17 August 2012

Peta Lokasi Rumah Mertua Aku


Lokasi Kat Selama, Perak. Jemput yang berkenaan hadir di masa majlis sambut menantu aku & suami pada 23 Ogos 2013 (Khamis) ni yep. Salam..

putripuzzle : let me be me

02 August 2012

Kelebihan Istighfar

JADIKANLAH 'ISTIGHFAR' SEBAGAI AMALAN...


Suatu hari Hassan Al Bashri, salah seorang tabiin didatangi oleh seorang lelaki yang mengadu mengenai keadaan daerahnya yang kering kontang kerana sudah lama tidak hujan.

Maka Hassan berkata, ``Mohonlah ampun kepada Allah.''

Kemudian datang pula seorang lagi sahabatnya yang mengadu bahawa dirinya ditimpa kemiskinan.

Sekali lagi, Hassan menjawab, ``Mohonlah ampun kepada Allah.''

Tidak lama kemudian datang pula seseorang meminta didoakan agar dikurniakan anak dan jawapan Hassan ialah ``beristighfarlah kepada Allah.''

Kemudian datang lagi orang yang lain mengadukan tentang kebunnya yang tandus, Hassan juga memintanya supaya beristighfar.

Jawapan Hassan itu menimbulkan rasa tidak puas hati para sahabatnya, lalu mereka bertanya kepada Hassan mengapa semua masalah itu hanya dapat diselesaikan melalui istighfar.

Hassan berkata, ``Saya tidak mengatakan semua itu secara suka-suka. Tetapi, berdasarkan firman Allah dalam surat Nuh ayat 10-12 yang bermaksud:

``Maka aku katakan kepada mereka,'' Mohonlah ampun kepada Tuhanmu, sesungguhnya Dia adalah Maha Pengampun, nescaya Dia akan mengirimkan hujan kepadamu dengan lebat dan membanyakkan harta dan anak-anakmu, mengadakan untukmu kebun-kebun dan mengadakan (pula di dalamnya) untukmu sungai-sungai. ''

Apa yang dinyatakan oleh Hassan itu seolah-olah tidak berlaku pada zaman sekarang yang lebih banyak melihat sesuatu yang berlaku itu secara akal fikiran atau rasional semata-mata.Setiap sesuatu yang terjadi kepada kita, tidak pernah dianggap sebagai akibat daripada dosa-dosa yang telah kita lakukan.

Lanjutan itu, dalam mencari penyelesaian terhadap sesuatu masalah kita hakikatnya hanya mencipta masalah baru. Sedangkan Allah telah berfirman dalam Surah As-Syura ayat 30 yang bermaksud: ``Dan apa sahaja musibah yang menimpa kamu, maka adalah disebabkan oleh perbuatan tanganmu sendiri dan Allah memaafkan sebahagian besar (dari kesalahan-kesalahan mu).''

Peringatan Allah ini sebenarnya tidak pernah dipedulikan oleh sebahagian daripada kita, sebaliknya kita lebih banyak menggunakan kekuatan fikiran untuk menyelesaikan masalah.Istighfar hakikatnya adalah jalan terbaik untuk memberi kita petunjuk dalam menyelesaikan apa juga masalah yang kita hadapi.

Ia akan menimbulkan keinsafan dan ia akan mendorong kita menghentikan perbuatan-perbuatan yang boleh mendatangkan dosa.Sama ada kita hendak mengakui atau tidak, kita sering melupakan azimat Allah ini sehingga setiap kali kita menghadapi apa juga masalah kita terlupa untuk beristighfar kepada-Nya.

Justeru marilah kita menjadikan istighfar sebagai amalan tetap kita seharian, sesungguhnya Allah itu Maha Pengasih lagi Maha Pengampun.

putripuzzle : let me be me

Rahsia Garam

Rahsia Garam... 
Amalan sunnah yang tak diketahui...

Amalan Rasulullah S.A.W memakan secubit garam sebelum dan selepas makan kini dibuktikan oleh sains bahawa tabiat ini menambahkan keberkesanan perut untuk menghadam makanan dan menghindarkan perut dari menyerap racun.

Pada zaman Yunani, Tentera Yunani ( askar Greek ) dibayar gaji menggunakan garam .Begitu juga dengan episod penjajahan negara kecil oleh negara besar dengan mengenakan hukuman penjara kepada penentang mereka.

Apabila dipenjarakan, mereka ( penentang ) akan diberi makanan seperti roti dan air tanpa garam. Walaupun kerap dihidangkan dengan roti dan air tanpa garam, badan mereka tetap lemah memandangkan kurangnya kandungan garam dalam badan. 

Dari Abdullah Bin Umar
” Sesungguhnya ALLAH menurunkan empat perkara berkat ( mempunyai kebaikan ) dari langit ( menerusi hujan ) ke bumi iaitu besi, api ,air dan garam”

Hadis Riwayat Al-Baghawiy dalam tafsirnya .
Dari Anas Bin Malik, nabi bersabda ” Penghulu segala lauk pauk kamu ialah garam .

Dalam kitab perubatan Islam, untuk penyakit dari laut maka untuk keluarkannya dari badan/merawatnya dari laut juga iaitu menggunakan air garam. Antaranya:

1. Penyakit Ghaut – timbus anggota badan atau bahagian yang bengkak dengan pasir laut ( tepi pantai ) 1 – 2 jam kemudian mandi air laut.

2. Kalau tinggal di bandar seperti , goreng 1 – 2 genggam garam kasar sampai kekuningan kemudian demah/tuam di bahagian yang bengkak atau sakit. Garam itu dibungkus dengan kain.

3. Guna cara yang sama seperti di atas untuk penyakit lenguh-lenguh sendi, sakit kepala, senggugut. Kalau sakit lelah demah/tuam pada tapak kaki.

4. Elak mabuk semasa perjalanan dengan meminum madu dan secubit garam atau air suam dan secubit garam sebelum memulakan perjalanan

5. Mengembalikan tenaga untuk orang yang bekerja berat seperti bertani, bersukan dan seumpamanya – minum air suam dan sedikit garam.

6. Cuci perut : minum air suam dan satu butir garam kasar sebelah pagi. 

Petua berdasarkan kajian
  • Merendam kerang supaya hilang tahinya. Dalam kaedah perubatan Islam, sesuatu perkara yang buruk diubat dengan asalnya. Kerang berasal dari laut, dan garam digunakan untuk meneutralkan keburukannya (tahi).
  • Mengurang tahap kemasinan ikan masin. Ikan kering yang terlalu masin boleh dikurangkan kadar kemasinannya dengan merendam dalam air garam juga.
  • Merawat cirit-birit. Ia boleh diubati dengan meminum air yang dicampur sedikit garam.
  • Garam diguna untuk merawat kegatalan. Air yang dicampur garam disapukan pada kulit yang gatal.
  • Menambah imuniti badan akibat perubahan hawa/angin. Hal ini berlaku di sesetengah tempat di negeri Arab. Misalnya pelajar Malaysia yang berkunjung ke Arab akan mengalami alahan terhadap hawa/angin tempat baharu. Air garam diminum sebagai ubatnya.
putripuzzle : let me be me