31 May 2014

Segmen 48jam mini blogwalking bersama Anis Zahirah


Assalamualaikum salam sejahtera.

Selamat malam semua... Esok nak buat segmen 48jam Mini Blogwalking bersama Anis Zahirah. Bertujuan untuk salam perkenalan di samping menambah senarai bloglist. Harap semua bloggers yang baik hati dan cecomel ini sudi untuk bersama saya berblogwalking.

Caranya mudah dan ringkas sahaja.
1. Create post entry bertajuk Segmen 48jam Mini Blogwalking bersama Anis Zahirah
2. Copy banner dan link kan ke sini.
3. dan follow blog ini..(jika dah sedia follow blog, follow la my google+ / instagram heee-)
Ok. Done it !!! 

*Jika sudah siap selesai semua sila tinggal link post entry ikut serta di ruangan komen ini ye. Senarai bloglist akan di update dari semasa ke semasa. Terima kasih.

...Senarai Bloglist...

Terima kasih kepada semua yang sudi menyertai segmen ini. Love you all.. :)

Sekian.
letme be me

30 May 2014

Derma untuk bantu mangsa banjir di Bosnia




Keadaan semasa Bosnia di laporkan mengalami banjir yang teruk dalam tempoh 100 tahun. Maklumat ini juga diberitakan oleh Ustaz Wan Shohor bani Leman di Radio KL.fm pagi tadi. Mereka di Bosnia amat memerlukan bantuan kita rakyat Malaysia.Vincent Tan jutawan Malaysia telah memberi sumbangan secara individu berjumlah RM500,000. Kita pula bagaimana? sumbangan walau sedikit asal kita ikhlas tentu akan diberi pahala oleh Allah swt di dunia dan akhirat.

Marilah kita hulurkan sedikit bantuan kepada mereka melalui akaun Maybank 5140 6605 4194 atas nama Ustaz Wan Shohor bani Leman Leman. Jangan risau untuk menghulurkan bantuan atas akaun ini kerana Ustaz Wan adalah orang yang jujur dan amanah terbukti dengan pembinaan Masjid As Sahabah Bosnia pada tahun 2010.

Berita semasa berkaitan dengan banjir di Bosnia juga boleh di baca di sini.

Sekian. 
let me be me

29 May 2014

Sultan Perak Mangkat

http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/sultan-perak-mangkat

Berita selanjutnya sila klik pada gambar berikut. 
Al-fatihah kepada DYMM Sultan Azlan Muhibbuddin Shah. 
Semoga Sultan ditempatkan di kalangan orang yang beriman dan beramal soleh. 
Aamiin.

Sekian.
let me be me

An apple a day keeps the doctor away

  
Sejak akhir-akhir ni hari-hari bawa bekal sebiji apple (stok beli kat pasar malam area rumah) ke office buat kudap-kudap di kala mulut gedik nak chup chap chup chap dengan harapan sihat selalu hendaknya. Kita hanya berusaha dan merancang. Tuhan juga yang punya kuasa menentukan segalanya. 
Wallahualam 


Nak tahu antara kebaikkan makan apple ni boleh klik gambar hasil carian google seperti di atas ni ye.


Thank you.

Sekian.
let me be me

Kata Hikmah #4 Own Your Opportunities


Ok. Let's create our own oppurtunities. May Allah bless us. 
Keep self in track and get set to explore new things.
InshaaAllah.

Sekian.
let me be me

26 May 2014

Comel comel comel.. terharunya~


Fokus pada minit ke 8.. 
Are you happy?
hurmm, comel. budak ni memang amazing.. pandai mak dia bela dia..  

Sekian.
let me be me

Resepi Spaghetti Bolognese

#bilacikanizmasak

Resepi yang aku masak sempena sambutan ulang tahun mak yang ke 52tahun.
Alhamdulillah sedap dan sangat simple.

Bahan-bahan (sajian untuk 5-7 orang)
1 bungkus spaghetti (rebus dengan secubit garam dan sedikit minyak sehingga lembut)
1 tin prego tradisional (kecil)
1 bungkus daging cincang (basuh sedikit dan toskan airnya)
1 biji lobak merah (dipotong dadu)
1 biji tomato (dipotong dadu)
1 biji bawang besar (dipotong dadu)
2 biji bawang putih (dipotong dadu)
10 biji cendawan shitake (dipotong kecil)
2 sudu besar cili sos
garam dan perasa secukup rasa

Cara-cara memasak sos spaghetti
  1. tumis bawang besar dan bawang putih sehingga layu 
  2. kemudian masukkan semua bahan yang dipotong dadu, tumis sehingga layu
  3. kemudian masukan cendawan shitake, goreng bersama sehingga layu
  4. masukkan daging cincang ke dalam bahan yang ditumis, goreng daging sehingga keperangan
  5. masukkan prego, renehkan selama 7 minit
  6. siap untuk dihidang bersama spaghetti yang sudah siap direbus.
Mudahkan?~
Selamat mencuba.

Sekian.
let me be me

Kata Hikmah #3 Kejar Minat


Ok. Apa minat kita yang boleh menjana duit. Think think think.. ngeee~

Sekian.
let me be me

23 May 2014

Natural simple make up tutorial


Subhanallah ye. Cun.. 
Nampak senang je nak make up tapi bila buat sendiri terkial-kial.. Make up pun sebulan sekali jadi memang la tak pas-pas. Barang make up buat hiasan je atas meja solek. hohoi-

22 May 2014

Roti Hotdog


Macam ni cara nak buatnye. Ok ok. boleh try nanti.. hehehe
Resepi untuk roti boleh rujuk di sini.

Sekian.
let me be me

Being ME 2014 Muslimah Conference - Darkness to Light (Jom join~)



Alhamdulillah, terbuka hati nak join dan sempat beli tiket early bird. Heee- Nasib baik Kak Aqma ajak pergi event ni. Semoga sama-sama bermanfaat. InshaaAllah. Jom ramai-ramai sertai event Being Me Muslimah Conference anjuran kali ke-3 oleh Mercy Mission World yang akan diadakan pada 14 Jun 2014 bertempat di PICC, Putrajaya.

Maklumat lanjut tentang event boleh rujuk di Fanpage FB Being Me dan jika berminat, boleh dapatkan tiket di sini. Kalau join event, hello-hello ye. Boleh kita kawan-kawan. Ok, jumpa di sana. InshaaAllah. :)

Sekian.
let me be me

21 May 2014

Kilauan Emas 2014

http://www.astrogempak.com.my/kilauanemas4/lamanutama.aspx

hehehe... 
tengok tv show Kilauan Emas 4 ini macam tengok tv show Raja Lawak pula. Kelakar je selingan dia. Tapi not bad, talent dia best juga. Boleh layan~ Like Arip. Suara nyaring well blend la. Dia bekerja sebagai pembancuh minuman di sebuat Restoran di Raub, Pahang. Sayang kan, suara sedap. Elok jadi penyayi jelah lepas ni. InshaaAllah. Kot ada rezeki dia. Haa- sebelum aku merepek banyak lagi, jomlah kita layan...

Maklumat lanjut tentang tv show Kilauan Emas 4 boleh rujuk di sini.

Sekian.
let me be me

Kata Hikmah #2 Don't Give Up


Good evening everyone.
For those who trying hard to completing the life misson, please don't give up. Get set and go for it. You definitely can do it. !!!BELIEVE IN YOURSELF!!!

Sekian,
let me be me

20 May 2014

Nuffnang Sponsored Post


Siapa pernah dapat email macam ni? Help help.. I need more info, please..
Dah terapply untuk join event ni. Dapat pulak tu. Aisey... Blur sekejap. Apa nak buat ni.....?

Sekian.
let me be me

Segmen Bloglist Bubblynotes.Com 48 Jam #1

http://www.bubblynotes.com/2014/05/segmen-bloglist-bubblynotescom-48-jam-1.html
Segmen Bloglist Bubblynotes.Com 48 Jam #1 bermula dari 20/5/2014 SEHINGGA 22/5/2014, jam 9.45 a.m... Semua blogger tak kira yang baru atau lama, femes atau tidak, retis atau tidak dijemput untuk memeriahkan segmen ini... Tujuan? Pertama, haruslah nak pilih 10 orang blogger yang bertuah untuk masuk bloglist Bubblynotes.Com dan nak rapatkan lagi silaturahim sesama kita, follow memfollow untuk semua blogger2 yang menyertai segmen ini. Pemenang segmen akan dipilih oleh pakcik Random.Org...

Hanya 4 Langkah Mudah Diperlukan:
1. FOLLOW blog Bubblynotes.Com
2. Buat entri bertajuk: Segmen Bloglist Bubblynotes.Com 48 Jam #1
3. Copy coding yang telah disediakan ke dalam ruangan HTML dan Publish entry. Untuk copy coding di bawah, sila HIGHLIGHT semua coding dan tekan CTRL + C secara serentak.

Kemudian pastekan coding seperti tutorial di bawah ini...

4. Tinggalkan URL entry uolss ke dalam ruangan komen di bawah.

Simple dan mudah kannn??? Segmen copy+paste paling awesome kot bagi iolss...

PEMILIHAN PEMENANG:
1. 10 blog akan dipilih melalui Pakcik Random. (random.org)
2. Pemenang akan diumumkan pada 23/5/2014.

Sekian.
let me be me

Tips untuk anak panas baran


Perkongsian ini merujuk kepada penulisan Saudari Rashidah Mustaffa dalam SOLUSI keluaran 42 mukasurat 30 – 31. Bagus untuk dibaca oleh semua ibu bapa.

Antara sebab yang menjadi anak-anak panas baran ialah :
  • Faktor genetik.
  • Rasa lapar.
  • Keletihan.
  • Tidak mendapat apa yang dikehendaki.
  • Tidak mendapat perhatian.

Antara saranan penulis untuk mendidik anak mengawal kemarahan ialah :
  • Marah kerana Allah SWT.
  • Urus kemarahan anak-anak dengan cara yang hikmah.
  • Sentiasa ingat Allah.
  • Perbanyakkan ta’awwuz.
  • Berdiam diri.
  • Tenangkan dan ubah posisi.
  • Menghukum.
  • Hayati sirah Nabi SAW.

Antara tips untuk anak panas baran dalah seperti berikut...
  1. Azankan di telinga kanan anak-anak semasa mereka hampir terlelap tidur sebanyak 7 kali.
  2. Jaga pemakanan. Elakkan daripada makanan ringan (jajan), jeruk, air berkarbonat dan buah epal hijau. Sebaliknya bagi mereka kismis mengikut bilangan ganjil.
  3. Jaga pergaulan. Jangan biarkan anak-anak berada diluar rumah pada waktus senja sehingga Isyak.
  4. Bacakan surah al-Soffat, surah al-Jin dan Surah Yassin pada air. Kemudian mandikan anak-anak dengan air tersebut dan juga jadikan minumannya.
  5. Doa untuk anak-anak yang panas baran dan nakal..
Surah Toha (Ayat 1-5) : Doa terang hati dan lembutkan hati
#Semoga anak ku jadi anak yang solehahan, dengar kata ibu dan hormat-orang tua.. Aamiin.

Sekian. 
let me be me

18 May 2014

Hari-Hari Hari Mak dan Ayah


Entry kali ini khas aku dedikasi buat mak dan ayah kesayangan ku. 
Tak dapat bayangkan jika dirimu jauh dariku. Bersyukur ku masih ada kamu di sisiku.
Alhamdulillah.


Di setiap doa ku paut rasa syukur ku hanya padaMu kerana menganugerahkan aku mak dan ayah yang berkorban masa, wang dan tenaga membesarkan ku. Alhamdulillah. 

Kepada mak dan ayah yang selalu di ingatan, Angah sayang mak dan ayah. Mak dan ayah lah ratu dan raja di hati Angah. Maafkan silap kata, kasar bahasa dan kurang sopan Angah kepada mak dan ayah. Sungguh Angah tidak sempurna untuk menjadi anak yang solehah tapi Angah berjanji akan cuba sedayanya. InshaaAllah.

Walaupun setiap hari kita bersama tapi Angah tetap akan selalu merindukan mak dan ayah selamanya tanpa jemu. Ya Allah, ampunilah dosa kedua ibu bapaku. Tempatkanlah mereka di syurga firdausiMu. Jadikanlah kami anak-anak yang soleh dan solehah. Aamiin.

Sekian.
let me be me

17 May 2014

John Legend - All Of Me

Verse 1: John Legend]
What would I do without your smart mouth
Drawing me in, and you kicking me out
Got my head spinning, no kidding, I can’t pin you down
What’s going on in that beautiful mind
I’m on your magical mystery ride
And I’m so dizzy, don’t know what hit me, but I’ll be alright

[Bridge: John Legend]
My head’s under water
But I’m breathing fine
You’re crazy and I’m out of my mind

[Hook: John Legend]
‘Cause all of me
Loves all of you
Love your curves and all your edges
All your perfect imperfections
Give your all to me
I’ll give my all to you
You’re my end and my beginning
Even when I lose I’m winning

‘Cause I give you all of me
And you give me all of you

[Verse 2: John Legend]
How many times do I have to tell you
Even when you’re crying you’re beautiful too
The world is beating you down, I’m around through every mood
You’re my downfall, you’re my muse
My worst distraction, my rhythm and blues
I can’t stop singing, it’s ringing, in my head for you

[Bridge: John Legend]

[Hook: John Legend]

Cards on the table, we’re both showing hearts
Risking it all, though it’s hard

[Hook: John Legend]

I give you all of me
And you give me all of you

Read more at http://www.songlyrics.com/john-legend/all-of-me-lyrics/#TmmC8CJFLBwgBYEm.99
original by John Legend
covered by Jasmine Thompson

What would I do without your smart mouth? 
Drawing me in, and you kicking me out 
You've got my head spinning, no kidding, I can't pin you down 
What's going on in that beautiful mind 
I'm on your magical mystery ride 
And I'm so dizzy, don't know what hit me, but I'll be alright 

My head's under water 
But I'm breathing fine 
You're crazy and I'm out of my mind 

'Cause all of me 
Loves all of you 
Loves your curves and all your edges 
All your perfect imperfections 
Give your all to me 
I'll give my all to you 
You're my end and my beginning 
Even when I lose I'm winning 
'Cause I give you all of me 
And you give me all of you 

How many times do I have to tell you 
Even when you're crying you're beautiful too 
The world is beating you down, I'm around through every mood 
You're my downfall, you're my muse 
My worst distraction, my rhythm and blues 
I can't stop singing, it's ringing, in my head for you 

My head's under water 
But I'm breathing fine 
You're crazy and I'm out of my mind 

'Cause all of me 
Loves all of you 
Love your curves and all your edges 
All your perfect imperfections 
Give your all to me 
I'll give my all to you 
You're my end and my beginning 
Even when I lose I'm winning 
'Cause I give you all of me 
And you give me all of you 

I give you all of me 
And you give me all of you

#suka dengar lagu ni. best.. lirik pun best. Paling suka dengar yang covered by Jasmine Thampson tu. Dengar banyak kali dah. Enjoy. heee ~ Ok. Lagu ini ku tujukan khas untuk my hubby yang sentiasa di samping ku tak kira masa comot, bebal dan seangkatannya. Terima kasih Abang. Yes, all of me loves all of you. InshaaAllah till jannah... Aamiin.

Sekian. let me be me

16 May 2014

Selamat Hari Guru 2014

originally copypaste dari fb hubby :)

Ucapan ini ku tujukan khas buat para pendidik di seluruh dunia terutama kepada...

  • kedua ibu bapa ku, Pn. Ainun Hj. Sarif & En. Jaafar Hj. Md Sidek. 87-present. Angah sayang mak ayah. mwah!!
  • Cikgu Tadika Kemas Kem Sg. Petani, Kedah. 92. Sekarang dah jadi Tesco Sg Petani.
  • Cikgu Tadika Kemas Balai Polis Kangar, Perlis. 93.
  • Cikgu SRK Sena Kangar, Perlis. 94-99.
  • Ustaz Latif (mengaji Al-Quran). 97-00.
  • Cikgu SMKAP Kangar, Perlis. 00-04.
  • Lecturers UiTM Samarahan, Sarawak. 05-08.
  • Lecturers Asean e-University, KL. 09.
  • kawan-kawan yang jadi cikgu
  • dan pengalaman yang mendidik dan mematangkan diri

Sekian.
let me be me

Rupa manusia yang di halau di Padang Mahsyar..

Salam Jumaat.
Jom kita baca entry ini. Semoga kita tidak lupa diri bila berada di Bumi Allah swt ini.
Ditukar rupa menjadi wajah kera.
Mereka itu adalah manusia yang suka mengumpat.

Ditukar rupa menjadi wajah babi.
Mereka adalah kalangan mereka yang suka memakan harta anak-anak yatim.

Dihalau dalam keadaan terbalik, kakinya di atas dan kepala di bawah.
Mereka itu adalah manusia yang suka memakan riba.

Dihalau dalam keadaan buta dan dituntun (diiring).
Mereka adalah daripada kalangan manusia yang curang dalam menerapkan hukum.

Ditukar menjadi bisu dan tuli serta tidak berakal.
Mereka itu adalah kalangan yang bangga dengan amalannya sendiri.

Dihalau dalam keadaan mengoyak lidah sendiri, sedangkan lidah itu terjulur hingga ke paras dada dan mulutnya pula keluar nanah yang menjijikkan...
Mereka adalah ahli pidato yang mana ucapannya berlainan dengan perbuatannya.

Dihalau dalam keadaan terpotong kedua-dua kaki dan tangan.
Mereka itu terdiri daripada yang suka mengganggu tetangga.

Diiring ke Padang Mahsyar dalam keadaan tersalib pada pokok kurma neraka.
Mereka itu adalah kalangan mereka yang suka berusaha mengajak orang ramai supaya membela pemerintah yang tidak jujur kepemimpinannya.

Dikumpulkan dalam keadaan menggunakan pakaian yang panas.
Mereka itu adalah manusia yang takbur, sombong dan bongkak.

Daripada perbezaan kumpulan itu, jelaslah bahawa walaupun ketika berada didalam dunia dalam keadaan normal, tiada cacat cela, tetap akan ditukar oleh Allah mengikut amalan yang dilakukan di dunia. Sebelum sampai hari pengadilan di Padang Mahsyar yang maha luas itu.

Allah telah berfirman dalam Surah Taha ayat 124-126 bermaksud: "Dan barang siapa berpaling daripada peringatan-Ku, maka sesungguhnya baginya penghidupan yang sempit dan kami akan menghimpunkannya pada hari kiamat dalam keadaan buta.Berkatalah ia: Ya Tuhanku, mengapakah Engkau menghimpunkan aku dalam keadaan buta, pada hal aku dahulunya adalah seorang yang melihat? Allah berfirman: "Demikianlah telah datang kepadamu ayat-ayat Kami maka kau melupakannya dan begitu pula pada hari ini kamu pun dilupakan."

Begitu juga dengan pengiringan dan penghalauan manusia ke Padang Mahsyar, jangan sekali-kali menganggap ringan kerana memikirkan perkara itu belum pernah berlaku. Bagaimanapun Allah telah berfirman dalam al-Quran ia pasti berlaku. Firman itu bermaksud: "Dan (ingatlah) akan hari (yang ketika itu)Kami perjalankan gunung-gunung dan kamu akan melihat bumi itu datar dan akan Kami kumpulkan seluruh manusia dan tidak Kami tinggalkan seorang pun daripada mereka."

Umat Islam sekarang harus ingat bahawa kematian adalah wajib dan mesti tiba apabila sampai waktunya. Setelah manusia dibangkitkan dari kubur masing-masing, maka semua manusia itu dihalau menuju ke Padang Mahsyar.Keadaan mereka ketika itu berbeza-beza. Ada yang berjalan kaki, berkenderaan dan ada juga yang berjalan menggunakan mukanya. Pendek kata semua mengikut amal perbuatan ketika hidup dulu.

Seperkara lagi yang harus ditempuh oleh manusia di Padang Mahsyar ialah tidak akan mendapat perlindungan. Matahari terlalu hampir dengan ubun kepala. Maka tidak hairan ada yang berpeluh kerana terlalu kepanasan sehingga terasa seperti terbakar itu hingga sampai ke kaki,lutut, dada,leher mahupun sekadar bahagian muka saja.

Sewaktu dalam penantian persidangan itu, kelihatanlah wajah mereka yang tunduk cemas, kelihatan muram dan hitam kelam. Keadaan itu samalah seperti kita melihat pesalah yang akan dibawa ke muka pengadilan.Takut serta bimbang sentiasa bermain-main pada fikiran.

Bgaimana ketika di Padang Mahsyar tidak siapa yang dapat melepaskan diri.Bukan itu saja, malah untuk mencari pohon tempat berteduh juga tidak ada.Siapa saja akan tetap diadili dan bergantunglah betapa taatnya dia dengan perintah Allah swt.

Allah berfirman yang bermaksud:"Dan(ingatlah hari(ketika)Kami kumpulkan daripada setiap umat segolongan orang yang mendustakan ayat-ayat Kami, iaitu mereka dibahagi-bahagi(dalam kelompok-kelompok)." –(surah An-Naml:83).

#Takut je baca sumber ni. humm, sama-samalah kita berdoa agar penghidupan kita di Padang Mahsyar tidak seperti golongan yang dimurkai Allah swt ini. Aamiin.

Sekian.
let me be me

Preloved #1 Kasut Platform Vincci

Preloved #1 
Kasut Platform Vincci 
RM 45 included postage

Product reviews
*brand Vincci
*warna hitam
*saiz 7 @ 24cm @ fit
*tumit + tapak = 2.5 inci
*harga asal RM 79.90
*sebab nak jual, saya salah beli saiz.
*baru pakai 2 kali
 *tip top condition 9/10 like new
*original box included

#Kalau berminat atau ada sebarang pertanyaan berkenaan dengan kasut ni, jangan malu-malu untuk pm/email saya ye. Ok. Thank you.

Sekian.
let me be me

Marshmallow With Chocolate

..Selamat Pagi..
Nyum nyum nyum nyum.. 
Godek-godek album raya tahun lepas jumpa my favourite candy ni. marshmallow with chocolate. sedapnya. masuk mulut cair terus. nasib belum mula puasa lagi. Haruslah pergi cari makanan ni sebelum puasa ye. Marshmallow & melted chocolate please come to me!!

Sekian. 
let me be me

15 May 2014

GA cuci lemari by mamamursyid.blogsport.com


Siapa nama mamamursyid? Ahmad Mursyid
  
Apa pekerjaan mamamursyid? Guru

Jom ramai-ramai meriahkan giveaway cuci lemari mamamursyid. 

#Ini giveaway yang kedua aku join. Suka-suki aje. Ada rezeki adalah ye. Tak rugi mencuba. Untung sabut timbul la as pemenangnye.. heeee~

Sekian. 
let me be me

Kata Hikmah #1 Think Positive


..Selamat tengah hari.. 
Hari ni 1st day masuk office setelah bercuti beberapa hari. Agak lemau dan blur. Banyak kerja nak buat. 
So let's put some focus on. Selamat bekerja Cik Puan Aniz. heee- :)

Sekian.
let me be me

10 May 2014

Selamat Hari Lahir Anak Ibu #1

SELAMAT HARI LAHIR NUR AINA NASUHA
UMUR SETAHUN
Adik ipar sponsered kek. Tk Kak Ya.
Alhamdulillah, dapat buat majlis kesyukuran, makan-makan sikit sempena hari lahir Aina. Sebenarnya tak rancang nak buat semuanya kebetulan. Apa pun Alhamdulillah, majlis berjalan lancar. Jemputan hanya keluarga terdekat yang berada di kampung hubby (Selama,Perak).  
 

Menu utama ialah laksa. Requested by my hubby. Dia yang mengidam nak makan laksa maknya. Alhamdulillah mak mertua layankan tekak anaknya. Tak dinafikan laksa mak mertua aku ni memang antara yang terbaik di dunia. hehe over- Makan kudap-kudap yang lain tu simple-simple je. Mostly makanan yang budak-budak suka makan. Lupa nak tangkap gambar anak-anak buah kat kampung. Perut lapar sangat apa pun tak ingat lah. hehehe-

Antara saudara-mara yang datang...
Terima kasih datang memeriahkan majlis kami. Alhamdulillah.



Pak Lang mengetuai bacaan doa selamat majlis kesyukuran ini. Majlis ini juga sempena hari lahir bapa mertua aku yang jatuh pada 5 Mei 2014. Baguskan 2 in 1. hee-


Ini birthday girl yang aktif lain macam pada hari tersebut. Mentang-mentang dah setahun habis satu rumah ditawafnya. Mesra alam pula dengan semua orang, sendeng sana sendeng sini. Manja sangat Aina oi~ Apa pun anak, ibu doakan anak ibu Nur Aina Nasuha ini menjadi anak yang solehah dan berjaya di dunia dan akhirat. Aamiin.

Sekian.
let me be me

08 May 2014

Pengalaman Bebaskan Cik Aina Dari Hisap Puting Susu

Tengok gigi Cik Aina kami dah tak rata tumbuhnya.. Jadi kami nak train dia supaya tak hisap puting dah. Ini pengalaman kami (my family & I).

Mulanya kami memang tak nak bagi Aina hisap puting tapi neneknya (mak aku) nak sangat bagi puting. Neneknya tak suka dengar baby menangis. Dia cepat risau. Sanggup belikan puting susu untuk Aina. Kami tak dapat nak buat apa. Nak melawan kang neneknya kecik hati. Lagipun, neneknya takut Aina mengutip makanan sebarang atau benda-benda kecil kat lantai. Kami pula risau, takut Aina jonggang ke kan, pastu neneknya kata "semua anak-anak (6orang) mak bagi puting takde sorang pun yang jonggang." Ye juga kan. Tak semestinya hisap puting baby akan jonggang ye. Mungkin juga sebab keturunan. Wallahualam.

Mula-mula bagi, Aina macam tak layan puting tu tapi dah selalu-selalu bagi sekarang dah tak lepas pula. Moralnya, jangan mulakan ye..

Kami tak nak bagi Aina hisap puting sebab makin hari gigi Aina makin banyak tumbuh, setakat hari ni (Aina dah 11bulan), giginya dah 6 batang (4 batang atas, 2 batang bawah). Currently ada 4 batang lagi gigi yang tengah tumbuh.dah nampak tunas giginya. Risau bila tengok gigi Aina tumbuh tak rata. Mungkin sebab Aina kerap hisap puting susu. Ok, cakap banyak tak guna, tembak tak kena. heee- Ini pengalaman kami. Check it out.

Hari Pertama 030514
Kebiasaannya lepas minum susu Aina mesti nak sambung hisap puting. Dah hisap puting baru Aina boleh tidur dengan aman. Jadi kenalah Ibu berkorban jaga malam, memujuk Aina bila sesekali Aina terjaga cari puting. Masa ni kesian sangat kat dia. Malamnya Aina nangis je. Kesian dia. Memang kalau Ibu ikutkan kesian, dah lama Ibu bagi puting. Tapi demi masa depan Aina Ibu kuatkan semangat. Ibu pujuk Aina. Lama-lama dalam 5-7 minit macam tu makin lama makin pelan Aina nangis, terus tertidur. Lepas Aina tidur Ibu doakan supaya Allah bantu Ibu untuk tolong Aina bebas dari hisap puting. Sayang Aina.

Hari Kedua 040514
Siangnya dah bagitau kat mak, Aina tengah training nak berhenti hisap puting. Alhamdulillah, mak positif. Aina cuma buat perangai bila lepas habis menyusu dan nak tidur. Masa ni memang high bab penggunaan putingnya. Macam biasa nenek(shift siang) dan ibu(shift malam) pujuk Aina. Sayang Aina.

Hari Ketiga 050514
Siangnya Aina doing well with nenek cuma malam je dia akan mencari puting pastu buat muncung chup chap chup chap mulut dia nak gigi selimut la, bantal la, jari la.. Ibu layankan aje ragam Aina dengan harapan Aina dapat biasakan diri tanpa putingnya itu. Ye, ibu dah sembunyikan puting Aina dari dicapai oleh nenek. Bahaya. heee- Malamnya, Aina merenggek macam tula.. mulut tak mau diam bubbling kan apa ntah. Ibu redho. Pujuk lagi Aina sayang supaya tidur. Tidur nak, esok ibu kerja. Sayang Aina.

Hari Keempat 060514
Aina masih biasakan diri. Rutin biasa bila ibu balik kerja, mandikan Aina, buatkan Aina susu dan tidurkan Aina. Masa nak tidurkan ni tak habis lagi bubbling nya. Muncung-mucungkan mulut dia. Gigit selimut, gigit tangan ibu, ramas hidung ibu dll sambil layan mata yang mengantuk tu. Kesian... Tak mengapa, Aina under trainning. Lepas ni oklah tu. Ibu positif.

Hari Kelima 070514
Ok, Aina behave dari hari sebelumnya. Nampak dah biasa dengan tak hisap puting. Alhadulillah. Bolehla ibu isytiharkan kat dunia bahawa Cik Aina sudah bebas puting.. Welldone Cik Aina. Nanti ibu reward Aina ye. humm, nak belanja Aina apa ye? Think think think..

#Aina kecil lagi sebab tu senang sikit nak ajar dia berhenti hisap puting, kalau dah besar dah tau cakap, mungkin susah. Wallahualam

Sekian.
let me be me

Selagi tak puas hati...


Heee~ selagi aku tak puas hati dengan templete blog ni selagi tu la korang akan pening tengok aku tukar-tukar layout/header. Sibuk sangat dok google sana sini. Dok kaji itu ini sampai tak sedar dah lewat sangat ni. Esok kerja oi. Wajib datang awal pulak tu sebab ada kursus untuk diuruskan. errr-

Ok, yang terbaik come to me please.

Sekian. let me be me

07 May 2014

15 Maksiat yang menurunkan bala

1- apabila harta negara hanya beredar di kalangan orang tertentu sahaja
2- apabila amanah dijadikan suatu sumber keuntungan
3- zakat dijadikan hutang
4- suami menurutkan kehendak isteri
5- anak derhaka terhadap ibunya
6- sedangkan dia berbaik-baik dengan kawan-kawannya
7- dia suka menjauhkan diri dari ayahnya
8- suara sudah ditinggikan di dalam masjid
9- yang menjadi ketua suatu kaum, adalah orang yang terhina di antara mereka
10- seseorang dimuliakan kerana ditakuti kejahatannya
11- Arak sudah diminum di merata tempat
12- kain sutera banyak dipakai oleh kaum lelaki
13- para artis disanjung-sanjung
14- muzik banyak dimainkan
15- generasi akhir umat ini menyalahkan generasi pertama (Para Sahabat)

Maka pada ketika itu hendaklah mereka menanti angin merah atau gempa bumi atau mereka akan diubah menjadi makhluk lain
HR: Tirmizi

#kebanyakkannya dah ada sekarang. tunggu turun bala jela. semoga kita sama-sama ingat-mengingati supaya menjauhkan diri dari melakukan maksiat. Wallahualam. 

Sekian.
let me be me

06 May 2014

Selamat Hari Lahir Kak Long

6 Mei 2014

Hari ni hari lahir kak long Siti Nor Rohaida aku yang ke-29. Selamat hari lahir kak long. Semoga bertambah rezeki, panjang umur dan bahagia selalu. Aamiin. Juga merangkap 2nd Wedding Anniversary nya bersama abang ipar aku, Mohd Husni. Semoga mahligai yang dibina kekal bahagia hingga ke syurga bersama anugerah terindah Ummu Hani Binti Mohd Husni dan anugerah-anugerah yang bakal tercipta. InshaaAllah. I love you kak long cek mek molek. mwah mwah mwah. 

~sanah helwah~
depa dok Ipoh
Sekian. 
let me be me

Sujud Sahwi

sumber google
Malam tadi sembang dengan hubby bab Sujud Sahwi. Hubby tengok kat fb, ada kawan dia share berkenaan sujud ni. Aku biasa buat, yang aku tau, Sujud Sahwi ini adalah penghinaan untuk syaitan kerana gagal meng`was-was'kan kita dalam melakukan ibadah. Wallahualam. Kemusykilan di situ bila cara aku buat selama ni tak sama macam yang di share di fb...? Sebab tu aku double check untuk pencerahan selanjutnya. Sekarang ni tak boleh percaya sebarang lagi-lagi bab agama kan. Takut ter`syiah' pula kita. Jadi tadi aku sempat tanya googling.. Jom kita ambil tau sikit apa itu Sujud Sahwi. Semoga sama-sama bermanfaat. InshaaAllah.

Sahwi bererti lupa atau lalai terhadap sesuatu. Maka ‘Sujud Sahwi’ dilakukan oleh seseorang yang bersolat, apabila terlupa melakukan sunnah Ab’adh atau hal yang salah lainnya tanpa sengaja.

Namun demikian tidak semestinya mereka yang sujud sahwi kerana lupa sahaja, kerana mereka yang meninggalkan sesuatu sunat ab’ad  seperti meninggalkan ‘Doa Qunut’ dengan sengaja kerana tidak hafal adalah disunatkan melakukan ‘Sujud Sahwi’ juga. Maka bolehlah dikatakan dan dipernamakan sujud sahwi di atas qaedah باب الاكتفا  atau الاغلبية (kebiasaan pengunaannya).

‘Sujud Sahwi’ adalah sunat muakad yang dilakukan untuk menampung kekurangan atau kecacatan yang terjadi dalam pelaksanaan solat, baik kekurangan rakaat, kelebihan rakaat, atau kerana ragu-ragu yang disebabkan terlupa.

Dari Abu Sa’id al-Khudri Radhiyallahu anhu, dia berkata bahawa Rasulullah Shallallahu ‘Alaihi Wa Sallam bersabda:
إِذَا شَكَّ أَحَدُكُمْ فِـيْ صَلاَتِهِ فَلَمْ يَدْرِ كَمْ صَلَّى؟ ثَلاَثًا أَوْ أَرْبَعًـا؟ فَلْيَطْرَحِ الشَّكَّ وَلْيَبْنِ عَلَى مَـا اسْتَيْقَنَ ثُمَّ يَسْجُدُ سَجْدَتَيْنِ قَبْلَ أَنْ يُسَلِّمَ. فَإِنْ كَـانَ صَلَّى خَمْسًا شَفِعْنَ لَهُ صَلاَتُهُ، وَإِنْ كَانَ صَلَّى إِتْمَامًا ِلأَرْبَعٍ كَانَتَا تَرْغِيْمًا لِلشَّيْطَانِ.

“Jika salah seorang di antara kamu ragu dalam solatnya sehingga dia tidak tahu berapa rakaat yang telah dia lakukan, tiga rakaat atau empat rakaat. Maka hendaklah ia tepis keraguan itu dan ikutilah yang dia yakini. Setelah itu, hendaklah dia sujud dua kali sebelum salam. Jika ternyata dia mengerjakan lima rakaat, maka dia telah melengkapkan solatnya. Namun, jika dia mengerjakan empat rakaat, maka dua sujud tadi adalah penghinaan bagi syaitan.”

(Hadis Riwayat: Muslim, Abi Dawud, An-Nasa’I r.a.)

Diharuskan Sujud Sahwi 
‘Sujud Sahwi’ dibolehkan apabila berlaku perkara seperti:

1.  Lupa mengerjakan duduk Tahiyyat Awal.

2.  Lupa membaca Tasyahud Awal.

3.  Tertinggal selawat untuk Nabi Muhammad SAW pada Tasyahud Awal.

4.  Terlupa membaca Surah Fatihah pada rakaat pertama atau kedua.

5.  Menambah rukuk atau sujud kerana kelupaan,

6.  Ragu atau menambah bilangan rakaat solat dan sebagainya.

7.  Tertinggal Doa Qunut (Qunut Solat Subuh atau Solat Witir Nisfu Ramadhan).  

Cara Melakukan Sujud Sahwi 
‘Sujud Sahwi’ adalah melakukan dua kali sujud pada penghujung rakaat yang terakhir dan hendaklah berniat untuk melakukannya sebelum sujud;

1. Sesudah Tahiyyat Akhir dan sebelum salam. Bersujudlah sambil mengucapkan takbir “Allaahu Akbar” dan dalam sujud membaca:
2.  Duduk antara dua sujud semula dengan bacaan seperti solat biasa.

3.  Sujud lagi sekali dengan mengucap takbir, lalu membaca tasbih sujud seperti no. 1.

4.  Kemudian duduk semula dengan duduk ‘Iftirasy’ (Tahiyat Akhir).

5.  Akhirnya beri salam ke kanan dan kiri.

Jika terlupa sujud sebelum salam, bolehlah sujud selepas memberi salam dengan syarat tidak terlalu lama, jika tidak luputlah sunat melakukan sujud sahwi.Tetapi  jika dia baru teringat untuk melakukan  sujud sahwi selepas memberi salam  dalam jangka masa yang singkat, dia masih boleh melakukannya.Dia hendaklah  kembali sujud, duduk, sujud semula dan serta memberi salam sekali lagi. 

Anggaran tempoh yang dikira  lama selepas salam ialah sekadar boleh mendirikan solat sunat dua rakaat yang ringan.

Permasalahan
  • Apabila tertinggal atau terlupa sesuatu rukun solat, tidak boleh diganti dengan ‘Sujud Sahwi’ sahaja, malah sekiranya:
  • Jika teringat ketika sedang dalam hampir menyempurnakan rukun solat seterusnya, maka diwajibkan membuat apa yang tertinggal itu dengan segera dan menyambung solat sehingga tamat. Kemudian sunat melakukan ‘Sujud Sahwi’ sebelum salam kerana perbuatan telah bertambah.
  • Teringat ketika dalam proses kurang separuh daripada menyempurnakan rukun solat seterusnya, maka wajib juga membuat apa yang tertinggal itu dengan segera dan menyambung solat sehingga tamat dan tidak perlu melakukan ‘Sujud Sahwi’ sebelum salam, jika ia sujud juga maka batallah solatnya.
  • Sekiranya teringat tidak lama sesudah memberi salam, kira-kira setengah minit, hendaklah berdiri semula, mengerjakan apa yang tertinggal lalu meneruskan perbuatan solat seterusnya sehingga tamat, kemudian sunat melakukan ‘Sujud Sahwi’.
  •   Disebabkan kesalahan rukun, jika tidak dilakukan antara dua perkara itu, maka tidak sah solat.
  • Sekiranya tertinggal sunat-sunat ab’ad dan telah memberi salam sebelum sujud, sama ada dengan sengaja atau terlupa dan tempoh pemisah antara memberi salam dan selepasnya itu lama, maka luputlah tuntutan ‘Sujud Sahwi’.
  • Sekiranya tempoh pemisah itu pendek, maka boleh melakukan semula sujud tersebut dengan dua kali sujud, sambil berniat melakukan ‘Sujud Sahwi’, kemudian memberi salam buat kali kedua.
  • Bila di dalam solat timbul keraguan tentang jumlah rakaat maka ambillah jumlah rakaat yang sedikit lalu tambahkan rakaat yang kurang.
  • Bila yang terlupa itu salah satu rukun solat, yang tidak dapat dibetulkan segera, maka solatnya tidak sah, dan solatnya wajib diulang semula.
  • Jika imam terlupa ‘Sujud Sahwi’, makmum boleh ‘Sujud Sahwi’ selepas imam memberi salam.
Dari Ibnu Abbas radhiyallahu anhuma, Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam telah bersabda : “Sesungguhnya Allah telah memaafkan kesalahan-kesalahan umat-Ku yang tidak disengaja, kerana lupa dan yang dipaksa melakukannya.” (Hadis Riwayat: Ibnu Majah, Baihaqi dll.)


#Kalau ada soalan berkenaan Sujud Sahwi ni, boleh tanya UAI ok. Aku tak pandai nak menjawab bab ni. heee- Ampun ye.

Sumber

Wallahualam.
Sekian. let me be me

Bila Cik Aina jatuh katil

humm.. malam tadi Aina jatuh katil. Bila Aina jatuh katil yang paling panik adalah neneknya (mak aku). Paniknya bukan main lagi.. Habis aku kena lecture. Tiap kali pun macam tu. Masalahnya benda nak jadi, bukan aku minta tapi tetap kena lecture dekat 2 jam juga. Haihlaa.... yang Aina pun satu, apa sai la tidoq buaih sangat. guling-guling sampai jatuh katil.. Penat ibu tadah telinga dengar nenek marah ibu tau. Ibu tak bersalah. hek! Nasib baik Aina tak apa-apa. Alhamdulillah. Yela juga, nenek risau keselamatan cucu kesayangannya. Sapa tak sayang cucu, sapa tak sayang anak. Aku pun cuak juga masa Aina jatuh, cepat-cepat aku angkat dia. Aina nangis tak lama, mungkin tak sakit sangat la kan. Harap tak ada  kesan sampingan apa-apa. Waallahualam.

Sayang Cik Aina. Mwah <3 p="">
Sekian.
let me be me

05 May 2014

First Time Join Mini Giveaway


Mungkinkah ini permulaan untuk menjebakkan diri dengan segmen giveaway... heee- InshaaAllah. Macam best je kan. Nak nak kalau menang. Ye, kalau ada rezeki tak kemana. Peace-

Yang menarik aku untuk joinnya sebab giveaway ni simple sangat-sangat. Nama pun mini giveaway mungkin- Pernah tengok giveaway yang complicated sungguh step dia. nak kena like banyak-banyak fanpage, ig, blog dan lain-lain lagi network. Tapi tak pe, nasib baik aku dah buat kajian sikit pasal ni. Rupanya page yang dorg suruh like adalah sponsorshhip yang menaja hadiah giveaway tersebut. Jadi tak heranlah kena like bebanyak link tu kan. Nak hadiah besar kenalah bersusah payah sikit, ye tak? Ok ok faham.

Lagi satu, giveaway ni selalu dorg akan suruh blooger buat satu post berkenaan giveaway yang mereka anjurkan. Korang jagan salah faham pula, giveaway yang aku join ni tak suruh pun buat post macam tu ok. Post yang aku buat ni memang sukarela je dangan niat perkongsian pengalaman dan sikit-sikit tentang ilmu giveaway. Aku pun baru nak belajar-belajar. So sama-sama la kita. 

Kalau korang nak join giveaway yang aku join ni boleh ke blog berikut ye---> IntanBerlian
Jom menang. hehehe

Sekian. let me be me

Cara Top Up Celcom Prepaid

Asyik terlupa je macam mana nak top up celcom kan. Jadi aku buat entry ni supaya aku boleh top up celcom aku dengan segera.
sumber google
Sekian. let me be me