Showing posts with label anjakan paradigma. Show all posts
Showing posts with label anjakan paradigma. Show all posts

02 May 2014

Aku dan Impian #1 Muslimah Sejati

Wow.. entry malam ni khas untuk aku ye. ok, apa impian aku? apa pula impian korang? ok, busybody sat- heee- ok, dah. Jom aku nak share impian aku kat semua yang mengikuti perkembangan blog ni. perasan pula, bajet ramai sangat followernye. hehe- Siapa yang follow tu, terima kasih daun keladi. Peace-


First of all, as a muslimah, yes and of course aku nak jadi sebaik-baik muslimah. Ini adalah salah satu impian setiap muslimah aku rasa. Alhamdulillah, sikit-sikit perbaiki diri yang lagha ini sambil tadi sangat terkesan dengan perkongsian tazkirah oleh PU Rahmat di rancangan Pencetus Ummah. Dia ingatkan tentang sabda Rasulullah seperti berikut:

Nabi Muhammad SAW pernah bersabda: "Sesungguhnya Allah telah menciptakan Sirath yang berada diatas neraka, iaitu jambatan yang terletak ditengah-tengah neraka jahannam yang sangat licin dan dapat menggelincirkan. Jambatan ini mempunyai 7 gardu (pos), yang setiap gardu jaraknya sama dengan perjalanan 3000 tahun, seribu tahun berupa tanjakan yang tinggi, seribu tahun berupa dataran, dan seribu tahun berupa lereng yang curam. Ia lebih kecil dan lembut dari pada rambut, lebih tajam dari pada pedang, dan lebih gelap dibandingkan malam yang pekat. Setiap gardu mempunyai 7 cabang, setiap cabang bentuknya bagai panah yang ujungnya tajam. Duduklah setiap hamba diatas setiap gardu tersebut dan ditanyakan kepadanya tentang perintah-perintah Allah
.
Betul dan nyata, dunia sekejap sangat jika dibandingkan dengan alam akhirat yang kekal abadi dan selamanya. Tak terbanding kehidupan di dunia 100 tahun jika dibandingkan perjalanan ke syurga sahaja sudah 7x3000 tahun. Kenapa kita kejar sangat dunia jika hakikatnya hanya sementara? ok, tanya diri masing-masing. Sungguh diri ini sangat lalai terhadap hakikat kehidupan. Astaghfirullahazim.

Hmm, nak jadi muslimah sejati tidaklah susah dan tidaklah semudah yang disangkakan sebenarnya. Bagi aku nak jadi muslimah sejati kena jaga perkara-perkara ini. Jaga solat, jaga hati, jaga amal ibadah, jaga maruah, jaga aurat dan jaga akhlak. Mungkin ada lagi benda yang kena jaga tapi aku terlepas pandang. Kalau ada, share-share ye. Well, sharing is caring. Peace-

Bagi aku yang paling susah nak jaga ialah jaga akhlak tapi bukan nak kata dah bagus sangat jaga yang lain-lain perkara tu. Cuma nak tekankan perkara yang jaga akhlak ni je. Luas tu skop jaga akhlak. Contohnya, bab mengumpat, bab ikhlas tak ikhlas buat kerja dan jalankan amanah Allah, bab hormat orang, bab tolong-menolong.. dan banyak bab lagi lah. Memang bab ni aku kena banyak belajar dan muhasabah diri supaya istiqamah jadi lebih baik dari sebelumnya. InshaaAllah. Jom-jom.

Mahu berubah? Ya, atas diri sendiri dan pastikan bukan berubah kerana orang lain yang suruh kita berubah.. tapi kalau apa yang orang suruh tu satu kebaikan kepada kita, apa salahnya cuba try test. kan- tak rugi, untung je. Well, semuanya tentang mental, semangat serta sokongan di sekeliling kita. Paling penting, di mana ada kemahuan di situ ada jalan. InshaaAllah. Apa pun alasan untuk menjadi muslimah sejati kita perlulah ingat bahawa mujahadah itu pahit kerana ganjaran syurga itu manis. Ya Allah, bantulah aku untuk istiqamah mengamalkan ajaranMu. Aamiin.

Ok, Aku dan Impian #1 ni dah panjang lebar sangat kot. Berhenti dulu, esok nak kerja. Next, nantikan kemunculan Aku dan Impian #2 pula ye. Ada ke yang nak nantikan tu. Bajet sangat ok. Selamat malam, babai.

Sekian. let me be me

03 April 2014

Kewajipan Menutup Aurat


Semoga kita sama-sama berubah ke arah yang lebih baik. Mohon Allah swt, beri petunjuk dan permudahkan jalan ke arah kebaikan ini. Aamiin. 

Jom baca dialog perdebatan ustaz dan gadis liberal ini. Semoga kita dapat ilmu daripadanya. InshaaAllah.

Gadis Liberal :
“Salam ustaz…..sorry for disturbing you…I just want to ask something from you…!!”

Ustaz :
“Ok silakan……what you want to know…”

Gadis Liberal :
“Ustaz it is true……perempuan tak menutup aurat ni jahat….?

Ustaz :
“Hmmm kalau mengikut hukum tak menutup aurat tu….memang jahat la kerana tak patuh perintah Allah.!!

Gadis Liberal :
“No no no ustaz you ‘re really wrong……pakaian tak melambangkan perangai dan tingkahlaku….kalau ustaz nak tahu….ramai wanita yang pakai tudung labuh nampak aje sopan…tetapi sebenarnya mereka nilah yang berperangai jahat…mereka hanya berselindung di sebalik tudung mereka…. Tu hipokrit namanya ustaz…..”

Ustaz :
“Sekurang –kurang nya mereka menutup aurat….dosa tidak menutup aurat adalah termasuk di dalam dosa besar kerana perbuatan mendedahkan aurat itu akan membuka pintu kepada zina”

Gadis Liberal :
“Ha ha ha ha ……I don’t think like that ustaz………..sebenarnya..masalah zina…rogol..sumbang mahram…..dan sebagainya yang melibatkan kerosakan akhlak kaum wanita adalah berpunca dari lelaki yang jahat dan bernafsu buas…..bukan sebab kami berpakaian tidak bertudung dan berpurdah.!!!”

“Ustaz pun tahu kan….orang lelaki ni…alim macam mana pun tapi bila tengok orang pompuan…..tercabut serban mereka……ha ha ha ha…”

Ustaz :
“Hai….macam perli saya aje ni….?”

Gadis Liberal :
“Ha ha ha ha….ustaz tak termasuk la…..saya percaya ustaz….. kalau tak saya takkan tanya soalan ni…….ha ha ha ha……!!”

Ustaz :
“Islam mengatakan….Fitnah yang membuka pintu zina itu adalah banyaknya berpunca dari wanita yang tidak menutup aurat dan menjaga kehormatan mereka”

Gadis Liberal :
“Habis tu ustaz…salah orang perempuan lah ye kalau…..orang perempuan diperdaya..dirogol…diragut kesuciannya oleh seorang lelaki playboy….?”

Ustaz :
“Bukan itu maksud saya…….apa yang saya nak katakana ialah…orang perempuan sekiranya tidak mendedahkan diri dengan penyebab yang menyebabkan lelaki cenderung untuk melakukan perbuatan yang jahat…maka selamatlah dirinya..dari sebarang ancaman dan gangguan seksual.”….

“Perbuatan membuka aurat itu bukankah menarik ghairah lelaki untuk melakukan sesuatu yang tak senonoh kepada seorang perempuan?” Hilangnya sifat malu seorang perempuan menyebabkan dirinya bercampur gaul dengan lelaki yang bukan mahram….menyebab terjadinya perbuatan berjumpa…berdating…berdua-duaan …..sehingga pihak yang ketiganya adalah syaitan…lalu syaitan pun membisikkan bisikan syahwat menyebabkan berlakunya perbuatan zina antara dua pasangan sejoli…!!”

Gadis Liberal :
“Alah ustaz …itu sebab orang lelaki lah yang mulakan dulu……orang perempuan ni insan yang lemah terpaksa mengikut kehendak lelaki”

Ustaz :
“Hmmmm…itulah yang tak betul tu…..seorang wanita yang baik….mestilah tegas menjaga maruah dan kehormatan dirinya…..Allah menjadikan wanita ini dari tulang rusuk Nabi Allah Adam a.s untuk hidup mulia sebagai seorang isteri yang mempunyai tugas yang mulia iaitu sebagai peneman suami dan sebagai insan yang berkongsi suka duka bersama suami..setia berkhidmat untuk suami dengan perasaan kasih sayang yang dibina atas dasar cinta…melalui perkahwinan yang sah”

“Bukanlah kasih sayang namanya jika seorang wanita membiarkan dirinya menjadi tempat memuaskan nafsu..lelaki yang jahat….bukan cinta namanya…apabila seorang wanita membiarkan maruahnya dimusnahkan……bukanlah bahagia namanya apabila seorang wanita bersama dengn lelaki tanpa ikatan yang sah.”

Gadis Liberal :
“Ok…ok….ustaz menang……Cuma saya nak ulangi balik ustaz pendapat saya tadi……perempuan yang bertudung pun bukannya baik sangat….ada diantara mereka ni ustaz yang lebih teruk akhlaknya daripada kami yang tidak bertudung ni….?”

Ustaz :

“Ha ha ha….janganlah disalahkan tudung jika akhlak seseorang itu buruk…..!!!….menutup aurat itu perintah Allah…sama ada manusia itu baik atau jahat…kan itu perintah Allah…kita tak boleh pertikaikan……!!”

“Jika akhlak seseorang itu jahat…..maka dia akan dikira dosanya mengikut akhlaknya yang jahat….tetapi jika dia tidak memakai tudung menutup aurat…..maka dosanya akan bertambah lagi…janganlah kita melakukan satu dosa…kemudian kita tambah lagi dosa…akibatnya derita kita di akhirat..lama kita diazab di dalam neraka…..!!”

Gadis Liberal :
“Baiklah ustaz…mungkin tak faham maksud saya…….beginilah saya buat contoh supaya ustaz mudah faham……ada seorang wanita yang tidak menutup aurat…tetapi dia baik..rajin..pemurah ..penyayang…hormat ibubapa…..suka menolong orang…dan ada pula seorang perempuan yang bertudung…tapi jahat…suka mencaci mengata orang…..sombong…pentingkan diri sendiri…kedekut…suka cari gaduh….yang mana lebih baik ustaz……?”

Ustaz :
“Saya faham maksud awak…..oklah….tentang perempuan tidak bertudung walaupun dia..baik…buat amalan baik….pemurah…menolong orang…sememangnya dia akan mendapat pahala dengan amalan baik yang dilakukan….tetapi ingat…Nabi saw pernah menerangkan di dalam satu riwayat….bahawa diakhirat nanti apabila kita dihadapkan di hadapan Allah swt…kita akan ditanya..tentang dosa dan pahala….jika ada dosa yang kita lakukan…maka pahala kita akan dipotong….jika kita banyak melakukan amalan baik sekalipun…tetapi jika tidak menutup aurat….pahala kita akan dipotong mengikut lama mana kita mendedahkan aurat ketika di dunia ini semasa kita hidup….sehingga tiada lagi pahala yang nak dipotong..kita tanggung pula dosa orang yang rosak matanya..akhlaknya…disebabkan oleh kita yang membuka aurat….sehingga kita menjadi manusia yang paling muflis di akhirat lalu dicampakkan kita ke dalam neraka.”

“Adapun perempuan yang bertudung…dia terlepas dari dosa mendedahkan aurat…. Dan jika dia melakukan dosa yang lain…yakni seperti mencaci..mengata…sombong..dan sebagainya…maka itu dosa lain yang dia kena memohon dari Allah keampunan …agar tidak di azab diakhirat….sekiranya tidak dia akan diazab mengikut dosa yang dilakukan…..cumanya tempoh diazab itu tidaklah selama tempoh azab dosa orang yang mendedahkan aurat..kerana tempoh tinggal di neraka disebabkan oleh dosa buka aurat ni… lama sangat.”

Gadis Liberal :
“Oh ye ke ustaz…..maaflah ustaz… saya tak pandai agama……saya cuma dengar orang bercerita…dan ada kawan-kawan saya yang menggelarkan diri mereka “ the liberal gurlz”……yang menyatakan…kalau tak boleh buang sifat-sifat……jahat dalam diri…tak guna pakai tudung labuh……munafik namanya tu……tunggulah sehingga kita benar-benar dah bersedia dan menjadi benar-benar baik….barulah kita pakai tudung tutup aurat…..”

Ustaz :
“Ha ha ha ha ha bila la agaknya tu ….baru awak jadi benar-benar baik…..bila dah masuk kubur….?”
“Satu perkara yang mesti kita ingat…dan perbetulkan persepsi kita…..berubah jadi baik dan bertaubat adalah perkara yang tak boleh ditangguh-tangguh…….berubah dan bertaubat mesti dilakukan serta merta …kerana jika kita tangguh dan tunggu dulu…..maka dikhuatiri kita tidak sempat..bertaubat dan berubah…kerana ajal maut itu tidak kita tahu bila tibanya….apakah kita boleh menjamin umur kita panjang?apakah kita boleh hidup sehingga ke detik masa kita bertaubat dan berubah……”please don’t make your life as a gambling game”jangan perjudikan hidup awak dengan hanya bersandarkan harapan yang tak pasti…..” Jika kita menyatakan kita kena tunggu sehingga dah benar-benar baik dan bersedia baru kita pakai tudung menutup aurat……maka adakah umur kita sepanjang itu untuk sampai ke detik itu????? Jika kita dimatikan Allah bagaimana?”

“Samalah macam awak tidak mahu kahwin hanya kerana awak nak tunggu calon suami yang benar-benar perfect..hensem….macho…hmmm sampai ke tua la tak kahwin jawabnya”

Gadis Liberal :
“Hu huh u ustaz…gerun saya dengar penerangan ustaz ni…..barulah saya faham……..saya ingat apa yang dikatakn oleh kawan-kawan saya tu betul…rupa-rupanya sesat larat kita dibuatnya……!! Terima kasih ustaz…barulah saya faham….dan insyaallah saya akan berubah ….cumanya mungkin ambil masa juga ustaz….maklumlah bukan senang kita nak mulakan perubahan dan benda baru ni…..kawan-kawan saya “The liberal gurlz” pasti terkejut dan mentertawakan saya bila saya berubah memakai tudung…..aduihhhh susahnya ustaz…kalau diorang kutuk saya…mau menangis saya nanti…..”

Ustaz :
“Biarlah kita menangis di dunia ini kerana mentaati perintah Allah dari kita menangis di akhirat kerana di azab akibat mengingkari perintah Allah”

Gadis Liberal :
“Isk…Isk…..Isk…ye lah ustaz…terima kasih….terima kasih…….saya rasa insaf sangat…..terima kasih ustaz…..semoga Allah mengampunkan dosa saya…..”

Ustaz :
“Insyaallah semoga Allah berikan awak kekuatan dan berubah dari yang baik kepada yang lebih baik……..saya akan doakan…..!!”
 



Sekian.
let me be me

13 March 2012

Akibat Bila Suka Mencari Kesalahan Orang Lain

Akibat Bila Suka Mencari Kesalahan Orang Lain- Semakin hari, semakin banyaknya hari yang berlaku di dalam masyarakat kita hari ini yang suka mencari kesalahan, kesilapan, keburukan dan kelemahan orang lain. Kelihatan ianya sudah menjadi sketsa dan agenda harian kita hari ini dan hari-hari yang seterusnya untuk terus menuding jari demi mengali kekhilafan yang ada pada diri seseorang.


Adakah drama yang berlaku harus di teruskan di dalam episod akan datang. Kerana ini bukan setakat di dalam kehidupan biasa yang kita lihat ianya terjadi, seakan-akan di dalam arena politik juga sudah menjadi mazhab utama mencari kesalahan orang lain demi memonopoli tunggak kejayaan pemerintahan. Adakah ini di katakan kemajuan yang kita banggakan pada mata negara luar selama ini.

Adakah ini semua yang kita pelajari di dalam kemuliaan agama islam kita sendiri. Seolah-olah kita sendiri mengandaikan di mata "si bukan islam" bahawasanya Rasul yang tercinta mengajar kita supaya menjadi sebegini. Akhirnya ianya menjadi songsang sedangkan islam itu suci dan bersih sejak azali.


Memang benar kata anda. Setiap kesalahan yang berlaku haruslah di tegur, setiap kezaliman yang terjadi mesti kita perangi dengan berani. Tapi senario yang berlaku hari ini membuatkan saya pelik melihat kejahilan mereka dalam membezakan di mana maksud kesalahan, apa itu kezaliman. Jangan kita lupa, setiap apa yang kita lihat, tidak akan sama kebenaran dengan apa yang kita fikirkan. Jangan kerana terlalu terikut-ikut dengan agenda orang sekeliling, kezaliman tersebut di tuding semula di padang mahsyar kelak. Kerana yang saya tahu, zalim itu di jatuhkan ke atas seseorang jika menuduh orang yang di tindas dan mereka yang benar-benar tidak bersalah. Anda tahu apa upahnya jika anda menjadi seorang yang zalim?

Secara kesimpulannya, menegur memang di wajibkan ke atas kita sebagai orang islam. Tapi janganlah kerana terlalu mengejar selembar pahala, kita menerima lebih dosa dari pahala. Menegur demi kebaikan, bukannya kerana perasaan. Kerana hasil perkongsian perasaan kebiasaannya akan di dampingi oleh iblis dan syaitan. Sebab itu nenek moyang kita selalu berpesan, "Jangan Terlalu Mengikutkan Perasaan". Akibatnya padah yang kita terima di telapak tangan kita sendiri.

Apa salahnya kita menegur untuk kebaikan bersama, bukan kerana kepentingan nafsu amarah yang tak ke mana.

putripuzzle : let me be me

23 January 2011

Jangan, Jangan, Jangan dan Jangan...

Jangan sengaja lewatkan solat. 
Perbuatan ini Allah tidak suka. Kalau tertidur lain cerita. 

Jangan masuk ke bilik air tanpa memakai alas kaki (selipar). 
Takut kalau-kalau terbawa keluar najis, mengotori seluruh rumah kita. 

Jangan makan dan minum dalam bekas yang pecah atau sumbing. 
Makruh kerana ia membahayakan. 

Jangan biarkan pinggan mangkuk yang telah digunakan tidak berbasuh. 
Makruh dan mewarisi kepapaan. 

Jangan tidur selepas solat Subuh .
Nanti rezeki mahal (kerana berpagi-pagi itu membuka pintu berkat). 

Jangan makan tanpa membaca BISMILLAH dan doa makan. 
Nanti rezeki kita dikongsi syaitan. 

Jangan keluar rumah tanpa niat untuk membuat kebaikan. 
Takut-takut kita mati dalam perjalanan. 

Jangan pakai sepatu atau selipar yang berlainan pasangan. 
Makruh dan mewarisi kepapaan. 

Jangan biarkan mata liar di perjalanan. 
Nanti hati kita gelap diselaputi dosa. 

Jangan menangguh taubat bila berbuat dosa kerana mati boleh datang bila-bila masa. 

Jangan ego untuk meminta maaf pada ibu bapa dan sesama manusia kalau memang kita bersalah. 

Jangan mengumpat sesama rakan taulan.
Nanti rosak persahabatan kita hilang bahagia. 

Jangan lupa bergantung kepada ALLAH dalam setiap kerja kita.
Nanti kita sombong apabila berjaya. Kalau gagal kecewa pula. 

Jangan bakhil untuk bersedekah. 
Sedekah itu memanjangkan umur dan memurahkan rezeki kita. 

Jangan banyak ketawa. Nanti mati jiwa. 

Jangan biasakan berbohong, kerana ia adalah ciri-ciri munafik dan menghilangkan kasih orang kepada kita. 

Jangan suka menganiaya manusia atau haiwan. 
Doa makhluk yang teraniaya cepat dimakbulkan ALLAH. 

Jangan terlalu susah hati dengan urusan dunia. 
Akhirat itu lebih utama dan hidup di sana lebih lama dan kekal selamanya. 


Jangan mempertikaikan kenapa ISLAM itu berkata JANGAN. 
Sebab semuanya untuk keselamatan kita. 

ALLAH lebih tahu apa yang terbaik untuk hamba ciptaanNya. 

"Sebarkanlah ajaranku walau satu ayat pun" 
(Sabda Rasulullah SAW) 

"Nescaya Allah memperbaiki bagimu amalan-amalanmu dan mengampuni bagimu dosa-dosamu. Dan barangsiapa mentaati Allah dan Rasul-Nya, maka sesungguhnya ia telah mendapat kemenangan yang besar." (Surah Al-Ahzab: ayat-71)


putripuzzle : let me be me

22 January 2011

Bertengkar Secara Positif

Rasulullah bersabda, "Sesiapa meninggalkan perdebatan, sedang dia berada di pihak yang benar, dibina untuknya sebuah rumah di tengah-tengah syurga."

(Riwayat Anas Bin Malik)

Tidak indahkah dijanjikan dengan sebuah rumah di tengah-tengah syurga? Sekalipun kita di pihak yang benar, namun untuk mengelakkan perbalahan berpanjangan, mengalah sahajalah. Rugikah kalau beralah? Bagi sesetengah orang yang mementingkan diri sendiri mungkin tidak munasabah jika mahu beralah tetapi apa kata kalau saya katakan ‘orang yang beralah akan menang besar kemudiannya?’

Pergaduhan suami isteri akan sentiasa berlaku. Bak lagu P.Ramlee ‘Sedang lidah lagi tergigit’. Anda tidak akan sentiasa boleh berkata ‘ok’ kepada isteri anda begitu juga dia. Setiap kali pergaduhan berlaku, pasti akan ada hati yang akan terluka terutamanya hati orang perempuan yang memang diketahui tidak dapat diramalkan.

Jika pergaduhan itu berpunca daripada sesuatu yang sangat kecil, maka jika kita perbesarkan, maka akan terlihatlah peribadi sebenar seseorang itu. Sungguh akan terlihat betapa hodoh sekali seseorang itu tambahan pula, mulutnya mudah sekali melancangkan kata-kata yang tidak sedap didengar.

Sabda Rasulullah s.a.w:
"Orang mukmin bukan seorang pencela, bukan seorang pengutuk, bukan seorang yang keji dan bukan seorang yang berkata kotor."

(Riwayat Ibnu Mas’ud RA)
Dalam sabda ini, dapatlah kita fahami bahawa orang yang berkata keji bukanlah orang mukmin sebenar. Betapa iman kita dapat disukat dengan perlakuan yang sangat keji ini.

Pernahkah anda melihat pergaduhan suami isteri ini daripada sudut yang positif? Sebenarnya, pergaduhan akan menyebabkan terbentuknya satu penyatuan pelbagai perkara termasuklah cita rasa dan impian pasangan itu. Bagi mencapai tujuan inilah kita sering bertelingkah dengan pasangan untuk mencapai sesuatu yang terbaik. Tidaklah saya maksudkan pergaduhan adalah baik, namun hal ini adalah lebih baik daripada kita berdiam dan tidak berbincang sehingga akhirnya tidak ada penyatuan antara suami dan isteri.


Justeru, pergaduhan menjadi medium kepada pasangan dalam menyatukan kasih sayang. Setiap individu akan melahirkan perasaan tidak puas hati dan sebagainya. Maka, di sini adalah tempat untuk mencurahkan perasaan. Jadi, janganlah memendam perasaan sehingga jiwa kita menjadi tertekan ibarat belon yang akan pecah akibat ditiup dengan angin yang kuat. Jika tidak diluahkan, pasangan anda tidak mungkin akan tahu perkara yang ada dalam hati anda.

Di sini, saya akan kongsikan beberapa tip untuk bertengkar secara positif:

1. Jangan terlampau banyak bercakap
Ketika bertengkar, hati masing-masing pasti dalam keadaan marah. Ketika marah, pasti perkara yang logik sekalipun tidak diterima melainkan masing-masing mahu menegakkan pendapat masing-masing. Jika anda sebagai suami mempunyai hak untuk bercakap sekalipun, kurangkan daripada terlalu menegakkan pendapat anda sendiri. Hal ini akan mencetuskan perasaan tidak puas hati kepada pasangan anda sehingga perlahan-lahan dia akan menjadi bosan dengan anda. Yang perlu anda lakukan adalah dengan memikirkan secara mendalam cara untuk mem-betulkan keadaan.

2. Jangan menyebut kelemahan pasangan 
Bukan hanya isteri anda yang mempunyai kelemahan, anda juga ada ke-lemahan sendiri. Jadi, dengan mengungkit kelemahan dia, anda akan turut merangsang pasangan mengungkit kelemahan anda. Lagi pula, anda tidak akan menang dengan hanya mengungkit sebegini tetapi menyebabkan keadaan lebih parah. Jika mahu menegur pasangan, minta dia meluahkan ketidak-puasan hatinya tentang anda dahulu supaya apabila giliran anda nanti, dia tidak akan meninggikan suara.

3. Jangan membalas perbuatannya
Sebagai contoh, pasangan anda bermesra-mesra dengan lelaki sebelah rumah. Anda mahu membuatkan dia sedar bahawa perbuatannya salah. Jangan anda pula bermesra-mesra dengan perempuan lain di hadapan dia. Keadaan ini hanya memberi peluang yang lebih kepada isteri anda untuk menjauhi anda. Akhirnya, anda turut terlibat dalam menjarakkan perhubungan anda sendiri.

4. Jangan cuba mengubah pasangan
Anda dibesarkan dalam keluarga ‘begini’, isteri anda dibesarkan dalam keluarga ‘begitu’. Pastilah terdapat perbezaan antara kedua-duanya. Anda harus memahami bahawa cara dia melihat sesuatu pasti tidak sama dengan pandangan anda.


5. Fokus pada masalah
Jangan meleret-leret sehingga perkara yang bukan masalah akhirnya akan turut menjadi masalah.

6. Jangan tinggikan suara
Semakin tinggi suara kita ketika bergaduh, semakin tinggilah suara pasangan kita nanti. Pergaduhan seperti ini tidak akan menjadikan keadaan semakin baik malah semakin kusut. Cubalah bercakap dengan tenang sehingga isteri anda yang sedang marah akan turut tenang dan seterusnya dapat menyelesaikan masalah dengan lebih cepat.

7. Gunakan panggilan manja
 Ada pasangan yang pada masa biasa menggunakan panggilan ‘sayang’ atau ‘manja’ tetapi ketika bergaduh, keadaan akan beralih sebaliknya. Panggilan kasar mengambil alih menyebabkan pasangan anda merasakan dirinya rendah sekali. Jangan emosi sehingga tergamak menggunakan panggilan kasar termasuklah ‘aku’ dan ‘kau’.

8. Elakkan terlalu emosional
Ketika sesi bergaduh ini, pasti pasangan anda akan selalu terlepas mulut. Jadi, jangan ambil perkara yang dikatakannya terlalu serius memandangkan ketika sedang bergaduh, seseorang itu cenderung berkata yang tidak-tidak terhadap lawannya.

9. Gunakan perkataan yang baik-baik
Selain menggunakan panggilan manja, gunakanlah juga perkataan yang tidak menyalahkan. Perkara ini akan menyebabkan masalah akan cepat selesai. Antara contoh perkataan yang boleh anda gunakan ialah, "Abang rasa sayang tak patut buat macam ni," berbanding "Ni semua salah engkaulah!"

10. Jangan bertengkar di depan makanan atau di tempat tidur
Hal ini kerana tempat tersebut sepatutnya tempat kita menjamu selera dan bermesra-mesra sesama sendiri.

11. Dengar luahan isteri
Mungkin sahaja perkara yang disampaikan oleh isteri anda itu dapat menyelesaikan masalah. Jika anda hilang tumpuan ketika ini, bukan sahaja anda akan kehilangan idea yang baik malah anda menggunakan cara sendiri yang belum tentu dapat menyelesaikan masalah anda berdua.

12. Jangan bergaduh di depan anak
Dengan bergaduh di hadapan anak, anda hanya akan membuatkan anak keliru dan mengadili sama ada ibu atau bapa mereka yang berada di pihak benar atau salah. Perkara yang lebih menakutkan akan berlaku jika anak anda menceritakan keadaan anda berdua kepada orang luar. Hal ini akan menjejaskan imej anda sekeluarga.


13. Bersabar
Sekalipun anda lelaki dan anda lebih kuat secara fizikal berbanding dengan isteri anda, jangan sekali-kali anda cuba untuk mengasari isteri anda. Dibimbangi dia juga akan belajar untuk melawan dan membaling segala jenis pinggan mangkuk ketika bergaduh pada masa lain.

14. Say NO to third party
Selagi terdaya menyelesaikan masalah anda sendiri, jangan libatkan orang lain. Campur tangan pihak ketiga kebanyakannya hanya menyulitkan keadaan. Sekiranya perlu, pilihlah orang yang adil untuk menyelesaikan masalah anda.


15. Mengalah tidak bererti kalah
Mengalah ketika saat genting ini tidak menunjukkan anda kalah. Anda hanya perlukan masa untuk membuktikan bahawa tindakan anda sebenarnya betul.

16. Jangan keluar dari rumah sebelum selesai
Selalu menonton drama di TV? Kebanyakannya menunjukkan suami akan segera meninggalkan rumah semasa bergaduh untuk memudahkan cerita. Tindakan ini sebenarnya akan menyebab-kan isteri anda ditinggalkan dalam keadaan keliru. Hal ini menyebabkan dia akan berasa tertekan dan anda perlu ingat bahawa anak-anak akan ditinggalkan bersamanya di rumah. Perempuan yang hilang kewarasan akibat tekanan yang dahsyat akan menyebabkan mereka akan bertindak yang bukan-bukan. Mungkin sahaja dia akan memudaratkan dirinya atau anak-anak anda boleh menjadi mangsa keadaan. Sekiranya anda rasa tidak dapat menahan marah, beritahu isteri anda bahawa anda perlukan sedikit ketenangan dan hal ini lebih menampakkan rasa tanggungjawab anda terhadap permasalahan anda berdua.

17. Luahkan
Selain menjadi pendengar kepada permasalahan isteri, anda turut perlu meluahkan perasaan anda. Tunggu sehingga dia habis berbicara sebelum anda menyambung pendapat anda. Sekiranya anda tidak memberitahu keadaan sebenar anda, belum tentu dia dapat memahami keadaan anda.

18. Pelukan dan kemaafan
Hal inilah detik paling indah dalam pergaduhan. Setelah dirasakan masalah telah selesai, jangan melewatkan detik untuk memeluk pasangan anda seeratnya. Ucapkan perkataan maaf dan berharap agar perkara seperti itu tidak akan berlaku lagi. Keadaan ini akan menyebabkan perhubungan anda selepas itu lebih erat dan mantap dengan satu kesatuan hati yang lebih hebat. 

putripuzzle : let me be me

05 January 2011

Tazkirah Hati - Kita Tidak Suka, Tapi Kenapa Kita Buat Juga?


Waktu begini Saya ingin tarik perhatian sahabat dalam menyusuri tazkirah hati ini. Marilah kita renungkan bersama-sama semoga yang kurang akan dapat kita perbaiki, yang baik akan di permolekkan lagi yer.

Tazkiah Bagi Hati

• Kita suka bila kita dipercayai, tetapi kenapa kita tidak suka mempercayai orang lain?
• Kita suka bila kita disanjungi, tetapi kenapa kita tidak suka menyanjungi orang lain?
• Kita tidak suka di caci, tetapi kenapa kita suka mencaci orang lain?
• Kita tidak suka dikhianati, tetapi kenapa kita suka mengkhianati orang lain?
• Kita tidak suka dibenci, tetapi kenapa kita suka membenci orang?
• Kita tidak suka disakiti, tetapi kenapa kita suka menyakiti orang lain?
• Kita tidak suka dipersalah, tetapi kenapa kita suka menyalahkan orang lain?
• Kita tidak suka dikritik, tetapi kenapa kita suka mengkritik orang lain?
• Kita tidak suka hak kita dirampas, tetapi kenapa kita suka merampas hak orang lain?

Kalau kita ingin dihormati, kita juga mesti belajar untuk menghormati orang lain dahulu. 
Kalau kita ingin dihargai, kita juga mesti belajar untuk menghargai orang lain.
Kalau kita ingin difahami, kita juga mesti belajar untuk memahami orang lain.
Kalau kita ingin dikasihi, kita juga mesti belajar untuk mengasihi orang lain.
Kalau kita ingin disayangi, kita juga mesti belajar untuk menyanyagi orang lain.

• Kita suka bila kita dipercayai
• Kita suka bila kita dihargai
• Kita suka bila kita dihormati
• Kita suka bila kita dikasihi
• Kita suka bila kita difahami
• Kita suka bila kita disayangi
• Kita juga suka bila kita dipuji


Tetapi, kenapa kita sering lupa untuk memuji Pencipta dan Pentadbir alam ini??

Kita juga sangat suka bila kita dicintai, tetapi kenapa kita sering lupa untuk mencintai dan mencari cinta Rabbul Izzati, Allah yang Maha Mengasihani?
Wa’Allahu ‘Alam.

Sumber : Amal Rahman

putripuzzle : let me be me

4 Perkara yang Paling Berharga pada Diri Manusia



Rasulullah SAW telah bersabda :Ada empat perkara paling berharga dalam diri manusia dan ia boleh hilang dengan empat sebab.
Empat perkara yang paling berharga tersebut adalah :
1-Akal.
2-Agama.
3-Malu.
4-Amal Soleh.
Maka akal akan hilang disebabkan marah,
Agama akan hilang disebabkan dengki,
Malu akan hilang disebabkan tamak,
Dan Amal Soleh akan hilang disebabkan suka menceritakan keburukan orang lain.
1001 Feqh Nasihah, m/s : 181.


putripuzzle : let me be me

22 December 2010

Kata-kata Hikmah


Orang yang tidak menganggap dirinya bahagia adalah orang yang tidak akan hidup dengan bahagia.
Orang berjaya tidak pernah putus asa. Sebaliknya orang yang mudah putus asa ialah orang yang tidak akan berjaya.
Apabila kamu bercakap, percakapan kamu adalah patut diluahkan jika ia difikirkan lebih bernilai daripada tidak bercakap langsung. Tiga orang pandang ke luar tingkap, seorang melihat tanah, seorang melihat pokok, seorang melihat awan. Ini kerana setiap manusia mempunyai persepsi yang berbeza. Lantaran itu, jangan berasa marah jika orang lain berbeza pendapat dengan kita.
Cerek yang kecil adalah lebih mudah panas. Orang yang berhati kecil mudah berasa marah.
Orang yang tidak dapat mengawal emosi sendiri adalah orang yang tidak dianggap merdeka.
Tali gitar yang diikat terlalu ketat akan senang putus. Manakala tali yang diikat terlalu longgar tidak akan mengeluarkan bunyi yang merdu. Oleh itu, hiduplah dalam kesederhanaan.
Kemarahan biasanya bermula daripada fikiran yang tidak bijak dan diakhiri dengan kekesalan.
Kesedihan yang dialami akan menjadi pudar selepas suatu jangkamasa berlalu.
Melakukan kesilapan adalah suatu perkara yang biasa. Sedia memaafkan kesilapan adalah perkara yang luar biasa.
Manusia biasanya hidup tidak melebihi 100 tahun, tetapi kerisauan yang dialami lebih daripada 1000 tahun.
Sukailah dengan apa yang perlu anda buat, jangan buat apa sahaja yang anda suka.
Belajar daripada kesilapan yang orang lain lakukan akan mengurangkan kesilapan yang mungkin kita lakukan.
Wang adalah alat yang kita gunakan dan bukan alat yang mempergunakan kita.

Tiada orang yang boleh merisaukan kamu melainkan fikiran kamu sendiri.
Manusia selalu mengharapkan kegembiraan daripada orang lain, tetapi jarang memberi kegembiraan kepada orang lain secara sukarela.
Kesedihan dan kegembiran adalah di tangan sendiri dan bukannya di tangan orang lain.
Musuh yang paling hebat di dunia ini ialah diri kita sendiri.
Orang yang paling bodoh ialah orang yang selalu risau atau marah kerana kesilapan orang lain.
Masa yang kita gunakan untuk mecari kesilapan orang lain biasanya adalah lebih banyak daripada masa yang kita gunakan untuk memperbaiki kesilapan sendiri.
Hati fikir perkara baik, mulut cakap perkara baik, badan lakukan perkara baik.
Semua manusia mempunyai satu mulut dan sepasang telinga, maka kurangkan bercakap dan lebihkan mendengar.
Apabila anda menuding jari terhadap kesilapan orang lain, sebenarnya 3 jari anda telah menuding kepada diri anda sendiri.
Insan yang berilmu akan menganggap dirinya kurang ilmu, manakala orang bodoh akan menganggap dirinya orang yang sangat pandai.
Hadiah yang paling berharga buat teman ialah bertimbang rasa dan sedia memaafkan kesilapannya.
Bersikap baik terhadap insan yang jahat adalah cara yang lebih baik daripada bersikap buruk terhadap mereka.
Dalam hidup ini, sebarang keadaan yang kita temui adalah kurang penting, yang paling penting ialah arah yang kita tujui.
Orang biasa akan marah apabila dikritik oleh orang lain, manakala orang yang mulia ialah mereka yang memperbaiki diri daripada kritikan orang lain kerana musuh biasanya akan memberitahu kesilapan yang anda buat tanpa disedari.
Orang yang berfikiran positif akan melihat peluang dalam semua keadaan. Manakala orang yang berfikiran negatif akan berasa risau dalam segala keadaan yang baik.
Kita perlu menghembus nafas dahulu sebelum menerima udara yang segar. Kita perlu berusaha bersungguh-sungguh sebelum menempuh sesuatu kejayaan.
Bagi manusia yang tidak mengenali erti hidup, maka hidup adalah satu hukuman baginya.
Kadangkalanya, sesuatu masalah yang rumit dapat diselesaikan dengan menggunakan kaedah yang paling mudah.
Padi yang semakin berisi akan semakin menunduk, manusia yang berhemah tinggi ialah orang yang sentiasa merendahkan diri.
Hayatilah kehidupan anda, janganlah dibandingkan dengan orang lain.
Kebencian tidak dapat di atasi dengan kebencian, tetapi hanya dapat di atasi dengan kasih sayang.

Jangan berputus asa apabila menghadapi kesusahan kerana titisan hujan yang jernih juga berasal daripada awan yang gelap.
Masa yang diberi kepada kita dikurniakan sesaat demi sesaat, maka kita perlu menggunakannya sesaat demi sesaat.
Orang yang kaya bukanlah orang yang mempunyai banyak harta, tetapi orang yang berasa cukup dengan apa yang dia ada dan tidak memerlukan lebih daripada itu.
Orang yang miskin bukanlah orang yang tidak berharta tetapi adalah orang yang sentiasa merasa tidak cukup dengan apa yang dimiliki.
Orang yang boleh diyakini adalah mereka yang mempunyai keyakinan diri. Orang yang dapat menegur orang lain adalah orang yang sedia menerima teguran orang lain.
Orang yang cemerlang bukanlah kerana dia tidak pernah mengalami kegagalan tetapi disebabkan dia dapat berdiri lebih teguh selepas kegagalan.
Orang yang cantik tetapi tidak berakhlak bagaikan bunga yang berwarna tetapi berbau busuk.
Manusia yang dihormati ialah orang yang sentiasa menghormati orang lain.

putripuzzle : let me be me