31 March 2011

Kata Hikmah (Merawat Diri)


Perbaikilah dirimu sendiri niscaya orang lain akan berbuat baik kepadamu.

Dua perkara yang tidak akan membuat seseorang merasa puas: mencari ilmu dan mencari harta.

Bersungguh-sungguhlah, jangan malas dan lalai maka penyesalan itu akibat bagi siapa yang bermalas-malasan.

Be ever vigilant, but never suspicious. Waspadalah tapi jangan pernah Curiga. Bezakan antara Waspada dengan Curiga. Waspada bermula dari sikap yang berhati-hati atau Positive Thinking sedangkan Curiga bermula dari sifat Tidak Senang atau Negative Thinking. Segala sesuatu yang bermula dari niat baik, akan berakhir dengan baik. InsyaAllah.

Siapa yang baik hati nuraninya akan baik pula keadaan lahirnya. Tolak ukur dari baik atau tidaknya perangai seseorang, tergantung dari baik tidaknya hati, jiwa atau nurani seseorang. Kalau hatinya jelek, akan berpengaruh terhadap tingkah lakunya. Sedangkan apabila baik hatinya, insya-Allah baik pula adab budi pekertinya.

Not everything that is faced can be changed, but nothing can bechanged until it is faced. Tidaklah segala sesuatu yang dihadapiboleh berubah, namun tidak akan ada perubahan sampaisesuatu itu dihadapi.

Perbaikilah dirimu sendiri niscaya orang lain akan berbuat baik kepadamu Tanggapan atau respon seseorang sangat tergantung dari apa yang kita lakukan. Sekiranya kita berbuat baik, insya-Allah mereka pun akan memberi tanggapan yang baik pula. Demikian pula sebaliknya.


Seekor burung di tangan lebih baik daripada sepuluh burung dipohon. Apa yang ada pada kita, seberapa dan seperti apapun wujudnya wajib disyukuri dan dimanfaatkan dengan sebaik-baiknya. Kerana, inilah kenyataan yang ada. Daripada mengandai-andai yang tidak ada / nyata. Namun jangan berhenti / puas sampai di situ saja, kita harus berfikir dan merancang untuk yang lebih baik lagi pada masa hadapan.

putripuzzle : let me be me

30 March 2011

Perpisahan Mac 2011 ( IKA )




Selamat Hari Perpisahan to Siti Hatika.. kalau jumpe kak niz kat memane.. sila tegur ye.. kak niz kalau dapat jalan dah tak tengok orang.. hehe. Selamat berjaya jugak ye. Wish u all the best taw. Semoga jumpa lagi next time.. di mana-mana..

putripuzzle : let me be me

24 March 2011

Ciri-ciri Sahabat dalam Islam



“Imam Al-Ghazali berpesan kepada anak lelakinya: “Wahai anakku, sekiranya engkau berasa perlu untuk bersahabat dengan seseorang, maka hendaklah engkau memilih orang yang sifatnya seperti berikut:
1. Jika engkau berbakti kepadanya, dia akan melindungi kamu.
2. Jika engkau memerlukan pertolongan daripadanya, dia akan membantu kamu.
3. Jika engkau menghulur sesuatu kebaikan kepadanya, dia akan menerimanya dengan baik.
4. Jika engkau rapatkan persahabatan dengannya, dia akan membalas balik persahabatan kamu.
5. Jika engkau merancangkan sesuatu, nescaya dia akan membantu kamu.
6. Jika dia melihat sesuatu yang tidak baik daripada kamu, dia akan menutupnya.
7. Jika dia mendapat sesuatu kebajikan (bantuan) daripada kamu, dia akan menghargai atau menyebut kebaikan kamu.

Teman yang paling baik adalah apabila kamu melihat wajahnya, kamu akan teringat akan Allah, mendengar kata-katanya menambahkan ilmu agama, melihat gerak-gerinya teringat akan kematian…



putripuzzle : let me be me

23 March 2011

Geng JJ 2011


ini kawan² yang suke jalan², makan², main bowling, karoke dan ssbagainye.. kami namakan ia; Geng JJ. limited edition. easy going with other. xde kene mengena dgn mane² organisasi/kelab/pertubuhan. tapi still ade org y salah anggap dan terus cop kami ni line-up VivaC. itu adalah tidak benar sama sekali. kami tidak menarik perhatian mana² individu dalam kelab tersebut. bila dgr cerita mcm tu, xde la nak ckp byk pun, sendiri taw ape function Geng JJ. actually, mcm geng bas sekolah je pun. ahli adalah tetap. tidak berkurang tidak bertambah. huhu.. xfaham jugak xtaw la nak ckp mcm mane. hehe.. 

y penting, we all love peace ~

putripuzzle : let me be me

Gadis² Melayu di BPTV, KPM

di situ kawan² kerja saya - syuhada, aini, aniz, hajar, kak nawal dan ika.

Gambar ni kitorg snap time ade sambutan hari raya kat sektor Pengoperasian Sekolan. Kita orang pakat² wearing pink clothes.. so semua nampak pink on that day. ceria kan..

putripuzzle : let me be me

22 March 2011

Layout 2 (Bluewave)

layout aku y ke 3 actually
bosan giler hari ni.. so aku godek² la design template. terhasillah layout y baru ni.. layout lama akan menjadi kenangan terindah. hehe.. template ni ku buat bodo² je.. sesimple mungkin asal puas hati.. at least hilang gak bosan aku.. huhuhu~ template ni bertahan bape lame, aku pun xpasti.. ade la 3,4, 5 bulan kot. hurmm.. ku akan rindu template lama ni. ape pun, xde y baru, xdelah y lama kan.. 

hingga berjumpa lagi di layout y akan datang.

putripuzzle : let me be me

Restoran Nasi Lemak Ayam Kampung, Ipoh


Setengah hari kat Ipoh. (19 Mac 2011- Sabtu) Sesampai je aku.. kak aqma bawa g makan kat Sabar Menanti. Best jugak. makanan pun sedaaap. Kenyang aku, Alhamdulillah. Tq kak aqma sponser mkn tgh hari.. hehe.. After makan, lepak balik umah kak aqma kat Balai Bomba, guling² jap sambil telan daim, kisses n harvesly. Aku mmg suke chocolat ni semua. sebab sedapla kan. hehe..

After tu, aku ajk kak aqma layan bowling. so tehn, lokasi seterusnya is Ipoh Prade. Agak kecewa di situ sbb lane bowling dah fullbook. Ape boleh buat~ kwang².. kitorg jejalanla shopping di samping window shopping.  hurmm.. Ipoh Prade not bad la. ala² One Utama kat KL. macam² ado. I like. After penat jalan se'ipoh prade', kitorang gerak g makan kat restoran Nasi Lemak Ayam Kampung ni je. Even mcm tu.. rasa macam xnak balik je.. hatiku sudah di Ipoh. huhuhu..

Best makan kat restoran tu.. makanan sedah. tom yam campur die rasa beb. sangat direkemen kat korang y cari tempatmkn best di sekitar ipoh. ketam rempah die pun sedap... ayam kampung die jgn ckp la.. kenyang makan sampai ke esoknye taw. Alhamdulillah. rezeki pada hari itu lumayan. TQ kepada penaja, Abg Husni. kalo ade rezeki, next time belanja lagi ye.. hehe

Sekian dulu utk pagi ni.. sambung buat kerje da..
Salam.... 

putripuzzle : let me be me

17 March 2011

Andai Lelaki Tahu~


Andainya lelaki tahu..
Apabila seorang perempuan jatuh cinta,lelaki itu tidak semestinya punya segalanya tetapi lelaki itu adalah segalanya di hatinya.

Andainya lelaki tahu..
Apabila seorang perempuan itu mengalirkan air mata, itu bukan bermakna dia lemah, tetapi dia sedang mencari kekuatan untuk terus tabah menyintai lelaki itu.

Andainya lelaki tahu..
Apabila seorang perempuan marah, memang dia tidak mampu mengawal perasaannya tapi percayalah, itulah maknanya dia sangat mengambil berat dan menyayangi lelaki itu. Lihat saja pasangan yang baru bercinta, mereka jarang bergaduh. Tetapi percayalah semakin bertambah sayang mereka pada seseorang, semakin pula banyak pertelingkahan yang berlaku.

Andainya lelaki tahu..
Apabila perempuan bercakap banyak, dia tidak pernah bermaksud untuk membuat anda rimas, tapi dia mahu lelaki mengenalinya dengan lebih dekat.

Andainya lelaki tahu..
Apabila perempuan berkata dia mahu anda berubah, itu bukan bermakna dia tidak mahu menerima anda seadanya, tetapi dia mahu menjadikan anda lebih baik, bukan untuk dirinya, tetapi untuk masa depan anda.

Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan cemburu dan tidak percayakan anda, bukan bermakna dia tidak sayang..tetapi dia terlalu sayangkan anda dan masih mengangap anda anak kecil yang masih memerlukan sepenuh perhatian. Kadang2 dia terlalu risau sekiranya terlalu percaya, anda akan mengkhianati kepercayaan yang diberi. Naluri keibuannya sangat kuat. Dia hanya mahukan yang terbaik untuk anda.

Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan merajuk, jangan kata dia mengada-ngada. Dia bukannya mahu dipujuk dengan wang ringgit atau hadiah sedozen, tetapi cukup dengan perhatian yang boleh buat perempuan rasa dihargai.

Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan jarang mengatakan ‘i love u’, itu tidak bermaksud dia tidak menyintai tetapi dia mahu lelaki itu merasai sendiri cintanya, bukan hanya hadir dari kata-kata tetapi juga melalui bahasa tubuhnya.

Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan kata dia rindu sama kamu, dia benar-benar maksudkannya. Apabila berjauhan, bayanganmu akan sentiasa bermain di mata.

Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan kata lelaki lain itu lebih baik dari kamu, jangan percaya kata-katanya kerana dia hanya mahu menguji kamu. Dia mahu melihat sejauh mana kamu sanggup menjadi yang terbaik di matanya. Walaupun sebenarnya memang kamulah yang terbaik di hatinya. Selagi dia dengan kamu, percayalah, walaupun perempuan menganggap masih ramai lagi yang lebih baik di matanya tetapi di hatinya, kamu tetap yang terbaik.

Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan menjadi degil, dia bukan bermaksud untuk menjadi degil tapi dia mahu melihat sejauh mana lelaki itu mampu bersabar dengan kerenahnya. Percayalah, hati perempuan itu sangat lembut. Andai kena caranya, jangan terkejut kalau akhirnya dia menukar fikirannya dalam masa sesaat.

Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan berkata, “tolong tinggalkan saya!”, dia tidak bermaksud menyuruh anda pergi selamanya. Dia hanya mahu menenangkan fikirannya sebentar saja. Apabila dia kembali tenang, percayalah dia akan mencari anda semula. Itu tandanya dia benar-benar menyintai anda. Perempuan sukar untuk mengawal perasaan. Dia terlalu emosional. Tapi dialah yang paling menyayangi anda dan sangat sensitif dengan perubahan pada diri anda.

Andai lelaki tahu..
Sememangnya Allah menciptakan lelaki dan perempuan itu dengan perbezaan yang tersendiri. Tetapi sekiranya mereka saling memahami, mereka akan saling melengkapi dan menyempurnakan . Perempuan itu diciptakan oleh Allah indah sekali. Di sebalik air matanya, tersimpan seribu satu kekuatan yang bakal menjadikan seorang lelaki itu merasa selamat bersamanya. Biarpun zahirnya perempuan itu tampak lemah tapi dia punya kekuatan tersendiri yang bisa menggoncang dunia dan mungkin bisa pula membuat lelaki menjadi lemah kerananya. Jadi hargailah kehadiran seorang perempuan dalam hidup anda kerana dia didatangkan bukan dengan kelemahan sahaja tetapi dia juga ada kekuatan untuk menyongkong anda dan membuatkan hidup anda lebih sempurna. Dialah yang bakal menjadi perempuan bekerjaya, isteri juga ibu yang terbaik untuk anak2 anda.

putripuzzle : let me be me

16 March 2011

Terapi Air


Pernahkah anda dengar kaedah perubatan, "Terapi Air" ? 
Hari ni, 1st time aku dengar betul² tentang kaedah perubatan ni.. Kejadian pagi tadi, dengar tazkirah kat Ikim.fm. Topik, Terapi Air oleh Ustaz ?? . (esok ku double check, xingat lak nama ustaz tu). 

Ustaz cakap, kajian memunjukkan tubuh manusia terdiri drp 70% kandungan air, seperti juga dunia kita.. 70% drp dunia ini, terdiri drp air. Bayangkan betapa pentingnya keperluan air dalam kehidupan kita.

Dari segi perubatan, ape yang aku dapat tahu daripada tazkirah ustaz td, air mengandungi molekul² ion +ve dan -ve yang boleh mempengaruhi kesihatan kita. contohnya, dengan bermonolog dgn air spt "air, dengan izin Allah swt, sembuhkanlah penyakit di tubuh badanku, terus berselawat "la ila ha illah, muhammadurasulullah". Hal ini akan menjana ion² +ve yang baik utk kesihatan kita. mudah²an dengan mengamalkannya, air tersebut boleh menjadi penawar kpd penyakit kita. InsyaAllah.

Dari segi perubatan sains juga ada penerangannya yang lebih detail dan tepat. (dlm bahasa Indonesia la pulak, korang pahamkan sendiri la ye.. hehe) check it out !!

##################################

Terapi air mampu mencegah dan menyembuhkan penyakit seperti sakit kepala, darah tinggi, paru-paru, tuberkolusis (TBC), radang otak, batuk, bahkan hingga kanker dan gangguan jantung. Air dapat memurnikan tubuh manusia melalui metode yang benar, sehingga membuat usus besar bekerja lebih efektif dengan membentuk darah baru yang dikenal dalam istilah medis dengan aematopaises.
Mucousal Fold pada usus besar dan usus kecil dapat diaktifkan melalui terapi ini, sehingga dapat memproduksi darah segar oleh mocousal fold. Apabila usus bersih, maka gizi yang terdapat pada makanan yang dikonsumsi akan diserap dan dengan kerja yang dilakukan mucousal fold ini gizi makanan tersebut diubah menjadi darah baru.
Metode Terapi
Ada metode yang harus Anda lakukan dalam menjalankan metode air ini, lakukan dengan konsisten dan teratur :
  1. Ketika Anda baru bangun tidur, minumlah 1.5 liter air atau sama dengan 5 - 6 gelas. Jika belum bisa mengonsumsi 1.5 liter air sekaligus, minumlah empat gelas pertama lalu sisanya dua menit setelahnya.
  2. Basuhlah wajah Anda dengan menggunakan air. Hal yang perlu di ingat, jangan minum atau makan apapun setelah meminum 1.5 liter air tadi. Agar air tadi dapat membersihkan usus besar dan kecil dengan tuntas. Pada awalnya Anda akan merasa kesulitan meminum sekaligus 1.5 liter air, namun jika dilakukan dengan teratur Anda akan terbiasa.
Efek yang ditimbulkan pada satu jam pertama adalah rasa ingin buang air kecil antara 2 hingga 3 kali, dan akan normal kembali.
Wallahualam..

putripuzzle : let me be me

15 March 2011

Boneca - Cela

Rabak mata ku
Pena menari
Tinta berdarah

Rabak mata ku
Pena menari-nari
Tinta berdarah
Kata membara-bara

Masanya ku bernafas
Ini terakhir kali
Puas sudah ku sesak
Dalam dunia sempit

Dulu tersungkur
Kini berdiri
Kau bermain api
Kini ku bakari

Dulu menunduk
Kini ku celik
Kau bermain api

Engkau mahu sempurna
Engkau jadi sempurna
Biar aku bahagia dengan cela ku

Engkau mahu malaikat
Turun dari kayangan
Biar aku bahagia dengan cela ku
Mengapa..
Tidak engkau cermin saja
Diri mu yang sempurna, mempesona
Ku bahagia dengan cela


Mengapa..
Tidak kau bercinta saja
Dengan diri mu yang sempurna, mempesona
Ku bahagia dengan cela
Siapa yang mampu mencapai mahu mu
Bilamana kau juga seorang manusia?
Siapa yang mampu mencapai mahumu
Bilamana kau juga seorang manusia?


putripuzzle : let me be me

New Sling Bag from Bonita


cantik x?? cantik la kan.. sangat berpuas hati dgn ini bag. sangat friendly n best. hehe. souviner time aku menggedik kat Genting Hinglands dgn kengkawan. rasanye kat bawah pun ade kot. try la check it out at Bonita Outlets near you.. banyak colour tau, ku just berkenan dgn ini colour. Accessory pada bulan Mac. Alhamdulillah. next, kite cari barang lain plak.

putripuzzle : let me be me

13 March 2011

Nasi Briani Kambing at JM Briani, Bangi

JM Briani, Bangi : Nasi Briani Kambing.
Supponsered by my bos, En. Idris Hj. Salam sempena my birthday.. Tq bos.. 
bestnye jadi birthday girl. :)

TQ sis wid, op, aim.. i love all.. muah1000x~
my sis widdy. i love her vm. ♥

Birthday this year, sangat kenyang.. Thank you Allah.. TQ for the happiness.


putripuzzle : let me be me

Siakap Stim. terbaek !!~

ready to be steam


Bahan-bahan
*ikan siakap
*bawang besar
*halia
*serai
*asam boi putih
*asam keping
*limau nipis/cuka
*cili padi
*garam secukup rasa

Rincik bahan² dan masukkan ke dalam bekas utk di stimkan. hasilnya-->

ready to be eat
rupa agak xmenarik. hurm.. xmenarik xpe, asal sedap. hehe

finish. hehe


sangat mudah oke. rajin atau malas je nak buatnye. ku buatkan utk my family sempena hari kelahiran bapak on 16th Jan 2011 aritu.. sapa nak try, sila rajinkan diri, masak sendiri.. . hehe.. actually, resepi ni my boyfie y suggest, sbb aku xtaw nak present ape kat my bapak. so thank u big to my boyfie for brilliant idea plus a good, a simple recipe but still sedap.. 

putripuzzle : let me be me

09 March 2011

Ratu - Teman Tapi Mesra



Aku punya teman
Teman sepermainan
Dimana ada dia selalu ada aku

Dia memang manis
Dan juga baik hati
Dan dia slalu ada waktu
Untuk membantuku

Namun aku bingung
Ketika dia bilang cinta
Dan dia juga katakan
Tuk ingin jadi kekasihku

Cukuplah saja berteman denganku
Janganlah kau meminta lebih
Kutak mungkin mencintaimu
Kita berteman saja
Teman tapi mesra

Aku memang suka pada dirimu
Namun aku ada yang punya
Lebih baik kita berteman
Kita berteman saja
Teman tapi mesra


putripuzzle : let me be me

08 March 2011

Jangan terlalu baik, saya akan merindui awak

"Jangan terlalu baik, saya akan merindui awak.”
“Jangan terlalu mengambil berat, saya mungkin menyukai awak.”
“Jangan jadi terlalu rapat dengan saya, saya mungkin jatuh hati dengan awak.”

“Jika seseorang yang hadir dalam hidup kamu tapi atas sebab-sebab tertentu dia terpaksa pergi.. jangan terlalu sedih. Terimalah kenyataan, sekurang-kurangnya dia pernah membahagiakan kamu. Masa akan menentukan segala-galanya. Jika dia ditakdirkan bersama kamu, dia akan kembali. Kembali pada kamu.”

“Adalah lebih baik untuk berani mencintai walaupun akhirnya anda akan kecewa daripada tidak mahu mencintai kerana takut akan risiko mencintai.”

“Jangan putus asa apabila terdapat saingan dalam percintaan. Adalah lebih baik untuk anda mencubanya atau anda mungkin akan kehilangan orang yang anda sayangi selamanya.”

“Salah satu perkara yang paling indah dalam hidup ini ialah memberitahu kepada orang yang anda sayangi betapa penting dan istimewanya dia kepada anda.”

“Jika dia boleh terima anda seadanya, dan sanggup menerima kekurangan anda dan masih sanggup bersama anda dan lebih menyayangi anda, maka anda adalah orang yang paling bertuah kerana ada seseorang yang mencintai anda seadanya anda.”

“Mencintai dan dicintai perlukan keberanian. Keberanian untuk terus mengekalkan rasa cinta itu. Seterusnya diikuti perasaan keikhlasan untuk menerima orang yang dicintai seadanya…”

“Bila diri dicintai.. Dia pasti akan berusaha untuk ada…sentiasa ada bersama.”


putripuzzle : let me be me

05 March 2011

Lagu Sailormoon


Maaf ku tak pernah berterus terang, 
bukan ku tak mempercayaimu..
namun sebelum ku berganti rupa..
 ingin aku menemuimu…
ku kan bermandi cahaya bulan
dan cemerlang di malam yang cerah..
memang telah lama kurasakan ingin menolong yang lemah
tiba2 keajaiban terjadi…. 
kekuatan muncul di diri…
untuk melawan semua kejahatan..
kekuatanku harus digunakan…
menegakkan segala kebenaran..
ini ke ajaiban alam…

Aku mempercayainya….

Aku giler sikit dgn sailormoon ni time sekolah rendah dulu.. 
layan beb.. suke charactor sailormoon tu.. 
cute je~ hehe

putripuzzle : let me be me

Kisah Nobita dan Sizuka

Nobita dan Sizuka

Di suatu malam di depan panggung wayang..

Sizuka : Best tengok wayang dgn awk td..kelakar je cerita tu..xbosan kan?
Nobita : A’ ah xbosan. Best!
Sizuka : Kalau best, knp awk letakkan kepala awk kat bahu sy & beritahu sy y awk mengantuk?
Nobita : Errr~ hehe..
Sizuka : Nasib baik kita pakai sweater kn awk? Kalau x, mesti sejuk dalam tu td.
Nobita : A’ah..btul3! Xdela sejuk sgt td bila dah pakai sweater ni.
Sizuka : Klu xsejuk, kenapa awk pegang tangan sy & beritahu y awk sejuk?
Nobita : Errr~ hehe..

Mereka pun menuju ke i-City..
Sizuka : Awk, sy cantik x?
Nobita : Awk kn syg sy..mestilah cantik..
Sizuka : Kalau sy ni betul cantik bagi awk, kenapa bila sy pakai baju-baju tertentu baru awak akan puji sy cantik. Kalau sy pakai baju longgar, awk diam je..kadang-kadang awk akan tanya saya kenapa pakai baju besar..kalau sy pakai baju ketat, baru awk puji sy cantik..knp ye?
Nobita : Errr~ hehe..
Mereka pun tiba di i-City..

Sizuka : Jom snap pic wak..sy nak tangkap gambar awk bawah lampu tu.
Nobita : Kita tangkap gambar berdua la syg. Meh sini, duduk sebelah sy. Rapat sikit, nanti xmasuk plak gambar awk.
Sizuka : Boleh ke rapat-rapat ni?huu
Nobita : Takpe de..awk kn awek sy..
Sizuka : Awek je..bukan isteri yg sah..
Nobita : Errr~ huhu..

Sizuka : Nanti sy simpan gambar kita ni dalam laptop sy ye wak.
Nobita : Alaa..upload la terus dalam fb.
Sizuka : Eh..boleh ke..xelok la wak..gambar tu dah la awk & sy je..yang ke-3 syaitan..pastu nak pergi heboh 1 dunia tentang dosa y kita buat..xmalu ke?huu
Nobita : Errr~ huhu..

Mereka pun pulang..
Sizuka : “Awk, awk syg sy x?
Nobita : Mestilah syg..syg sangat2 tau..haa
Sizuka : Buktinya??
Nobita : Eh..mcm ajak bergurau je..nak sy kiss pipi awk tu ke syg?hehe
Sizuka : Ish..apa ni? Teruknya pemikiran awk..huu
Nobita : Eh..errr~ huhu

Sizuka : Mak sy kata, kalau kita syg sesuatu tu, kita akan jaga sebaik mungkin.
Nobita : Eh..mestila! hehe
Sizuka : Tapi awk tipu sy!huu~
Nobita : Eh..kenapa plak sy tipu awk??
Sizuka : Kalau awk syg sy, mestilah awk jaga sy sebaik mungkin tp awk xjaga sy dgn baik pun..awk sentuh-sentuh sy, pegang tangan sy, cuba nk kiss sy,ajar sy buat benda bukan-bukan yg sy xpernah buat sebelum ni, selalu ajak sy keluar malam-malam.

Nobita : Owh..sekarang awk nak salahkan sy la ajak awk keluar malam?? Mak ayah awk yg bg izin tau!

Sizuka : Memang diorang y bagi izin tapi awk tau x y diorang jugak y akan tanggung dosa sy dgn awk malam-malam macam ni sbb diorang bg izin pada sy ank perempuan diorang utk keluar dgn lelaki bukan mahram tanpa adik atau abang sy sebagai peneman pastu buat benda-benda xsenonoh! Pegang sana pegang sini..awk tau x panggung wayang tu mungkin sejuk bagi awk sampai terpegang tangan sy dgn sengaja, tp neraka tu teramat panas & tangan awk y memegang tangan sy tu akan dibakar dalam api neraka berulang kali..awk sedar x semua tu??

Tangkap gambar nak kepit-kepit, padahal boleh je tangkap gambar sorang-sorang kan..then, nak heboh kat 1 dunia. Pastu nanti org ‘like’ awk pun suka sebab orang tau siapa awek awk & hubungan awk dan sy kononnya bahagia tapi awk sedar x yang malaikat sentiasa mencatat segala apa yg kita buat..awk ada ilmu agama..klu xde ilmu agama pun, awk tau benda tu salah..tp kenapa masih buat? Awk sedar x semua tu??? Ingat Allah tak waktu awk buat semua tu?? Awk tu belum tentu jodoh sy, nak sentuh-sentuh sy. Kalau da awk nak sentuh-sentuh sy, apa je y suami sy boleh dapat special dari sy sbg isterinya y sah? Awk nak ke isteri awk dah macam sisa orang? Awk mesti akan cakap awk akan pastikan y awk akan nikah dgn sy sebab tu awk boleh sentuh-sentuh sy..tp awk sedar x y awk tu siapa?? hanya hamba Allah...awk bukan tuhan utk tahu siapa jodoh sy & jodoh awk..awk sedar x semua tu???

Klu betul awk syg sy, awk jaga lah sy baik-baik, beri sokongan sy jd muslimah solehah…dekatkan diri pada Allah, mohon pada Allah supaya izinkan kita dijodohkan bersama kerana sy ni milik Allah..ibu bapa hanya penjaga sy, mereka menjaga sy dgn penuh kasih sayang & didikan y baik sehingga sanggup memberi kepercayaan pada awk utk menjaga sy, tp awk jaga sy x??awk jaga sy x?? x kan..awk bawa sy kea rah keburukan..awk sedar x semua tu??? Banyak lagi y awk buat kat sy, sy pun terlalu kurang pandai ikutkan je kemahuan awk..nanti kat neraka bila Allah soal sy dgn dosa-dosa maksiat y kita buat, bukannya awk dapat backup sy dpn Allah..kn?? Tolonglah tahan diri tu sehingga kita dah sah dinikahkan..huuu~

Suasana bertukar menjadi suram...sehinggalah nobita mula meluah perasaan...

Nobita : Kenapa x dari dulu awk cakap semua benda ni?? Kenapa bila kita dah lalui macam-macam baru awk nak luahkan semua ni???

Sizuka : Sebab sebelum awk nak couple sgn sy, awk janji yang awk akan jaga sy baik-baik. Awk suka dengan saya pun sebab bagi awk sy baik tapi semakin lama awak makin berubah. Perubahan awk turut merubah diri sy. Baru sekarang sy luah semua benda ni sebab selama ni sy sentiasa menanti agar Nobita y dulu kembali. Nobita y menjaga sy dgn baik. Sy tunggu Nobita tu..tunggu & terus menunggu kerana sy sayangkan dia. Tapi semakin lama sy tunggu, semakin menjadi-jadi...awk fikirlah baik-baik apa y sy sampaikan...kalau awk masih xberubah, lepaskan sy kerana Allah..

Nobita : ......

[Pesanan : kepada pasangan yg hangat menyulam cinta & kasih sayang, jagalah batas anda! Ingat larangan Allah…cinta itu indah krn Allah yg menciptakannya tapi jangan sampai cinta utk Allah itu dinodai oleh cinta manusia..menjadi kebiasaan, dalam berkasih ada kesalahan y akan dilakukan..seringlah muhasabah diri & beranikan diri untuk mula buat perubahan..beranikan diri menegur pasangan sebelum Allah menegur dengan pembalasan & azab. :)

putripuzzle : let me be me

Kelapa atau Mutiara


...Artikel ini khas untuk wanita-wanita di luar sana... 

Apabila kamu berkawan dengan lelaki, ingatlah ada dua pilihan terbentang... 

Yang Pertama.. Kamu jadi seperti kelapa.. mudah diperoleh... diparut.. diperah.. dan diambil santannya.. Lepas tu hampasnya dibuang...

Yang Kedua.. Kamu menjadi sebutir mutiara.. Berada di dasar lautan.. Tersimpan rapi.. Dilindungi kulit.. Bukan senang nak melihat.. Apa lagi mendapatkannya.. hanya orang yang bertuah.. Berusaha menyelami dasar lautan.. Dapat memperolehnya.. Harganya mahal sekali.. Dan ia akan tersimpan selamanya.. Jadi.. Kamu pilihlah samaada hendak menjadi kelapa ataupun mutiara..


Di sebalik santan.. menjadi penyedap makanan.. diperah segala kenikmatan.. dengan mudah jatuh menjadi titisan.. 
akhirnya habis kari dimakan.. pulut panggang sisa habis ditelan.. dan santan hilang tak jadi ingatan.. yang terasa lazat hanya kari dan pulut panggang.. orang tak kenang jasa santan..


Mutiara.. tertanam di dasar yang paling dalam.. sukar andai mengharap jadi perhatian kerana dilapisi kulit yang keras menghadang.. namun kiranya ditemui insan.. akan menjadi permata hiasan.. terletak tinggi di cincin idaman.. atau di leher nan jinjang.. atau di lengan menawan.. makin lama mutiara tertanam.. 
makin tinggi nilaian..

OLEH ITU..TENTUKAN YANG MANA SATU PILIHAN.. Menjadi santan.. mudah jadi perhatian.. tapi hanya sebentar jadi santapan.. kemudian hilang segala nikmat dan pujian.. Menjadi mutiara.. sukar ditemukan.. namun bila dihias indah gadis perawan.. hilang ia.. tangisan mengiringi berzaman..

--> ku nak jadi mutiara.. insyaAllah...
sang pencinta wanita, sila beri kerjasama. Sekian, terima kasih.

putripuzzle : let me be me

04 March 2011

Aku suka tempat sejuk!!

hurm.. kalo diberi peluang.. nak sangat g overseas, tempat y sesejuk tu kan.. yang ade 4musim... london ke.. korea ke.. huhu.. tapi mcm xmampu je kan, so dalam negera sendiri pun jadi la~ Antara tempat sejuk yang aku suke nak pergi are : Genting highlands, Bukit Tinggi dan Cameron highlands.. ku dah pernah pergi semua tempat ni.. sangat best dan nyaman sekali. ku begitu teruja tau dgn suasana kat sana.. so mesti repeat. :) of course agak terbayang, kan lagi best kalo jadi port honeymoon.. huhu.. gediks kan. hehe.. 

Cameron Highlands
Pernah datang ke Cameron ni, 1st time dgn rombongan sekolah masa tingkatan 3..pas PMR. tq kat Cikgu Syed yang sesusah je organized trip tu utk kitorg.. jasamu dikenang oke. Pergi dengan kengkawan pun best aje.. then repeat dgn family..

Bukit Tinggi, Pahang
Bukit tinggi pergi time masa cuti sekolah.. pergi dgn makcik, just balik hari je.. tempat tu mmg best.. nyaman dan xsesak..sgt sesuai utk menengkan fikiran.. saya sgt suke suasana itu. yeay~

Genting Highlands
Genting Highlands ni banyak kali dah pergi.. tapi xpenah try theme park die.. mcm xbersedia je nak fun2 kat theme park tu.. ngeri sket. huhu.. bertuah jugak, sbb byk2 tempat sejuk ni.. Genting Highlands paling dekat dgn my current location, so xlepas peluang jugak la kan.. sangat suke.. 

putripuzzle : let me be me

3 tahun sudah berlalu~



Salam...


Hari ni telah berlalu 3 tahun kitorg bersama taw.. satu tempoh masa y agk lama.. harap hubungan ni kekal hingga ke akhirnya. kawan2 tolong doakan kami cepat2 diijapkabulkan yer.. hehe :) terima kasih didahulukan. hehe~


to my love : tq for all, please do take care of me until the end of my life. insyaAllah.


putripuzzle : let me be me

02 March 2011

Sangat Ke'blur'an...

Banyak betul keje aku lately... bile xde keje, sape pun xingat nak bagi keje kat aku.. bila sekali dah ade keje, semua pun nak bagi keje.. "mati aku.." mentang² la aku ligat buat keje kan, ade je org nak amik kesempatan.. "tapi xpe, ikhlas beb." tapi nak gak merunggut sket kan. hahaha.. esok aku akan mencutikan diri, so can't wait. hurmmm~ 


tetiba nak teringatkan club. xsabar nak tamatkan semua kaitan. biarpun aku sayangkan VIVAC, but then i have to go. i want peace. cukup la sampai di sini saja.. cewah!~

haih~ nak gak mengeluh... macam nak g gym, nak keluarkan peluh. harap² kak shima can join me. macam² aku pikir sekarang. da rase mcm nak pengsan oke. rase mcm nk xbetul pun ade. sempatkan diri untuk memblogkan entry coz kalo ikutkan sangat keje ni, aku boleh jadi giler..... uaaargh!!

putripuzzle : let me be me