29 December 2011

Menjadi Suami yang Baik


1) Pasang niat dan berdoa untuk menjadi suami terbaik. Tanpa berniat dan berdoa anda tidak mungkin jadi suami yang cemerlang. Ramai suami terlupa.

2) Bersyukur kerana mempunyai pasangan hidup. Yakinlah bahawa isteri anda adalah pasangan terbaik yang Tuhan tentukan untuk anda. Ketentuan Tuhan adalah yang terbaik.

3) Suami mithali menjadi kebanggaan isteri. Pastikan anda membentuk sifat positif dan istimewa.

4) Cuba tanya diri apakah sifat atau amalan yang boleh dibanggakan oleh isteri anda.

5) Setiap hari pulang dengan senyum dan bersemangat. Apabila suami tersenyum, isteri dan anak-anak akan bahagia dan rahmat Tuhan akan turun. Senyumlah apabila sampai ke rumah.

6) Pastikan anda ada masa untuk berbual dengan isteri setiap hari. Semua isteri bahagia apabila dapat berbual dengan suami. Berapa minit yang anda luangkan untuk berbual dengan isteri setiap hari ?

7) Telefon isteri ataupun hantar SMS sekadar untuk menyatakan yang anda sayang ataupun rindu pada isteri. Isteri anda akan berasa seronok dan bahagia apabila mendapat panggilan ataupun mesej tersebut.

8) Hiburkan hati isteri anda dengan bercerita, buat lawak atau gurauan yang mesra. Setiap gurauan mengubat hati isteri dan mengeratkan hubungan suami isteri.

9) Pastikan anda bergurau senda dengan isteri di dalam kenderaan semasa dalam perjalanan ke tempat kerja ataupun ke mana sahaja. Ramai suami membazir masa dengan membisu semasa di dalam kenderaan.

10) Amalkan makan bersama setiap hari. Berbual mesra dan nasihat menasihati semasa makan. Amalan ini akan menarik hidayat Tuhan dan mengeratkan hubungan. Elakkan berbual perkara yang melalaikan semasa makan.

11) Ajak isteri mandi bersama sekali sekala. Bergurau senda semasa mandi bersama adalah sunah yang dapat mengeratkan hubungan suami isteri.

12) Bantu isteri melakukan kerja rumah. Ini adalah sunah yang dapat meringankan beban isteri, mengeratkan kasih sayang dan menbahagiakan pasangan anda.

13) Amalkan mesyuarat keluarga sekerap yang mungkin. Amalan bermesyuaratmenarik hidayat Tuhan,mengeratkan hubungan dan menyelesaikan banyak masalah.

14) Pastikan penampilan anda anggun, kemas, bersih, wangi, sihat dan ceria. Ramai suami inginkan isteri yang mengancam, tetapi mengabaikan penampilan diri sendiri. Mana adil ?

15) Didik isteri dengan memberi nasihat dan perigatan secara hikmah. Jadikan tindakan dan amalan anda sebagai contoh teladan yang cemerlang. Elakkan cakap tak serupa bikin.

16) Berikan nafkah kepada isteri mengikut keperluan keluarga dan kemampuan suami. Ramai suami mengabaikan nafkah kerana isteri bekerja. Ramai suami yang kedekut dan berkira. Ini menyebabkan isteri derita dan rumahtangga terancam.

17) Jadikan penawar hati kepada isteri. Ambil berat keperluan dan kemahuan dan peka kepada emosi dan situasi isteri. Isteri yang bahagia membentuk keluarga sejahtera
18) Sentiasa taat kepada semua perintah Tuhan dan memastikan keluarga juga patuh kepada Tuhan.

18) Suami mithali sentiasa menyimpan rahsia isteri. Ramai suami secara sengaja ataupun tidak sengaja menceritakan keburukan isteri kepada orang lain. Ini wajib dihentikan.

19) Muliakan keluarga isteri seperti keluarga sendiri.

20) Ada suami yang membeza-bezakan antara keluarganya dan keluarga isteri.

21) Ada suami yang memusuhi keluarga isteri. Anda bagaimana ?

22) Bentuk sifat cemburu yang positif. Cemburu tanda beriman, sayang dan endah. Suami yang tidak cemburu adalah dayus. Isteri amat suka apabila suaminya ada sifat cemburu. Dia rasa dihargai.

23) Jadilah suami yang pemaaf. Syurga isteri di bawah tapak kaki suami.Maafkanlah isteri setiap malam sebelum tidur supaya rumah tangga bahagia dan isteri mudah masuk syurga.

24) Tegur kesilapan isteri dengan hikmah dan kasih sayang. Isteri merajuk bukan sebab ditegur, tetapi cara ditegur yang kasar. Apabila suami kasar, isteri jadi takut, bingung, hiba dan memberontak.

25) Gunakan Nabi Muhammad sebagai model. Hidupkan amalan sunah dalam rumahtangga. Sebut nama rasul apabila mendidik dan menasihati keluarga bagi mendapat hikmah.

26) Mendahulukan keperluan isteri daripada orang lain. Ini adalah tertib memberi khidmat. Ramai suami yang melebihkan orang lain daripada isterinya. Elakan kesilapan ini.

27) Suruh isteri dirikan sembahyang dan ibadah lain. Apabila berjauhan, telefon ataupun SMS bagi mengingatkan sembahyang. Wasiatkan isteri untuk sembahyang fardu dan sunat. Buat pesanan ini sehingga suami meninggal dunia.


28) Cintai isteri sepenuh hati. Cintai tanpa syarat, bertambah mengikut usia, penuh kemaafan, memberi tenaga,tidak pernah sensara serta berteraskan iman dan takwa.

29) Sentiasa berubah secara positif. Sebelum cuba ubah isteri dan keluarga, ubah diri dulu. Apabila suami berubah, keluarga akan turut berubah. Apabila suami cemerlang, isteri akan gemilang.

30) Pamer keprihatian yang tinggi terhadap keluarga. Ramai suami tidak ambil kisah dengan keluarga mereka.Cuba tanya apa lagi khidmat tambahan yang patut berikan kepada keluarga.

31) Pamer kematangan yang tinggi. Orang yang matang tenang, sabar, waras, bijaksana, dapat membuat keputusan dan cekap menyelesaikan masalah.

32) Memuliakan semua perempuan bukan sekadar isterinya. Ramai lelaki cuba hormat wanita tertentu sahaja. Ramai isteri yang kecewa terhadap suami yang menghina atau tidak hormat sebarang wanita termasuk pembantu rumah.

33) Bentuk beberapa sifat wanita yang terpilih dalam diri suami. Nabi Muhammad amat pemalu, pemaaf, peka, endah dan mudah menangis. Sifat wanita yang ada pada lelaki menaikkan martabat lelaki dan lebih disayangi wanita.

34) Mahir dalam menguruskan keluarga. Peka dengan masalah dan karenah ahli keluarga, cekap mencari punca masalah, mencari alternatif penyelesaian dan memilih penyelesaian yang optimum.

35) Membaiki diri secara berterusan. Tingkatkan iman dan takwa, cuci hati dengan sembahyang taubat, istighfar,memaafkan dan minta maaf, berkawan dengan orang yang baik, pendapatan yang berkat dan baiki amalan dan tindakan.

36) Jadi contoh atau model terbaik untuk keluarga. Doa dan usaha supaya setiapperbuatan anda dapat dicontohi dan dibanggakan ahli keluarga. Apakah sifat dan amal anda yang dapat dicontohi oleh ahli keluarga ?

37) Jadikan diri anda pendorong dan motivator berkesan unutk keluarga. Sentiasa beri galakan dan belaian. Elak marah, kritik ataupun hina keluarga. Fikir positif dan bersangka baik terhadap keluarga.

38) Tingkatkan ilmu berkenaan agama. Lazimnya, suami yang mendidik keluarga berkenaan agama. Belajarlahilmu agama dengan niat mendidik diri dan keluarga.

39) Sentiasa menegakkan kebenaran. Tegas menyatakan apa yang buruk dan apa yang baik. Elak mengenepikan kebenaran semata-mata bagi menjaga hati ahli keluarga. Tegakkan kebenaran dengan hikmah.

40) Bertindak tegas dan lemah lembut mengikut situasi. Tegas dalam menyeru ke arah kebaikan. Lemah lembut dalam menegur dan memberi nasihat. Tegas sangat orang memberontak, lembut sangat orang pijak.

41) Latih diri memuji dan menghargai isteri. Ramai suami yang pandai kritik tetapi tidak tahu memuji. Belaian merawat emosi dan fizikal isteri dan membuat dia terasa disayangi. Cari peluang untuk sentiasa memuji.

42) Cari peluang untuk bertindak romantis terhadap isteri. Ini termasuk senyum, lemah lembut, sebut sayang tiga kali sehari, buat sebelum disuruh, sentuhan sayang, pujian dan memberi hadiah.

43) Fahami yang isteri ingin selalu di sisi suami. Suami pula berjauhan dengan isteri sekali sekala. Apabila berjauhan, telefon, SMS ataupun e-mel untuk bertanya khabar, berikan maklumat dan mengubat rindu.

44) Bentuk kerjasama yang mantap dengan isteri. Pamer kesatuan hati dan pendapat kepada anak-anak dan orang lain. Wujudkan kerjasama melaui mesyuarat, berbual, tolak ansur, bermaaf-maafan dan banyak berdoa.

45) Nilai diri daripada kaca mata isteri. Buang sifat dan amalan yang isteri benci. Berusaha keras melakukan perkara yang isteri suka. Apabila isteri bahagia, suami akan bertambah bahagia.

46) Apabila suami melayan isteri seperti mana dia melayan kawan, pasti isteri bahagia. Bayangkan cara anda melayan isteri sebelum kahwin. Ulangi layanan itu sekarang. Pasti hebat kesannya.

47) Suami wajar belajar jadi mengikut setia. Patuhi cadangan, pandangan dan pandapat isteri yang betul. Jangan bangkang perkara yang baik. Kawal macho dengan saksama.

48) Buat undang-undang dalam rumah tangga. Apabila suami marah, isteri mesti senyap. Apabila isteri marah,suami mesti senyap. Ini mengelakkan daripada bergaduh. Orang tidak boleh bergaduh sendirian.

49) Latih gerak batin anda supaya serasi dengan gerak batin isteri. Serasikan gerak batin dengan berdoa, patuh perintah Tuhan, maafkan isteri, bersangka baik dan lakukan perkara baik untuk isteri mengikut sebarang lintasan dalam hati.

50) Pimpin isteri dengan nasihat dan kasih sayang. Pesan selalu dan nasihat sekali-sekala. Waktu terbaik nasihat adalah semasa rehat, minum petang, waktu bersiar-siar dan semasa hendak tidur.

51) Seimbangkan hidup dengan sempurna. Rajin di tempat kerja, rajin juga di rumah. Peramah dengan kawan, peramah juga dengan isteri. Disiplin di pejabat, disiplin juga di rumah. Sabar dengan orang, sabar juga dengan isteri. Di luar dan di dalam rumah serupa.

52) Urus stres dengan sempurna supaya keluarga tidak terjejas. lakukan riadah, berdiet, hentikan merokok,bercampur dengan orang positif, bermain dengan bayi, tengok ikan di akuarium, menyanyi, sembahyang taubat dan maafkan semua orang.

putripuzzle : let me be me

Far East - Bingkisan Rindu

Antara kita tiada rahsia
Susah dan senang tetap bersama
Terpatri namamu
Kau takkan kulupa

Sudah bertahun lama
Kita tidak lagi bersua
Hanya tinggal kenangan
Yang tak mungkin kita lupa

Kirimkan khabar selalu
Seiringan hembusan bayu
Sekadar pengubat rasa rindu dikalbu

Pantas masa berlalu
Meninggalkan kita semua
Tanpa disedari bertambahlah usia kita

Potret lama masih kusimpan
Kubingkaikan kenangan
Hingga terkadangku
Tersenyum sendirian

Oh perjalanan kita masih jauh
Jalanan berliku akan kita tempuh
Imbaslah kenangan semalam jadi azimat
Penguat semangat menempuh masa hadapan
Harapanku kau kan bahagia selalu

Padaku engkau penghibur duka
Pengubat hati resah kecewa
Dikala malamku kau bawa cahaya

Antara kita tiada rahsia
Susah dan senang tetap bersama
Terpatri namamu
Kau takkan kulupa

Perjalanan kita masih jauh
Jalanan berliku akan kita tempuh
Imbaslah kenangan semalam jadi azimat
Penguat semangat menempuh masa hadapan
Harapan ku kau kan bahagia selalu

Sematkanlah bingkisan rindu dikalbu

## Sebagai lagu penutup 2011 aku.. hum, aku harap dan berdoa agar semua pun punya kebahagian masing². amin.

putripuzzle : let me be me

Hot 2011

Salam morning...

huhu~ On the way datang office td, dengar la Hot.fm, so dorg ade topik pagi tajuknye, Hot 2011. Macam² lah pendengar punye pengalaman y best/xbest sepanjang thn 2011. Aku pun fikir²kanlah ape y Hot dlm hidup aku tahun ni. huhuhu.. Ok, they are... 

--> Jan - Its my birthday. 24th birthday. dapat banyak hadiah. exspecially from my ex. a neclace + a heart shape of locket. Dekat office pun ade y meraikan my birthday with a white chocolate macadamia SR cake. sedap n aku rase happy sgt by the moment. Dekat luar pun ade y meraikan. Geng JJ. even we all dah x keep in touch, I do remmember all good did. Thank you all..

--> tahun ni jugak banyak kali aku fly.. Dari KLIA ke Kuantan, Penang, Terengganu, Kelantan, Sabah dan Sarawak. huhu.. best x? mmg tahun JJCM aku lah. hehehe.. Syukur Alhamdulillah. Aku happy n enjoy jalan² even dalam Malaysia. aku ttp bersyukur. Alhamdulillah.

--> Mei - bulan konflik aku. dengan macam² org aku bermasalah. sampai my love story pun terbabit sama. hancur berkecai. terus tutup buku.. huhu.. xde jodoh. xpe, ade hikmah. aku sgt sedih by the time tapi aku terus tabah, bersabar dgn ujian y maha besar. Bagi aku, itu tidak mudah..

--> dapat pergi Genting Highlands banyak kali.. bila dihintung, rasenya 5-6 kali lah. banyak kan. puas hati aku. Alhamdulillah.. :) 

-->dapat pergi Cameroon Highlands dgn vivarians dari Perak. pun sgt happy...

--> Jun - end of Jun, dalam kemelut di muara kasih tu, seseorang telah muncul. menemani aku. mengenali aku dgn lebih lanjut.. now he is my fiancee. MHS. Thank you dear~ 

--> Sept - happy, my sis nak bertunang, aku pun sibuk men'survey' + membeli barang hantaran dll~ now die pun dah selamat bertunang. barang hantaran aku pun dah settle, xde nak beli² dah utk menikah nti.

--> Nov - sgt² happy, bapak segala happy dlm thn 2011 bg aku is the day when I'm not single anymore. huhu..  baru bertunang je tapi dah hepi sgt an. kalo dah kawin nanti ntah la perasaanye mcm mn plak. hihi.. gooo excited !! 

--> tahun ni jugak, adalah seberapa wang simpanan y dpt aku kumpul, berkat keje keras. Alhamdulillah, cukup sekadarnya utk persiapan hari bahagia aku... ♥

Ok, ni je y dapat aku fikir hingga saat ni. kalau ade lagi, aku akan adds-on jela kan.. bile tgk balik plot kehidupan aku thn ni, mmg penuh dramatik jugak la. ape pun, bersyukur sgt, masih ade nyawa hingga hari ni. Harap hari esok dan akan datang lebih baik dan lebih bermakna utk aku, utk semua k. Bagus juga bila flashback semua y terjadi sepanjang thn 2011, sebagai azimat penguat semangat utk menempuh masa hadapan dan pengubat rindu pada 2011 y bakal meninggalkan kita. InsyaAllah.

So whats hot in ur 2011? think about it ok.... 

putripuzzle : let me be me

27 December 2011

Rezeki ada di Langit&Bumi


Sesungguhnya hanya kepadaMu aku memohon, Amin..
Ya Allah...
Yang Maha Memberi Rezeki...

putripuzzle : let me be me

23 December 2011

Busana Pengantin

Hurm.. pening la nak pikir nak come out with baju y macam mane time bersanding nanti.. banyak jugak design y cantik² n kalau boleh tu nak je pakai baju y macam model² nih pakai.. mmg boleh tapi kos die, jgn cakap lah... huhuhu.. 

Baju ala-ala jubah~


cantik baju ni. berkenan aku tgk. huhu
y ni pun cantik. ade butang kat tengah tu..

Pening² sangat wat pe ntah. macam nak masuk majalah pengantin ni an. hahaha.. aku ikut jela mane y ade kat butik pengantin tu, janji sesuai n tunang aku suka, sejuk mata die memandang. hehe.. 


Yang penting, nanti die mesti pakai baju y macam ni, aku suke tgk. baru lah betul² raja sehari. an~ Hasilnye, macam perkahwinan Siti Nurhaliza & Dato K. boleh x?! hahaha~ sangat berangan ok. hehehe.. SS aje.

Bile Siti n Dato K nak dapat baby ea?~
Sekian...
putripuzzle : let me be me

22 December 2011

The Lesson


Sahabat..
Seseorang y sukar ditemui di dunia masa kini. am I right?

Susah pun nak memahami manusia sekeliling kita. Bila dah elok² berkawan at last ade je y xberpuas hati antara satu sama lain. Aku selalu pegang pada kata² ustaz aku, "semakin lama kita kenal seseorg, semakin banyak kelemahan/kekurangan/kelebihan-nya y kita tahu." so be prepare in any cases.

Dulu ada satu kaum, actually aku confius dgn kaum ni for the 1st. tp just layankan aje sambil memerhati di kejauhan. Menkaji juga ape y menarik pada kaum ni. Kebaikan&keburukannya~ Give a chance to get to know each other because someone inspired me to. Kalau pada aku, mmg kaum tu xde tarikan/aura pun utk aku lebih mengenali mereka. Mcm bodoh plak. macam hipokrit pun ade. Not my intention at all, sorry to say~ humm, hampir terjebak for the rest of my life then I realize that is not what I want for my best. 

aku nak ikatan y macam ni -teguh-
Once I'm in trouble, the lesson I learned.      ~       now baru faham. hmm, yela.. selagi xterkena kat batang hidung sendiri mmg xkan rasa ape y orang lain dah rasai an. tapi aku xnak bersangka buruk. Just forgive, let it go n went away. xkisahla ape mereka nak cakap tentang aku, aku tahu ape y aku buat. 


Dengan aku, xde masalah. aku pun bukan orang y suke cari masalah. aku xkan sesekali pecah rahsia/amanah/aibkan mereka pada org lain, sebab aku bukan org y macam tu. itu janji aku pada diri aku sendiri. Lagipun, diam lagi bagus dari sokset² mengadu sane sini baik mengadu dgn Allah wst. Dia maha mengetahui, maha mendengar. y lepas tu aku dah biarkan berlalu. xkan aku kenang kembali. for the happy days, all I can say is thank you. for the bad days, sorry for the rest. I'm not qualified enough to be in ur tier. 

Mencari sahabat bukan senang, sape pun kita di mana pun kedudukan kita, berlaku adillah dan cuba memahami antara satu sama lain adalah cara y terbaik. kalau nak tegur, tegur dgn berhemah. Mungkin ape y kita nak tegur tu betul utk kebaikan die, tapi memandangkan cara kite tegur tu xsesuai dgn jiwa/penerimaan individu y berkenaan maka teguran anda diabaikan. So jangan salahkan individu berkenaan jika dirinya tidak mahu mendengar nasihat / 'nasihat' anda. berlapang dada lah. Allah swt xkan jadikan sesuatu perkara itu dgn sia². Ada pengajaran di sebalik apa y telah terjadi.

Aku mangsa, kau pun mangsa. Kita redha jela jika itu takdirNya. Kau tetap sebahagian dari masa lalu aku. Mematangkan aku. terima kasih utk segala²nya...

Sekian...
putripuzzle : let me be me

Layout 3 (Green haze)



Selamat bertukar wajah blog aku ni.. Selamat tinggal templete layout y lama.. 

putripuzzle : let me be me

21 December 2011

Aku nak buang lemak..

Ok. topik petang ni. Aku agak stress sebab byk baju dah agak ketat n nampaknye dah ade 'spare tyers' around my waist. eee.. xsuke !!! ni mesti terlampau suke sbb bulan pose dulu berat turun 3 kg sampai ke 49kg. kire berat ideal aku dgn BMI (Body Mass Index) = 20.. plus dah jarang pergi gym sebab malas.. terus terang aku kate, "teruklah kau ni Aniz !!"

ergh~ over lak makan time pas raye tu. nak² penangan outstation plus makan sesedap.. nak wat mcm mane, rezeki kalo xmakan rugila xdpt rase an.. xpelah, ape y terjadi dah xdpt disesali. now berat dah 52kg kot !! so better put less on weight. edak xmuat baju pengantin aku. huhu.. be ready to all y nak marry tu, else standby duit lebih je la upah buat/beli baju pengantin in case xde baju y sesaiz kt butik di sekitar anda. hah !! tu 'makan' die. huhu (ingatkan diri sendiri jugak~)...

Walaupun BMI sekarang xkategori obesiti lagi, baru kategori chubby kot. BMI = 21.9. erghh !! pun xmo~ nak BMI = 20 jer. Ce check whether korang obes or else..

BMI = berat (kg) / tinggi x tinggi (m²) 

Kurus kering = 18.5 ke bawah
Kurus/Ideal = 18.6 - 24.9
Gemuk = 25 - 29.9
Obesiti = 30 ke atas

So di sini aku kene displinkan diri utk diet y seimbang n berterusan utk target BMI = 20. huhu... 
Chayok Aniz !! 

Sila Cik Aniz rajin² pergi gym n bersukan/bersenam ea. jgn malas. bab makan, saya tau anda dah fobia nak makan bebanyak. hihi, now sila stress on exercising plak ok dear...

"BAIK BOS~" 


Sekian..............
putripuzzle : let me be me

Kelly Clarkson - Mr. Know It All


Mr. Know It All
Well ya think you know it all
But ya don't know a thing at all
Ain't it, ain't it something y'all
When somebody tells you something 'bout you
Think that they know you more than you do
So you take it down another pill to swallow

Mr. Bring Me Down
Well ya, ya like to bring me down, don't you?
But I ain't laying down, baby, I ain't goin' down
Can't nobody tell me how it's gonna be
Nobody's gonna make a fool out of me
Baby, you should know that I lead not follow

[Chorus:]
Oh you think that you know me, know me
That's why I'm leaving you lonely, lonely
'Cause baby you don't know a thing about me
You don't know a thing about me
You ain't got the right to tell me
When and where to go, no right to tell me
Acting like you own me lately
Yeah baby you don't know a thing about me
You don't know a thing about me

Mr. Play Your Games
Only got yourself to blame when you want me back again
But I ain't falling back again
'Cause I'm living my truth without your lies
Let's be clear baby this is goodbye
I ain't coming back tomorrow

[Chorus:]
Oh you think that you know me, know me
That's why I'm leaving you lonely, lonely
'Cause baby you don't know a thing about me
You don't know a thing about me
You ain't got the right to tell me
When and where to go, no right to tell me
Acting like you own me lately
Yeah baby you don't know a thing about me
You don't know a thing about me

[Bridge:]
So what you've got the world at your feet
And you know everything about everything
But you don't
You still think I'm coming back but baby you'll see yeah...

[Chorus:]
Oh you think that you know me, know me
That's why I'm leaving you lonely, lonely
'Cause baby you don't know a thing about me
You don't know a thing about me
You ain't got the right to tell me
When and where to go, no right to tell me
Acting like you own me lately
Yeah baby you don't know a thing about me
You don't know a thing about me

Mr. Know It All
Well ya think you know it all
But ya don't know a thing at all
Yeah baby you don't know a thing about me
You don't know a thing about me

putripuzzle : let me be me

20 December 2011

Penawar Penat

Rezeki menggodek email bos dgn arahan~ terjumpa satu email ni. bile baca² best plak, so bersama la kongsi ilmu ni ye. Selalu kan kite mengeluh sebab penat buat kerja sana sini. Di sini ada penawarnya..


Editor : PenaHalaqah
   
Dalam menguruskan kehidupan seharian, kita terpaksa menghadkan aktiviti akibat kepenatan. Kepenatan juga menjadi halangan kepada kita untuk mempertingkatkan amal ibadah. Kepenatan juga menjadi alasan yang kukuh bagi kita untuk mengelakkan diri daripada membuat kerja-kerja amal kepada masyarakat. 
Bagi mengatasi kepenatan melaksanakan tugas-tugas harian sama ada di rumah mahupun di tempat kerja, bolehlah jadikan petua yang diajar oleh Rasulullah sallahu'alaihi wasallam kepada puteri kesayangannya, Sayidatina Fatimah, sebagai penawarnya. 

Pada suatu hari, Sayidatina Fatimah mengadu kepada suaminya, Sayidina Ali bin Abu Talib, tentang kesakitan pada tangannya kerana terlalu letih gara-gara menggiling gandum untuk membuat roti. 
Sayidina Ali berkata "Bapa kamu telah datang membawa balik tawanan perang. Berjumpalah dia dan mintalah seorang khadam untuk membantu mu".

Sayidatina Fatimah pergi bertemu bapanya dan menyatakan hasrat untuk mendapatkan seorang khadam bagi membantu tugas hariannya di rumah. Bagaimanapun, Rasulullah sallahu'alaihi wasallam tidak mampu memenuhi permintaan anak kesayangannya itu.

Lalu Baginda pergi menemui puterinya serta menantunya itu. Baginda berkata "Apa kamu berdua mahu aku ajarkan pekara yang lebih baik daripada apa yang kamu minta daripada ku? Apabila kamu berdua berbaring untuk tidur, bertasbihlah Subhaanallaah 33kali, bertahmidlah Alhamdulilaah 33 kali dan bertakbir Allaahuakbar 33kali. Ia lebih baik untuk kamu berdua daripada seorang khadam" 

Inilah penawar ringkas yang Nabi ajarkan kepada anak dan menantunya bagi meringkan keletihan dan kesusahan hidup mereka berdua.Saiyidina Ali terus mengulang-ulang kalimah-kalimah Rasulullah itu. Katanya "Demi Allah, aku tidak pernah meninggalkannya semenjak ia diajarkan kepada ku".

Dicadangkan kepada ibu-ibu, suami-suami atau sesiapa sahaja yang berasa penat setelah melakukan tugas-tugas harian supaya mengamalkan 

-   Subhanallah 33 kali, 
-   bertahmidlah Alhamdulilah 33 kali dan 
- bertakbir Allahuakbar 33 kali pada setiap malam iaitu sebelum melelapkan mata.

Lakukanlah dengan penuh ikhlas dan istiqamah, InsyaAllah petunjuk Nabawi ini mampu menyelesaikan bebanan hidup harian kita.Akan terserlah ceria di wajah pada keesokan hari dengan senyuman.
Mafhum Sabda Rasulullah. 

"Sebarkan lah ajaran ku walaupun satu ayat, Nescaya Allah memperbaiki bagi mu amalan-amalan mu dan mengampuni bagi mu dosa-dosa mu.Dan barang siapa mentaati Allah dan Rasul Nya, maka sesungguhnya ia telah mendapat kemenangan yang besar".

putripuzzle : let me be me

Kursus Kahwin 2011

Kursus Kahwin 
Tarikh : 17-18 Dis 2011
Tempat : Mahligai Firdaus, Setiawangsa 
No. Telefon : 0342604329/0342533864
No. HP : 0122943040/0126346533

**Kalau nak mendaftar kursus kahwin hello² je no. di atas ye exspecially thse y di sekitar Lembah Kelang.. TQ.

My Friends n I
 Best je cari tempat jejauh utk berkursus kahwin an.. actually saje je join si Mira n si Afieq. Lagipun aku mmg kene pergi kursus kahwin tu as persiapan pre-wedding la kan. Aku pun join jelah n ajak si Farhana. Nasib la  Farhana pun nak berkursus kahwin so bertemanlah aku, xdela terasa sgt lone rangernye. hihi..

Bergaye Hana Tajima that day. hihi
Banyak juga input y aku dapat melalui kursus ni. Penceramahnye pun boleh tahan kelakor n sgt mendidik. Alhamdulillah. Ade beberapa topik y diberi penekanan dalam kursus ni. Berikut adalah topik² y aku dah khatam. InsyaAllah...

1- Ahlak & Hubungan dlm Keluarga (Ustazah Wan Ngah)
2- Prosedur Pra-Perkahwinan ( )
3- Perkhidmatan Runding Cara di JAIS (Ustaz Alias)
4- Komunikasi Suami Isteri (Ustaz Amir)
5- Pengurusan Sumber Keluarga (En. Sani)
6- Pengurusan Stress & Konflik / Pengurusan Kesihatan (En.Sani)
7- Akidah & Ibadah dlm Rumah Tangga (Ustazah Nurul Huda)

putripuzzle : let me be me

13 December 2011

Hari Pertunanganku..

Hari y aku tunggu² dah tiba.. time to change my status as a fiancee to somebody. Alhamdulillah. Now, yes I am. A fiancee to Mohd Hafiz bin Sairzali. I do love him very much even before I am not.. hum.. Its 'jodoh', as it happened..

on My E-Day ♥
That day, aku relax jer. so far so good. Happy. Suddenly time nak make up black out la plak. Sian my mak andam, Kak Lia. Kepanasan di situ. huhu. Tapi Alhamdulillah, semua under cover. By the time siap make up, elektrik pun ada semula. ngam² about 1 p.m.. ok. Bermulalah perbincangan dan perjanjian dua keluarga di ruang tamu rumah aku...

Selesai perbincangan, nenek Abg Hafiz sarungkan cincin ke jari manis ku. wah, excited kot!! ops~ sgt xayu ok (control²) hihi~ Cincin disarung, Alhamdulillah, majlis berjalan lancar. Aku kini bergelar tunangan si dia. Semoga hubungan kami kekal ke jinjang pelamin dan ke akhirnya. Amin. Kawan² doakan ye...

Hantaran pihak lelaki
Hantaran pihak perempuan
Ini je hantarannye. Time nikah sanding nanti dah xperlu nak pening pikir hantaran. No more. dah berabis utk pertunangan so time nikah come out with simple hantaran je.  Tu pun if ade modal lebih. hihi~ ya, seperti y dipersetujui. :)

Berakhir bulan November, Si Dia pulang ke Sarawak. So I'm all alone. Waiting for the M-Day plak. hihi~ dah sibuk survey butik pengantin area KL/Selangor n area Selama/Kulim/BM. If ade tempat y menawarkan pakej perkahwinan y best, sila info ea. TQ :) ♥

Can't wait for next level. InsyaAllah. 

putripuzzle : let me be me

23 November 2011

Tertipu Melalui Pemakanan?

Bijak sungguh yahudi memperdayakan kita umat Islam, mereka suruh kita minum susu lembu buatan mereka, tapi mereka minum susu kambing, mereka minum apa yang diminum oleh Nabi kita Muhammad SAW.

Mengapa kita tidak ikut nabi kita, kita ikut orang yahudi tapi ternyata mereka mengikut apa yg nabi kita makan dan minum. Teruskan membongkar kebijaksanaan yahudi menipu umat Islam.

Kata-katanya ini adalah bertepatan dengan hadis Rasullulah:
"Berwaspadalah terhadap syaitan demi keselamatan agama kamu.. Dia telah berputus asa untuk menyesatkan kamu dalam perkara-perkara besar, maka berjaga-jagalah supaya kamu tidak mengikutnya dalam perkara-perkara kecil"Antara 'barangan mereka' yang telah dijadikan ikutan oleh kebanyakan dari kita.

1. Kita diajar dalam buku biologi, buku pemakanan (kajian dan terbitan para kafir ni) bahawa kalau nak dapat vitamin B dan kalau nak tambah darah kita kena makan hati haiwan dan hati ayam tetapi sebenarnya Nabi kita tidak menggalakkan pemakanan organ dalaman.

Nak ikut kafir ke nak ikut nabi kita? Sebenarnya makan hati ayam dapat melembabkan otak kita sbb hati merupakan organ dimana semua toksin akan dikumpulkan dan dineutralkan. so kepekatan toksin adalah tinggi di hati ayam. makanlah kita toksin tersebut serta bengaplah otak kita umat Islam sebab percaya buku sains keluaran kafir ini.

2. Kita diajar dalam sains bahawa kopi tidak bagus untuk kesihatan. Namun sebenarnya kopi adalah antara minuman kegemaran Nabi kita selain susu dan madu. Cuba tengok Yahudi, mereka minum kopi, Starbuck. Profesor di UK yang Yahudi semua ada segelas kopi di tangan mereka.


3. Kita diajar memakan kambing tinggi kolesterol, namun kambing juga adalah makanan Nabi kita. Seolah-olah buku sains ni nak merendahkan pemakanan Nabi kita. Sebenarnya daging kambing adalah daging paling kurang kolesterol.

4. Kita diajar bahawa makan McDonalds adalah bagus, namun sebenarnya McDonalds adalah makanan yang sangat tinggi MSG dan kolesterolnya dan paling banyak lemak tepu trans.

5. Para kafir ni juga menggalakkan kita minum dan makan makanan yang langsung tak berkhasiat , contohnya coke dan maggi . Coke tu sangatlah beracun, pastu sangat tidak bagus untuk kesihatan (gula tinggi, berasid, pH dalam lingkungan 3.5, ada racun tersembunyi) . Dan para Melayu kita juga yang ketagih minum.

6 . Untuk pengetahuan, para kafir agen dajjal ni gak mengwar-warkan kebaikan minum soya (sebab USA merupakan pengeluar soya terbesar), namun sebenarnya soya dapat melemahkan kejantanan lelaki dan mengurangkan kesuburan lelaki dan perempuan. selain itu juga soya dapat meningkatkan risiko kanser payudara, kanser ovari, kanser prostat, serta melemahkan otak dan tulang sbb dalam soya ada hormon estrogen yang sama dgn estrogen kat wani ta. pastu soya ada phytic acd yang membuatkan penyerapan kalsium, magnesium dan zinc yang penting untuk badan kita terjejas.

Allah Tuhanku, Muhammad Nabiku, Islam Agamaku, Al-Quran Imamku, Kaabah Kiblatku, Solat Kewajipanku, Sekelian Muslimin Saudaraku dan Ibrahim Al-Khalil Datukku. Aku hidup dan mati atas kalimah 'LAA ILAHA ILLALLAH'

Sumber dari FB Cikgu Saiful
putripuzzle : let me be me

Di Sebalik Air Sejuk


1. Air sejuk yg hening dpt menolong pesakit insomnia yg sukar tido agar dpt kembali tido spt biasa.
2. Org yg tido dlm udara yg sejuk & bselimut utk mmanaskn tubuhnya adalh kombinasi yg baik utk mjaga kesihatan scara menyeluruh. 
3. Udara panas lebih mmudahkan penyebaran penyakit bjangkit krn bakteria lebih agresif & cpt mbiak dlm cuaca begini.
4. Liputan ais d Antartika & Artik adalah pengimbang dasar bumi yg sgt panas.
5. Kombinasi dlm bumi yg panas & luaran bumi yg sejuk adalh rahsia keseimbangan tekanan semulajadi alam yg mengawal graviti & pergerakan bumi pd paksinya.
6. Ais @ air sejuk dpt mengembalikan memori @ sifat pelupa yg keterlaluan.
7. Dengan mengunyah ais anak kita dpt menguatkan giginya & benarkan mrk mkn aiskrim scara perlahan2 & bterusan sehingga batuknya hilang dlm masa bberapa jam krn dgn mengambil ubat batuk biasanya akan mengambil masa 1 minggu utk mlegakan batuk secara total.
8. Membiasakan diri mengunyah ais akan meningkatkan kecerdasan fikiran & kepantasan pergerakan.
9. Ais amat dperlukan oleh mana2 atlit sukan dlm kcederaan yg x dsangka2kan.


10. Air sejuk @ aisi djadikan bahan perencat kpd kecederaan yg akut spt demam panas yg biasanya diidapi oleh bayi yg mpunyai potensi mhidapi penyakit sawan.
11. Air sejuk adalh terapi yg amat popular sbg penguat tulang yg tlah patah dgn syarat ia dbalut dgn kain hitam.
12. Adalah makruh mengambil air sembahyang (wuduk) pd suhu yg tinggi @ yg tlh tkena panas cahaya matahari yg pastinya akan mganggu sistem deria pd kulit.
13. Air sejuk scara psikologinya amat dtakuti oleh pesakit yg mengalami gangguan jin @ dkuasai oleh unsur2 spiritual yg jahat.
14. Air sejuk mpunyai nada bunyi dlm tekanan rendah yg amat lembut lg harmoni.
15. Air sejuk akan menguatkan tulang bayi.
16. Air sejuk akan mningkatkan sistem imun yg luar biasa sbg tenaga pencegahan berbagai penyakit alahan & jangkitan.
17. Air sejuk mpunyai daya rangsangan yg boleh mengembalikan smangat org yg tlah hilang spt pengsan, gila @ koma utk kembali sedar..
18. Oksigen & hidrogen bersifat panas & ia menguasai bahagian perut. Adalah mjadi 1 kesalahan mmulakn amalan pemakanan d waktu pagi dgn unsur2 yg panas. Minumlah seteguk air sejuk d awal pagi krn ia akan menguatkan perut.

putripuzzle : let me be me

22 November 2011

Petua hilangkan parut jerawat di muka


Jerawat yang sudah kering akan meninggalkan parut di muka. Ada beberapa cara unuk menghilangkannya.

1.Tumbuk beberapa batang kulit kayu manis dan jadikan serbuk. Campurkan dengan sedikit air.
2.Asah kulit kayu manis dan campurkan dengan madu lebah. Tempelkan pada muka yang berparut setiap malam. Keesokkannya, cucilah menggunakan air suam.
3.Kisar timun dan tapiskan airnya. Tampalkan hampas timun pada muka. Biarkan setengah jam. Kemudian cuci bersih dengan air suam.
4.Rendam beberapahelai daun senduduk, sedikit cekur dan segenggam beras. Kemudian giling hingga lumat. Sapukan pada parut muka dua kali seminggu.
5.Tumbuk sepuluh helai daun sirih muda. Tempelkan pada muka terutama pada bekas jerawat. Setelah kering, cuci muka dengan air bersih. Amalkan tiga kali seminggu.

putripuzzle : let me be me

21 November 2011

Persiapan Raja Sehari - Tangga 1

Alhamdulillah. Aku bersyukur y tak terhingga kepada Ya Rabb y mendengar rintihan aku, kesedihan aku di masa y lalu ada hikmahnya. kini aku bahagia dgn kasih sayangnya di samping bimbingan dan peringatanMu.
Ok, I am ready for it. 

Till now, macam banyak masa lagi tapi sebenarnya xpun. lepas pertemuan kali ni, pertemuan seterusnya adalah hari y paling penting dalam hidup aku dan dia. Ya Allah, permudahkanlah urusan kami. Memandangkan dia di Sarawak, dan segala preparation di semenanjung adalah menjadi tanggungjawab aku untuk buat keputusan~ Aku memohon agar pilihan y bakal aku buat adalah y terbaik untuk hari bahagia kami nanti. Amin.

Aku tak impikan majlis y grand pun, cukuplah bersederhana tapi meriah dan apa y dirangcang semua berjalan dgn lancar dan sempurna. Macam² dah bermain kat kepala otak aku ni. Macam² nak buat. Y paling pasti, aku xsabar nak jadi queen of the day. 
hahahaha ( gedik ! ! ! )

Sekian..

putripuzzle : let me be me

Menjadi Seorang Yang Bahagia

Enam hukum menjadi seorang yang bahagia. 

1) Bebaskan hati dari kebencian. 
2) Bebaskan minda dari kebimbangan. 
3) Belajar mensyukuri apa yang ada. 
4) Hidup mudah dan bersederhana. 
5) Banyak memberi dan kurang meminta. 
6) Hadapkan hati pada Allah.

putripuzzle : let me be me

17 November 2011

13 ALASAN TIPIKAL WANITA YANG ENGGAN MENUTUP AURAT


Pernah nasihat atau tegur kawan-kawan anda yang tidak menutup aurat? Jom kita tengok apakah alasan yang selalu digunakan wanita yang enggan menutup aurat apabila ditegur kesalahan mereka itu. Dan apa jawapan yang mungkin sesuai untuk mereka?

1. Semua yang tutup aurat, confirm masuk syurga ke?
-Yang pasti, kalau tak tutup aurat, confirm masuk NERAKA..Nauzubillah

2. Tudung labuh pun macam baik sangat. Buat dosa jugak. Mengumpat orang.
-Bila Iblis tak mahu ikut perintah Allah untuk bersujud kepada Adam, dia menyalahkan perintah Allah itu. "Apahal pulak aku kena sujud, aku lebih baik dan mulia". Samalah seperti tudung. Tudung pula yang disalahkan, " pakai tudung tak mestinya baik..bla...bla...bla..."

3. Macamlah kau bagus sangat nak tegur aku. Kau dulu lagi jahat nak mampos.
-Tidak tersabit larangan dari Nabi untuk seseorang yang bahkan baru masuk Islam untuk pergi berdakwah kepada kaumnya. Maksudnya, dakwah itu tuntutan. Selagi kau Islam, dakwah tu wajib walaupun kau sendiri tak berapa betul. Sekurang-kurang dia insaf dan bertaubat sekarang.

4. Walau kami pakai seksi tapi hati kami baik.
-Adakah kau mendakwa diri kau mempunyai hati yang suci, iman yang tinggi dan kononnya ia sudah cukup menjamin maruah diri kau tanpa perlu menutup aurat?

5. Pakai jarang ke ketat ke, itu hak kami. Kalau tak suka jangan tengok.
-Adakah kau berani menjamin bahawa semua lelaki ajnabi mempunyai hati suci dan iman yang tinggi untuk menahan godaan syaitan serta nafsu yang membuak-buak?

6. Kami rasa apa yang kami pakai tak seksi. Terpulang kepada individu yang memandang kami.
-Seksi atau tidak, kau tetap berdosa walaupun hanya menayang sehelai rambut kau. 

7. Walau kami tak bertudung, kami tetap solat dan puasa. 
-Apakah ibadat kau diterima? Kau yakin cuma dengan berpuasa sudah cukup untuk menjamin kau masuk syurga?

8. Suka hati kamilah nak pakai macam ni. Kami tak susahkan hidup orang lain.
-Kau sebenarnya dah susahkan bapa, abang, adik, suami serta orang lain dengan menarik mereka ke neraka bersama kau disebabkan mereka tidak menegur dan gagal mendidik kau.

9. Apa yang kami pakai, ini antara kami dengan ALLAH.
-Berani cakap di dunia, berani ke kau cakap macam tu depan Allah nanti? Lawan perintah Allah, Neraka tempatnya.

10. Kami pakai seksi macam ni, sebab ikut arahan photographer/pengarah filem untuk disesuaikan dalam scene. (ayat artis)
-Sanggup patuh arahan mereka daripada patuh suruhan Allah?

11. Bukan kami tak mahu menutup aurat, cuma masih belum sampai seru.
-Mati tidak mengenal usia. Tak takut ke mati dalam usia muda? Tak sempat nak bertaubat nanti.

12. Takkan nak buat perubahan secara drastik? Slow-slow la..
-Boleh ke cakap kat Malaikat Izrail nanti, tunggu kejap! Lepak la dulu. Jangan ambil lagi nyawa aku. 

13. Tutup aurat tu bagus tapi kami tidak mahu hipokrit kerana tidak ikhlas melakukannya.
-Kalau begitu kau sebenarnya memang hipokrit kerana tidak ikhlas beragama Islam.

“Wahai wanita, setiap ciptaan tuhan yang berharga di dunia ini akan terlindung dan amat sukar untuk diperolehi. Di mana kamu boleh dapatkan permata? Tertanam jauh di perut bumi, tertudung dan dilindungi. Dimana kamu jumpa Mutiara? Terbenam jauh di dalam lautan, tertudung dan dilindungi oleh kulit kerang yang cantik. Di mana kamu cari emas? Terperosok di lapisan bumi tertudung dengan lapisan demi lapisan tanah dan batu. Tubuh kamu adalah suci malah lebih berharga daripada emas mahupun permata. Oleh itu kamu juga perlu bertudung dan melindungi diri kamu.”


putripuzzle : let me be me