31 December 2010

Menjelang tahun baru 2011

Alhamdulillah.. di kesempatan ni.. ku nak menyimpulkan kisah yang best sebagai penutup entry 2010.

Kemenangan pasukan Harimau Malaya ketas pasukan Garuda dengan aggregate 4-2, sangat membekas dlm hati ku... Tahniah Malaysia.

Piala Suzuki yang selama 14 tahun menjadi igauan Malaysia kini menjadi milik Malaysia.  
Gembira + Semangat
Barisan pemain Harimau Malaya
Berkenaan dengan kerja.. Alhamdulillah, ditawarkan setahun lagi untuk berkhidmat bersama Kementerian Pelajaran. harap ada rezeki ku pada tahun ini.

putripuzzle : let me be me

22 December 2010

Kata-kata Hikmah


Orang yang tidak menganggap dirinya bahagia adalah orang yang tidak akan hidup dengan bahagia.
Orang berjaya tidak pernah putus asa. Sebaliknya orang yang mudah putus asa ialah orang yang tidak akan berjaya.
Apabila kamu bercakap, percakapan kamu adalah patut diluahkan jika ia difikirkan lebih bernilai daripada tidak bercakap langsung. Tiga orang pandang ke luar tingkap, seorang melihat tanah, seorang melihat pokok, seorang melihat awan. Ini kerana setiap manusia mempunyai persepsi yang berbeza. Lantaran itu, jangan berasa marah jika orang lain berbeza pendapat dengan kita.
Cerek yang kecil adalah lebih mudah panas. Orang yang berhati kecil mudah berasa marah.
Orang yang tidak dapat mengawal emosi sendiri adalah orang yang tidak dianggap merdeka.
Tali gitar yang diikat terlalu ketat akan senang putus. Manakala tali yang diikat terlalu longgar tidak akan mengeluarkan bunyi yang merdu. Oleh itu, hiduplah dalam kesederhanaan.
Kemarahan biasanya bermula daripada fikiran yang tidak bijak dan diakhiri dengan kekesalan.
Kesedihan yang dialami akan menjadi pudar selepas suatu jangkamasa berlalu.
Melakukan kesilapan adalah suatu perkara yang biasa. Sedia memaafkan kesilapan adalah perkara yang luar biasa.
Manusia biasanya hidup tidak melebihi 100 tahun, tetapi kerisauan yang dialami lebih daripada 1000 tahun.
Sukailah dengan apa yang perlu anda buat, jangan buat apa sahaja yang anda suka.
Belajar daripada kesilapan yang orang lain lakukan akan mengurangkan kesilapan yang mungkin kita lakukan.
Wang adalah alat yang kita gunakan dan bukan alat yang mempergunakan kita.

Tiada orang yang boleh merisaukan kamu melainkan fikiran kamu sendiri.
Manusia selalu mengharapkan kegembiraan daripada orang lain, tetapi jarang memberi kegembiraan kepada orang lain secara sukarela.
Kesedihan dan kegembiran adalah di tangan sendiri dan bukannya di tangan orang lain.
Musuh yang paling hebat di dunia ini ialah diri kita sendiri.
Orang yang paling bodoh ialah orang yang selalu risau atau marah kerana kesilapan orang lain.
Masa yang kita gunakan untuk mecari kesilapan orang lain biasanya adalah lebih banyak daripada masa yang kita gunakan untuk memperbaiki kesilapan sendiri.
Hati fikir perkara baik, mulut cakap perkara baik, badan lakukan perkara baik.
Semua manusia mempunyai satu mulut dan sepasang telinga, maka kurangkan bercakap dan lebihkan mendengar.
Apabila anda menuding jari terhadap kesilapan orang lain, sebenarnya 3 jari anda telah menuding kepada diri anda sendiri.
Insan yang berilmu akan menganggap dirinya kurang ilmu, manakala orang bodoh akan menganggap dirinya orang yang sangat pandai.
Hadiah yang paling berharga buat teman ialah bertimbang rasa dan sedia memaafkan kesilapannya.
Bersikap baik terhadap insan yang jahat adalah cara yang lebih baik daripada bersikap buruk terhadap mereka.
Dalam hidup ini, sebarang keadaan yang kita temui adalah kurang penting, yang paling penting ialah arah yang kita tujui.
Orang biasa akan marah apabila dikritik oleh orang lain, manakala orang yang mulia ialah mereka yang memperbaiki diri daripada kritikan orang lain kerana musuh biasanya akan memberitahu kesilapan yang anda buat tanpa disedari.
Orang yang berfikiran positif akan melihat peluang dalam semua keadaan. Manakala orang yang berfikiran negatif akan berasa risau dalam segala keadaan yang baik.
Kita perlu menghembus nafas dahulu sebelum menerima udara yang segar. Kita perlu berusaha bersungguh-sungguh sebelum menempuh sesuatu kejayaan.
Bagi manusia yang tidak mengenali erti hidup, maka hidup adalah satu hukuman baginya.
Kadangkalanya, sesuatu masalah yang rumit dapat diselesaikan dengan menggunakan kaedah yang paling mudah.
Padi yang semakin berisi akan semakin menunduk, manusia yang berhemah tinggi ialah orang yang sentiasa merendahkan diri.
Hayatilah kehidupan anda, janganlah dibandingkan dengan orang lain.
Kebencian tidak dapat di atasi dengan kebencian, tetapi hanya dapat di atasi dengan kasih sayang.

Jangan berputus asa apabila menghadapi kesusahan kerana titisan hujan yang jernih juga berasal daripada awan yang gelap.
Masa yang diberi kepada kita dikurniakan sesaat demi sesaat, maka kita perlu menggunakannya sesaat demi sesaat.
Orang yang kaya bukanlah orang yang mempunyai banyak harta, tetapi orang yang berasa cukup dengan apa yang dia ada dan tidak memerlukan lebih daripada itu.
Orang yang miskin bukanlah orang yang tidak berharta tetapi adalah orang yang sentiasa merasa tidak cukup dengan apa yang dimiliki.
Orang yang boleh diyakini adalah mereka yang mempunyai keyakinan diri. Orang yang dapat menegur orang lain adalah orang yang sedia menerima teguran orang lain.
Orang yang cemerlang bukanlah kerana dia tidak pernah mengalami kegagalan tetapi disebabkan dia dapat berdiri lebih teguh selepas kegagalan.
Orang yang cantik tetapi tidak berakhlak bagaikan bunga yang berwarna tetapi berbau busuk.
Manusia yang dihormati ialah orang yang sentiasa menghormati orang lain.

putripuzzle : let me be me

20 December 2010

Hati Seorang Wanita


SENSITIF : bukan bermaksud suka merajuk , tapi hanya ingin bermanja dan mendapatkan perhatian .

CEREWET : bukan bermaksud FUSSY tak tentu hala , kadang ingin LELAKI mengikut kata-katanya sekali sekala .

HALUS : ibarat sehalai sutera , cantik , mulus , lembut dan mudah tercarik dan koyak .. walaupun seorang wanita memaafkan seseorang yang lain atas sebab sesalahan , biasanya WANITA akan ingat kesalahan tersebut untuk disimpan jadi pengajaran. Bukan DENDAM .

IKHLAS : ikhlas seorang wanita tak perlu diragui .

KORBAN : WANITA sanggup berkorban apa saja untuk seseorang yang amat disayangi , termasuk ibu bapa , anak-anak , dan suami . WANITA amat tabah .

PRIHATIN : sentiasa memerhatikan keadaan sekeliling dalam diam .

MANJA : walaupun dia adalah seorang WANITA yang pandai berdikari naluri seorang WANITA masih lagi tetap seorang WANITA . suka bermanja hanya kepada insane yang bernama LELAKI , namun juga sesame kaum .

EGO : WANITA yang terlalu sayangkan kekasihnya sanggup menolak ketepi EGOnya apabila bersemuka dengan yang dicintai .

CINTA : CINTA pertama bagi wanita adalah yang paling dalam dan tulus
SEKS : seks bukanlah segala-galanya buat WANITA kerana WANITA diciptakan dengan 9 nafsu dan 1 akal . NAFSU yang banyak dan tidak tertumpu kepada satu saja . LELAKI pula dijadikan dengan 9 akal dan 1 nafsu . fungsi lelaki adalah membimbing WANITA dan bukan menghanyutkan.
putripuzzle : let me be me

Kaki Motor Member's Day 2010

Salam 1 Malaysia...

hari semalam, xtau la nak gembira ke atau nak bersedih...
betul ek cakap orang tetua dulu..
kalau gembira sangat pastu mesti ada kesedihan. atau ianya hanya satu kebetulan?
story yang gembira dulu la k.....
semalam hari betul terisi dengan aktivit y berfaedah.. happy dgn kawan² sekelab... enjoy tgk drift.. enjoy meraikan kemenangan member y participate autoshow.. enjoy the goodies...
bersama kitty KureSya. menang gak ni...
Kereta viva yang menyertai autoshow kategori k-car extreme modification  menang 1st prize ok.
tahniah to owner. richard.
terror giler.. terpegun la kejap. hehe..
sangat enjoy k. sampai hampir tertelan habuk tayar.. yewks !!
inilah dia sang drifter. kawan si Afiq. muda lagi.. wah !! kecik² da terror drift kan.. fuh !!
antara aksi yang dipertontonkan. giler berani dak neo tu keluar tingkap, punya la nak menunjukkan betapa berskillnya sang drifter itu !! fuh !!

nak tengok gambar lebih lanjut boleh klik di sini.


hari tu memang best. tapi xbermakna kan kalo tak dishare dgn yang tersayang..............
semuanya sia-sia..............

putripuzzle : let me be me

17 December 2010

Tentang Perasaan

hmm... not happy..


COMPLICATED betul perasaan ni.. 


terus²an xhappy. sehingga sesuatu meng'happy'kan aku.. hmm

-TERUSKANLAH-


putripuzzle : let me be me

16 December 2010

Geng JJ 2009


Geng JJ - perkenalan dari VIVAC.. mengeratkan siratulrahim.. suka duka bersama. hmm, kami tidak sempurna.. kami juga tidak mencari kesempurnaan pada diri yang bergelar manusia. harap semua pun bahagia dan happy sahaja. hidup dlm ketenangan dan kedamaian itu yang paling utama.


ada lagi gambarnye ni.. xsempat nk upload.. :)

JJ Wangsa Maju 2 - 17 Okt  2009 - Sabtu

putripuzzle : let me be me

EdCoustic - Menjadi Diriku

Tak seperti bintang di langit
Tak seperti indah pelangi
Karena diriku bukanlah mereka
Ku apa adanya


Dan wajahku memang begini
Sikapku jelas tak sempurna
Ku akui ku bukanlah mereka
Ku apa adanya

Menjadi diriku
Dengan segala kekurangan
Menjadi diriku
Atas kelebihanku.......

Terimalah aku
Seperti apa adanya
Aku hanya insan biasa
Ku pun tak sempurna

Tetap ku bangga
Atas apa yang ku punya
Setiap waktu ku nikmati
Anugerah hidup yang ku miliki

putripuzzle : let me be me

15 December 2010

Hari Assyura - 10 Muharram 1432H


Esok 10 Muharram 1432H.. patutnya ku puasa Tasu'a hari ni, tapi nak wat macam mana. termiss pula. tak ingat der... apa pun Alhamdulillah, puasa Asyyura ni diberi peringatan utk mengerjakannya. harap esok aku cool² n baik² je. harap semua pun sama.

Banyak kebaikan puasa bulan Muharram ni, nak² puasa Hari Assyura..
Berikut kelebihan bulan Muharram  dan Hari Assyura :

Muharram adalah salah satu bulan dalam Islam. Muharram merupakan bulan pertama mengikut kiraan tahun Hijrah. nama-nama bulan datam Islam wujud sesudah hijrah Rasulullah s.a.w. ke Madinah, kerana sebelum hijrah kiraan bulan atau nama bulan mengikut nama bulan dan tahun Masihi, yang dikira dari lahirnya Nabi Isa a.s. oleh pengikut-pengikut Yahudi dan Nasrani.

Dalam bulan Muharam terdapat kelebihan yang dimasyhurkan dengan hari Asyura. Asyura bererti hari kesepuluh daripada bulan Muharam, sementara hari kesembilan dikenal dengan hari Tasu'a. Barang siapa yang berpuasa sunat di kedua-kedua hari tersebut, diberi pahala yang banyak oleh Allah s.w.t. di akhirat kelak.

Umat Islam disunatkan membaca doa awal tahun atau membanyakkan bacaan ayat Kursi dan lain-lain doa bagi memohon kepada Allah s.w.t. supaya diampunkan dosa yang lalu, serta jaya cita-cita dan azamnya yang akan datang.

Ulama-ulama salaf as-shufi mengatakan bahawa Rasulullah s.a.w. mengulang-ulang kalimah:
Sebanyak tujuh puluh kali pada hari Asyura. Dan diriwayatkan oleh hadis yang lain mengatakan bahawa barang siapa membanyakkan bacaan hingga akhir ayat, orang itu tidak akan mati melainkan dalam iman.

Di antara kelebihan hari Asyura, Ibnu Abbas meriwayatkan bahawa barang siapa yang berpuasa pada hari Asyura, Allah akan memberi pahala — 10,000 haji dan umrah dan 10.000 orang syahid. Sunat pula bagi orang yang berpuasa membanyakkan sedekah kepada anak-anak yatim dan tangannya menyapu kepada anak yatim, nescaya Allah mengangkat darjatnya ke syurga kelak.

Pada hari Asyura, Allah menjadi-kan tujuh petala langit dan bumi, bukit-bukau, bintang-bintang di tangit, Loh dan Qalam, Bapa manusia Adam a.s. dan ibu Hawa serta memasukkan keduanya di syurga. Nabi Ibrahim a.s. juga diputerakan dan diselamatkan dari dibakar api kekejaman Raja Namrud pada hari itu. Taubat Nabi Adam a.s. diterima dan dibukakan bala bagi Nabi Ayub serta diampun dosa Nabi Daud a.s.,kerajaan Nabi Allah Sulaiman dikembalikan, tenggelamnya Firaun dan terselamatnya bahtera Nabi Noh a.s.

Demikianlah keistimewaan dan kelebihan bulan Muharam dan hari Asyura. Dalam riwayat yang lain umat Islam disuruh membanyakkan beramal pada hari Asyura seperti perkara-perkara sunat: sembahyang, puasa, sedekah, mandi, ziarah orang-orang alim, orang sakit, menyapu kepala anak yatim, membuat jamuan kenduri kepada keluarganya,' memotong kuku, bercelak, membaca surat Ikhias banyak-banyak,menghubungkan silatur rahim jiran tetangga sanak saudara. 

Amalan-amalan tersebut di atas mempunyai pahala yang banyak dan sangat tinggi nilainya, semua ini digalakkan oleh Rasulullah s.a.w.. mengambil sempena peristiwa-pe-ristiwa yang pernah dialami samaada pahit maungnya, duka jayanya berhijrah dari Mekah ke Madinah, dan Nabi-nabi yang lain juga ditimpa duka dan jayanya dalam bulan Mu-haram dan hari Asyura yang tersebut.

Mengingat kelebihan hari Asyura atau hari kesepuluh ini. dalam sebuah hadis diriwayatkan bahawa Allah s.w.t. telah memilih tiga macam sepuluh dalam setahun iaitu, sepuluh yang akhir bulan Ramadan yang dimasyhurkan dengan amalan malam LailatuI Qadar, sepuluh Zulhijah yang dimasyhurkan dengan amalan hari Tarwiah dan Arafah serta korban atau menyembelih binatang-binatang ternakan untuk tujuan taqarruban kepada Allah, dan sepuluh hari Asyura yang mana peistiwanya pernah dialami oleh para nabi sejak nabi Adam a,s. hingga kepada Baginda Rasutullah s.a.w.


Oleh itu kepada umat Islam sekalian, marilah kita beramal semoga beroleh pahala ganjaran sepertimana yang telah diperoleh oleh para Rasul dan nabi-nabi yang lampau.

Sumber : http://promote5.blogspirit.com

huhuhuhu... sangat bersemangat untuk berpuasa esok hari setelah tahu lebih lanjut tentang kelebihannya.. jom la ramai² kita berpuasa..


putripuzzle : let me be me

Jitra Mall with H.A.F.A.H ♥


layan movie "hantu mak limah balik kampung" - kelakar la. menepati dgn genre komedi seram movie ni.lak dgn kengkawan. so ok la di situ. ni kite kali ke 4 aku tgk cite seram kat panggung. tak mengecewakan each time went to movie ade je mangsa aku main sorok². utk movie ni, cik mek fana jadi mangsa aku. but then kitog pun dua² penakut. saling sorok².. hehe


After movie kitorg layan bowling. the winner is me. jatuhan 92pin.. haha, nasib je di situ. actually bowling is not my game. but then layan jek.


it is time to eat !! menu tengah hari kotorg is nasi lauk ayam kat kedai ape ntah.. masih di area Jitra. 
agak sedap dan servisnya pun cepat .


pas makan, kami jj kat Bukit Wang, Jitra. kalau bawak baju lebih boleh terjun ke dalam tu..

Sekian aktiviti gathering kami pada hari tersebut.

putripuzzle : let me be me

12 December 2010

Semasa Sg. Petani . Kangar

hmm.. currently kt rumah my bestie.. Mira Aziz di Perlis. so sempat meng'online'kan sekejap.. esok nk dating dgn besties y lain.. harap dorg available la.

My parent kat rumah Cik Midah. xsangka ada kak Yong kat rumah dengan baby dia sekali. Nurul Husna Damia. nice name.. Sempat gak mengimbau kenangan kat Balai Polis Kangaq y sedang under renovation tu.. sunyi dan sepi... Next time datang situ lagi, mesti dah berubah wajah baru balai tu.. hm.. teringat zaman hingusan kat situ. R I N D U pada kenangan manis.

Perasaan sekarang cecampur....
H A P P Y jejalan + shopping.....
B L U R waiting....
A N G R Y none.....
S A D none...

penantian satu penyiksaan.

putripuzzle : let me be me

07 December 2010

Jogging - Tasik Permaisuri Tahun Bil.1/1432H



Dah Ready ?! Fuad dan Nurul layang jogging. aku dgn mak jejalan je. jalan pun dapat la se round. berpeluh la jugak. Kasut sukan tertinggal kat office. so xdapat nak join dorang jogging.


  

Boleh tahan ramai orang pagi Maal Hijrah ni.. supposed g PWTC (ada smabutan Maal Hijrah 1432H) ni tak..  port kat Tasik Permisuri plk.. hehe.. Ayah xdapat info. aku pun xingat daa~


Best pijak batu refleksi ni. rasa lancar darah aku.. pasni bolela membuang dengan jayanye. hahaha.
tapi kan ade orang jual kat situ. agak tidak selesa dgn keadaan itu. hm.



ke kiraan 32 dah pancit. tau pun penat. haha !! Pastu terus gone to breakfast !!

Tau Fu Fa


Terima kasih bapak. 

Bapak ni memang tetahu je anak gadisnya memang cukup menggemari Tau Fu Faa ni. After sarapan kat Jalan Peel, mak bapak singgah kat Pasar Pudu, KL. Aku tak turun., tunggu kereta. Ayah belikan tau fu faa ni. memang fresh sangat fresh sebab tau fu faa tu still masih berasap² dan ternya memang la fresh. hah ! punya la fresh. terkagum kejap aku. hehe... 1st time ni aku makan tau fu faa panas yang sememangnya fresh dan mantap. Oh !! tak kan ku lupa pengalaman bersamamu tau fu faa fresh pada hari ni. 
Sempena Tau FU Faa Maal Hijrah. hehe

putripuzzle : let me be me

Salam Maal Hijrah ke 1432H/2010M


Selamat menyambut awal Muharram kepada semua umat Islam. hm, Alhamdulillah, sempat kita semua meraikan tahun baru umat Islm seluruh dunia dengan harapan tahun baru ini lebih bermakna daripada tahun sebelumnya.. 

Port aku untuk sambutan tahun baru tahun ni kat Masjid Negara, KL. 


Alhamdulillah juga beroleh kesempatan itu. TQ kat bos sebab meng'info' ke aku tentang sambutan yang diadakan di Masjid Negara. So for the 1st time sampai la aku ke masjid tersebut dengan jayanya walaupun pada mulanya kesesatan. xpela, sedikit ujian, banyak kenikmatannya di situ. 


Selesai doa akhir tahun dan doa awal tahun, bersolat di sampng pemimpin negara dengan harapan negara kita ditadbir di landasan yang benar dan menjurus ke kebahagian dunia dan akhirat. Ameen.


hm, seperti yang lain, aku pun menetapkan azam tahun baru. banyak benor kalo nak list down kat sini.. but then, i try lah.

1) nak kahwin secepatnya.
2) nak pekerjaan tetap secepatnye.
3) nak ahli² family bahagia dan murah rezeki.
4) nak kawan² pun bahagia dan murah rezeki.
5) nak menambah kawan² yang baik, yang dapat membimbing n be there when i need her.
6) nak membaiki akhlak, dan membaiki sikap yang annoying~
7) nak mcm² lg.. kalo nak list down semua, tak siap entry ni sampai kesudah.so sila abaikan yang lain. :)

Hm, kena kerja keras ni utk mencapai semua yang diimpikan.. kawan² dan bloggers yang lain doakan saya ye. AMEEN.. :)

putripuzzle : let me be me

Kekudap : Popia Reben


Ini resepi kakak saya. time bebosan kitorang keje kan kulit popia ni.. so terjadilah kekudapan kitorang yang satu ni.. menarik dan yang pasti memang la sedap. Kategori resepi cecampak jugalah. Cause bahan² ia simple je. Taruk tepung susu, nestum, oat, gula halus... dah siap. Semudah 1, 2, 3 !!


06 December 2010

To Masjid Negara

Masjid Negara Kuala Lumpur

Petang td balik keje awal sebab kul 6 dah kena stand by kat Masjid Negara, KL. Nak dijadikan story.... Aku tersesat nak cari di manakan pintu masuk ke masjid tu. pusing la aku se KL untuk menemukan pintu masjid tu. wah! bila dah jumpa tu.. pusing car park plak ye..Alhamdulillah rezeki carpark depan pintu masuk ke dlm masjid je.. hehehe.. masuk ikut laluan VVIP plak tu. Bangga sekejap. heheehee

Dah nak balik.. Sesat lah aku lagi. kali ni sampai ke Bangsar. lebuhraya Mahameru lagi.. Inilah salah satu sebab kenapa aku sangat tak suka drive while i'm alone. hmm~ bikin nangsis beb. tapi kan.. sabar jela.. nasib la tak sesat sampai ke sudah. Akhirnya aku perolehi petunjuk ke jalan yang benar. Alhamdulillah..  =)

Goole maps klik link ni ok.. 

05 December 2010

Membaca itu jambatan ilmu


Jadikan Amalan Membaca Satu Budaya

Membaca merupakan perkara yang sangat asas dan penting dalam hidup kita. Kita perlu tahu membaca untuk mendapatkan ilmu. Membaca atau pun Iqra’. Rakyat Malaysia kurang mengamalkan amalan membaca dalam kehidupan seharian mereka. Nak habiskan satu buku pun payah.

Membaca dapat mengaktifkan bahagian dalam otak kita. Membaca membolehkan kita menguatkan ingatan dan otak kita dapat berjalan dengan pantas dan lancar. Saya sendiri suka membaca cuma pada waktu sekarang ni, payah juga nak luangkan waktu untuk membaca. Membaca blog-blog orang bolehlah, hehe walaupun ianya taklah berilmiah sangat.
Oleh itu, marilah kita luangkan sedikit waktu untuk aktiviti membaca serta sama-sama kita galakkan orang lain untuk membaca. Amalan membaca ini perlu dipraktikkan oleh rakyat malaysia untuk kita sama2 memajukan negara kita yang tercinta.
Selamat membaca…

Sumber : kimi rekonen

putripuzzle : let me be me

04 December 2010

Petua untuk mendapatkan pasangan



Renungan bersama - Dato' Dr. Hj. Mohd Fadzilah Kamsah -

1.Semua orang ada jodoh atau pasangan yang menanti dan biasanya ia berada tidak jauh dari anda. Jarang orang bertemu dengan jodoh yang berada jauh darinya.

2. Jodoh itu ketentuan Allah dan kita wajib berusaha. Doa, usaha yang betul dan bersungguh-sungguh disertai dengan tawakkal, insyallah akan menemukan anda dengan pasangan anda.

3. Ramai orang masih belum bertemu jodoh kerana mudah patah semangat. Teruskan usaha sehingga anda bertemu jodoh.

4. Seimbangkan hidup anda dengan sempurna agar diri anda jadi seperti magnet yang menarik bakal pasangan anda kepada anda.

5.Daya tarikan yang sebenar berpusat di hati yang murni. Berusahalah untuk mencuci hati anda daripada semua perasaan yang negatif terhadap semua orang di dunia ini.

6. Agar mudah orang sayang, cuci hatidengan jaga ibadah, solat taubat, beristighfar, baca Al-Quran, maafkan orang lain, meminta maaf, bersedekah dan berfikiran positif.

7. Sayangi semua orang di sekitar anda dan anda akan menarik sayang terhadap anda. Jika anda membenci orang, ditakuti bakal pasangan anda akan membenci anda.

8.Orang yang sedang mencari pasangan harus sentiasa bersedia untuk bertemu dengan pasangannya pada bila-bila masa. Justeru, kita perlu sentiasa dalam keadaan yang paling menarik setiap masa. Tanggapan pertama adalah yang terpenting.

9. Untuk lelaki, tarikan pertama ialah pakaiannya. Untuk perempuan, wajah dan bentuk badan menjadi tarikan pertama. Sediakan diri untuk menawan bakal pasangan anda.

10.Buka hati dan minda anda untuk menerima cinta. Cinta boleh berputik pada bila-bila masa. Cinta mudah datang kepada mereka yang sentiasa bersedia untuk menerima cinta.



11. Cinta datang melalui mata lalu turun ke hati. Justeru, perhebatkan hubungan matasecara memandang bakal pasangan dengan penuh kasih sayang.

12.Kita boleh berkomunikasi melalui fikiran. Hantarlah kasih sayang danhasrat murni anda terhadap pasangan dengan gelombang fikiran ini secara berterusan hingga berjaya.

13.Ramai yang terlepas peluang dan patah hati sebab lewat menyatakanhasrat kepada bakal pasangan. Perkara yang baik disegerakan (iaitumenyatakan perasaan anda kepada bakal pasangan).

14. Tidak salah untuk orang perempuan memulakan usaha untuk berkenalan. Orang lelaki akan sentiasa merasakan mereka yang memulakan perkenalan walaupun sebenarnya orang perempuan yang mulakan.

15. Berkomunikasi dengan mesra dan bersemangat menggunakan lidah, mata, hati dan bahasa badan. Elakkan bercakap sambil lewa atau kurang sopan terhadap bakal pasangan.

16.Berbual dengan pasangan mengenai apa yang dia suka. Beri tumpuan kepadaminat dan perasaannya. Elakkan sibuk memberi tumpuan kepada dirisendiri.

17. Layan bakal pasangan dengan mesra seperti kawan lama walaupun baru berkenalan. Bentuk suasana keintiman dengan segera agar bakal pasangan rasa selesa.

18. Makin mudah kita menceritakan hal peribadi yang munasabah kepada bakal pasangan, semakin mudah dia menceritakan hal dirinya kepada kita.

19.Berdoa dan latih diri agar kita pandai mendampingi orang lain danseronok untuk didampingi oleh orang lain. Buang perangai yangmenyebabkan orang benci kepada kita.

20. Beri sayang untuk mendapat sayang. Orang yang masih ada perasaan benci terhadap sebarang orang boleh menyebabkan bakal pasangan benci atau tidak tertarik kepada kita. Justeru buang semua benci.

putripuzzle : let me be me