Showing posts with label kebahagiaan keluarga. Show all posts
Showing posts with label kebahagiaan keluarga. Show all posts

04 May 2014

Ciri-ciri Suami Soleh

Jodoh pertemuan ketentuan ALLAH. Namun kita di suruh berusaha dan berikhtiar. Memilih calon suami bagi seorang wanita lebih berat jika di lihat sedalamnya. Salah pilih, manakan dapat membina rumahku syurgaku…lebih takut lagi ianya tidak mampu bertahan hingga ke akhirnya. Oleh itu jangan terburu-buru membuat pilihan. Lebih parah jika cinta itu membutakan mata dalam membuat pilihan. Carilah jalan dengan memastikan bakal suami faham peranan dan tanggungjawabnya serta mampu membimbing ahli keluarga menuju ke syurga. Setelah yakin dan percaya terhadap pegangan agama dan akhlak bakal suami, maka terimalah lamaran itu.

Nabi s.a.w bersabda “Apabila telah datang meminang lelaki yang dipercayai agamanya dan kejujurannya, maka terimalah pinangannya. Sebab jika pinangannya ditolak maka tunggulah terjadinya fitnah di bumi dan kerosakan yang besar” (Riwayat Tirmizi) 

Di sini ada beberapa tips yang saya petik dari tulisan zakaria sungib (majalah Anis) mengenai 10 kriteria memilih calon suami. Jadikanlah ia sebagai perkongsian ilmu untuk kita sama-sama menuju kehidupan yang lebih baik.

1. memiliki tabiat ‘soleh’ tabiat bererti kebiasaan bukan yang dilakukan sekali sekala. Kemasnya pegangan agama seseorang boleh dilihat dari tabiat ‘soleh’ seperti biasa bangun awal pagi sebelum subuh, solat berjemaah di masjid, solat di awal waktu, baca al-Quran, selalu menghadiri majlis ilmu. Akan tetapi jika di lihat dia seorang yang selalu terlepas solat subuh, suka bertangguh dalam bersolat, tidak ke masjid, apa yang boleh di rumuskan, ‘agama’ seseorang itu belum kemas.

2. menggemari ilmu lihatlah pada tabiat membacanya, bahan bacaannya (bahan ilmiah, buku agama). Selidiki adakah dia gemar hadiri majlis ilmu di masjid atau sebagainya. Seorang lelaki harus melengkapi diri dengan ilmu terutama ilmu fardhu ain sebelum ia bernikah, kerana dia nanti akan memimpin keluarga itu.

3. datang dari lingkungan baik-baik kenal keluarganya, kenalannya, maka kita boleh membaca bagaimana keperibadian seseorang itu. Faktor persekitaran ini perlu dirisik calon pasangan. Seorang yang berasal dari keluarga yang mempunyai didikan agama biasanya akan mewarisi sifat soleh ibubapa nya. Seorang yang berteman dengan orang yang baik-baik juga pasti akan mendapat tempias dari kebaikan temannya itu.

4. mempunyai hubungan baik dengan keluarga keakraban dengan keluarga boleh dilihat bagaimana mereka berkomunikasi, kekerapan berhubungan, kemesraan dan kasih sayang antara mereka. Hubungan baik calon suami dengan ibubapa mereka akan mewujudkan rasa yakin dan selesa pada wanita yang bakal di kahwini. Ini kerana apabila berkahwin, wanita adalah milik suami dan keluarga suami. Sepenuh ketaatan perlu di berikan pada suami dan rasa hormat kepada ibubapa suami.

5. mempunyai daya juang yang tinggi hidup adalah perjuangan. Risiklah juga daya juang dalam kehidupan calon suami. Adakah dia seorang yang kuat semangat juang dalam membina kehidupan yang lebih baik. Adakah dia seorang yang berkeyakinan atau sebaliknya. Ini penting untuk membentuk kehidupan berkeluarga kelak.

6. mempunyai rasa tanggungjawab sifat ini dapat dilihat pada sikapnya yang suka mengambil berat, menegur, menasihati dan membantu. Adakah dia seorang yang prihatin dan mengambil berat akan keluarganya, terutama kedua ibubapanya.

7. ikhlas keikhlasan adalah perkara yang tidak dapat dilihat. Ianya tersembunyi jauh di hati. Namun dengan tingkah laku dan sikapnya, sedikit sebanyak kita boleh melihat keikhlasan seseorang.

8. jujur adakah dia seorang yang suka berbohong? Bercakap berbelit-belit? Seorang yang jujur walaupun ianya menampakkan kelemahannya?

9. hatinya baik soal hati agak sukar untuk di nilai. Namun daripada tindak tanduk perbuatannya apabila berdepan dengan sesuatu situasi, kita boleh melihat sejauh mana perangainya yang sebenar. Adakah dia seorang yang sabar? Bertimbang rasa? Penyayang? Pemaaf?

10. berhemah seorang yang berhemah selalunya ‘cool’ dan tidak emosional dalam menghadapi sesuatu situasi. Dari situ boleh di lihat sejauh mana berhemahnya si dia. Ciri-ciri ini mungkin terlalu sempurna sedangkan kita manusia tiada yang sempurna. Sekurang-kurangnya, panduan ini di jadikan tips memilih calon suami ideal. Jangan silap memilih, namun jika inginkan calon yang ideal, seorang wanita itu perlu cermin diri sendiri, ideal kah kita untuk lelaki ideal ? lelaki yang baik hanya untuk wanita yang baik, begitulah sebaliknya. Oleh itu perbaikilah diri kita terlebih dahulu untuk menjadi yang baik, barulah kita layak untuk mendapatkan yang baik juga. Allah itu Maha Adil dan hanya akan berikan apa yang selayaknya buat kita semua.

Sekian. let me be me

Hak-hak Isteri Dari Suaminya

  1. Suami yang taat dalam melaksanakan perintah serta suruhan Allah dan Rasulnya dan dapat pula membimbing isterinya.
  2. Suami yang mampu memberikan nafkah sama ada zahir ataupun batin.
  3. Suami yang sedia memberikan nasihat, bimbingan, dorongan, didikan dan tunjuk ajar dalam melaksanakan tugas serta tanggungjawap rumahtangga dan juga terhadap Allah s.w.t
  4. Suami yang bijak dalam menyelesaikan permasalahan isteri yang timbul bersama jiran tetangga atau sebagainya.
  5. Suami yang dapat memberikan pemerhatian dalam hal keselamatan, kebajikan dan kesihatannya.
  6. Suami yang dapat menyediakan tempat tinggal, pakaian dan makanan yang sempurna mengikut kemampuanya.
  7. Suami yang penyabar dan tidak menggunakan kekerasan dalam menyelesaikan sesuatu masalah atau untuk mendapatkan sesuatu.
  8. Suami yang tidak cemburu buta tanpa asas terhadap isterinya yang mana boleh merosakkan keutuhan rumah tangga mereka.
  9. Suami yang sentiasa memberikan kasih sayang, belas kasihan dan pergaulan yang baik terhadap isterinya.
  10. Suami yang sentiasa menjaga rahsia isterinya dan tidak di dedahkan kepada orang lain.
  11. Suami yang ikhlas dan jujur serta dapat menepati janji terhadap isteri dan anak-anak.
  12. Suami yang menjauhkan diri dari perbuatan maksiat seperti meminum minuman keras, berjudi, berzina, menipu, mencuri dan sebagainya.
  13. Suami yang dapat memberikan penjagaan dan pemerhatian yang baik terhadap isterinya penjagaan ini meliputi semua hal termasuk kehormatannya.
  14. Suami mestilah bijak memahami perasaan dan hati isteri sama ada dengan perbuatan atau perkataan, jangan biarkan dirinya dalam keadaan sedih.
  15. Suami yang sentiasa mengutamakan kebersihan diri, zahir dan batin.
  16. Suami mestilah menahan dirinya dari bergaul secara bebas dengan wanita lain.
  17. Suami yang dapat menyelidik secara cermat dan teliti segala hal yang disampaikan oleh orang lain yang berkaitan dengan isterinya.
  18. Suami yang bijak dalam memimpin tumah tangganya dengan penuh amanah serta bertanggungjawab.
Sekian. let me be me

23 February 2014

Tips Kebahagiaan Anak

Cucu-cucu arwah Tok Sidek & Embah Sarif, Aina dan Hani

Jom amalkan 10 tip di bawah ini bermula hari ini juga.

1. Kalau tiba-tiba teringatkan anak kirimkan bacaan Al Fatihah. Sampai ke ayat "iyyakanakbudu waiyyakanastain" - yang ertinya "Hanya kepada Mu kami sembah dan hanya padaMU pohon pertolongan..", mintalah apa-apa hajat masa itu yang ada hubung kait dengan anak yang Kita ingat tu, habiskan bacaan surah Al Fatihah doakan semuga anak kita diberi kefahaman yang sebenarnya dalam urusan agamanya, memiliki ilmu yang bermanafaat Dan serahkan urusan anak kepada Allah untuk menjaganya.

2. Pandang wajahnya semasa dia tidur ucapkan bahawa, ibu nak (nama anak) jadi anak yang soleh sayang!. Cubalah amalkan ( ustaz kata ini makna kita bercakap dengan rohnya ) Dan ucapan ini adalah DOA Dan Allah Maha mendengar lagi maha melihat.

3. Masa bangun solat malam, solatlah hajat disisinya. Mak
sudnya Kita solat dalam bilik dia Dan dekat dengan dia. Jika Kita selalu buat Dan Kita juga selalu beritahu dia yang Kita sering doakan dia, dia akan rasa satu ikatan kasih sayang yang hakiki yang Kita amat sayangkan dia dan nak dia jadi anak soleh.Dia akan tahu Kita selalu solat hajat untuknya.

4. Minta dikasihani. Ucapkan setiap masa bahawa kita ni sedang menunggu panggilan Allah. Jika Dia tak jadi anak soleh bermakna dia tak sayangkan kita dan tentunya kita akan merana di Alam Barzah nanti.

5. Peluklah anak selalu walaupun dia sudah besar, sebagaimana Kita tatang dia masa kecilnya. Aura ciuman dan belaian ibu sambil bisikkan padanya yang kita bangga mempunyai anak sepertinya.

6. Maafkan anak Kita setiap masa walaupun perbuatannya amat melukakan hati Kita.Muhasabbah diri mungkin kesilapan yang anak lakukan itu adalah kerana dosa-dosa kita dimasa lampau.

7. Yang paling penting jaga tutur kata Kita, jangan sekali-kali ucapkan perkataan yang boleh melukakan hatinya. Jika ini berlaku juga kerana kita TER.. kata, cepat-cepat cari masa yang sesuai untuk Kita minta maaf padanya. Mengakulah padanya itu kelemahan Kita, Kita marah kerana dia buat salah,bukan bermaksud membenci.Ceritalah buat macam dramapun boleh .

8. Amalkan membaca ayat 40 surah Ibrahim supaya Kita,anak Dan zuriat keturunan Kita termasuk dalam golongan orang2 yang tetap mendirikan Solat. [Wahai Tuhanku! Jadikanlah daku orang yang mendirikan sembahyang dan demikianlah juga zuriat keturunanku. Wahai Tuhan kami, perkenankanlah doa permohonanku.]

9. Selalu ingatkan anak bahawa tak guna ada pangkat, belajar tinggi, hatta hafal Quran sekalipun jika tidak mempunyai peribadi yang mulia.Allah tak pandang wajah yang cantik tapi pandang hati yang cantik. Allah tak sayang, manusia tak suka.

10. Masa basuh beras niatkan "Ya.. Allah lembutkanlah hati anak-anak ku sebut nama dia.....untuk faham agamanya ", [kenapa Kita nak dia faham agama, kerana anak yang tak faham agama boleh bawa ibubapanya juga ke neraka] sebagaimana engkau lembutkan beras ini menjadi nasi ". Basuh beras lawan jam ( macam org tawaf ) sambil selawat kepada Nabi Muhamad S.A.W. Masa buat kerja ini hati jangan lalai..dan ingat kepada Allah selalu.

Sumber dari Prof. Muhaya
SHARE ya rakan2..

Sekian.
let me be me