28 October 2014

Temuduga Penolong Penguasa Kastam W27

Dah selesai temuduga tu.. aku memang tak berpuas hati dengan performance aku ketika di temuduga. Rasa macam fake sangat. Adui.. Semua kes nervous terlampau.

Soalan yang ditanya penemuduga adalah seperti berikut;

1. Introduce yourself 
Bila penemuduga cakap dalam BI, kita pun kena jawab dalam BI ok. jangan tanya2 dah macam yang aku buat, sekali kena perli. ceh- malu aje....

2. Apa yang anda faham tentang GST
Panjang lebar aku jawab. Yang ni ok la sebab memang aku hafal.

3.Jenis-jenis cukai
Aku jawab semua jenis cukai termasuk cukai langsung seperti cukai pintu, cukai pendapatan.. itu semua LHDN yang kutip. Memang cari nahas aku. Over sangat menjawab. Jawab tentang cukai tak langsung sahaja ye. Cukai tak langsung seperti cukai import/export, cukai gst dan yang berkaitan.

4. Peringkat barang bekalan yang dikawal kadar GST nya
Yang ni memang aku totally lost. Memang kena reject masa ni kot. haaaa Lastly, penemuduga tu yang tolong jawab. Bekalan berkadar sifar seperti barangan asas beras, gula, garam dan lain-lain.. Peringkat yang lain sila google. Aku dah lupa... heee

5. Kenapa minat nak join KASTAM
Sesi mengoreng. tapi rasa tak cukup perencah. kwang kwang kwang.. 

6. Any question to ask ?
Aku tak tanya apa..
nampak pasif sangat. Playsafe ok. haaaa

Sekian.
 
Keputusan temuduga dah dapat. 
Keluar awal dari tarikh yang sepatutnya.. Aku pun semak lah.. 

Dukacita dimaklumkan ye...
Dah namanya takda rezeki. Redha ok. 
Fine.. waaaa~

Tengoklah statistik pengambilan oleh SPA ni. Menagis nak jadi 130/5857 orang yang bertuah tu. Apa pun, tahniah diucapkan kepada mereka yang berjaya. Korang memang bertuah. Semoga dapat memberi sumbangan kepada Jataban Kastam dan Malaysia. Kutip GST jangan pilih bulu. Jauhi rasuah dan selamat bekerja. Sekian.





16 October 2014

Mandi Wajib

Tengah hari tadi ada kelas fardu ain kat hospital. Aku join la untuk ulangkaji dan tambah ilmu mana yang patut. Jom nak share apa yang Ustaz Zul ajar tentang Mandi Wajib.

Mandi Wajib juga dikenali sebagai mandi janabah/mandi junub.

Syarat mandi wajib
  1. keluar mani walaupun sedikit
  2. keluar darah haid
  3. keluar darah nifas
  4. bila dah mati (orang akan mandikan kita dengan mandi wajib)
  5. selepas beranak (darah wilada)
  6. orang yang baru memeluk agama islam (mualaf)
Rukun mandi wajib
  1. Niat
  2. Menghilangkan/Membersihkan najis di keseluruhan anggota badan
  3. Meratakan air di keseluruhan badan
Jenis niat mandi wajib
seperti sumber dari google ini





















*gunakan air mutlak/suci

Cara-cara mandi wajib
  • ambil air dengan tangan kanan dan ratakan ke jari-jemari kanan dan kiri (sunnah)
  • basuh kemaluan dengan tangan kiri (sunnah)
  • berwuduk seperti biasa sehingga ke kepala sahaja (sunnah) 
  • niat (wajib) ketika air mula mengena/disiram ke kepala/bahagian anggota badan
  • ratakan air di sebelah kanan badan sebanyak 3 kali (wajib)
  • ratakan air di sebelah kiri badan sebanyak 3 kali (wajib)
  • basuh bersihkan dubur dan qubul (wajib)
  • basuh bersihkan kaki, celah-celah jari (wajib)

Wallahualam
Nak tahu lebih lanjut atau ada pertanyaan yang berkaitan, sila rujuk ustaz ustazah yang lebih arif. Aku sekadar berkongsi apa yang aku faham dari kelas fardu ain tengah hari tadi. Maaf kalau ada yang kurang terlebih.

15 October 2014

Aku dan Impian #3 Mesin Jahit Industri

gambar asal dari google
Mesin Jahit Industri dan Mesin Jahit Tepi.. 
Kalau dapat satu dua ni, memang aku kerja mengadap benda ini jela. my passion. heee
 
Aku memang minat menjahit sejak azali lagi. hee.. Kalau ada kerja kursus yang kena jahit kat sekolah mesti aku siap duluan dari kawan-kawan yang lain. Dapat pujian cikgu pula tu. haaa angkat bakul sekejap. heee.. Dah minat mesti buat yang terbaik kan.

Last year, hujung bulan 12, ada pergi kelas jahitan langsir... dah lama tak buat nanti lupa pula step jahitannya.. Ilmu tanpa amal kan sia-sia aje.. Oh tidak!- Jadi nak usahakan juga untuk dapat mesin-mesin jahit ni. Mesin jahit yang kat rumah ada tapi tak best sangat la.. Niat nak upgrade sikit. haa

Ok, help help help...
Sapa ada nak jual second hand atau ada tau pakej murah-murah area Lembah Klang sila tinggal contact kat komen ye.. Thanks all.

14 October 2014

Rooftop Prince

sumber dari google
#throwback 
Masa berpantang Aina sakan melayan cerita Korea ni.. Rooftop Prince. Best sangat oii.. Aku laki bini memang melayan. Mula-mula aku layan sorang, Laki aku dok bising-bising tengok cerita apa ni?! Last sekali, dia pun melekat tengok cerita tu. Same goes to Running Man Show.. Mula-mula aku gelak sesorang je. Lepas tu laki aku pun ikut gelak. Now dia yang over layan cerita Korea berbanding aku. hadoh~

sumber dari google
Cerita Rooftop Prince ini berlatarkan 2 zaman berbeza. Zaman dulu dan sekarang. Antara pelakonnya.. Park Yoochun dan Han Ji Min.Genre fantasi, komedi dan romance. Memang aku suka tengok cerita genre ni. haaa.. Terbayang-bayang scence dia. Cute and sometimes sedih habis oooo-

Semua cute-cute tapi bukan taste aku. hahaha
hero dia, Park Yoochun
nanti nak copycat la minum yakult/vitagen macam ni.. haaaa
More summarry pasal cerita ni boleh pergi tengok kat sini ye.. Rooftop Price Rooftop Prince Rooftop Prince  Aku tak pandai nak mengarang sinopsis.. heee


10 October 2014

8 Perkara Bertentangan Dengan Islam Dalam Majlis Perkahwinan


Aku buat semua 8 perkara tersebut semasa majlis aku. korang buat tak? berapa? 
Rasa memang tak suka dengan kebodohan aku. Dah kata tak nak, ada pula yang nak. Bila niat nak jaga hati orang memang kita pun mendapat share dosa tu sama. Astaghfirullahalzaim.. 

Semoga lepas ni adik2 ku sayang tak payah la buat apa yang menjadi kesalan aku sekarang ini ye. Inilah gunanya ilmu. Bila dah ada ilmu jangan tak amalkan. Bila tak amalkan jadi macam akak ini lah. Mudah sangat nak ikut-ikut orang. Kan best kalau kita boleh zip mulut orang. heeeeeee 

Sebenarnya semua atas kita. Tak payah nak cover kebodohan kita dengan menyalahkan orang lain. Ok akak......

Korang baca tau. Membaca amalan mulia. Baca yang baik-baik, dapat pahala.. Ketahuilah 8 Perkara Bertentangan Dengan Islam Dalam Majlis Perkahwinan. Bakal bakal pengantin watch out.

Esok-esok, Cik Aina punya wedding biar sederhana dan memudahkan. InshaaAllah.