami Tercinta

Jom kongsikan..

Ya Allah..
Kau ampunilah dosa ku yang telah kuperbuat
Kau limpahkanlah aku dengan kesabaran yang tiada terbatas
Kau berikanlah aku kekuatan mental
Kau kurniakanlah aku dengan sifat keredhan
Kau peliharalah lidahku dari kata-kata nista
Kau kuatkanlah semangatku menempuhi segala cabaran Mu
Kau berikanlah aku sifat kasih sesama insan

Ya Allah…
Sekiranya suamiku ini adalah pilihan Mu di Arash
Berilah aku kekuatan dan keyakinan untuk terus bersamanya
Sekiranya suamiku ini adalah suami yang akan membimbing tanganku dititianMu
Kurniakanlah aku sifat kasih dan redha atas segala perbuatannya
Sekiranya suami ku ini adalah bidadara untuk ku di Jannah Mu
Limpahkanlah aku dengan sifat tunduk dan tawaduk akan segala perintahnya
Sekiranya suami ku ini adalah yang terbaik untukku di Dunia Mu
Peliharalah tingkah laku serta kata-kataku dari menyakiti perasaannya
Sekiranya suami ku ini jodoh yang dirahmati oleh Mu
Berilah aku kesabaran untuk menghadapi segala kerenah dan ragamnya

Tetapi ya Allah…Sekiranya suami ku ini ditakdirkan bukan untuk diriku seorang
Kau tunjukkanlah aku jalan yang terbaik untuk aku harungi segala dugaanMu
Sekiranya suami ku tergoda dengan keindahan dunia Mu
Limpahkanlah aku kesabaran untuk terus membimbingnya
Sekiranya suamiku tunduk terhadap nafsu yang melalaikan
Kurniakanlah aku kekuatan Mu untuk aku memperbetulkan keadaanya
Sekiranya suamiku menyintai kesesatan
Kau pandulah aku untuk menarik dirinya keluar dari terus terlena

Ya Allah…Kau yang Maha Mengetahui apa yangterbaik untukku
Kau juga yang Maha Mengampuni segala kesilapan dan keterlanjuranku
Sekiranya aku tersilap berbuat keputusanBimbinglah aku ke jalan yang Engkau redhai
Sekiranya aku lalai dalam tanggungjawabku sebagai isteri
Kau hukumlah aku didunia tetapi bukan diakhirat Mu
Sekiranya aku engkar dan derhaka
Berikanlah aku petunjuk kearah rahmatMu

Ya Allah…Sesungguhnya aku lemah tanpa petunjukMu
Aku buta tanpa bimbingan Mu Aku cacat tanpa hidayah Mu
Aku hina tanpa Rahmat Mu

Ya Allah…Kuatkan hati dan semangatku
Tabahkan aku menghadapi segala cubaanMu
Jadikanlah aku isteri yang disenangi suami
Bukakanlah hatiku untuk menghayati agama Mu
Bimbinglah aku menjadi isteri Solehah
Hanya pada Mu,

Ya Allah…
Ku pohon segala harapan
Kerana aku pasrah dengan dugaan Mu
Kerana aku sedar hinanya aku
Kerana aku insan lemah yang kerap keliru
Kerana aku leka dengan keindahan duniaMu
Kerana kurang kesabaran ku menghadapi cabaran Mu
Kerana pendek akal ku mengharungi ujian Mu

Ya Allah Tuhanku…….
Aku hanya ingin menjadi isteri yang dirahmati
Isteri yang dikasihi
Isteri yang solehah
Isteri yang sentiasa dihati
Amin, Ya Rabbi Allamin…….

Sumber : facebook

Sekian.
let me be me

14 April 2014

Keluarga R.O.T.H.S.C.H.I.L.D

Siapa Rothschild?

Keluarga Rothschild dari apa yang aku faham melalui pembacaan di media massa ialah sebuah keluarga berbangsa Yahudi yang menguasai ekonomi dunia zaman sekarang. Banyak bank-bank dunia di bawah pengaruhnya. Lagi, keluarga ni penyumbang terbesar kepada tertubuhnya negara Israel. Mereka juga ahli illuminati. Banyak lagi pengaruh Rothschild dalam dunia antarabangsa.

klik untuk besarkan imej
Ada yang mengaitkan keluarga Rothschild sebagai sekutu Dajjal. Siap ada buku yang diterbitkan khas untuk mengupas konspirasi antara Dajjal dan keluarga misteri ini. Menarik kan. Seram tu wajib la. Kalau berminat nak beli cuba dealing dengan Syarikat Adam. Kat kedai buku biasa tak pasti la ada ke tak buku ni, nanti nak try usha tengok Macam best je kan buku-buku gini. Buat mata terbeliak sat baca. Antara teori dan realiti, lu pikir lah sendiri. 


Err..
Lately selalu tergoogle tentang fitnah dajjal ni. Seram ok. Rasa dunia ni tak lama dah nak kiamat. Bersediakah aku menghadapinya? Bersediakah kita menghadapinya? Astaghfirullahalazim. Takut dengan fitnah Dajjal, amalkan baca doa ni ye.


Berbalik daripada kisah keluarga Rothschild, mula-mula tadi google tentang Nabi Khidir je tapi macam mana ntah boleh terbaca tentang Rothschild ni kat blog Before It's News. Artikel tu pula ada kaitan dengan MH370. Macam ada kebenaran je dalam berita tu. Wallahualam. Baca jela sebagai pengetahuan. Tak rugi tak untung. Apa pun, semoga bermanfaat.

Sekian.
let me be me

10 April 2014

Baby's First Step

My Daughter, Nur Aina Nasuha 10bulan
Subhanallah.. Alhamdulillah.. Allaahuakbar..

Si Aina dah membuka langkahnya. Kini telah melangkah dengan lebih jauh. Hebat anak ibu. She walked at 10months. Alhamdulillah. Aku tolong happy untuk hubby juga. Kesian hubby tak dapat tengok sendiri anaknya melangkah. Ujian pjj. Nevermind, sooner or later he will see with his own eyes. InshaaAllah. So no worries ibu. Hee

Lepas ni makin ligat la Aina buat kerja rumah tolong neneknye. Kesian mak, Angah rasa bersalah pula. Bukannya tak nak hantar kat pengasuh tapi mak yang tak bagi hantar keluar Si Aina ni. Sayang cucu katanya. Alhamdulillah masih punya ibu yang boleh bantu jaga Aina. Kurang kerisauan aku tinggalkan Aina while working out. Semoga mak sihat, panjang umur dan dilimpahi rezeki dan rahmat dalam kehidupan. You are the best mother ever. I love you. Thank you Mak!!!

03 April 2014

Kewajipan Menutup Aurat


Semoga kita sama-sama berubah ke arah yang lebih baik. Mohon Allah swt, beri petunjuk dan permudahkan jalan ke arah kebaikan ini. Aamiin. 

Jom baca dialog perdebatan ustaz dan gadis liberal ini. Semoga kita dapat ilmu daripadanya. InshaaAllah.

Gadis Liberal :
“Salam ustaz…..sorry for disturbing you…I just want to ask something from you…!!”

Ustaz :
“Ok silakan……what you want to know…”

Gadis Liberal :
“Ustaz it is true……perempuan tak menutup aurat ni jahat….?

Ustaz :
“Hmmm kalau mengikut hukum tak menutup aurat tu….memang jahat la kerana tak patuh perintah Allah.!!

Gadis Liberal :
“No no no ustaz you ‘re really wrong……pakaian tak melambangkan perangai dan tingkahlaku….kalau ustaz nak tahu….ramai wanita yang pakai tudung labuh nampak aje sopan…tetapi sebenarnya mereka nilah yang berperangai jahat…mereka hanya berselindung di sebalik tudung mereka…. Tu hipokrit namanya ustaz…..”

Ustaz :
“Sekurang –kurang nya mereka menutup aurat….dosa tidak menutup aurat adalah termasuk di dalam dosa besar kerana perbuatan mendedahkan aurat itu akan membuka pintu kepada zina”

Gadis Liberal :
“Ha ha ha ha ……I don’t think like that ustaz………..sebenarnya..masalah zina…rogol..sumbang mahram…..dan sebagainya yang melibatkan kerosakan akhlak kaum wanita adalah berpunca dari lelaki yang jahat dan bernafsu buas…..bukan sebab kami berpakaian tidak bertudung dan berpurdah.!!!”

“Ustaz pun tahu kan….orang lelaki ni…alim macam mana pun tapi bila tengok orang pompuan…..tercabut serban mereka……ha ha ha ha…”

Ustaz :
“Hai….macam perli saya aje ni….?”

Gadis Liberal :
“Ha ha ha ha….ustaz tak termasuk la…..saya percaya ustaz….. kalau tak saya takkan tanya soalan ni…….ha ha ha ha……!!”

Ustaz :
“Islam mengatakan….Fitnah yang membuka pintu zina itu adalah banyaknya berpunca dari wanita yang tidak menutup aurat dan menjaga kehormatan mereka”

Gadis Liberal :
“Habis tu ustaz…salah orang perempuan lah ye kalau…..orang perempuan diperdaya..dirogol…diragut kesuciannya oleh seorang lelaki playboy….?”

Ustaz :
“Bukan itu maksud saya…….apa yang saya nak katakana ialah…orang perempuan sekiranya tidak mendedahkan diri dengan penyebab yang menyebabkan lelaki cenderung untuk melakukan perbuatan yang jahat…maka selamatlah dirinya..dari sebarang ancaman dan gangguan seksual.”….

“Perbuatan membuka aurat itu bukankah menarik ghairah lelaki untuk melakukan sesuatu yang tak senonoh kepada seorang perempuan?” Hilangnya sifat malu seorang perempuan menyebabkan dirinya bercampur gaul dengan lelaki yang bukan mahram….menyebab terjadinya perbuatan berjumpa…berdating…berdua-duaan …..sehingga pihak yang ketiganya adalah syaitan…lalu syaitan pun membisikkan bisikan syahwat menyebabkan berlakunya perbuatan zina antara dua pasangan sejoli…!!”

Gadis Liberal :
“Alah ustaz …itu sebab orang lelaki lah yang mulakan dulu……orang perempuan ni insan yang lemah terpaksa mengikut kehendak lelaki”

Ustaz :
“Hmmmm…itulah yang tak betul tu…..seorang wanita yang baik….mestilah tegas menjaga maruah dan kehormatan dirinya…..Allah menjadikan wanita ini dari tulang rusuk Nabi Allah Adam a.s untuk hidup mulia sebagai seorang isteri yang mempunyai tugas yang mulia iaitu sebagai peneman suami dan sebagai insan yang berkongsi suka duka bersama suami..setia berkhidmat untuk suami dengan perasaan kasih sayang yang dibina atas dasar cinta…melalui perkahwinan yang sah”

“Bukanlah kasih sayang namanya jika seorang wanita membiarkan dirinya menjadi tempat memuaskan nafsu..lelaki yang jahat….bukan cinta namanya…apabila seorang wanita membiarkan maruahnya dimusnahkan……bukanlah bahagia namanya apabila seorang wanita bersama dengn lelaki tanpa ikatan yang sah.”

Gadis Liberal :
“Ok…ok….ustaz menang……Cuma saya nak ulangi balik ustaz pendapat saya tadi……perempuan yang bertudung pun bukannya baik sangat….ada diantara mereka ni ustaz yang lebih teruk akhlaknya daripada kami yang tidak bertudung ni….?”

Ustaz :

“Ha ha ha….janganlah disalahkan tudung jika akhlak seseorang itu buruk…..!!!….menutup aurat itu perintah Allah…sama ada manusia itu baik atau jahat…kan itu perintah Allah…kita tak boleh pertikaikan……!!”

“Jika akhlak seseorang itu jahat…..maka dia akan dikira dosanya mengikut akhlaknya yang jahat….tetapi jika dia tidak memakai tudung menutup aurat…..maka dosanya akan bertambah lagi…janganlah kita melakukan satu dosa…kemudian kita tambah lagi dosa…akibatnya derita kita di akhirat..lama kita diazab di dalam neraka…..!!”

Gadis Liberal :
“Baiklah ustaz…mungkin tak faham maksud saya…….beginilah saya buat contoh supaya ustaz mudah faham……ada seorang wanita yang tidak menutup aurat…tetapi dia baik..rajin..pemurah ..penyayang…hormat ibubapa…..suka menolong orang…dan ada pula seorang perempuan yang bertudung…tapi jahat…suka mencaci mengata orang…..sombong…pentingkan diri sendiri…kedekut…suka cari gaduh….yang mana lebih baik ustaz……?”

Ustaz :
“Saya faham maksud awak…..oklah….tentang perempuan tidak bertudung walaupun dia..baik…buat amalan baik….pemurah…menolong orang…sememangnya dia akan mendapat pahala dengan amalan baik yang dilakukan….tetapi ingat…Nabi saw pernah menerangkan di dalam satu riwayat….bahawa diakhirat nanti apabila kita dihadapkan di hadapan Allah swt…kita akan ditanya..tentang dosa dan pahala….jika ada dosa yang kita lakukan…maka pahala kita akan dipotong….jika kita banyak melakukan amalan baik sekalipun…tetapi jika tidak menutup aurat….pahala kita akan dipotong mengikut lama mana kita mendedahkan aurat ketika di dunia ini semasa kita hidup….sehingga tiada lagi pahala yang nak dipotong..kita tanggung pula dosa orang yang rosak matanya..akhlaknya…disebabkan oleh kita yang membuka aurat….sehingga kita menjadi manusia yang paling muflis di akhirat lalu dicampakkan kita ke dalam neraka.”

“Adapun perempuan yang bertudung…dia terlepas dari dosa mendedahkan aurat…. Dan jika dia melakukan dosa yang lain…yakni seperti mencaci..mengata…sombong..dan sebagainya…maka itu dosa lain yang dia kena memohon dari Allah keampunan …agar tidak di azab diakhirat….sekiranya tidak dia akan diazab mengikut dosa yang dilakukan…..cumanya tempoh diazab itu tidaklah selama tempoh azab dosa orang yang mendedahkan aurat..kerana tempoh tinggal di neraka disebabkan oleh dosa buka aurat ni… lama sangat.”

Gadis Liberal :
“Oh ye ke ustaz…..maaflah ustaz… saya tak pandai agama……saya cuma dengar orang bercerita…dan ada kawan-kawan saya yang menggelarkan diri mereka “ the liberal gurlz”……yang menyatakan…kalau tak boleh buang sifat-sifat……jahat dalam diri…tak guna pakai tudung labuh……munafik namanya tu……tunggulah sehingga kita benar-benar dah bersedia dan menjadi benar-benar baik….barulah kita pakai tudung tutup aurat…..”

Ustaz :
“Ha ha ha ha ha bila la agaknya tu ….baru awak jadi benar-benar baik…..bila dah masuk kubur….?”
“Satu perkara yang mesti kita ingat…dan perbetulkan persepsi kita…..berubah jadi baik dan bertaubat adalah perkara yang tak boleh ditangguh-tangguh…….berubah dan bertaubat mesti dilakukan serta merta …kerana jika kita tangguh dan tunggu dulu…..maka dikhuatiri kita tidak sempat..bertaubat dan berubah…kerana ajal maut itu tidak kita tahu bila tibanya….apakah kita boleh menjamin umur kita panjang?apakah kita boleh hidup sehingga ke detik masa kita bertaubat dan berubah……”please don’t make your life as a gambling game”jangan perjudikan hidup awak dengan hanya bersandarkan harapan yang tak pasti…..” Jika kita menyatakan kita kena tunggu sehingga dah benar-benar baik dan bersedia baru kita pakai tudung menutup aurat……maka adakah umur kita sepanjang itu untuk sampai ke detik itu????? Jika kita dimatikan Allah bagaimana?”

“Samalah macam awak tidak mahu kahwin hanya kerana awak nak tunggu calon suami yang benar-benar perfect..hensem….macho…hmmm sampai ke tua la tak kahwin jawabnya”

Gadis Liberal :
“Hu huh u ustaz…gerun saya dengar penerangan ustaz ni…..barulah saya faham……..saya ingat apa yang dikatakn oleh kawan-kawan saya tu betul…rupa-rupanya sesat larat kita dibuatnya……!! Terima kasih ustaz…barulah saya faham….dan insyaallah saya akan berubah ….cumanya mungkin ambil masa juga ustaz….maklumlah bukan senang kita nak mulakan perubahan dan benda baru ni…..kawan-kawan saya “The liberal gurlz” pasti terkejut dan mentertawakan saya bila saya berubah memakai tudung…..aduihhhh susahnya ustaz…kalau diorang kutuk saya…mau menangis saya nanti…..”

Ustaz :
“Biarlah kita menangis di dunia ini kerana mentaati perintah Allah dari kita menangis di akhirat kerana di azab akibat mengingkari perintah Allah”

Gadis Liberal :
“Isk…Isk…..Isk…ye lah ustaz…terima kasih….terima kasih…….saya rasa insaf sangat…..terima kasih ustaz…..semoga Allah mengampunkan dosa saya…..”

Ustaz :
“Insyaallah semoga Allah berikan awak kekuatan dan berubah dari yang baik kepada yang lebih baik……..saya akan doakan…..!!”
 



Sekian.
let me be me

Thank You Allah

Hujung bulan Mac aku dapat berita baik dari SPA. Alhamdulillah dapat pelarasan gaji permulaan dengan mengambil kira perkhidmatan yang lepas. Walaupun pergerakkan gaji tu tak banyak mana tapi masih disyukuri sebab aku tak jangka permohonan tu akan diluluskan memandangkan permohonan yang aku hantar tu tak lengkap mana pun. Tapi jika dah rezeki dan takdirNya dapat juga la rezeki ni ke aku. Alhamdulillah. Thank you Allah. Masa mula-mula nak buat permohonan ada orang kata aku tak boleh buat permohonan tu sebab dokumen tak cukup, tak da laporan penilaian prestasi tahunan (lnpt), tak da laporan kewangan tahunan masa kerja lama dan macam-macam lagi la. Tapi bagi aku tu semua kerja Allah, aku tak putus asa ok. teruskan juga dengan hantar permohonan. Kalau tak dapat aku anggap tak da rezeki je dan aku tak menyesal sebab aku dah cuba dulu. Biar gagal setelah mencuba daripada gagal ssebelum mencuba. Alhamdulillah usaha, doa dan tawakal ku padaNya tak sia-sia. Happy!!!

*Kalau kawan-kawan nak buat penetapan gaji permulaan juga, boleh go through FAQ dan guidelines dari SPA ni.

Penetapan Gaji Permulaan   
         
1.     Bolehkah seseorang pegawai yang sedang berkhidmat dan dilantik ke dalam skim perkhidmatan yang lain memohon untuk penetapan gaji permulaan, jika gaji yang diterima dalam skim perkhidmatan yang baru didapati kurang daripada gaji dalam jawatan terdahulu?
Boleh, namun begitu ianya tertakluk kepada pertimbangan dan kelulusan daripada Suruhanjaya Perkhidmatan Awam. Bagi permohonan pegawai yang sedang berkhidmat di sektor awam, penetapan gaji permulaan adalah tertakluk kepada Peraturan 25(7), Peraturan-peraturan Pegawai Awam (Pelantikan, Kenaikan Pangkat Dan Penamatan Perkhidmatan) 2012 [P.U.(A) 1/2012] dan Pekeliling Perkhidmatan Bil. 2 Tahun 2013 - Penambahbaikan Jadual Gaji Minimum - Maksimum Bagi Pegawai Perkhidmatan Awam Persekutuan Di Bawah Sistem Saraan Malaysia (http://docs.jpa.gov.my/docs/pp/2013/pp022013a.pdf).          
         

2.     Bolehkah seseorang pegawai yang mempunyai pengalaman sebelum dilantik ke jawatan tetap perkhidmatan awam, memohon untuk penetapan gaji permulaan dan peraturan apakah yang diguna pakai?
Boleh. Bagi permohonan pegawai yang mempunyai pengalaman relevan di sektor awam dan swasta, penetapan gaji permulaan adalah tertakluk kepada Peraturan Peraturan 25(2), Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Pelantikan, Kenaikan Pangkat Dan Penamatan Perkhidmatan) 2012 [P.U.(A) 1/2012] dan Pekeliling Perkhidmatan Bil. 2 Tahun 2013 - Penambahbaikan Jadual Gaji Minimum - Maksimum Bagi Pegawai Perkhidmatan Awam Persekutuan Di Bawah Sistem Saraan Malaysia.      
   
3.     Dokumen apakah yang diperlukan untuk memperakukan seseorang pegawai dalam urusan penetapan gaji permulaan?
Dokumen yang diperlukan untuk Penetapan Gaji Permulaan adalah:

Bagi Pegawai yang mempunyai Pengalaman Sesuai Di Sektor Awam:
  •     Surat permohonan pegawai melalui Ketua Jabatan;
  •     Pengiktirafan daripada Ketua Jabatan mengenai pengalaman di sektor awam bersesuaian dengan     senarai tugas dan tanggungjawab jawatan yang disandang sekarang;
  •     Senarai tugas jawatan terdahulu yang diakui sah oleh Ketua Jabatan;
  •     Senarai tugas jawatan sekarang yang diakui sah oleh pegawai yang bertanggungjawab dan Ketua Jabatan;
  •     Salinan Kenyataan Perkhidmatan yang lengkap dan telah dikemaskini;
  •     Surat iringan dari Kementerian/Jabatan;
  •     Salinan Kenyataan Perkhidmatan semasa di jawatan kontrak/sementara/tetap di Badan Berkanun yang lengkap dan dikemas kini;
  •     Salinan Laporan Nilaian Prestasi Tahunan (LNPT) bagi satu tahun;
  •     Salinan Lesen Memandu (bagi jawatan pemandu);
  •     Salinan sijil/diploma/ijazah pegawai berkenaan yang diakui sah oleh Ketua Jabatan;
  •     Salinan surat tawaran pelantikan tetap; dan
  •     Surat daripada Ketua Jabatan yang mengesahkan pegawai bertugas sebagai pegawai kontrak/sementara.

Bagi Pegawai yang mempunyai Pengalaman Sesuai di Sektor Swasta:
  •     Surat permohonan pegawai melalui Ketua Jabatan;
  •     Surat pengesahan majikan asal (swasta) pegawai mengenai jawatan, senarai tugas dan tanggungjawab serta tempoh perkhidmatannya di sektor swasta;
  •     Senarai tugas jawatan sekarang yang diakui sah oleh pegawai yang bertanggungjawab dan Ketua Jabatan;
  •     Pengiktirafan daripada Ketua Jabatan mengenai pengalaman di sektor swasta bersesuaian dengan senarai tugas dan tanggungjawab jawatan yang disandang sekarang;
  •     Salinan kelulusan iktisas atau separa iktisas yang dimiliki oleh pegawai bagi menentukan tempoh pengalaman yang boleh diambilkira;
  •     Salinan Kenyataan Perkhidmatan yang lengkap dan telah dikemaskini;
  •     Surat iringan dari Kementerian/Jabatan;
  •     Senarai tugas di sektor swasta yang diakui oleh majikan swasta;
  •     Salinan penyata KWSP/Borang Penyata Gaji Pekerja Swasta (EA) yang diakui sah;
  •     Salinan surat tawaran jawatan yang diakui sah; dan
  •     Resume pegawai yang mengandungi nama, nombor kad pengenalan, jawatan bagi lantikan tetap, kelayakan akademik, nama syarikat, jawatan, tempoh mula dan akhir bertugas serta senarai tugas jawatan lantikan tetap.

Senarai semak bagi urusan Penetapan Gaji Permulaan boleh diperolehi melalui pautan berikut: http://www.spa.gov.my/Portal/ePengisian/Senarai_Semak_Urusan_Perkhidmatan

Good Luck!!
Sekian. let me be me