28 October 2014

Temuduga Penolong Penguasa Kastam W27

Dah selesai temuduga tu.. aku memang tak berpuas hati dengan performance aku ketika di temuduga. Rasa macam fake sangat. Adui.. Semua kes nervous terlampau.

Soalan yang ditanya penemuduga adalah seperti berikut;

1. Introduce yourself 
Bila penemuduga cakap dalam BI, kita pun kena jawab dalam BI ok. jangan tanya2 dah macam yang aku buat, sekali kena perli. ceh- malu aje....

2. Apa yang anda faham tentang GST
Panjang lebar aku jawab. Yang ni ok la sebab memang aku hafal.

3.Jenis-jenis cukai
Aku jawab semua jenis cukai termasuk cukai langsung seperti cukai pintu, cukai pendapatan.. itu semua LHDN yang kutip. Memang cari nahas aku. Over sangat menjawab. Jawab tentang cukai tak langsung sahaja ye. Cukai tak langsung seperti cukai import/export, cukai gst dan yang berkaitan.

4. Peringkat barang bekalan yang dikawal kadar GST nya
Yang ni memang aku totally lost. Memang kena reject masa ni kot. haaaa Lastly, penemuduga tu yang tolong jawab. Bekalan berkadar sifar seperti barangan asas beras, gula, garam dan lain-lain.. Peringkat yang lain sila google. Aku dah lupa... heee

5. Kenapa minat nak join KASTAM
Sesi mengoreng. tapi rasa tak cukup perencah. kwang kwang kwang.. 

6. Any question to ask ?
Aku tak tanya apa..
nampak pasif sangat. Playsafe ok. haaaa

Sekian.
 
Keputusan temuduga dah dapat. 
Keluar awal dari tarikh yang sepatutnya.. Aku pun semak lah.. 

Dukacita dimaklumkan ye...
Dah namanya takda rezeki. Redha ok. 
Fine.. waaaa~

Tengoklah statistik pengambilan oleh SPA ni. Menagis nak jadi 130/5857 orang yang bertuah tu. Apa pun, tahniah diucapkan kepada mereka yang berjaya. Korang memang bertuah. Semoga dapat memberi sumbangan kepada Jataban Kastam dan Malaysia. Kutip GST jangan pilih bulu. Jauhi rasuah dan selamat bekerja. Sekian.





4 comments:

  1. sokay
    nice try
    experience
    insyaAllah ad rezki lain :)

    ReplyDelete
  2. xpe yang... len kali kita cuba lg yer :)

    ReplyDelete
  3. xpe..next time cuba lagi ye..experienced dah tu dari segi sesi interview..:)

    ReplyDelete
  4. tak pa ada rezeki lain kan.. insyaallah...

    saya dulu selalu dapat panggilan temuduga ni macam ni..tapi tu la.. setiap kali keluar keputusan..tersangat frust..sampai la sekarang tak mengaply dah.. duk umah jaga anak2.. hihi...

    salam perkenalan dari mommylina untk semua...

    ReplyDelete

Terima kasih kerana menyokong blog ini.
Keep in touch ya..
:)