gambar paspot bersama manee monster |
Alhamdulillah diberi peluang untuk turut serta dalam lawatan ke Kilang Mamee Chef di Melaka bersama 60 peseta yang terdiri daripada bloggers serta peminat Mamee Chef yang terdiri dari pelbagai rangkaian komuniti sosial media. Kami berkumpul di Mamee Double Decker Subang Jaya untuk menaiki bas ke lokasi kilang berkenaan.
wayang time.. layan sampai habis.. hee |
Sepanjang perjalanan kami layan beberapa siri filem Fast and Furious. Happening. Handsome man Paul Walker. Sayangnya dah meninggal. Huuu~
geng macheser united pun layan produk mamee, hebat noh- |
Setibanya di sana, kami berkumpul di hadapan kilang untuk merakam gambar kenangan peserta lawatan ini. Kemudian kami bergerak ke Mamee Galeri untuk refreshment dan mendengar taklimat ringkas mengenai latar belakang syarikat Mamee Double-Decker oleh Pengurus Pemasaran, Sham Mee.
Sham Mee memaklumkan merujuk kajian yang dilakukan oleh Kantar WorldPanel, 5.47 juta pengguna isi rumah di Malaysia menggunakan produk keluaran Mamee Double-Decker dan produk yang paling mendapat sambutan ialah mee segera Mamee Chef yang telah mencatatkan pembelian sebanyak 4.2 juta pengguna isi rumah. Terbaik kan.. Mestilah!! Mamee Chef nyum nyum nyum.. Sedap sangat tau. Kalau tak rasa lagi, pergilah dapatkan di pasaran dengan segera. Pasti puas hati berbanding mee segera yang lain. InshaaAllah.
iklan komersil mi tarik Mamee Chef |
Mamee Double-Decker juga telah melaburkan sejumlah RM 80 juta dalam teknologi mesin perkilangan berdasarkan teknik La Mian untuk menambahbaik rasa dan kekenyalan mee yang dihasilkan di kilang.
billboard mi tarik di Kilang Mamee Chef Melaka |
Dato’ Chef Ismail juga turut bekerjasama untuk menghasilkan resepi yang terbaik untuk produk mee segera Mamee Chef. Tengok siap jadi duta lagi. Aku dah rasa perisa kari laksa dan perisa tom yam thai. Rasanya seperti makan masakan di rumah. Bahan-bahannya segar dan terdiri daripada herba dan rempah. Mamee Chef juga membekalkan bahan penambah perasa di setiap paket yang terdiri daripada pelbagai perisa untuk melazatkan lagi Mamee Chef seperti udang, bite-sized tofu, cendawan shitake dan sayuran.
Yang penting produk keluaran Mamee Double-Decker ini Halal. Mamee Chef telah mendapat pengiktirafan dari Halalan Toyibban, Halal Industry Development Corperation berdasarkan pencapaian Mamee Double-Decker mengekalkan amalan piawaian kualiti dan kebersihan dalam proses menghasilkan produk-produknya. Jadi gunakan tanpa was-was ya. Heee-
Mamee Double-Decker dan Mamee Chef juga telah mendapat beberapa pengiktirafan dalam dan luar Negara. Antaranya ialah:-
• Mamee Chef Curry Laksa rated Top 10 Best Instant Noodles in the world for 2014 oleh www.theramenrater.com
Theramenrater.com telah merasa pelbagai jenis mee segera di seluruh dunia. Kemudian dia akan memberi pendapat dan menilai mee segera tersebut. Dia berasal dari US dan telah merasai dan menilai lebih 1,200+ pelbagai mee segera di seluruh dunia. Mamee chef telah disenaraikan dalam 10 senarai mee segera yang terbaik di dunia berdasarkan penilaian yang terbaru dilakukan pada tahun 2014.
• Putra Brand Awards Bronze Recipient 2014 di bawah kategori Produk Makanan
Pengguna juga telah mengiktiraf produk Mamee Double-Decker melalui anugerah yang diadakan setiap tahun di bawah penganjuran Association of Accredited Advertising Agents Malaysia (4As)
• Frost and Sullivan Malaysia Excellent Awards Recipient
Ia dinilai berdasarkan inovasi dan amalan produk yang terbaik dalam proses pembungkusan makanan di Malaysia. Anugerah Trofi Frost dan Sullivan ini telah dianugerahkan sebanyak dua kali kepada Mamee Double-Decker. Tahniah Mamee Double-Decker.
demonstrasi cara membuat mi tarik |
Semasa taklimat kami menyaksikan pertunjukan membuat mee tarik oleh Pakar La Mian dan cara-cara memasak perencah kari laksa. Kaedah La Mian ini sangat terkenal di negeri China dan Mamee Chef adalah satu-satunya produk yang menggunakan teknik ini di Malaysia.
Kemudian kami dibawa untuk melawat kilang pembuatan Mamee Chef. Kami diberi penerangan oleh En. Eng tentang peringkat-peringkat pembuatan Mamee Chef. Terdapat 9 peringkat bermula dengan melakukan proses yang dikenali sebagai mixing, rolling, slitting, steaming, cutting, seasoning shower, frying, cooling dan akhir sekali pembungkusan.
Nasi Ayam Jonker Walk House |
Setelah lawatan itu, kami beredar untuk menikmati makan tengah hari. Kami dimaklumkan menu itu didatangkan khas dari Restoran Mamee Jonker House, Melaka yang popular dengan Nasi Ayam Mamee Jonker House. Sedap. Nyum nyum. Nasi itu berbentuk bulat, unik dan lebih dikenali dengan panggilan nasi kepal. Selain Nasi Ayam kami juga disajikan dengan sate serta kek coklat dan kek teh hijau sebagai pencuci mulut. Kami juga mencuba Mamee Chef Curry Laksa. Semua sedap dan lazat. Laju aku makan sebab lapar wei. Pagi tadi tak sempat makan berat, makan ringan-ringgan aje. Haaa-
Di samping melawat Kilang Mamee Chef, kami juga melawat Mamee Jonker House di Jonker Walk, Melaka. Mamee Jonker House terdiri daripada restoran ala kopitiam, kedai produk Mamee dan cenderamata, Mini Muzium Galeri Mamee Double Decker, Colour My Mamee Chef Cup dan Monster Kitchen.
Sesi mewarna cup Mamee Chef. |
my custom made Mamee Chef Cup. cantikkan?! minta puji~ |
Kita boleh melakukan pelbagai aktiviti keluarga seperti mengunjungi Mini Muzium Galeri Mamee Double Decker, menghias dan mewarna serta memilih bahan perasa untuk Mamee Chef Cup dan menyertai Monster Kicthen untuk membuat noodles cakes yang tersendiri. Best kan. Macam-macam aktiviti boleh dilakukan dengan hanya mengunjungi tempat ini. Rasa tak mau keluar. Lagi-lagi bila bau masakan dari dapur terbuka Mamee Chef. Hehehe-
Di sini kita boleh pilih perasa mengikut cita rasa kita. Fun-fun session.
Monster Kichen ini sesuai untuk seisi keluarga berusia enam tahun ke atas. Aktiviti yang menyeronokan terutama bagi kanak-kanak. Maklumat lanjut lanjut tentang boleh rujuk ke laman web rasmi www.mamee.com atau hubungi Mamee Jonker House di alamat No. 46 & 48, Jalan Hang Jebat, 75200 Melaka atau hunbungi nombor telefon 06-2867666 ini. Nanti nak bawa anak-anak pula dating sini. Mesti mereka suka. InshaaAllah.
Jom kita ke Mamee Jonker House.
Tempat wajib dilawati jika berkunjung ke Melaka.
Hip hip horeeeyy!!
Sekian.
let me be me
wahhhhhhhhh bestnyaaa
ReplyDeleteBestnye dapat join.. Teringin nak join.. Huhu
ReplyDeleteel janna, bes. nanti pergi la sana.. mamee jonker house ada nasi ayam kepal. sedap.
ReplyDeletemama mursyid, ni pun kebetulan dapat join.. xpe ada rezeki nanti boleh join event yg lain.. kalau trip mcm ni mmg bes. inshaaAllah.
ReplyDeleteRindunyaaa nasi ayam mamee jonker house tu.
ReplyDeletep.s : i can see me from the back. Eh! :P
Wah bestnye...untunglahhhh
ReplyDeleteBestnya kak neez. Yang last last tu nampak yummy hihi
ReplyDeletenice post dear, seronokkan dapat pengalaman sebegini..spot me tengah conteng mamee cup.
ReplyDeletenadia.. tahniah menang.. heee-
ReplyDeleteefa.. bes bes.. mamee chef nyummy. nti try tau..
ema johari, a ah.. saja snap photo secara rambang.. hehhe.. happy time..
bestnya join. ritu ingat nak join tapi segan hahaha.. malu :P
ReplyDeletenext time join je. sy pun segat at first lepas tu pepandai la abwa diri. keanl2 kawan baru.. heee :)
ReplyDeleteeyza pun segan jugak nak pg mula2.. tapi nasib baik la adik eyza pun dapat jemputan.. ada la gang.. best kan pg rombongan macam ni.. lain kali kalau ada lagi, mesti nak join lagi.. :)
ReplyDeletekan kan kan.. hee.. eyza kenal tak kak yati hospital ampang .. niz pun at hos. ampang tau. ni ak yati la bgtau.. keyza dl kat sini jugak kan.. heee
ReplyDeleteJika anda ke Melaka selepas ini...
ReplyDeletePromosi penginapan homestay murah dan mudah di Melaka Bandaraya Bersejarah, sila lawati http://www.homestaymelaka.com.my atau http://homestaymelaka.worldheritage.com.my
Anda juga boleh menginap di hotel bajet kami di http://qish.hotelmelaka.com.my dan http://www.asiaheritagehotel.com