23 February 2014

Tips Kebahagiaan Anak

Cucu-cucu arwah Tok Sidek & Embah Sarif, Aina dan Hani

Jom amalkan 10 tip di bawah ini bermula hari ini juga.

1. Kalau tiba-tiba teringatkan anak kirimkan bacaan Al Fatihah. Sampai ke ayat "iyyakanakbudu waiyyakanastain" - yang ertinya "Hanya kepada Mu kami sembah dan hanya padaMU pohon pertolongan..", mintalah apa-apa hajat masa itu yang ada hubung kait dengan anak yang Kita ingat tu, habiskan bacaan surah Al Fatihah doakan semuga anak kita diberi kefahaman yang sebenarnya dalam urusan agamanya, memiliki ilmu yang bermanafaat Dan serahkan urusan anak kepada Allah untuk menjaganya.

2. Pandang wajahnya semasa dia tidur ucapkan bahawa, ibu nak (nama anak) jadi anak yang soleh sayang!. Cubalah amalkan ( ustaz kata ini makna kita bercakap dengan rohnya ) Dan ucapan ini adalah DOA Dan Allah Maha mendengar lagi maha melihat.

3. Masa bangun solat malam, solatlah hajat disisinya. Mak
sudnya Kita solat dalam bilik dia Dan dekat dengan dia. Jika Kita selalu buat Dan Kita juga selalu beritahu dia yang Kita sering doakan dia, dia akan rasa satu ikatan kasih sayang yang hakiki yang Kita amat sayangkan dia dan nak dia jadi anak soleh.Dia akan tahu Kita selalu solat hajat untuknya.

4. Minta dikasihani. Ucapkan setiap masa bahawa kita ni sedang menunggu panggilan Allah. Jika Dia tak jadi anak soleh bermakna dia tak sayangkan kita dan tentunya kita akan merana di Alam Barzah nanti.

5. Peluklah anak selalu walaupun dia sudah besar, sebagaimana Kita tatang dia masa kecilnya. Aura ciuman dan belaian ibu sambil bisikkan padanya yang kita bangga mempunyai anak sepertinya.

6. Maafkan anak Kita setiap masa walaupun perbuatannya amat melukakan hati Kita.Muhasabbah diri mungkin kesilapan yang anak lakukan itu adalah kerana dosa-dosa kita dimasa lampau.

7. Yang paling penting jaga tutur kata Kita, jangan sekali-kali ucapkan perkataan yang boleh melukakan hatinya. Jika ini berlaku juga kerana kita TER.. kata, cepat-cepat cari masa yang sesuai untuk Kita minta maaf padanya. Mengakulah padanya itu kelemahan Kita, Kita marah kerana dia buat salah,bukan bermaksud membenci.Ceritalah buat macam dramapun boleh .

8. Amalkan membaca ayat 40 surah Ibrahim supaya Kita,anak Dan zuriat keturunan Kita termasuk dalam golongan orang2 yang tetap mendirikan Solat. [Wahai Tuhanku! Jadikanlah daku orang yang mendirikan sembahyang dan demikianlah juga zuriat keturunanku. Wahai Tuhan kami, perkenankanlah doa permohonanku.]

9. Selalu ingatkan anak bahawa tak guna ada pangkat, belajar tinggi, hatta hafal Quran sekalipun jika tidak mempunyai peribadi yang mulia.Allah tak pandang wajah yang cantik tapi pandang hati yang cantik. Allah tak sayang, manusia tak suka.

10. Masa basuh beras niatkan "Ya.. Allah lembutkanlah hati anak-anak ku sebut nama dia.....untuk faham agamanya ", [kenapa Kita nak dia faham agama, kerana anak yang tak faham agama boleh bawa ibubapanya juga ke neraka] sebagaimana engkau lembutkan beras ini menjadi nasi ". Basuh beras lawan jam ( macam org tawaf ) sambil selawat kepada Nabi Muhamad S.A.W. Masa buat kerja ini hati jangan lalai..dan ingat kepada Allah selalu.

Sumber dari Prof. Muhaya
SHARE ya rakan2..

Sekian.
let me be me

20 February 2014

Chicken pox

1st of all.. Alhamdulillah. Hari ni aku diuji dengan demam campak. Ye, sakit penghapus dosa-dosa kecil. Jadi aku redha dengan ketentuannya. Ini takdirku. Patutla dua tiga hari ni aku lemau je. Ingatkan mengandung lagi tapi rupanya kena demam campak@chickenpox. Macam ni gayanya kena chickenpox. Hehehe

Pergilah aku ke Dr. Janz untuk mengesahkan kewujudan chickenpox di dalam diriku ini. Dr. Janz kata confrim ini chickenpox punya demam. Pastu start berjela-jela amanat doktor bagi. Friendly sangat. Lawak pun ye, tak pernah aku jumpa doktor macam Dr. Janz ni. Siap suruh ambil note lagi. Aku layankan ajeee..

Dr. Janz advised
ubat-ubatan hasil tangkapan chickenpox
 
Banyak beno ubatanya. Telan jangan tak telan. Tapi tak semua juga ditelan. Mana mau wei. Alhamdulillah, Dalam 7-8 hari chickenpox beransur pulih. Cuma ada lagi yang besar-besar degil tak mau kering. Tak pe, lambat laun baik juga kan. 

Heaven juga dapat mc 10 hari, 19 Feb - 28 Feb 2014. Alhamdulillah dapat berehat kat rumah. yela... masuk kerja, dokumen berlambak minta diproses segera.. Masak-

Sekian.
let me be me

19 February 2014

Majlis Kesyukuran Ummu Hani Dan Nur Aina Nasuha

Nur Aina Nasuha Binti Mohd Hafiz dan Ummu Hani Binti Mohd Husni

Hari ni baru sempat nak update cerita last year. Cerita dah basi tapi nak update juga. Buat kenangan di hari tua. heee- Majlis diadakan pada 18 Mei 2013 di kediaman kami, Kem Briged Tengah PGA Cheras.

bersama kakak dan abg ipar
Actually, kami buat majlis kesyukuran Aina ni bersama Hani, sepupu Aina. Anak pertama kakak aku. Jadi penjimatan di situ. Pandai-pandai. Lagipun, beza bulan mereka tak jauh, selang 3 bulan je. Ummu Hani Binti Mohd Husni lahir pada 26 Februari 2013 manakala Aina lahir pada 10 Mei 2013. Tak jauhkan.. hee




Alhamdulillah, majlis kesyukuran untuk baby aku dan kakak dah settle. Buat kecil-kecilan je. Kononnya macam majlis berendoi la ni. Tapi tak berendoi jugak. Masa kenduri ni Ummu Hani dah 3 bulan, Aina pula baru 9 hari. Mak yang buat persiapan untuk majlis ni. Terima kasih mak. Jasamu dikenang. Hubby aku pun tolong juga, beli barang-barang semua, goodies. Terima kasih abang. Jasamu juga dikenang. Tetamu jemputan semua terdiri daripada saudara-mara dan kawan-kawan kami yang terdekat. Alhamdulillah, majlis berjalan lancar. 

Majlis berlangsung dengan bacaan surah yassin, doa selamat, marhabbah dan berzanji. Bacaan surah yassin dan doa selamat dari kaum adam kemudian marhaban dari kaum hawa, team marhaban mak. Lepas tu ustazah tahniq kat mulut Hani dan Aina dengan kurma dan sedikit madu. Rambut juga digunting sedikit sebagai tanda mencukur rambut. Lepas beberapa hari tu ayah cukur semua rambut Aina. Kemudian tetamu semua dijemput menjamu selera. Selesai.

terima kasih kat kawan-kawan yang sudi hadir
family
Terima kasih kepada semua yang sudi hadir dan menjayakan majlis kesyukuran ni. 
Sekian. Terima kasih.

14 February 2014

Surat Cinta Iblis Kepada Kekasihnya

Aku melihatmu kelmarin, saat engkau memulai aktiviti harianmu. Kau bangun tanpa sujud mengerjakan subuhmu. Bahkan kemudian, kau juga tidak mengucapkan "Bismillah" sebelum memulai santapanmu, juga tidak sempat mengerjakan shalat Isha sebelum berangkat ketempat tidurmu. Kau benar2 mencintaiku,aku mencintaimu sepenuh hatiku. Aku tak dapat mengungkapkan betapa senangnya aku melihatmu tidak merubah cara hidupmu.

Wahai kekasihku, Kamu millikku. Ingat, kau dan aku sudah bertahun-tahun bersama, tapi aku masih belum bisa benar2 mencintaimu .Malah aku masih membenci datukmu, Aku hanya menggunakanmu untuk membalas dendamku kepada datukmu. Kerana dialah aku dicampakkan dari surga, dan aku akan tetap membalasdendam. Kau lihat, ALLAH MENYAYANGIMU dan dia masih memiliki rencana-rencana untukmu di hari depan.

Tapi kau sudah menyerahkan hidupmu padaku, dan aku akan membuat kehidupanmu seperti neraka. Aku benar-benar berterimakasih padamu, karena aku sudah menunjukkan kepadaNYA siapa yang menjadi pengatur dalam hidupmu dalam masa2 yang kita jalani

Kita nonton film 'porno' bersama, memaki orang, mencuri, berbohong, Munafik, makan sekenyang-kenyangya, bergosip, manghakimi orang, menzalimi orang yang lemah, tidak hormat pada orang tua ,makan duit anak yatim,rasuah,menghina agama,tidak menghargai Masjid, berperilaku buruk. Semua itu kita lakukan bersama atas nama cinta


TENTUNYA kau tak ingin meninggalkan ini begitu saja. Ayuhlah, kita terbakar bersama, selamanya. Aku masih memiliki rencana2 hangat untuk kita. Ini hanya merupakansurat penghargaanku untuk mu. Aku ingin mengucapkan 'TERIMAKASIH' kerana sudah mengizinkanku memanfaatkan hampir semua masa hidupmu.

Kamu memang sangat mudah dibodohi, aku menertawakanmu. Saat kau tergoda berbuat dosa, aku menghadiahkan tawa. Dosa sudah mulai mewarnai hidupmu. Kamu sudah 20 tahun lebih tua, dan sekarang aku perlu darah muda. Jadi, pergi dan lanjutkanlah mengajarkan orang-orang muda bagaimana
berbuat dosa.

Yang perlu kau lakukan adalah merokok, mabuk-mabukan, berbohong, berjudi,bergosip, dan hiduplah se-egois mungkin. Lakukan semua ini didepan anak-anak dan mereka akan menirunya. Begitulah anak-anak .Baiklah, aku persilakan kau bergerak sekarang. Aku akan kembali beberapa detik lagi untuk menggoda mu lagi. Jika kau cukup cerdas, kau akan lari sembunyi, dan bertaubat atas dosa-dosamu. Dan hidup untuk Allah dengan sisa umurmu yang tinggal sedikit.

Memperingati orang bukan tabiatku, tapi diusiamu sekarang dan tetap melakukan dosa, sepertinya memang agak aneh. Jangan salah sangka, aku masih tetap membencimu. Hanya saja kau harus menjadi orng tolol yang lebih baik dimata ALLAH.

Catatan : Jika kau benar2 menyayangiku , kau tak akan memberi surat ini kepada se siapapun.

Salam sayang dariku:
Iblis,bakal temanmu di Neraka
-Sekadar metafora-

putripuzzle : let me be me

Tindik Telinga Bayi

Malam pertama Aina tidur dengan subangnya
barulah terserlah keperempuanan Aina. cun sangat !!

Kami dah selesai menindikkan telinga Aina. Alhamdulillah. Nasib baik ada Hubby boleh pegang Aina masa dia nak tindik tu. Harap aku sendirian memang taklah. Nak tengok Aina kena cucuk pun dah seram. Kesian. Sebelum kami decide nak tindik telinga Aina tu, kebetulan ada orang tegur Aina baby boy. Teruslah membuak-buak rasa nak tindikkan telinga Si Aina ni. Yang Hubby mula-mula semangat nk tindik telinga Aina lepas tu macam risau plak. Dia takut Aina tak tahan sakit dan tak boleh tidur malam nanti. Aku kata jangan risau, Aina should be ok, InshaaAllah. Aku pun dah siap usha kedai mana nak bawa tindikkan Aina. Murah je rupanya tindikkan telinga baby ni. RM 8 sekali subang. Murah kan. Sudah masuk seminggu. Telinga Aina nampak macam biasa. Alhamdulillah nampak serasi dengan subang tu Anak ibu kuat. InshaaAllah.

putripuzzle : let me be me

13 February 2014

Santai di Sungai Lopo Village

Sungai Lopo Village Flag. Ikut je flag ni inshaaAllah tak sesat.
8 & 9 Februari 2014 - Suatu petang lepas balik dari window shopping di Plaza Lowyat dan Berjaya Times Square, hubby tetiba je sibuk nak bersantai bagai. Dia malas nak balik rumah terus katanya. Yela, aku pun faham.. Time weekday aku kerja, hubby terperap la kat rumah. kesian. Jadi aku layankan je la. Hubby nak pergi Port Dickson, aku kata jauh sangat. So aku mencadangkan port area Hulu Langat. Teringat kat tempat santai Kak Wahida. Here's Sungai Lopo Village. Terletak di Hulu Langat. Kawasan yang mewah dengan tempat santai dan rekreasi. Indah ciptaaan Tuhan. Subhanallah. 

Enjoy the masterpieces !!
SubhanAllah.
Pemandangan tepi pondok
Pandangan depan pondok
 
Pemandangan di depan pondok
Kalau datang disarankan bawa bekal banyak-banyak macam family sebelah pondok kitorng ni. Naik atas je makan. Makan dan makan lagi. Heaven sungguh diorang ni. Di samping bersuka ria, kita boleh merapatkan hubungan siratulrahim juga. berkumpul ramai-ramai kan seronok. Meriah gitu-

Aina bersama Mr. Ducky
Hubby belikan Aina Mr. Ducky ni. Suka Aina. Mula-mula turun kat sungai, dia nangis kejap. Mungkin sebab air yang sejuk kot. Pastu siram sikit-sikit baru ok lepas tu. Layan sungguh. Alhamdulillah Aina happy. Aku pun happy. TQ hubby bawa datang mandi-manda, santai-santai di hujung minggu ni. Sayang Abang,

Air sejuk woo-
Best kawasan sungai ni lapang setelah dilakukan kerja-kerja membersihkan sungai dari batu-batu sungai. Batu-batu sungai ada tapi kat tepi-tepi je. Jadi tiada halangan la kalau kita nak berenang sakan. Puas hati sangat. Nanti nak repeat lagi bawa family siap dengan bbq. Yang penting tunggu hubby balik bercuti dulu lah. InshaaAllah.

Rest time setelah penat berkuak lentang dalam sungai
Lepas puas mandi-manda, penat kot. Kitorg sesiap tuko baju pastu lepaking lah kat poondok.Pondok kena fully used sebab berbayar ok. RM 25 sehari. Haa, santai la. Best tido dengan angin sepoi-sepoi sambil diiringi deruan air sungai. Wah! bahasa dah keluar. hehehe-

For your information, selain mandi-manda tempat ni juga menawarkan pakej seperti hari keluarga, chalet penginapan, tapak perkhemahan, perkelahan keluarga, padang, bbq, motivasi dan seangkatannya. For futher information please refer to person in charge, 012-2286689 (Sham) or 012-6932522 (Ieda).

Overall, tempat ni memng best. highly recommended by me. Sekian.
Kak Ieda bak komisen. ngeee-

putripuzzle : let me be me

07 February 2014

Bimbo - Hidup dan Pesan Nabi


Hidup bagaikan garis lurus, tak pernah kembali ke masa lalu
Hidup bukan bulatan bola yang tiada ujung dan tiada pangkal

Hidup ini merangkak terus, semakin mendekat ke titik terakhir
setiap langkah hilanglah jatah menikmati hidup nikmat di dunia

Pesan nabi tentang mati
jangan takut mati karna pasti terjadi
Setiap insan pasti mati, hanya soal waktu

Pesan nabi tentang mati
janganlah minta mati datang kepadamu
dan janganlah kau berbuat menyebabkan mati

Tiga rahasia Illahi yang berkaitan dengan hidup manusia
Kesatu tentang kelahiran
Kedua tentang pernikahan
Ketiga kematian

Penuhi hidup dengan cinta, ingatkan diri saat untuk berpisah
Tegakkan sholat lima waktu dan ingatkan diri saat disholatkan

Pesan Nabi jangan takut mati
meski kau sembunyi, dia menghampiri
takutlah pada kehidupan sesudah kau mati
Renungkanlah itu


First time aku dengar lagu ni kat radio malaysia KL.fm petang tadi.TApi bukan penyaniyi asal la, lagu covered by Waktu Band. Lebih segar dan sesuai dengan aliran muzik zaman sekarang ni. apa pun, tetetap syahdu wey. sob sob sob- Terus balik office google bait-bait lirik lagu tu. Alhamdulillah result found. Thanks to Mr. Google.

Personally, aku ingat lagi masa darjah lima- Cikgu apa aku dah tak ingat tapi yang pasti subjek Pendidikan Islam. Ustaz tanya murid-murid dan siapa dapat jawab murid tersebut boleh duduk. Soalan tu berkaitan dengan kehidupan manusia. Aku teka jawapannya mati tapi aku tak confident nak jawab sendiri lalu memberikan jawapan itu kepada buddy aku, Nadiah yang dok kat sebelah meja. Aku kata kat dia, mungkin jawapannya mati. Kawan aku tu cubalah jawab. Mati- Cikgu kata betul. Boleh duduk.. Aku- tak dapat apa, teruskan berdiri. (padan muka) ok, aku yang kesian dan looser sebab tak yakin dengan diri sendiri. Aku selalu macam tu, sebenarnya aku boleh buat tapi why I don't have courage to do so? Aku yang lemah+gagal- Shame on you. Feel sorry to myself.. Wake-up please~

*Dari kecil lagi aku dah didedahkan tentang akan tiba pengakhiran di dunia. Mudah-mudahan aku mati dalam iman. Ya Allah, ampunilah dosaku. dosa kedua ibu bapaku, dosa suamiku dan zuriatku serta saudara-saudaraku. Aamiin.


Kompleks Renang Kuala Lumpur

suka sangat Cik Aina bila abi bawa berenang



klik imej untuk gambar lebih besar

Waktu beroperasi
Monday to Friday: 2 - 5 P.M. and 6 - 9 P.M.
Saturdays, Sundays, and public holidays: 9.30 A.M. - noon, 2 - 5 P.M., and 6 - 9 P.M.