23 December 2014

Hari-hari makan hati oi


Hari ini hari yang sangat emosi. Geram tahap nak terjun gaung. Nasib badan dapat bos spesis keling tak ingat. Sedih oooooooh. Patutlah orang kata tempat aku ni `hot plate'.. hari-hari kena panggang. Orang sebelum ni dapat tahan kerja dengan dia 2 bulan je lepas tu terus blah. Aku jela bertahan dah 1 Tahun 4 bulan. Pun dah fikir nak cabut dari sini !!!! Tak suka. Dahlah tengah mengandung. Jangan terkenan kat anak aku perangai spesis keling ni sudahlah... Ya Allah, berilah ketabahan kepada ku untuk menghadapinya. 

Monster ever!!!!!~

S A B A R jelaaaaa weh!!!!!!!

10 December 2014

Top Steak, Sg. Besi

Lokasi dinner malam tadi di Top Steak Sg. Besi
Unplanned dinner. Thanks hubby for the treats. 


  Dinner bersama hubby dan Cik Aina
Aina makan fried fries je sebab dia dah makan banyak sebelum keluar makan tadi. heee jimat~
Nasib baik Cik Aina tak kacau ibu dan abi makan. Sangat supporting tau. Thanks syg..


 Ini menu aku. Lamb Chop RM berapa ntah, xingat.. Sedap. Kuah dia memang taste tekak aku. Rate untuk hidangan ni 4/5 bintang. Kenyang perut ibu mengandung.


Ini menu hubby. Combo Steak RM 18.90. Terdiri daripada daging lembu, kambing dan udang besar. Hubby kata sedap. Aku pun rasa steak tu. Lepas rasa macam nak tukar plate dengan hubby je. Sedaplah. Kena dengan selera ibu mengandung. Hubby pun cakap boleh repeat lagi tempat ni sebab makan dia sesedap dan berbaloi dengan harga. Menu ni kami rate 5/5 bintang. Fullmark. Recomended.. Next time nak cuba Spagetti dia pula. heee-

Ini alamat lokasi Top Steak, Sungai Besi. No 2 Jalan Tasik Utama 10 Medan Niaga Tasik Damai (Lake Fields) Sungai Besi; 57000 Kuala Lumpur. 

09 December 2014

Kalendar 2015

sumber dari google

Kejap je dah nak masuk tahun 2015. Cepat masa berlalu. 
Bila kaji kalendar 2015, tengok banyak peluang untuk cuti panjang. Yahuu~
Harapan untuk tahun 2015, semoga segala urusan dipermudahkan. Aamiin.

 

30 November 2014

Sizzling Spaggeti Chicken Chop


Sizzling Spagetti Chicken Chop RM 12.60 + tax RM 0.77 = RM 13.40

Hari Jumaat minggu lepas, pergi window shopping di Aeon Taman Maluri, Cheras. Makan menu ini di food courtnya. Sedap. Cik Puan Aniz bagi 4 bintang!! nyum nyum nyum..Baru-baru ni ingat nak repeat lagi, sangat dukacita kedainya dah tutup. Kecewa. Apa boleh buat. Jangan mengidam sudah. Baby kwai ha~ huhuhuhu 

13 November 2014

Bila harta kesayangan hilang


R E D H A
Hari Selasa (11 November 2014), malam dah baru perasan gelang emas kesayangan hilang. waaaa....cari cari tak jumpa kat sekitar rumah. kelam dunia sekejap. takut nak bagitau hubby sebab gelang tu dia yang belikan. Present sebab beranakan Aina. Pukul 10 malam baru perasan gelang tu dah tak ada kat tangan. Sedihnya aku...

Sampai office cuba cari lagi. Tanya mak cik cleaner, tanya pak guard.. tanya kawan-kawan.. tapi tetap tak jumpa..

Tak ada rezeki. Beberapa hari kemudian terpaksa gagahkan diri bagitau hubby yang gelang emas tu hilang. Nasib baik hubby tak marah. Tapi hubby kata lepas ni tak payah dah beli gelang emas. waaaa statement hubby sangat tak boleh terima ok. Terpaksa telan juga statement itu untuk mengelakkan kekecewaan yang menggunung tinggi. Lepas ni kena pepandailah bodek hubby. huuuuu~

InshaaAllah kalau ada rezeki aku, jodoh dengan gelang emas tu kuat akan jumpa juga suatu hari nanti. Itu harapan aku. Atau mungkin Allah nak gantikan dengan yang lebih baik. Siapa tahukan. Pasti ada hikmah di atas segala yang terjadi. Bersangka baik dengan Allah, redha. InshaaAllah ada kebaikkan untuk aku. 


28 October 2014

Temuduga Penolong Penguasa Kastam W27

Dah selesai temuduga tu.. aku memang tak berpuas hati dengan performance aku ketika di temuduga. Rasa macam fake sangat. Adui.. Semua kes nervous terlampau.

Soalan yang ditanya penemuduga adalah seperti berikut;

1. Introduce yourself 
Bila penemuduga cakap dalam BI, kita pun kena jawab dalam BI ok. jangan tanya2 dah macam yang aku buat, sekali kena perli. ceh- malu aje....

2. Apa yang anda faham tentang GST
Panjang lebar aku jawab. Yang ni ok la sebab memang aku hafal.

3.Jenis-jenis cukai
Aku jawab semua jenis cukai termasuk cukai langsung seperti cukai pintu, cukai pendapatan.. itu semua LHDN yang kutip. Memang cari nahas aku. Over sangat menjawab. Jawab tentang cukai tak langsung sahaja ye. Cukai tak langsung seperti cukai import/export, cukai gst dan yang berkaitan.

4. Peringkat barang bekalan yang dikawal kadar GST nya
Yang ni memang aku totally lost. Memang kena reject masa ni kot. haaaa Lastly, penemuduga tu yang tolong jawab. Bekalan berkadar sifar seperti barangan asas beras, gula, garam dan lain-lain.. Peringkat yang lain sila google. Aku dah lupa... heee

5. Kenapa minat nak join KASTAM
Sesi mengoreng. tapi rasa tak cukup perencah. kwang kwang kwang.. 

6. Any question to ask ?
Aku tak tanya apa..
nampak pasif sangat. Playsafe ok. haaaa

Sekian.
 
Keputusan temuduga dah dapat. 
Keluar awal dari tarikh yang sepatutnya.. Aku pun semak lah.. 

Dukacita dimaklumkan ye...
Dah namanya takda rezeki. Redha ok. 
Fine.. waaaa~

Tengoklah statistik pengambilan oleh SPA ni. Menagis nak jadi 130/5857 orang yang bertuah tu. Apa pun, tahniah diucapkan kepada mereka yang berjaya. Korang memang bertuah. Semoga dapat memberi sumbangan kepada Jataban Kastam dan Malaysia. Kutip GST jangan pilih bulu. Jauhi rasuah dan selamat bekerja. Sekian.





16 October 2014

Mandi Wajib

Tengah hari tadi ada kelas fardu ain kat hospital. Aku join la untuk ulangkaji dan tambah ilmu mana yang patut. Jom nak share apa yang Ustaz Zul ajar tentang Mandi Wajib.

Mandi Wajib juga dikenali sebagai mandi janabah/mandi junub.

Syarat mandi wajib
  1. keluar mani walaupun sedikit
  2. keluar darah haid
  3. keluar darah nifas
  4. bila dah mati (orang akan mandikan kita dengan mandi wajib)
  5. selepas beranak (darah wilada)
  6. orang yang baru memeluk agama islam (mualaf)
Rukun mandi wajib
  1. Niat
  2. Menghilangkan/Membersihkan najis di keseluruhan anggota badan
  3. Meratakan air di keseluruhan badan
Jenis niat mandi wajib
seperti sumber dari google ini





















*gunakan air mutlak/suci

Cara-cara mandi wajib
  • ambil air dengan tangan kanan dan ratakan ke jari-jemari kanan dan kiri (sunnah)
  • basuh kemaluan dengan tangan kiri (sunnah)
  • berwuduk seperti biasa sehingga ke kepala sahaja (sunnah) 
  • niat (wajib) ketika air mula mengena/disiram ke kepala/bahagian anggota badan
  • ratakan air di sebelah kanan badan sebanyak 3 kali (wajib)
  • ratakan air di sebelah kiri badan sebanyak 3 kali (wajib)
  • basuh bersihkan dubur dan qubul (wajib)
  • basuh bersihkan kaki, celah-celah jari (wajib)

Wallahualam
Nak tahu lebih lanjut atau ada pertanyaan yang berkaitan, sila rujuk ustaz ustazah yang lebih arif. Aku sekadar berkongsi apa yang aku faham dari kelas fardu ain tengah hari tadi. Maaf kalau ada yang kurang terlebih.

15 October 2014

Aku dan Impian #3 Mesin Jahit Industri

gambar asal dari google
Mesin Jahit Industri dan Mesin Jahit Tepi.. 
Kalau dapat satu dua ni, memang aku kerja mengadap benda ini jela. my passion. heee
 
Aku memang minat menjahit sejak azali lagi. hee.. Kalau ada kerja kursus yang kena jahit kat sekolah mesti aku siap duluan dari kawan-kawan yang lain. Dapat pujian cikgu pula tu. haaa angkat bakul sekejap. heee.. Dah minat mesti buat yang terbaik kan.

Last year, hujung bulan 12, ada pergi kelas jahitan langsir... dah lama tak buat nanti lupa pula step jahitannya.. Ilmu tanpa amal kan sia-sia aje.. Oh tidak!- Jadi nak usahakan juga untuk dapat mesin-mesin jahit ni. Mesin jahit yang kat rumah ada tapi tak best sangat la.. Niat nak upgrade sikit. haa

Ok, help help help...
Sapa ada nak jual second hand atau ada tau pakej murah-murah area Lembah Klang sila tinggal contact kat komen ye.. Thanks all.

14 October 2014

Rooftop Prince

sumber dari google
#throwback 
Masa berpantang Aina sakan melayan cerita Korea ni.. Rooftop Prince. Best sangat oii.. Aku laki bini memang melayan. Mula-mula aku layan sorang, Laki aku dok bising-bising tengok cerita apa ni?! Last sekali, dia pun melekat tengok cerita tu. Same goes to Running Man Show.. Mula-mula aku gelak sesorang je. Lepas tu laki aku pun ikut gelak. Now dia yang over layan cerita Korea berbanding aku. hadoh~

sumber dari google
Cerita Rooftop Prince ini berlatarkan 2 zaman berbeza. Zaman dulu dan sekarang. Antara pelakonnya.. Park Yoochun dan Han Ji Min.Genre fantasi, komedi dan romance. Memang aku suka tengok cerita genre ni. haaa.. Terbayang-bayang scence dia. Cute and sometimes sedih habis oooo-

Semua cute-cute tapi bukan taste aku. hahaha
hero dia, Park Yoochun
nanti nak copycat la minum yakult/vitagen macam ni.. haaaa
More summarry pasal cerita ni boleh pergi tengok kat sini ye.. Rooftop Price Rooftop Prince Rooftop Prince  Aku tak pandai nak mengarang sinopsis.. heee


10 October 2014

8 Perkara Bertentangan Dengan Islam Dalam Majlis Perkahwinan


Aku buat semua 8 perkara tersebut semasa majlis aku. korang buat tak? berapa? 
Rasa memang tak suka dengan kebodohan aku. Dah kata tak nak, ada pula yang nak. Bila niat nak jaga hati orang memang kita pun mendapat share dosa tu sama. Astaghfirullahalzaim.. 

Semoga lepas ni adik2 ku sayang tak payah la buat apa yang menjadi kesalan aku sekarang ini ye. Inilah gunanya ilmu. Bila dah ada ilmu jangan tak amalkan. Bila tak amalkan jadi macam akak ini lah. Mudah sangat nak ikut-ikut orang. Kan best kalau kita boleh zip mulut orang. heeeeeee 

Sebenarnya semua atas kita. Tak payah nak cover kebodohan kita dengan menyalahkan orang lain. Ok akak......

Korang baca tau. Membaca amalan mulia. Baca yang baik-baik, dapat pahala.. Ketahuilah 8 Perkara Bertentangan Dengan Islam Dalam Majlis Perkahwinan. Bakal bakal pengantin watch out.

Esok-esok, Cik Aina punya wedding biar sederhana dan memudahkan. InshaaAllah.



11 September 2014

Bila lipstick berbicara

klik untuk imej yang lebih jelas
Salam Jumaat bloggers sekalian.
Hari ni nak sharing pasal lipstick masing-masing.
Sekarang pakat-pakat check lipstick ye.

Lipstick aku cakap aku type slant keeps close to original and tip shape.
Ok setelah diteliti, yes.... 100% original me. haa-

Korang punya lipstick cakap apa pulak?
Berapa peratus?

#ngee~
mode busybody on-


 

10 September 2014

Segmen : Nak blog URL by Macam-Macam Cerita

 

Jom join segmen.. Semudah ABC..
g o o d  l u c k


Anak oh Anak #Model Baju Perang


Ini cerita bila Mak Long Aina sponsered baju perang. Hani pun ada baju ni.. Kira boria ye cucu Tok Jep. Siapa berminat  nak beli baju perang untuk anak-anak, korang boleh beli online kat kedai ni ye Barangan BAYI & Kanak-Kanak Online

Happy shopping.


 

09 September 2014

Doa untuk anak menghadapi peperiksaan


Sempena musim peperiksaan UPSR, bolehlah amalkan doa berikut. Mudah-mudahan adik-adik dipermudahkan untuk menjawab soalan ye. Good Luck !!!


08 September 2014

Sumber kekuatan buat ibu-ibu sekalian alam. Jom amalkan.


Bukan Cik Puan aje yang boleh amalkan tasbih ini ye.. Semua-semua pun boleh. 
 InshaaAllah, semoga Allah redha dengan kita. Aamiin.. :) 

05 September 2014

Kata Hikmah #8 Love Your Baby


Kan... #nurainanasuha pun dah macam besar sangat sekarang ni. Pada hal baru 1 tahun 3 bulan. Cepatnya masa berlalu.... I love my baby Aina.. and more baby to come InshaaAllah.

Sayangilah anak-anak kita ya. Jangan marah mendera mereka. Berlemah-lembut dan bersabarlah mendidikan mereka untuk jadi anak yang soleh solehah. Mereka adalah anugerah terindah dan amanah daripada Allah swt untuk kita didik mereka menjadi khalifah di bumi ini. 

Mudah-mudahan anak-anak kita membesar dengan sihat dan jayanya.. Aamiin.
Ok. Rindu kat Aina..

02 September 2014

Resepi Dadih

rupa tak menarik tak kisah asal rasa mantap. haaa

Entry throwback Jun 2013.
Aku selalu ingat nak buat dadih. So apa lagi, bila ada peluang dok saja abiskan cuti bersalin kat Kuching ni aku pun buatlah ini dadih. Dadih pula kegemaran hubby,  lagi la aku bersungguh-sunguh nak buat. So this is my first try result..

yang ini perisa strawberi
Enjoy the recipe !!

air tak ingat berapa liter
1 paket dadih (any flavour)
1 tin susu sejat cair (any brand)
gula secukup rasa
nata de coco (optional)

Cara-caranya
Panaskan air, susu sejat cair, gula..
dah mendidih, tutup api dan masukkan serbuk dadih sambil kacau perlahan-lahan.
Siap kacau semua kemudian tuang ke dalam bekas dan sejukkan.

Simple, mudah dan cepat. 
Boleh dipertimbangkan untuk pemasaran ni.
InshaaAllah.
 

25 August 2014

Tafakur untuk Tragedi MH17 di Malaysia- Perlis tidak turut serta. Mengapa?

sumber dari google
Islam the way of life.
Kerajaan Malaysia ni apa nak jadilah.
Wallahualam.

Sumber

Sekian.
let me be me

22 August 2014

Salam Takziah Tragedi MH17

sumber dari google
 Assalamualaikum 
dan Salam Sejahtera..

Sedihnya hari ni. Tengok surat khabar.. tengok blog.. tengok tv, dengar radio.. Semuanya bercerita tentang MH17. Seperti sedia maklum sejumlah 20 mayat mangsa tragedi MH17 telah tiba di KLIA untuk iserahkan kepada keluarga mangsa masing-masing. 

Ya Allah, sedih sedih sedih.. Sayu hati ini hanya Allah yang tahu. Sungguh keluarga mangsa tragedi ini sedang diuji. Seluruh rakyat Malaysia sedang diuji. Sedarlah kita semua bahawa mati itu paling dekat dengan kita. Marilah kita muhasabah diri masing-masing sebelum kita kembali padaNya. Allahuakhbar. #selfreminder

Sumber dari Google. Klik untuk imej yang lebih jelas
Tadi kat office ada masa berkumpul ramai-ramai untuk tafakur. Seminit mengenangkan tragedi itu pun dah sangat menyayat hati. Bayangkanlah perasaan keluarga mangsa dan orang yang terdekat dengan mereka. Allahuakbar. Semoga semuanya tabah dengan ujian ini. Semoga mayat mereka selamat dikebumikan. 

Sayang Malaysia.
Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan.

Sekian. 
let me be me

20 August 2014

Aku dan Impian #2 Perniagaan


Assalamaualaikum
dan Selamat Sejahtera..
sumber dari google
 Hari ini dan selamanya impian aku nak jadi businesswoman. Aku suka tengok kawan-kawan berniaga.. Tengok saudara-mara berniaga. Sungguh mereka giat mengamalkan sunnah Rasulullah SAW. 

Rasulullah SAW pernah bersabda dalam satu hadis bermaksud: “9/10 rezeki itu adalah datang daripada perniagaan.” (Hadis riwayat Tirmizi).

Background family mak aku pun semua jenis suka berniaga. Adik-beradik mak aku ada 13 orang.. 10/13 daripada mereka semua berniaga. Kebanyakannya buat direct selling kat pasar-pasar malam, bazar, buka gerai depan rumah dan jualan kecil-kecil dengan kawan-kawan. Ada di Klang, Pahang, dan Perak. Mereka berniaga makanan, ayam proses, daging lembu, ikan fresh yang ditangkap sendiri, kedai makan, menjahit, buat kuih-muih dan pelbagai lagi jenis perniagaan yang memang memerlukan kudrat dan kemahiran sendiri. Aku respect mereka. 

sumber dari google
Awal mula, masa aku kecil-kecil dulu memang tengok makcik pakcik aku susah. Anak pula ramai. Tapi berkat usaha mereka alhamdulillah telah membuahkan hasil. Rumah mereka sekarang semuanya besar-besar. boleh parking 4-6 buah lori kat tapak rumah. Bayangkanlah. Anak-anak mereka pula ada yang ikut berniaga dan ada yang sudah berjaya dengan kerjaya masing-masing. Seronok tengok. 

Berbeza jika dibandingkan dengan family aku, ayah kakitangan kerajaan, Ayah aku memang tak pandai berniaga dan tak tahu berniaga dan mak pula suri rumah. Mak pandai cari duit sendiri dengan mengambil upah menjahit dan jual kuih-muih. Bisnes on off. Itulah mak aku. Bila lapang baru dia buat kerja cari duit. As hobi katanya. Lainlah kalau ayah aku suka berniaga juga. Mungkin family aku pun giat berniaga. huuu- Dalam family aku, mak, kakak dan aku je yang ke arah perniagaan. Mereka yang lain dengan dunia masing-masing. Heee-

Aku dah mula start enjin dengan jual pre-loved. Sekarang tinggal nak masuk gear kumpul idea dan material untuk perniagaan online secara sambilan dan kecil-kecilan. InshaaAllah akan diusahakan. Semoga Allah kuatkan semangat aku ini dan berterusan bertenaga dan cepat mendapat inspirasi untuk terus in & on busines.
Sebab aku minat berniaga dan berpendapat dengan perniagaan kita boleh dapatkan hidup yang lebih baik dengan izinNya. InshaaAllah. Janji kena berusaha, istiqomah, jujur dan berterusan. Barulah dilimpahkan rezeki dan ada pelanggan tetap. Sokongan hubby sangat diperlukan. Semoga dia support impian aku as dia dulu pun pernah giat berniaga direct selling macam-macam jenis. Pak mentua aku pun rajin berniaga masa zaman mudanya. Harap anaknya pun ikut sama. Aamiin.

Sekian.
let me be me

19 August 2014

GIVEAWAY MERDEKA : PENANG MARI BAQ ANG BY SITI YANG MENAIP

klik banner untuk join
Syarat-syarat Penyertaan : 
1. Follow blog Siti Yang Menaip.
2. Pastekan banner dan buat entry dengan tajuk :
GIVEAWAY MERDEKA : PENANG MARI BAQ ANG BY SITI YANG MENAIP
dan backlink kan ke entry ini.
3. Jangan lupa tinggalkan link entry anda ya. Tak mahu seperti giveaway lepas. Buat entry tapi tak tinggalkan link jadinya aku tak tahu korang dah turut serta.
4. Selesai.

Hadiah-hadiah :
4 Fridge Magnet Pulau Pinang ( 4 Pemenang )
2 Fridge Magnet Nama Jalan Di Pulau Pinang ( 2 Pemenang )
2 Fridge Magnet Metal Bronze Basikal Street Arts ( 2 Pemenang )
4 Fridge Magnet Street Arts ( 4 Pemenang )
8 Penang Street Arts Notebook ( 8 Pemenang )

Jumlah pemenang bertuah yang dicari : 20 ORANG !!
Korang mungkin salah seorang darinya. Mari mari join kalau sudi.

18 August 2014

Fatin Sidqia - Dia Dia Dia

sumber google
#macam muka sepupu aku pula. Nama pun Fatin. Fatin Aiza Nordin. Haaa

Dia Dia Dia

Selalu ku pikir bahwa aku tegar
Aku tak pernah menyangka kan begini
Dan saat engkau tak di sisiku lagi
Baru ku rasakan arti kehilangan

Ingin ku bicara, hasrat mengungkapkan
Masih pantaskah ku bersamamu
Tuk lalui hitam putih hidup ini

Saat engkau pergi, tak kau bawa hati
Dan tak ada lagi yang tersisa
Dia dia dia tlah mencuri hatiku

Dan saat hari dimana kau tinggalkanku
Ku pikir semuanya kan baik-baik saja
Dan kini baru kusadari semua
Dia dia dia twlah mencuri hatiku


Ingin ku bicara, hasrat mengungkapkan
Masih pantaskah ku bersamamu
Tuk lalui hitam putih hidup ini

Dan saat engkau pergi, tak kau bawa hati
Dan tak ada lagi yang tersisa
Dia dia dia tlah mencuri hatiku

Ingin ku bicara
Tuk lalui hitam putih hidup ini
Saat engkau pergi, tak kau bawa hati
Dan tak ada lagi yang tersisa

Ingin ku bicara, hasrat mengungkapkan
Masih pantaskah ku bersamamu (bersamamu)
Tuk lalui hitam putih hidup ini (hitam putih, hidup ini)

Daat engkau pergi, tak kau bawa hati
Dan tak ada lagi yang tersisa
Dia dia dia tlah mencuri hatiku
Dia dia dia tlah mencuri hatiku
Tlah mencuri hatiku
Ooooh ehmmm

#Seronok sangat layan suara si Fatin Sidqia ni. Baru berusia 18 tahun kalau tak silap. bakat digilap dari realiti show `X-Factor Indonesia". Suara husky sangat dan nerd-suci. Nak tengok lagu yang lain boleh go youtube. Jom tengok video masa 1st audition Fatin. Innoncent sangat. Haaa- 

Lagu Grenade by Bruno Mars
Sekian. 
let me be me

15 August 2014

Puasa Enam

Soal Jawab Agama : Hukum Gabung Puasa Qadha dan Puasa Enam Syawal   
  

Jabatan Mufti Negeri Perlis telah menerima pertanyaan hukum dari En Zukri melalui e-mel: mzukri@... Berikut adalah penjelasan hukum yang diberikan dan telah diperakui oleh S.S. Mufti Dr. Juanda bin Jaya:

Soalan:

Salam, saya hendak bertanya tentang posa ganti dalam bulan Syawal bagi wanita. Bolehkah digandingkan niat ganti puasa Ramadan dengan puasa sunat syawal sekali? Apakah kita akan mendapat pahala kedua-duanya sekali? Adakah ada spesifik hari untuk puasa bagi mendapat kedua-dua pahala inini? jika tidak, amalan bagaimana lebih afdal?

Terima kasih

Jawapan:

Terima kasih kepada saudara yang bertanya. Jawapannya adalah seperti berikut:

Persoalan pertama berkaitan niat puasa ganti Ramadan yang tertinggal adakah mendapat pahala puasa sunat Syawal.

Persoalan ini terdapat khilaf (perbezaan pandangan) di kalangan ulama.

Pendapat pertama: Sebahagian ulama berpendapat, tidak boleh mencampurkan niat puasa sunat dengan niat puasa fardhu yang lain atau dengan puasa sunat yang lain. Sekiranya dilakukan, maka puasa itu tidak sah, sama ada bagi yang fardhu ataupun yang sunat. Pendapat ini bertepatan dengan sabda Nabi SAW:

مَنْ صَامَ رَمَضَانَ ثُمَّ أَتْبَعَهُ سِتًّا مِنْ شَوَّالٍ كَانَ صَامَ الدَّهْر

Maksudnya: "Barangsiapa yang berpuasa di bulan Ramadan kemudian diikuti dengan puasa enam hari bulan Syawal maka seakan-akan ia berpuasa setahun". (HR Muslim)

Bagi memenuhi maksud hadis ini, dalam usaha memperolehi pahala yang dijanjikan iaitu pahala berpuasa setahun, maka hendaklah seseorang itu menyempurnakan puasa Ramadan (yang merupakan puasa wajib) kemudian ditambah dengan puasa enam hari di bulan Syawal (yang merupakan puasa sunat). [Syeikh Muhammad Sholih Al-Munajid – www.islamqa.com]

Pendapat kedua: Di kalangan ulama Syafie ada yang berpendapat bahawa ganjaran puasa enam Syawal tetap akan diperolehi apabila seseorang berpuasa qadha sekalipun dia tidak berniat menggabungkan kedua-duanya. Namun, pahala yang diperolehi itu adalah kurang berbanding seorang yang berpuasa kedua-duanya secara berasingan. [Fatawa al-Azhar 9/261]

Setelah diteliti, dapat disimpulkan bahawa pendapat kedua iaitu pandangan ulama yang membolehkan ‘puasa dua dalam satu’ ini tidak disandarkan kepada mana-mana nas Al-Quran ataupun Al-Sunnah yang sahih. Mereka juga mengatakan bahawa amalan ini hanya mendapat pahala kerana kebetulan berpuasa qadha pada bulan Syawal, sama seperti pahala sunat tahiyyatul masjid dengan solat fardhu (orang yang terus mengerjakan solat fardhu apabila masuk ke dalam masjid akan mendapat juga pahala sunat tahiyyatul masjid)

Timbul persoalan, yang manakah yang lebih afdal untuk dilakukan bagi memperoleh pahala kedua-duanya; mendahulukan puasa sunat enam hari dalam Syawal atau mengqadhakan puasa Ramadan? Dalam persoalan ini terdapat dua pendapat.
Pendapat pertama: Boleh mendahulukan puasa sunat Syawal, berdasarkan hadis Aishah RA yang menyatakan bahawa:

( كَانَ يَكُونُ عَلَيَّ الصَّوْمُ مِنْ رَمَضَانَ ، فَمَا أَسْتَطِيعُ أَنْ أَقْضِيَ إلَّا فِي شَعْبَانَ. قال يحيى:الشغل من النبي أو بالنبي )

Maksudnya: “Aku berpuasa di bulan Ramadan dan aku tidak mengqadha kecuali dalam bulan Syaaban”. Kerana sibuk melayani Rasulullah SAW.” (HR Bukhari:1950, penjelasan “kerana sibuk melayani Rasulullah SAW” ialah penjelasan salah seorang perawi hadis yang bernama Yahya bin Said.)

Para ulama yang mengemukakan pendapat pertama berhujah bahawa sudah tentu isteri Rasulullah SAW iaitu Aishah RA tidak meninggalkan puasa sunat enam Syawal. Tindakannya yang mengqadhakan puasa Ramadan pada bulan Syaaban menunjukkan bahawa adalah dibolehkan untuk berpuasa sunat Syawal meskipun seseorang itu belum mengqadhakan puasa Ramadan.

Pendapat kedua: Tidak boleh mendahulukannya, berdasarkan hadis yang menyatakan kelebihan puasa sunat Syawal tadi. Rasulullah SAW mensyaratkan puasa Ramadan terlebih dahulu sebelum mengiringinya dengan puasa enam Syawal bagi mendapatkan ganjaran pahala yang dijanjikan.

"Jika seseorang tertinggal beberapa hari dalam Ramadan, dia harus berpuasa terlebih dahulu, lalu baru boleh melanjutkannya dengan enam hari puasa Syawal, kerana dia tidak boleh melanjutkan puasa Ramadan dengan enam hari puasa Syawal, kecuali dia telah menyempurnakan Ramadannya terlebih dahulu." [Fataawa Al-Lajnah Ad-Daa'imah lil Buhuuth wal Ifta', 10/392]

Sekiranya diteliti dan dihalusi, maka pendapat kedua adalah lebih rajih (kuat) kerana ia bertepatan dengan dalil puasa sunat Syawal itu sendiri. Selain itu, membayar hutang yang wajib hendaklah didahulukan daripada memberi sedekah yang sunat.

Namun, sekiranya seorang itu tidak berkesempatan kerana keuzuran untuk melakukan qadha kemudian berpuasa enam, tetapi dia berkeyakinan bahawa akan sempat mengqadhakannya sebelum Ramadan tahun berikutnya, maka pendapat yang pertama tadi boleh diterima, berdasarkan apa yang dilakukan oleh Aishah RA.

Manakala berkaitan hari-hari yang tertentu pula, dinyatakan bahawa:

"Hari-hari ini (berpuasa dalam bulan Syawal) tidak harus dilakukan langsung setelah Ramadan. Boleh melakukannya satu hari atau lebih setelah hari raya, dan mereka boleh melakukannya secara berurutan atau terpisah selama bulan Syawal, mana-mana yang lebih mudah bagi seseorang. ... dan ini (hukumnya) tidaklah wajib, melainkan sunnah."
[Fataawa Al-Lajnah Ad-Daa'imah lil Buhuuth wal Ifta', 10/391]

Imam An-Nawawi RH berkata:

"Sahabat-sahabat kami berkata: Adalah dianjurkan untuk berpuasa 6 hari Syawal. Dari hadis ini mereka berkata: Sunnah mustahabah melakukannya secara berurutan pada awal-awal Syawal, tapi jika seseorang memisahkannya atau menunda pelaksanaannya hingga akhir Syawal, ini juga dibolehkan, kerana ia masih berada pada makna umum dari hadis tersebut. Kami tidak berbeza pendapat mengenai masalah ini dan inilah juga pendapat Ahmad dan Abu Daud." [Al-Majmu' Syarh Al-Muhazzab]

Adalah dianjurkan untuk menyegerakan dan berlumba-lumba dalam melakukan puasa enam Syawal berdasarkan umum firman Allah Taala:

وَسَارِعُوا إِلَى مَغْفِرَةٍ مِنْ رَبِّكُمْ وَجَنَّةٍ عَرْضُهَا السَّمَاوَاتُ وَالأَرْضُ أُعِدَّتْ لِلْمُتَّقِينَ

Maksudnya: “Dan bersegeralah kamu kepada (mengerjakan amalan yang baik untuk mendapat) ampunan dari Tuhanmu dan kepada syurga yang luasnya seluas langit dan bumi yang disediakan untuk orang-orang yang bertakwa.” [Surah Ali Imran:133]

Wallahu a’lam.

Sumber 

Personally, aku ikut pendapat kedua untuk puasa sunat dulu kemudian baru qada puasa Ramadhan yang tertinggal. Apa pun amalan kita, semoga Allah menerimanya dan redha dengan amalan yang kita lakukan. InshaaAllah.
 
Sekian.
let me be me

24 July 2014

Salam Aidilfitri 2014

Selamat Hari Raya
Maaf Zahir dan Batin

p/s, Kalau nak balik kampung standby power root ye. 
kalau mengantuk semasa pemanduan, just take break and get rest!! 

Esok balik kampung. Yahooo~

Take Care.
Assalamualaikum

14 July 2014

World Cup 2014

German Flag
First of all.. tahniah to German. The winner of World Cup 2014.
World Cup tahun ni sama je seperti tahun sebelumnya.. Terserlah kebutaan aku tentang bola sepak ni. Tetahu menang-kalah menang-kalah aje.. pemain ke game ke langsung zero knowledge. nak nak kalau yang overseas.. setakat Ronaldo, David Beckham tu jela yang aku tau.. Kalau yang dalam negara tu layan jugak la. Tu pun kalau Perak masuk final liga ke ape2 dalam game Malaysia..

Lagi..... aku dulu kini dan selamanya tak kan pernah faham konsep gila bola ni... Ok, tak payah nak kesian. Aku memang tak nak faham. Boleh tak. haaa- Apa pun, itu semua bukan suatu kesalahan. As long as, kita bersederhana dalam sukan. Jangan sebab bola bergaduh kat fb, bergaduh laki bini.. peliks ok.. 

Bab World Cup dah habis.. Bab War Cup tak habis-habis dah bertahun-tahun di Gaza dan tanah Syam. Sama-sama kita kirim doa dan wang (jika ada lebih) ke sana ya. Take care.


Iftar di KL Tower

on top view
Alhamdulillah, sampai juga aku ke KL Tower buat kali keduanya.. Ini yang pertama. Kali ni, pergi berdua dengan Cik Aina. Buddy datang ambil dengan hubby dia aka skuad aku juga.. Iftar di KL tower pun atas kemurahan hati my skuad owner Edaran Express yang menaja buffet kami. Alhamdulillah. Semoga bertambah lagi rezeki ko lepas ni Mus. kot ko baca ye.
 
resit aka tag untuk setiap seorang
Malam tu skuad yang turun 14 orang (full strenght 29 orang) bersama pasangan masing-masing dan anak-anak mereka kecuali aku. Lone ranger dengan Aina aje. Alhamdulillah aku nak tabik spring kat Cik Aina aku tu, sebab dia well behave. Terbaik. Alhamdulillah. Poyo kan puji anak sendiri tapi lantak lah aku nak puji jugak sebab nak hargai well behave dia. Nanti besar bila dia baca ni, mesti dia terharu. kan~ heee-

Alhamdulillah, semalam Aina (setahun dua bulan) tak buat perangai hodoh, Aina tak kacau aku makan, Aina tak menjerit-jerit, tak bebal depan orang dan suka senyum ramah mesra dengan kawan-kawan ibu dia ni. Aku pas pas je Aina bagi hero-hero skuad aku yang tak da anak lagi/bujang dukung Aina bila dia dah penat jalan. Tu pun masa nak balik dah dekat kul 11 malam dia dah penat nak jalan. Tak pe Ibu faham Aina. Jadi masa tu aku pun dah penat, mintala tolong kawan-kawan dukungkan Aina sampai ke parking kereta. Alhamdulillah, Semua pun happy. Dorang kata Aina klon aku. yup, of course la. aku ni mak dia. Kan~  

Memang Aina macam ibu dia, suka berjalan dan easy going. Bolehlah bawa Aina jalan selalu. InsyaaAllah. Abi dan Ibu akan usahakan ye sayang. Muuwah!!

me and Aina have fun at KL Tower
Alhamdulillah, Allah knows the best. Dia jauhkan aku suami isteri tapi dia kurniakan aku anak yang baik, yang mudah untuk aku jaga dan didik. InsyaaAllah. harap sampai ke besar Aina jadi anak yang baik dan berjaya dunia dan akhiratnya. Ini doa seorang ibu. InsyaaAllah InsyaaAllah InsyaaAllah.

antara yang hadir
Skuad aku yang havoc habis. Biarpun gila-gila tapi tetap di hati. Aku rasa aku paling tak berjaya dalam mereka semua. Semua pakat ada degree. Aku je tahap diploma. Tapi tak pelah, rezeki masing-masing. ok, ayat sedapkan hati. 

Introduce you my skuad yang hadir pada hari berkenaan-
Dari kiri baris 3 : Abang Azriq (Sarawak), Halim (Sabah), Am (Pahang)
Dari kiri baris 2 : Aiman (KL), Wan (N9), Syazani (Shah Alam), Awe (Kelantan), Wan Akmal@Jambu (Kelantan), Musab&baby Audrey (Muar@UK), Haimi (Sabah), Mat (Pahang), Hafidz (Banting). 
Dari kiri baris 1 : Syu@wan's wife@my buddy (Kelantan@N9), Aku&baby Aina (KL), Puteri@Haimi's wife&baby Dhazfran(Pahang), Dayah@Musab's wife&baby Ambreen (Gombak@UK), Wani@Hafidz's Wife&baby Adam (Banting) dan Maria@Mat's wife (Johor) serta wife jambu dan baby dia dan tunang Aiman, gf Halim.

Mostly sedang bekerja di sekitar Lembah Klang. Sebab tu kita boleh gather gather together. hee~

Sekian dari aku dan kawan-kawan, 
Happy Ramadhan.

#jangan lupa doakan untuk keselamatan dan kemenagan untuk penduduk di gaza dan syiria serta semua umat Islam yang di tindas di seluruh dunia. InsyaaAllah.

10 July 2014

Puasa abadi untuk Mc Donald


Jom belajar puasa abadi dari makan Mc Donald. Tak mati pun tak makan mcd. Hurmm.. yang penting niat nak tolong orang Islam yang dianiayai (Palestin) .... Percaya atau tak, kita sedaya upaya perlu menjauhi perkara yang syubahah. Kan.. jom makan set ayam penyet je lepas ni..

Lagi info jom tengok kat sini...
 
Wallahuallam
 

08 July 2014

Khan Younis kisah tragis di Bumi Palestin

























Maghrib Khamis
Dibasuhnya baju
Ampaian diluar jendela
Berinjat kakinya
Doakan rembulan

Keringkan jemuran
Rindu hanya satu
Esok solat Jumaat
Ingin doa mengadu
Diri yatim piatu

Malam pun larut
Khan Younis terlena dipintu

Belum pun subuh
Api menyambar
Lebur kaca jendela
Maut berjerubuh
Mayat masih disitu

Jari merah kecil
Erat mengengam baju
Basah airnya mandikan GAZA

Maghrib Khamis
Dibasuhnya baju
Ampaian diluar jendela
Berinjat kakinya
Doakan rembulan

Keringkan jemuran
Rindu hanya satu
Esok solat Jumaat
Ingin doa mengadu
Diri yatim piatu

Malam pun larut
Khan Younis terlena dipintu

Belum pun subuh
Api menyambar
Lebur kaca jendela
Maut berjerubuh
Mayat masih disitu

Jari merah kecil
Erat mengengam baju
Basah airnya mandikan GAZA

Erat mengengam baju
Basah airnya mandikan GAZA

Khan Younis doamu tulus
Khan Younis Khan Younis

#Di bulan Ramadhan bumi Palestin terus dikencam diancam bertambah rakus Israel laknatullah menodai keamanan bumi Palestin. Ya Allah bantulah mereka berjihad di bumi Palestin. Kita yang bertuah di bumi Malaysia sama-sama berdoa untuk keamanan mereka di Palestin ya. Sedih tengok anak-anak kecil di bunuh dan darah bertumpahan di mana-mana. Allahurabbi.. Marilah hulurkan bantuan sedaya mampu kita. InshaaAllah hanya Allah swt sahaja yang dapat membalas bantuan ikhlas kita kepada mereka yang amat memerlukan. Berita terkini mengenai pergolakkan dan krisis di Palestin boleh dapatkan di laman Palestin Kini.

Sekian.
let me be me

07 July 2014

Kedatangan Nabi Isa

sumber dari google
 Diriwayatkan oleh Muslim dari Al-Nawas bin Sam'an bahawa Rasulullah bersabda tentang Nabi Isa: "Beliau akan turun berdekatan dengan menara putih di timur Damsyik, dengan memakai pakaian kuning. Dua telapak tangannya terletak di atas sayap dua malaikat. Apabila dia menundukkan kepalanya menitislah air. Apabila dia mengangkat kepalanya lagi, turunlah daripadanya seperti untaian mutiara."

Berdasarkan hadis ini bererti Nabi Isa akan turun di Syam, bahkan juga di Damsyik, iaitu di sisi menara sebelah timur. Beliau akan turun pada waktu fajar. Ibnu Katsir ada berkata: "Sesungguhnya tidak ada di Damsyik menara yang dikenal di sebelah timurnya kecuali yang berada disamping masjid jamik Amawi, iaitu di sebelah timur Damsyik."
Menara tersebut telah diperbaiki pada zaman Ibnu Katsir, iaitu pada tahun 741 hijrah. Pembiayaannya diambil dari harta orang-orang Nasrani yang sebelumnya telah membakar menara masjid tersebut. Besar kemungkinan nanti Nabi Isa akan turun di tempat itu.

Diriwayatkan oleh Imam Ahmad, dari Abu Hurairah, bahawa Rasulullah s.a.w bersabda: �Para nabi semuanya bersaudara disebabkan ayah mereka satu dan hanya ibu mereka yang berlainan. Sedangkan agama mereka adalah satu. Dan akulah orang yang paling dekat dengan Isa bin Maryam kerana tidak ada Nabi di antara kami. Sesungguhnya dia akan turun. Apabila dia turun nanti, untuk me-ngenalinya orangnya sedang dan kulitnya putih kemerah-merahan. Dia memakai pakaian yang kuning. Dari kepalanya seperti menitis air walaupun rambut dan kepalanya tidak basah. Dia akan mengajak orang kepada Islam. Pada zamannya juga nanti dia akan menghancurkan segala agama kecuali Islam. Allah SWT akan membinasakan Dajal pada zamannya, bahkan di tangannya. Pada zamannya nanti dunia akan aman sehingga harimau dan unta berkawan dengan baik. Begitu juga harimau dengan lembu, serigala dengan kambing. Kanak-kanak akan bermain dengan ular dan ular itu tidak menggigit mereka. Keadaan seperti itu berjalan selama empat puluh tahun. Kemudian Nabi Isa a.s. wafat dan disembahyangkan oleh kaum muslimin.�

Muhammad s.a.w adalah nabi penutup dan tidak akan ada lagi nabi sesudahnya. Turunnya Nabi Isa pada akhir zaman akan menguatkan lagi kebenaran agama Islam. Islam bererti menyerahkan segala urusan bagi Allah yang Maha Esa dan tidak ada sekutu bagi-Nya, beriman dengan semua Rasul, berserah kepada Allah dan taat dengan sebenar-benar taat. Itu semua sebenarnya sudah dianjurkan oleh agama-agama langit semenjak zaman Nabi Ibrahim, selaku bapa nabi-nabi, sampai kepada Muhammad s.a.w selaku nabi terakhir.

Isa a.s. adalah nabi dan rasul yang mulia, datang dari sisi Allah. Beliau dahulu sudah ada membawa syariat kepada umatnya tiba-tiba beliau diangkat ke langit. Nanti di akhir zaman beliau akan turun lagi dengan izin Allah tetapi bukan membawa agama atau syariat baru. Beliau datang nanti untuk menguatkan agama Islam,
Ummu Syuraik bertanya kepaad Rasulullah s.a.w tentang hari Dajal: �Ya Rasulullah, ke mana orang-orang Arab ketika itu?� Rasulullah s.a.w menjawab: �Jumlah mereka pada waktu itu terlalu sedikit. Mereka lari ke Baitul Maqdis menjumpai Imam mereka, seorang lelaki soleh (Imam Mahdi menurut riwayat itu).
�Ketika Imam mereka sudah berdiri di depan untuk mengimami solat Subuh, tiba-tiba datang Nabi Isa. Imam mereka itu mundur untuk memberi peluang kepada Nabi Isa untuk mengimami solat Subuh itu tetapi Isa a.s sambil memegang bahu Imam itu berkata: �Teruskanlah, sesungguhnya iqamat dibacakan untuk engkau.� Maka sembahyanglah mereka semua di belakang Imam tadi.

�Selesai solat, Isa a.s berkata kepada semua jemaah: �Bukakan pintu itu.� Mereka membuka pintu masjid itu, tiba-tiba Dajal sudah berdiri di situ dan di belakangnya ada 70,000 Yahudi lengkap membawa senjata.
�Melihat Nabi Isa ada di dalam masjid itu, Dajal tiba-tiba saja layu atau cair seperti cairnya garam disirami air. Dajal itu lari terbirit-birit kerana ketakutan. Nabi Isa bersama kaum Muslimin terus saja mengejarnya kemudian menjumpainya di Babu Luddi. Dan di sanalah Nabi Isa membunuh Dajal itu.

�Orang-orang Yahudi pun akan dikalahkan dan dibinasakan Allah pada waktu itu. Mereka cuba lari dan bersembunyi tetapi semua benda tempat mereka bersembunyi akan pandai bercakap atau bercerita dengan izin Allah. Benda-benda dimaksud termasuklah dinding, batu, pokok kayu dan sebagainya. Kalau ada orang Yahudi yang bersembunyi di balik belakang mereka, benda-benda itu akan memberitahukannya. Termasuk juga satu pokok berduri (disebut pokok Yahudi), jika mereka bersembunyi di bawahnya, pokok itu akan berkata: �Wahai hamba Allah yang beriman, di sini ada orang Yahudi, bunuhlah dia.�

Kata Rasulullah s.a.w lagi: �Dajal akan berada di dunia selama empat puluh tahun. Satu tahun lamanya seperti setengah tahun, terkadang seperti satu bulan. Satu bulan seperti satu minggu. Dan pada hari yang terakhir terasa sekejap sahaja. Pagi-pagi kamu berada di pintu masuk kota Madinah (Madinah pada zaman Rasul), sampai kamu di pintu yang lain hari pun masuk waktu malam.�

Mendengar yang demikian ada yang bertanya: �Bagaimana kami mengerjakan solat dalam waktu yang begitu singkat ya Rasulullah?� Rasulullah s.a.w menjawab: �Ukur sajalah jaraknya dan bandingkan dengan waktu yang panjang sekarang ini.�

Rasulullah s.a.w berkata: �Isa bin Maryam akan memimpin umatku dengan bijaksana dan adil. Beliau akan menghancurkan salib-salib yang ada di dunia ini dan akan membunuh semua babi. Beliau juga akan menghapuskan cukai. Manusia pada waktu itu tidak perlu membayar cukai, bahkan zakat pun tidak dibayar lagi kerana tidak ada orang yang berhak menerimanya.

�Pada hari itu semua makhluk dalam keadaan aman dan tenteram. Tidak ada saling cemburu, dengki, saling memarahi dan mengganggu antara sesama makhluk Allah. Sehingga ada anak perempuan yang bermain-main dengan harimau dan harimau itu tidak menerkamnya, begitu juga kambing berkawan dengan serigala. Seluruh dunia ketika itu nanti diliputi oleh kedamaian, keamanan dan ketenteraman. Bahkan ketika itu nanti tidak ada pertelingkahan keyakinan dan pendapat. Tidak ada yang disembah selain Allah.

�Orang Arab ketika itu nanti akan merampas kembali semua miliknya. Bumi mengeluarkan cahayanya, menumbuhkan tanam-tanamannya seperti zaman Nabi Adam. Sehingga manusia akan memetik buah anggur dan delima sehingga mereka kenyang memakannya.�

Ibnu Katsir berkata: �Abdul Rahman Al-Muharibiy berkata: �Sebaiknya hadis ini dijadikan untuk mendidik saja. Hadis ini tidak sahih tetapi banyak hadis lain yang hampir sama maksudnya dengannya. Di antaranya ada diriwayatkan oleh Muslim dari Abdullah bin Umar, bahawa Rasulullah s.a.w bersabda: �Kamu akan memerangi orang-orang Yahudi. Kamu akan memerangi mereka habis-habisan sehingga batu tempat mereka bersembunyi pun akan berkata: �Wahai orang muslim, di sini ada orang Yahudi, bunuhlah dia.�

Menurut riwayat, bumi nanti akan mengeluarkan segala khazanah kekayaannya, iaitu pada zaman Nabi Isa. Pada waktu itu dunia dalam keadaan makmur dan harta melimpah ruah, sehingga tidak ada lagi orang yang berhak menerima zakat.

Dari Abu Hurairah, katanya Rasulullah s.a.w bersabda: �Sudah hampir masanya turun kepada kamu Ibnu Maryam menjadi hakim yang adil, yang akan membunuh Dajal, membunuh babi, menghancurkan salib dan menghapuskan cukai kerana harta ketika itu melimpah ruah. Ketika itu nanti manusia hanya sujud kepada Allah Tuhan sekalian alam.�

Diriwayatkan oleh Ahmad, dari Ibnu Mas�ud, dari Rasulullah s.a.w: �Pada malam aku diisrak mikrajkan, aku telah berjumpa dengan Ibrahim, Musa dan Isa a.s. Mereka membincangkan hari kiamat dengan menanyakan permasalahannya kepada Ibrahim. Tetapi beliau hanya menjawab: �Tidak ada pengetahuanku tentang hari kiamat. Cuba kalian tanya kepada Musa.� Mereka tanya Nabi Musa tetapi beliau juga hanya menjawab: �Aku tidak tahu tentang kiamat. Cuba kalian tanyakan kepada Isa.�

�Mereka tanyakan kepada Isa kemudian beliau berkata: �Sebenarnya tidak ada yang mengetahui masalah ini kecuali Allah. Menurut yang dijanjikan Allah kepadaku, Dajal nanti muncul sedangkan di tanganku ada dua sabit (alat pemotong). Sebaik saja Dajal itu melihat aku, dia pun hancur seperti hancurnya timah yang terkena panas. Allah akan membinasakannya, begitu juga orang-orang kafir lainnya. Sehingga batu dan pokok kayu nanti akan ikut berkata: �Wahai orang muslim, di bawahku ada orang kafir bersembunyi, marilah dan bunuhlah dia.�

Kata Nabi Isa lagi: �Setelah Allah SWT membinasakan mereka, orang-orang muslim pulang ke rumah mereka masing-masing. Dalam keadaan demikian keluar pula Yakjuj dan Makjuj, yakni bertebaran dari segenap penjuru.
Kerana banyaknya Yakjuj dan Makjuj itu, maka semua kampung dan tempat tidak ada yang tidak dipijak oleh mereka. Mereka memakan semua makanan yang ada dan meminum semua air. Setelah habis makanan dan buah-buahan, daun-daunan pun habis mereka makan. Air sungai dan tasik semua habis mereka minum.�

Tambah beliau lagi: �Orang-orang mukmin ketika itu tidak tahan melihat ulah Yakjuj dan Makjuj itu sehingga mereka memohon kepada Allah supaya dibinasakan binatang itu. Berkat doa mereka itu, Yakjuj dan Makjuj itu mati semua. Sekarang timbul masalah yang cukup besar lagi, yakni bangkai Yakjuj dan Makjuj yang bergelimpangan di mana-mana. Di mana-mana seluruh dunia terasa bau bangkai. Akhirnya Allah SWT menurunkan hujan lebat sehingga bangkai-bangkai itu hanyut ke sungai dan kemudian hanyut ke laut.�

Diriwayatkan oleh Ismail bin Ishak, Rasulullah s.a.w bersabda: �Belum terjadi kiamat sebelum Isa bin Maryam berjalan di udara untuk mengerjakan haji dan umrah, atau sehinga Allah SWT menghimpunkan haji dan umrah dan menjadikan Ashabul Kahfi sahabatnya. Nabi Isa dan kelompok Ashabul Kahfi akan berjalan untuk mengerjakan haji kerana mereka selama ini belum mati dan belum pernah mengerjakan haji.�

Sebelum ini sudah diterangkan riwayat dari Abu Hurairah yang mengatakan bahawa Nabi Isa a.s akan memimpin dunia nanti selama 40 tahun. Namun demikian disebutkan dalam sahih Muslim, dari Abdullah bin Amr bahawa Nabi Isa akan berada di dunia selama 7 tahun. Pendapat yang lebih kuat ialah yang mengatakan 40 tahun. Menurut Ibnu Katsir kedua-dua pendapat itu sama-sama benar. Maksudnya kata beliau Nabi Isa diangkat ke langit pada usia 33 tahun, kemudian turun nanti ke dunia selamaa 7 tahun lagi, yakni sebelum beliau diwafatkan Allah SWT. Setelah tujuh tahun memimpin dunia, Nabi Isa wafat. Maka umur Nabi Isa secara keseluruhannya 40 tahun. Wallahu A'lam.

Menurut Ibnu Katsir, sesuai dengan yang termaktub dalam hadis sahih, Yakjuj dan Makjuj akan keluar pada zaman Nabi Isa. Kemudian Allah SWT memusnahkannya berkat doa Nabi Isa pada satu malam. Ada juga disebutkan dalam hadis bahawa Nabi Isa akan mengerjakan haji setelah turun nanti. Muhammad bin Ka�ab Al-Quraiziy berkata, Ashabul Kahfi akan menjadi sahabat Nabi Isa nanti dan mereka akan sama-sama mengerjakan haji. Katanya Nabi Isa akan wafat di Madinah. Beliau akan disembahyangkan oleh kaum muslimin dan dimakamkan berdekatan dengan makam Rasulullah s.a.w.

Menurut riwayat, Isa bin Maryam akan dimakamkan bersebelahan dengan kuburan Nabi Muhammad s.a.w, kuburan Abu Bakar dan Umar. Bererti kuburan Nabi Isa merupakan kuburan yang keempat.