22 January 2013

Setia Hujung Nyawa OST

Amar Asyraf
Nelydia
Maaf kan Aku - Fiq & Sixth Sense

Aku tak bisa menidakkan rasa cinta
Meski ku tak bisa melupakan salah mu
resah hatiku
Maafkan diriku
Melukakan mu
Cinta jangan engkau pergi

Jauh dari diri ku lagi
Sesunguhnya cinta kita
Setia ke hujung nyawa

Bila tersedar betapa tulus cintamu
biar apa pun yang menghalangnya
tak kan pernah bisa
dari diriku
menjaga cinta mu
tuhan tolonglah aku
satukan aku dan dirinya selamanya

maafkan diriku
melukakan mu
cinta jangan engkau pergi jauh
dari diriku lagi

sesungguhnya cinta kita setia ke hujung
nyawa
cinta ku tetap di sini
takkkan pernah jauh dari mu
oooooo

#aku suka lagu ni. cerita dia pun boleh la layan walau kekadang mcm xmasuk akal. ni semua gara² en. Hubby y menjebakkan aku dgn cerita ni. huhuhu~

putripuzzle : let me be me

10 January 2013

My Pregnancy Details


InsyaAllah...
putripuzzle : let me be me

Layout 4 (Grey With Flowers)


Hari ni aku ngadap blogspot je cari idea n godek template blog ni. Alhamdulillah, inilah hasilnya. Good bye pada layout aku yg lama. Aku sukakan kamu tapi perlu ada refreshment right. So I did.. Apapun aku akan tetap merindukanmu. ngeee~

putripuzzle : let me be me

Islam Benci Pembaziran



Pembaziran diambil dari kalimah Bahasa Arab iaitu daripada asal kata "Bazzara, Yubazziru, Tabzira" yang bermaksud membazir atau boros. Manakala dari sudut istilah syarak pula membawa maksud sesuatu yang dikeluarkan pada jalan yang bukan hak (kebenaran).

Ibnu Mas'ud menjelaskan bahawa pembaziran adalah perbuatan menafkahkan (mengeluarkan) atau menggunakan harta pada jalan maksiat yakni tidak pada jalan yang diperintahkan oleh Allah dan tidak berlandaskan tuntutan Sunnah Rasulullah.

Manakala Ibnu Kathir pula mentakrifkan pembaziran sebagai perbuatan mensia-siakan nikmat Allah kepada perkara-perkara maksiat yang melanggar perintah Allah.

Islam amat melarang umatnya melakukan pembaziran sehinggalah Allah menyifatkan orang-orang yang suka membazir itu sebagai saudara syaitan. Firman Allah yang bermaksud: "Sesungguhnya orang-orang yang melakukan pembaziran-Mu adalah saudara-saudara syaitan, sedang syaitan itu pula adalah makhluk yang sangat kufur kepada Tuhannya." (Surah al-Isra':27)


Allah Taala menggariskan panduan kepada manusia dalam soal makan dan minum supaya tidak berlaku pembaziran. Firman-Nya yang bermaksud: "...dan makanlah serta minumlah dan jangan pula kamu berlebih-lebihan. Sesungguhnya Allah tidak suka orang-orang yang berlebih-lebihan." (Surah al-A'raf:3 1)

Dalam masyarakat Islam kita, perbuatan membazir ini berlaku dalam pelbagai keadaan. Pembaziran berlaku bukan sahaja dari sudut makan minum, malah yang lebih parah lagi ialah dari sudut pembaziran masa dan umur.

Jika pembaziran dari sudut makan minum tu dapat kita lihat dengan terbuangnya makanan dan minuman ke dalam tong sampah, tetapi pembaziran dari sudut masa dan umur (usia) pula seringkali tidak kira sendiri kerana tidak dapat dinilai dengan mata kasar.

Namun perlu kita fahami bahawa segala nikmat termasuk nikmat masa, usia, harta, ilmu, tubuh badan dan sebagainya akan disoal dan dipertanggungjawabkan oleh Allah ke atas kita di akhirat kelak.

Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud:
"Tidak akan berganjak dua tapak kali manusia pada hari kiamat sehinggalak dia disoal tentang empat perkara. Mengenai umurnya kemanakah dihabiskan umurnya? Mengenai ilmunya, apakah yang sudah dilakukan dengan ilmunya? Mengenai hartanya, dari sumber manakah dia perolehi dan jalan manakah dia belanjakan? Dan tentang tubuh badannya, apakah yang telah dia lakukan?" (Hadis Hasan Sahih riwayat Tirmizi)

Orang yang mengerti nilai waktu tidak sanggup membiarkan waktunya habis dengan percuma, tetapi dipenuhi dengan amal-amal yang berguna kerana dia sedar waktu itu adalah umurnya. Berlalulah waktu tanpa sebarang pengisian yang baik bererti sia-sialah umurnya itu. Pepatah Arab ada berkata: "Waktu itu sangat berharga, maka jangan engkau habiskan kecuali untuk sesuatu yang berharga juga."

Pembaziran masa sering berlaku jika kita tidak bijak menguruskannya. Terdapat segelintir di kalangan masyarakat kita yang suka menghabiskan masa dengan sia-sia. Bagi yang bekerja, mereka kadang-kadang mencuaikan masa dan sengaja melengahkan tugas atau kerja yang diberikan kepadanya. Tidak merancang tugasan, agihan tugas yang tidak sistematik, menyerahkan tugas kepada orang yang bukan ahlinya dan sikap pekerja sendiri yang tidak bermotivasi serta tidak mementingkan nilai masa adalah antara faktor yang menyumbang ke arah pembaziran masa.

putripuzzle : let me be me

Post 'Duniaku Di Sini"..

Assalamualaikum...

Kalau ada yg perasan, kebanyakkan post aku kt blog ni adalah berupa benda² ilmiah yg aku 'cedok' dari pelbagai sumber. Sebabnya aku mmg xreti nak karang mengarang tapi kalau perasan, ada juga post yg aku karang sendiri berdasarkan input yg aku dapat dari majlis ilmu yg aku hadiri. Hasilnya xla bagus mana, tapi aku puas hati sebab dah mencuba sampaikan dapatan dari majlis ilmu tersebut.

Lagi satu, aku suka 'cedok' copy paste bahan yang aku rasa menarik dan boleh dijadikan rujukan pada masa akan datang. Maklumla, manusia mcm aku ni kena selalu diingatkan supaya xlupa. Kebanyakkan post adalah bertujuan utk ingatan pada diri sendiri dan berharap post² tersebut jg memberi ingatan kpd blogger yg lain.

Selain post ilmiah, post syok sendiri @ SS pun banyak jg. huhuhu.. blogger boleh abaikan aje kalau rase post SS ni annoying. no worries, no hurt feeling.. hehehehe. 

Apa pun, jauh dilubuk hati teringin nak karang post ilmiah yg berguna dan memberi inspirasi kpd semua. Doakan yep, agar diberi idea dan ada penambahbaikan di blog ini. 

InsyaAllah.
putripuzzle : let me be me

07 January 2013

Cameron Highlands


Di Agro Farm
Ladang Teh BOH
 - L O V E -
Jalan & Makan 
New year dgn Hubby di Cameron Highlands. 31/12/12 - 01/01/13. Alhamdulillah. semua berjalan lancar, Terisi dgn aktiviti jejalan, best!! :) Lagipun bukan selalu dpt dating dgn Hubby.. 7hb Jan Hubby dh fly ke Sarawak semula. so lepas ni alone le, nak jalan² mcm ni kena tunggu Hubby balik. InsyaAllah, 2 Feb ni jalan ke Sarawak pulak...

putripuzzle : let me be me

03 January 2013

10 Tips Diet Sihat

Mesti ramai di antara anda yang berazam nak kuruskan badan, kan? Tapi, untuk menguruskan badan anda ke tahap ideal, ia bukanlah semudah yang disangka. Anda perlukan komitmen untuk merealisasikannya. Berikan diri anda ruang, masa dan usah cepat berputus asa. Anda pasti boleh!

Kalau anda beriya-iya nak kuruskan badan, sebaik-baiknya usahakannya secara semulajadi. Dengan menggabungkan 2 aspek iaitu pemakanan seimbang dan senaman yang konsisten. Biarpun hasilnya lambat sedikit, ianya pasti berbaloi.


Salah satu kebaikannya dapat anda lihat melalui kulit. Kulit akan kekal sihat dan tetap tegang sama seperti sebelumnya.

Justeru, terdapat 10 tips ringkas yang boleh anda amalkan demi mencapai impian tersebut iaitu:

1. Tetapkan matlamat anda untuk mengurangkan berat badan secara perlahan-lahan. Iaitu penurunan dalam lingkungan 0.5kg ke 1kg dalam seminggu.

Biasanya 0.5kg adalah angka yang biasa yang mampu dicapai oleh kebanyakan anda. Tapi jangan terlalu memaksa jika anda tak mencapai sasaran awal. Jika anda dapat kurangkan 0.1kg pun dah bagus untuk permulaan.

2. Sebaiknya, lupakan niat anda untuk mengambil sebarang ubat-ubatan dengan tujuan menurunkan berat badan. Lebih-lebih lagi tanpa mendapat nasihat atau kebenaran doktor plak tu.

Bagi anda yang nak menjaga otot, boleh ambil suplemen seperti Glutamin setiap hari selepas sesi senaman.

3. Ambil makanan dan minuman yang rendah kalori dan mempunyai kandungan nutrien yang tinggi. Kurangkanlah sebanyak 500 kalori sehari untuk tujuan mengurangkan berat badan.

Kurangkan juga pengambilan makanan ataupun minuman yang manis (kandungan gula yang tinggi). Lebihkanlah memakan buah-buahan dan sayur-sayuran segar.

4. Elakkan memakan makanan ringan di antara waktu makan. Sebaliknya, anda boleh gantikan dengan sekeping biskut krim kraker dengan secawan kopi atau teh kurang manis (rendah lemak). Ataupun makan saja buah-buahan sebagai ganti.

5. Banyakkan minum air mineral dan jangan meminum minuman beralkohol.

6. Tetapkan waktu makan anda setiap hari.

Sebagai contoh:

Sarapan di antara jam 7.00 ke 7.30 pagi,
Makan di antara waktu pagi dan tengahari (10.00 - 11.00 pagi),
Makan tengahari (12.30 tengahari - 1.30 petang)
Minum petang (3.30 - 4.00 petang)
Makan malam (6.30 petang - 7.30 malam)

Kemudian, disiplinkan diri anda agar makan pada waktu yang ditetapkan. Jika dicepatkan atau dilambatkan sedikit pun tak mengapa. Ikut keadaan dan kesesuaian anda.

7. Makanlah di ruang makan dan bukannya di depan tv.

8. Biasakan diri menggunakan pinggan yang lebih kecil semasa makan. Tujuannya supaya anda tidak mengambil terlalu banyak atau menambah lauk-pauk yang berlemak atau berkalori tinggi.

9. Penuhkan hari anda dengan melakukan aktiviti tertentu bagi mengelakkan daripada asyik teringatkan makanan.

Sebagai contoh:

Lakukan aktiviti senaman 3 hingga 5 kali seminggu. Lakukan selama 30 minit setiap hari.

Anda juga boleh pecahkan kepada 3 sesi setiap hari. Iaitu 10 minit untuk setiap sesi. Boleh buat 10 minit di waktu pagi, 10 minit pada waktu tengahari dan 10 minit sewaktu petang.

10. Akhir sekali, pastikan anda mendapatkan rehat secukupnya. Contohnya waktu tidur. Tidurlah dalam 6 hingga 8 jam sehari.

Semoga 10 tips kuruskan badan di atas dapat membantu anda kelihatan lebih langsing ataupun mendapatkan berat badan yang ideal.

Selamat Mencuba!
p.s: Anda masih tak puas hati dengan cara menguruskan atau menurunkan berat badan di atas tadi?

p.p.s: Apakan daya, itulah saja yang termampu saya kongsikan di ruangan ini. Bagi penerangan lebih lengkap, anda boleh dapatkan cara kurangkan 5 kg dalam masa yang singkat yea.
putripuzzle : let me be me

Permulaan Tahun Baru 2013

Alhamdulillah.. Alhamdulillah.. Alhamdulillah..

Ya Allah, hanya padaMu aku bergatung harap. Sesungguhnya Engkau maha mengetahui apa y terbaik bagi hamba²Mu.. Kau tetapkanlah hatiku, keimananku hanya padaMu. Semoga aku dan mereka di sekelilingku bertambah cinta dan sayang kepadaMu. Aamiin Ya Rabbal A'lamiiin..

Alhamdulillah.. Awal mula tahun 2013 aku bersama dgn hubby. Hubby dapat cuti seminggu setelah 4 bulan kitorg xberjumpa. Sekadar webcam tu pun kejap². blh kira berapa kali.. Bila jumpa hubby mmgla sgt gembira. Alhamdulillah. Pergi kenduri dgn hubby then shopping barang baby then terus balik kampung Hubby. Mak Hubby pun of course la sgt merindui anaknya.. Jadi pulanglah kami ke kampung halaman Hubby. Dua hari kat kampung mmg Hubby xpuasla kan. tp nak wat cmne, cuti Hubby sgt mencemburui kami. On the way balik KL, we decide to stay one night di Cameron Highland. Aku nak sgt jejalan dgn Hubby kt sana. So kitorg pun singgahla di CH. Happy. Thank You Allah for everything.. Aku kuat makan. mmg terserlah.. hehehehe... Hubby kata "xpe, sementara berbadan dua. Nanti dah deliver baby sila work out yep". aku pun yekan jelah. lgpun sape nak gemoook. ngeee.. 

2 Jan 2013 baru la sampai di KL. Rasa sgt terisi dgn kepulangan Hubby. Harap Hubby sentiasa dekat di hati walaupun jauh di mata.

# Semoga tahun 2013 memberi sinar cahaya kpd aku dan Hubby untuk membina keluarga sakinah. Aamiin.

putripuzzle : let me be me