19 December 2016

Dugaan anak sedang membesar


Throwback kisah semalam. 

Outting dengan family.. Kami bawa mak ayah jalan-jalan kat IKEA. Lepas tu cari port makan kat Aeon Maluri. Banyaknya umat manusia kat mall. Nak nyambut Krismas dan buka sekolah agaknya...

Nak dijadikan cerita... 

Lepas makan Aisha pun berak.. Abi bawa Aisha ke tandas lelaki untuk tukar lampin dan seluar baju. Mulanya ibu dan Aina tunggu depan pintu tandas.. tapi bosannya.. dekat luar banyak sales. Ibu pun tinjau-tinjau la dengan Aina. 

Yang si Aina lari ke sana ke mari.. main cak cak dengan ibu. geram betul bila di pegang tak mahu. Ibu isthigfar banyak-banyak. Lari lari keliling baju-baju dan hand bag. Last sekali tak nampak batang hidung dah.. Kecut perut ibu.. Abi, nenek dan atuk. Semua cari Aina.. 


Tawakal kami hanya pada Allah. Semoga Aina tak kemana-mana.. macam-macam fikir. takut berlaku perkara yang buruk.. Nauzubillahiminzalik.....

Dalam hati dok geram juga sebab dia ni buas sangat lari sana ke mari......
Lebih kurang 10 minit, kami berpecah cari Aina...Kemudian ibu jumpa Aina depan tandas yang abi basuh berak Aisha tadi. Rupanya Aina pergi tandas.. kencing.... Dengan slumber dengan seluar basah keluar kat koridor. Nasib baik ibu Abi masih ada kat situ. Anak oh anak.. Mengucap panjang bila jumpa Aina balik.

Abi kata nak marah Aina pun tak boleh.. Aina tak tahu apa.. Aina baru 3 tahun...
Abi marah kat Ibu. Sebab ibu cuai. OK lesson learned.

Korang pernah tak hadapi perkara seperti ini?

30 November 2016

Panjat Broga Hills ke Sekian kali

menjunam wei.. semput dan pancit..
1st time Abi sampai Broga Hills. Tahniah Abi. My strong man.
with Cik Yoyoi
penat sangat nampaknya tadi.. masuk air buas kemain awak ye
Jom baliklah.. Apa?! nak tidur sini!!!~
20.02.2016
#throwback
Banyak entry pending sebab masa kelaut lama sangat. heee~
Aktiviti mendaki pertama dengan sang suami. Abi did a good job. Usung Aina tu. Dah warning dah sebelum nak daki, sama ada nak bawa Aina atau x.. hehehe

Lepas mendaki kami ke Sungai Tekala pula. Have some refreshing moment..

29 November 2016

Kelahiran anak kedua


Throwback 15.07.2015
Setahun lebih yang lalu.. Baru nak update?! heheheeee~

Selamat melahirkan puteri kedua ke dunia yang fana ini.
Putih bersih kulit dia cerah dari kakaknya.. Aina..

Saat mengandungkan mual itu biasa.. Bisa diurus dan sementara sahaja.. Saat melahirkan sakit itu biasa.. Jahitan itu biasa.. Lebih teruk dari melahirkan anak sulung rasanya. Tapi itu tetap biasa. Normal kan.

Tak sangka macam mimpi.. dah dua orang zuriatku. Alhamdulillah.
Berat ketika dilahirkan 3.47kg. Masa dilahirkan pukul 12.45 tgh hari di Hospital Ampang, Selangor. Semoga Ibu ingat sampai mati. Dijauhkan daripada penyakit nyanyuk.. Anak-anak Ibu doakan ya. :)

Nama di beri.. Nur Aisha Najiha
Nur: Cahaya
Aisha: Penuh energi, riang gembira, sihat, baik, kehidupan, penolong
Najiha: Kejayaan

Kesimpulannya.. Cahaya yang penuh makna kegembiraan kehidupan dan berjaya orangnya. Semoga Aisha jadi orang yang bermanfaat untuk kebaikan agama bangsa dan negara, Aamiin

Penantian di pengakhiran itu



Bismillahirrahmaanirrahim
Alhamdulillah 100x

Hubby dah dapat posting ke semenanjung. Cukup sudah 8 tahun berkhidmat kat Kem Penrissen,Kuching . Baliklah berkhidmat untuk isteri dan anak-anak pula. heeee

Hubby dapat post di UPM Serdang sebagai Jurulatih PALAPES. Macam mana agaknya rupa Abi jadi jurulatih. Semoga urusan Abi dipermudahkan kat tempat baru nanti. Aamiin.

Ibu happy sangat. Hanya mampu ucap Alhamdulillah. Sujud syukur hanya padaMu ya Allah.. Penantian 4 tahun lebiih ni sudah berakhir. 

Tepat pada masanya. 
Benar, perancangan Allah yang terbaik.

Lepas ni, kurang sikit tanggungjawab Ibu membesarkan anak-anak. Anak-anak dapat perhatian Abi nya juga. Alhamdulillah. Ibu boleh fokus 90%-100% dalam study Ibu.. 

Hikmah disebalik penantian. 
Semoga perkahwinan kami yang baru bermula ini akan kekal hingga ke syurga. #tilljannah

Nikmat Allah yang mana kamu dustakan...


Tutorial Shawl Part 2






Ok. Lebih sopan dan muslimah sangat. InshaaAllah. 
Selamat mencuba. 

Jadi ke tidak?!

Tutorial Shawl Part 1





Kalau suka style tudung singkat boleh try gaya ni tapi tak digalakkan ye. Bagusla kita try tutup dada aset berharga dan esklusif kita itu.. Jom try gaya tudung labuh. Klik sini untuk Tutorial Shawl Part 2.
 
Thank you.

Sumber dari google

19 August 2016

Hye hi

Bersawang dah blog aku.. heh-

Ya Allah sungguh sibuk dengan kehidupan sekarang.
Sejak mengandung anak kedua serta sambung belajar pjj terus tinggal aktiviti memblog..

Rinduuuuuu~
Kawan-kawan kat bloglist tak putus update entry.
Nak baca... tapi tak sempat lagi...

Sehingga waktu memberi ku waktu untuk memblog ya!!
Rindu nak make up ceconteng blog nih.. haaaaaa~

Sekian.