26 March 2012

Suami Isteri Bahagia


Untuk mencapai hidup gemilang bersuami isteri, pada hari pertama pertemuan dua hati hendaklah berniat utk sehidup semati, hanya kerana Allah Rabbul Izzati.

1) mestilah cuba sedaya upaya mencari kesesuaian diri, kemudian menganalisis sifat-sifat pasangan kita dgn lebih terperinci. Carilah kesukaannya dan kita sama-sama cuba menyukai. Kenalilah kebencian, kemudian kita sama-sama cuba menjauhi. InsyaAllah akan timbul persefahaman dalam diri.


2) hendaklah saling hormat-menghormati dan cuba mengelakkan sesuatu yang menimbulkan kemarahannya. Lebih baik membatu dan membisu sambil beristighfar di dalam hati. Kalau tidak menjadi kesalahan, untuk mengelakkan kemarahan yang berpanjangan, berlalulah dari situ. Itulah amalan bersuami isteri kerana di dalam rumah tangga, perselisihan dan pergaduhan kecil-kecilan adalah asam garam kehidupan. {andai-pandailah mengendalikan perasaan. Jika terasa terlalu pilu, biarkan air mata menitis. Semoga dengan titisannya, dapat menyejukkan hati yang membara di dada, dapat mengubati merah luka di jiwa.

3) pikullah tanggungjawab masing-masing dgn penuh keikhlasan. Janganlah mengabaikan hak antara satu dengan lain, selalulah memikirkan kepentingan pasangan terlebih dahulu daripada kepentingan diri sendiri. Yang paling penting, jauhi sifat curiga-mencurigai dan cemburu yang melampaui batasa, kela akan dirasuk syaitan yang sentiasa menanti-nanti peluang keemasan memusnahkan insan.

Sumber: Alahai Pengantin Baru ♥
putripuzzle : let me be me

22 March 2012

6 Warna Bunga dan Maksudnya

MERAH - (cinta dan romantik) Pada kebiasaannya ros berwarna merah sering digunakan sebagai simbol untuk menunjukkan perasaan cinta sejati kepada seseorang. Tetapi disebabkan populariti ros merah yang sangat luas telah membuatkan perkembangan terhadap tujuan pemberiannya iaitu sebagai satu simbol politik atau keagamaan.

KUNING - (persahabatan, keriangan, cepat sembuh) Sepanjang sejarah, warna kuning sering dikaitkan dengan warna matahari. Sifat matahari yag bermanfaat untuk kehidupan lain digunakan sebagai simbol kepada warna ros kuning. Bunga ros kuning memberi pesanan sebagai tanda penghargaan atau perasaan sayang  yang tidak bersifat romantik kepada seseorang . Ianya lebih kepada perhubungan dan bukannya perasaan.

PUTIH - (kemurnian, tidak berdosa, simpati, kerohanian) Sejak awal tradisi lagi ros putih digunakan sebagai luahan cinta sejati, tetapi tidak untuk masa sekarang kerana cinta sejati lebih sinonim dengan warna merah. Perbezaan terhadap makna luahan cinta sejati untuk warna putih ialah, ia lebih menunjukkan kesucian, kehormatan, kebersihan hubungan itu berbanding warna merah yang melambangkan keghairahan perasaan pasangan.

OREN - (keinginan, semangat yang tinggi, cinta) Warna oren adalah hasil campuran warna antara kuning dan merah. Ros warna oren lebih mudah diertikan adalah cubaan untuk membawa perhubungan lebih serius lagi iaitu dari seorang kawan kepada cinta sejati. Ia juga berkemungkinan menunjukkan perasaan ‘saya bangga dengan awak’.

UNGU - (terpesona, kemuliaan, cinta pandang pertama) Warna ungu sinonim sebagai lambang keagungan, kemegahan dan kemewahan. Ia juga berkemungkinan membawa maksud bahawa pemberi sudah jatuh cinta sejak pada pandangan pertama lagi disebabkan perwatakan penerima yang mempersonakan.

PINK - (cinta, perasaan syukur, penghargaan) Pesanan yang cuba disampaikan oleh pemberi bunga kepada penerima adalah ingin menunjukkan pandangannya kepada sifat penerima yang lemah lembut, comel, ayu, bersopan santun, pemalu, dan mempunyai sifat kewanitaan yang tinggi. Dan berkemungkinan kerana sifat itulah yang membuatkan pemberi jatuh cinta. Ia juga berkemungkinan sebagai tanda bersyukur kerana berjaya memiliki hati penerima.

putripuzzle : let me be me

21 March 2012

Calon Menantu Lelaki

harap dia untuk membimbingku

 "Intip-intiplah mana-mana anak teruna yang rajin ke masjid pada waktu Subuh dan Isyak. Kalau tengok anak muda itu selalu ke masjid ada harapan jadi calon menantu."

Dalam Islam orang lelaki sangat dituntut berjemaah pada waktu Subuh dan Isyak di masjid kerana pada waktu begini ramai yang lalai. Orang kalau dah cinta susah macam mana pun dia akan sanggup datang, begitulah halnya kalau kita telah jatuh cinta dengan Allah dan Rasul. Malu rasanya kalau tak dapat solat berjemaah di masjid. Hilang kejantanan sebagai seorang lelaki Islam!

Sumber : Alahai Pengantin Baru
Thank you Kak Fiza bagi Niz baca buku ni, best!!
putripuzzle : let me be me

16 March 2012

Jiwa yang cekal

Salam Jumaat..

Tadi seiring ke pejabat, macam selalu dengar radio fav, Ikim.fm, Pilihan Utama Anda. Ada motivasi pagi bercerita tentang kisah fitrah pokok pisang. niz nak cuba olah dapatan daripada ilmu tadi. harap semua dapat manfaat.

Berkisar tentang fitrah pokok pisang, biar dicantas, dibakar, dibuang dan sebagainya, ia akan tetap tumbuh semula. Begitu juga dalam kehidupan kita. Biar banyak dugaan/ujian menimpa, kita harus tabah dan cekal utk bangkit semula.

Pokok pisang akan terhenti kitar hidupnya apabila telah berbuah dan memberi hasil kepada tuannya. Walaupun begitu, sebelum terhenti kitar hidupnya, iakan mewariskan tunas yg baru. Tunas baru itu akan meneruskan kitaran sepohon pokok pisang yang terkenal dgn DNA kecekalan. Marilah kita contohi kecekalan sepohon pokok pisang.. kerana "kejayaan adalah milik sesiapa yg berjiwa cekal".

Wallahualam.

putripuzzle : let me be me

14 March 2012

Kata-kata Selembut Kata Cinta

APABILA Allah inginkan kebaikan kepada sebuah rumah tangga, maka dberikannya kelembutan dalam interaksi dan komunikasi sesama anggotanya. Itulah petanda yang sangat ketara dan dapat dirasai bukan sahaja oleh mereka tetapi bagi orang lain yang melihatnya.

CINTA dan kasih sayang umpama mentari, cahayanya boleh dilihat oleh sesiapa sahaja yang punya mata. Bersyukur jika kelembutan itu ada dalam rumah tangga kita, kerana itu petanda kebaikan berada bersama kita.

“Orang yang dijauhkan dari sifat lemah LEMBUT, maka ia dijauhkan dari kebaikan.” (HR. Muslim)

Malangnya, kini semakin sering terdengar betapa kelembutan itu semakin hilang. Tutur kata yang kasar, bahasa yang kesat dan suara yang tinggi sudah semakin lumrah di antara suami isteri.

Mengapa suami ku suka membentak? Mengapa sejak akhir-akhir ini isteri ku sudah mula menjerit-jerit? Suaranya menjadi tinggi, bahasanya menjadi kesat sekali, mengapa? Itulah antara keluhan yang samada diluahkan atau dipendamkan dalam sebuah rumah tangga.

Ah, betapa manusia semakin lupa bahawa sifat lemah-LEMBUT itu bukan sahaja diperlukan di dunia, bahkan diperlukan di akhirat. Syurga itu disedikan untuk mereka yang lemah LEMBUT dalam sikap dan tutur kata. Rasulullah صلى الله عليه وسلم telah bersabda: 

♥ ♥ “Mahukah aku kabarkan kepada kalian tentang orang yang diharamkan dari neraka atau neraka diharamkan atasnya? Yaitu atas setiap orang yang dekat (dengan manusia), lemah LEMBUT, lagi memudahkan.” (HR. Tirmidzi)

Mengapa frekuensi suara pasangan suami isteri boleh meninggi? Mana bisikan CINTA dan luahan rasa yang mendayu-dayu seperti mula-mula dahulu? Mengapa suara dinyaringkan padahal jarak fizikal antara mereka begitu hampir? Ya, mengapa perlu menjerit dan membentak pada hal mereka cuma duduk bersebelahan? Apakah telinga sudah tuli atau lidah kehilangan tenaga untuk berkata-kata?

Jawabnya mudah, itu semua kerana HATI telah menjauh. Walaupun jasad masih dekat, jeritan, bentakan dan herdikan diperlukan apabila dua HATI sudah menjarak. Justeru, hanya jeritan nyaring sahaja mampu merentasi jarak dua HATI yang telah jauh itu!


Berbeza jika CINTA masih ada dan menyala-nyala. Ketika itu dua HATI masih berpadu. Satu bisikan sudah cukup untuk memperdengarkan dan didengari. Jarak CINTA masih sangat hampir. Cuba bayangkan sepasang suami isteri yang asyik dilamun CINTA, suara mereka berbicara hanya didengar oleh mereka berdua. Justeru, ‘alat komunikasi’ yang sebenarnya bukan gajet-gajet teknologi tetapi HATI.

HATI adalah alat komunikasi yang sangat canggih dengan syarat HATI itu bersih. Cuba lihat bagaimana cara orang-orang soleh berkomunikasi dengan Allah lewat doanya. Suaranya perlahan, LEMBUT, mendayu-dayu, merayu-rayu, penuh rasa harap dan malu.

Firman Allah:
♥♥♥ “Berdoalah kepada Tuhanmu dengan merendah diri dan suara yang LEMBUT. Sesungguhnya Allah tidak menyukai orang-orang yang melampaui batas. Dan janganlah kamu membuat kerusakan di muka bumi, sesudah (Allah) memperbaikinya dan berdoalah kepada-Nya dengan rasa takut (tidak akan diterima) dan harapan (akan dikabulkan). Sesungguhnya rahmat Allah amat dekat kepada orang-orang yang berbuat baik.” (Al-A’raf 55-56)

Dan itulah jua asas dan teras komunikasi Allah dengan hambaNya. Sabda Rasulullah صلى الله عليه وسلم: 

“Sesungguhnya Allah adalah Dzat Yang Maha LEMBUT yang mencintai kelembutan dalam seluruh perkara.” (HR. Al Bukhari dan Muslim). 

Oleh kerana itulah nama-nama Tuhan sangat rapat dengan sifatNya yang Maha LEMBUT- Ar Rahman, Ar Rahim, Al Latif, Al A’fu, Al Ghafar dan lain-lain.

Perlu diingat, komunikasi bukan hanya menggunakan telinga dan mulut, tetapi menggunakan mata dan HATI. Kita perlu memandang orang yang sedang berdepan dengan kita. Jangan hanya kata-kata kita tujukan kepadanya. Pandang dengan kasih sayang. HATI itu jendela bagi HATI. Justeru, pertautan mata bermakna pertautan HATI. Bahasa mata dan HATI inilah yang dikenali sebagai bahawa rasa. Itulah bahasa sejagat yang mempunyai nada dan melodi yang sangat harmoni.

Mata sangat diperlukan dalam komunikasi CINTA. Oleh itu pandanglah mata pasangan kita, lalu berbicaralah dengan mata dan kata-kata, pasti HATI kita dan dia akan bertaut … Ya, sekiranya di HATI kita berdua masih ada CINTA.

Namun, jika kita tidak mampu lagi merenung matanya, dan bicara kita hanya dengan kata-kata dan telinga, itu petanda CINTA sudah terguris. 

♥ ♥ ♥ ♥ “Sesungguhnya sifat lemah LEMBUT itu tidak berada pada sesuatu melainkan dia akan menghiasinya (dengan kebaikan). Sebaliknya, tidaklah sifat itu dicabut dari sesuatu, melainkan dia akan membuatnya menjadi buruk.” (HR. Muslim)

Pasti ada yang tidak kena di mana-mana. Cuba lihat orang yang berbohong, cuba amat-amati orang yang khianat, dan telitilah sikap orang yang benci, mereka tidak akan mampu menatap mata orang yang mereka bohongi, khianati dan benci. Maka begitulah bila mata tidak turut serta dalam komunikasi antara suami dan isteri, salah seorang atau keduanya, besar kemungkinan sudah terguris hatinya!

Cuba baca sejarah Rasulullah yang agung. Bagaimana baginda berbicara dengan sesiapa sahaja di hadapannya. Matanya, gerak tubuhnya, bahasanya begitu meyakinkan. Orang yang menjadi teman bicaranya rasa dihargai, disayangi dan diberi perhatian. Bila baginda berpaling, baginda memalingkan keseluruhan badannya (bukan hanya mukanya).

Nada suaranya LEMBUT kecuali apabila menyampaikan nasihat tentang neraka dan ancaman-ancaman dosa. Matanya merenung penuh kasih. Baginda bukan hanya menghantar mesej pakej komunikasinya sepadu dengan rasa kasih-sayang, empati, dan CINTA. 

♥ ♥ ♥ ♥ ♥ “Maka disebabkan rahmat dari Allah-lah kamu berlaku lemah LEMBUT terhadap mereka. Sekiranya kamu bersikap keras lagi berhati kasar, tentulah mereka akan menjauhkan diri dari sekelilingmu.” (Ali Imran: 159)

Para suami dan isteri, contohilah HATI Rasulullah yang penuh CINTA, insyaAllah akan lembutlah suara dan harmonilah kata-kata. Meskipun peribadi baginda terlalu tinggi untuk didaki, tidak mengapa … jika kita sekadar mampu meniru ‘di hujung kuku’.

Cuba hayati nasihat Rasulullah ini. Anggaplah Rasulullah sedang mengingatkan kita ketika baginda menasihati isterinya: 

♥ ♥ ♥♥♥♥“Wahai A’isyah, sesungguhnya Allah itu Maha LEMBUT, Dia mencintai sikap lemah LEMBUT. Allah memberikan pada sikap lemah LEMBUT sesuatu yang tidak Dia berikan pada sikap yang keras dan juga akan memberikan apa-apa yang tidak diberikan pada sikap lainnya.” (HR. Al-Bukhari)

Tidak ada insan lain yang paling berhak mendengar suara CINTA dan bahasa kasih kita melainkan pasangan kita! Jangan berikan pada insan lain, sebelum kita berikan kepada suami atau isteri kita. Jika tidak, HATI pasangan kita akan ‘lari menjauh’ walaupun mungkin tubuh badannya masih sebumbung dengan kita. 

♥ ♥♥♥ ♥ “Maka disebabkan rahmat dari Allah lah kamu berlaku lemah LEMBUT terhadap mereka, sekiranya kamu bersikap keras lagi berhati kasar, tentulah mereka menjauhkan diri dari sekelilingmu.” (Ali Imran: 159)

Janganlah memperdengarkan jeritan jika bisikan sudah mampu didengar. Bahasa adalah jiwa bangsa – maksudnya, bahasa itu boleh menggambarkan jiwa. Walaupun sifat HATI tidak ketara tetapi kata-kata akan membuka rahsia. Jika HATI baik, tutur kata menjadi LEMBUT, bahasa menjadi indah dan nadanya menjadi merdu. Jika HATI jahat, tutur kata menjadi keras, bahasa menjadi kasar dan nadanya menjadi celaru.

Kita hanya merosakan diri sendiri dengan bahasa yang kasar berbanding orang yang kita tujukan kata-kata itu. Bahasa yang kasar datang daripada kebencian. Sesungguhnya kebencian itu akan merosakkan diri sendiri berbanding dengan orang yang kita bencikan. Sebaliknya jika bahasa kita baik, itu datang dari rasa CINTA. Dan CINTA akan memberi kebaikan kepada diri sebanyak mana yang akan diterima oleh orang yang kita cintai!

Dalam Al-Quran ALLAH memerintahkan Nabi Musa dan Nabi Harun untuk berkata LEMBUT kepada Firaun seperti mana firman-Nya dalam surah Thaha ayat 44:

♥♥♥ ♥ “Berbicaralah kalian berdua kepadanya (Firaun) dengan kata-kata yang lemah LEMBUT, mudah-mudahan ia ingat atau takut”. Ya, para Rasul wajib menebarkan rasa kecintaan bukan kebencian.

Oleh Rasulullah صلى الله عليه وسلم telah bersabda: 

♥ ♥♥♥ “Sesungguhnya Allah adalah Maha LEMBUT lagi mencintai kelembutan. Dia memberikan pada sifat kelembutan yang tidak diberikan kepada sifat kekerasan, dan tidak pula diberikan kepada sifat-sifat yang lainnya.” (HR. Muslim)

CINTA mampu kembara merentasi ruang dan masa. CINTA adalah soal HATI yang tidak mampu dipisahkan oleh jarak dan zaman. CINTA boleh melangkaui dimensi dan generasi. Justeru kita boleh mencintai Allah, yang tidak menyerupai sebarang makhlukNya. Kita boleh mencintai Rasulullah yang hidup ribuan tahun yang lalu. Kita boleh mencintai para sahabat dan para ulama silam yang tidak hidup sezaman dengan kita.

Itulah ajaibnya CINTA. Ia adalah satu kekuatan yang sangat luar biasa kerana ia bertapak di HATI, yakni ‘raja’ dalam kerajaan diri manusia. Apabila ada CINTA, kita boleh berkomunikasi dan berintraksi walaupun dengan alat-alat perhubungan yang terhad. CINTA menimbulkan kemahuan yang sangat kuat dan bertenaga. Namun, apabila tidak ada CINTA … segalanya akan lesu dan kaku. HATI hilang keinginan, hasrat dan tenaga untuk berkomunikasi dengan tulus, telus dan harmoni.

Bila kita kehilangan bahasa dalam bercinta, itulah petanda CINTA itulah yang sebenar telah hilang! Tanpa CINTA kita kehilangan makna, sedangkan makna itulah yang melahirkan bahasa… Bukankah makna CINTA itu hadir dulu di dalam jiwa, kemudian barulah lahir ungkapan, aku CINTA pada mu!

Sumber: http://genta-rasa.com/2011/12/20/kata-kata-selembut-rasa-cinta/
putripuzzle : let me be me

13 March 2012

Makna bacaan Al-Fatihah

klik pada gambar utk visual yang lebih jelas
untuk solat lebih khusyuk, baguslah kita tahu makna ape y kita sedang baca dalam solat terutamanya surah Al-Fatihah. Selamat beramal. 

 putripuzzle : let me be me

Akibat Bila Suka Mencari Kesalahan Orang Lain

Akibat Bila Suka Mencari Kesalahan Orang Lain- Semakin hari, semakin banyaknya hari yang berlaku di dalam masyarakat kita hari ini yang suka mencari kesalahan, kesilapan, keburukan dan kelemahan orang lain. Kelihatan ianya sudah menjadi sketsa dan agenda harian kita hari ini dan hari-hari yang seterusnya untuk terus menuding jari demi mengali kekhilafan yang ada pada diri seseorang.


Adakah drama yang berlaku harus di teruskan di dalam episod akan datang. Kerana ini bukan setakat di dalam kehidupan biasa yang kita lihat ianya terjadi, seakan-akan di dalam arena politik juga sudah menjadi mazhab utama mencari kesalahan orang lain demi memonopoli tunggak kejayaan pemerintahan. Adakah ini di katakan kemajuan yang kita banggakan pada mata negara luar selama ini.

Adakah ini semua yang kita pelajari di dalam kemuliaan agama islam kita sendiri. Seolah-olah kita sendiri mengandaikan di mata "si bukan islam" bahawasanya Rasul yang tercinta mengajar kita supaya menjadi sebegini. Akhirnya ianya menjadi songsang sedangkan islam itu suci dan bersih sejak azali.


Memang benar kata anda. Setiap kesalahan yang berlaku haruslah di tegur, setiap kezaliman yang terjadi mesti kita perangi dengan berani. Tapi senario yang berlaku hari ini membuatkan saya pelik melihat kejahilan mereka dalam membezakan di mana maksud kesalahan, apa itu kezaliman. Jangan kita lupa, setiap apa yang kita lihat, tidak akan sama kebenaran dengan apa yang kita fikirkan. Jangan kerana terlalu terikut-ikut dengan agenda orang sekeliling, kezaliman tersebut di tuding semula di padang mahsyar kelak. Kerana yang saya tahu, zalim itu di jatuhkan ke atas seseorang jika menuduh orang yang di tindas dan mereka yang benar-benar tidak bersalah. Anda tahu apa upahnya jika anda menjadi seorang yang zalim?

Secara kesimpulannya, menegur memang di wajibkan ke atas kita sebagai orang islam. Tapi janganlah kerana terlalu mengejar selembar pahala, kita menerima lebih dosa dari pahala. Menegur demi kebaikan, bukannya kerana perasaan. Kerana hasil perkongsian perasaan kebiasaannya akan di dampingi oleh iblis dan syaitan. Sebab itu nenek moyang kita selalu berpesan, "Jangan Terlalu Mengikutkan Perasaan". Akibatnya padah yang kita terima di telapak tangan kita sendiri.

Apa salahnya kita menegur untuk kebaikan bersama, bukan kerana kepentingan nafsu amarah yang tak ke mana.

putripuzzle : let me be me

Kisah Teladan : Bersyukur dan Redha

Abu Hurairah r.a telah mendengar Nabi s.a.w bersabda: Ada tiga orang dari Bani Israil iaitu si Belang, si Botak dan si Buta ketika Allah akan menguji mereka, Allah mengutus Malaikat berupa manusia. Maka datanglah Malaikat itu kepada orang yang belang dan bertanya: Apakah yang kau inginkan? Jawabnya: Kulit dan rupa yang bagus serta hilangnya penyakit yang menyebabkan orang-orang jijik kepadaku. Maka diusaplah orang itu oleh Malaikat. Seketika itu juga hilanglah penyakitnya dan berganti rupa dan kulit yang bagus, kemudian ditanya lagi: Kekayaan apakah yang engkau inginkan? Jawabnya: Unta. Maka diberinya seekor unta yang bunting sambil didoakan, BAARAKALLAAHU LAKA FIIHAA (Semoga Allah memberkahimu pada kekayaanmu itu). Kemudian datanglah si Malaikat itu kepada si Botak dan bertanya: Apakah yang engkau inginkan? Jawabnya: Rambut yang bagus dan hilangnya penyakitku yang menyebabkan kehinaan pada pandangan orang. Maka diusaplah orang botak itu lalu seketika itu juga tumbuhlah rambut yang bagus. Kemudian ditanya lagi: Kini kekayaan apa yang engkau inginkan? Jawabnya: Lembu. Maka diberinya seekor lembu yang bunting sambil didoakan, BAARAKALLAAHU LAKA FIIHAA (Semoga Allah memberkahimu pada kekayaanmu itu). Lalu datanglah Malaikat itu kepada si Buta dan bertanya: Apakah yang engkau inginkan? Jawabnya: Kembalinya penglihatan mataku supaya aku dapat melihat orang. Maka diusaplah matanya sehingga dapat melihat kembali. Selanjutnya dia ditanya pula: Kekayaan apa yang engkau inginkan? Jawabnya: Kambing. Maka diberinya seekor kambing yang bunting sambil didoakan BAARAKALLAAHU LAKA FIIHAA (Semoga Allah memberkahimu pada kekayaanmu itu). 


Beberapa tahun kemudian setelah masing-masing mempunyai daerah tersendiri yang penuh dengan unta, lembu dan kambing, datanglah Malaikat itu dalam rupa seorang yang miskin seperti keadaan si Belang dahulu pada waktu ia belum sembuh dan kaya. Malaikat itu berkata: Saya seorang miskin yang telah terputus hubungan dalam perjalananku ini maka tidak ada yang dapat mengembalikan aku kecuali dengan pertolongan Allah dan bantuanmu. Maka saya mengharap, demi Allah yang memberi rupa dan kulit yang bagus, satu unta saja untuk meneruskan perjalananku ini. Jawab si Belang: Masih banyak hak orang lain padaku, aku tidak dapat memberimu apa-apa, mintalah saja di lain tempat. Malaikat berkata: Rasa-rasanya aku pernah berjumpa denganmu, bukankah engkau si Belang dahulu yang dijijiki orang dan seorang miskin kemudian Allah memberimu kekayaan? Jawab si Belang: Saya telah mewarisi kekayaan orang tuaku. Malaikat berkata: Jika engkau berdusta maka semoga Allah mengembalikan keadaanmu seperti dahulu. Kemudian pergilah malaikat itu kepada si Botak dengan menyamar seperti keadaan si Botak dahulu dan berkata pula padanya sebagaimana yang dikatakan kepada si Belang, namun ternyata mendapat jawaban seperti jawaban si Belang, hingga kerananya didoakan: Jika engkau berdusta maka semoga engkau kembali seperti keadaanmu semula. Akhirnya datanglah Malaikat itu kepada si Buta dengan menyamar seperti keadaan si Buta dahulu semasa ia miskin dan berkata: Saya seorang miskin dan perantau yang telah putus hubungan dalam perjalanan, tidak dapat meneruskan perjalanan kecuali dengan pertolongan Allah dan bantuanmu. Aku minta demi Allah yang mengembalikan pandangan matamu, satu kambing saja untuk meneruskan perjalananku ini. Jawab si Buta: Dahulu aku memang buta lalu Allah mengembalikan penglihatanku maka kini ambillah sesukamu, aku tidak akan memberatkan sesuatu pun kepadamu yang engkau ambil kerana Allah. Maka berkata Malaikat: Jagalah harta kekayaanmu, sebenarnya kamu telah diuji maka Allah redha kepadamu dan murka kepada kedua temanmu itu. 

 Sumber: Facebook Syahirul.com 
 putripuzzle : let me be me