Showing posts with label Kata-kata Hikmah. Show all posts
Showing posts with label Kata-kata Hikmah. Show all posts
29 May 2014
16 March 2012
Jiwa yang cekal
Salam Jumaat..
Tadi seiring ke pejabat, macam selalu dengar radio fav, Ikim.fm, Pilihan Utama Anda. Ada motivasi pagi bercerita tentang kisah fitrah pokok pisang. niz nak cuba olah dapatan daripada ilmu tadi. harap semua dapat manfaat.
Berkisar tentang fitrah pokok pisang, biar dicantas, dibakar, dibuang dan sebagainya, ia akan tetap tumbuh semula. Begitu juga dalam kehidupan kita. Biar banyak dugaan/ujian menimpa, kita harus tabah dan cekal utk bangkit semula.
Pokok pisang akan terhenti kitar hidupnya apabila telah berbuah dan memberi hasil kepada tuannya. Walaupun begitu, sebelum terhenti kitar hidupnya, iakan mewariskan tunas yg baru. Tunas baru itu akan meneruskan kitaran sepohon pokok pisang yang terkenal dgn DNA kecekalan. Marilah kita contohi kecekalan sepohon pokok pisang.. kerana "kejayaan adalah milik sesiapa yg berjiwa cekal".
Wallahualam.
putripuzzle : let me be me
20 December 2011
Penawar Penat
Rezeki menggodek email bos dgn arahan~ terjumpa satu email ni. bile baca² best plak, so bersama la kongsi ilmu ni ye. Selalu kan kite mengeluh sebab penat buat kerja sana sini. Di sini ada penawarnya..
Editor : PenaHalaqah
Dalam menguruskan kehidupan seharian, kita terpaksa menghadkan aktiviti akibat kepenatan. Kepenatan juga menjadi halangan kepada kita untuk mempertingkatkan amal ibadah. Kepenatan juga menjadi alasan yang kukuh bagi kita untuk mengelakkan diri daripada membuat kerja-kerja amal kepada masyarakat.
Bagi mengatasi kepenatan melaksanakan tugas-tugas harian sama ada di rumah mahupun di tempat kerja, bolehlah jadikan petua yang diajar oleh Rasulullah sallahu'alaihi wasallam kepada puteri kesayangannya, Sayidatina Fatimah, sebagai penawarnya.
Pada suatu hari, Sayidatina Fatimah mengadu kepada suaminya, Sayidina Ali bin Abu Talib, tentang kesakitan pada tangannya kerana terlalu letih gara-gara menggiling gandum untuk membuat roti.
Sayidina Ali berkata "Bapa kamu telah datang membawa balik tawanan perang. Berjumpalah dia dan mintalah seorang khadam untuk membantu mu".
Sayidatina Fatimah pergi bertemu bapanya dan menyatakan hasrat untuk mendapatkan seorang khadam bagi membantu tugas hariannya di rumah. Bagaimanapun, Rasulullah sallahu'alaihi wasallam tidak mampu memenuhi permintaan anak kesayangannya itu.
Lalu Baginda pergi menemui puterinya serta menantunya itu. Baginda berkata "Apa kamu berdua mahu aku ajarkan pekara yang lebih baik daripada apa yang kamu minta daripada ku? Apabila kamu berdua berbaring untuk tidur, bertasbihlah Subhaanallaah 33kali, bertahmidlah Alhamdulilaah 33 kali dan bertakbir Allaahuakbar 33kali. Ia lebih baik untuk kamu berdua daripada seorang khadam"
Inilah penawar ringkas yang Nabi ajarkan kepada anak dan menantunya bagi meringkan keletihan dan kesusahan hidup mereka berdua.Saiyidina Ali terus mengulang-ulang kalimah-kalimah Rasulullah itu. Katanya "Demi Allah, aku tidak pernah meninggalkannya semenjak ia diajarkan kepada ku".
Dicadangkan kepada ibu-ibu, suami-suami atau sesiapa sahaja yang berasa penat setelah melakukan tugas-tugas harian supaya mengamalkan
- Subhanallah 33 kali,
- bertahmidlah Alhamdulilah 33 kali dan
- bertakbir Allahuakbar 33 kali pada setiap malam iaitu sebelum melelapkan mata.
Lakukanlah dengan penuh ikhlas dan istiqamah, InsyaAllah petunjuk Nabawi ini mampu menyelesaikan bebanan hidup harian kita.Akan terserlah ceria di wajah pada keesokan hari dengan senyuman.
Mafhum Sabda Rasulullah.
"Sebarkan lah ajaran ku walaupun satu ayat, Nescaya Allah memperbaiki bagi mu amalan-amalan mu dan mengampuni bagi mu dosa-dosa mu.Dan barang siapa mentaati Allah dan Rasul Nya, maka sesungguhnya ia telah mendapat kemenangan yang besar".
putripuzzle : let me be me
21 November 2011
Menjadi Seorang Yang Bahagia
Enam hukum menjadi seorang yang bahagia.
1) Bebaskan hati dari kebencian.
2) Bebaskan minda dari kebimbangan.
3) Belajar mensyukuri apa yang ada.
4) Hidup mudah dan bersederhana.
5) Banyak memberi dan kurang meminta.
6) Hadapkan hati pada Allah.
putripuzzle : let me be me
24 August 2011
Madah Cinta
Cinta adalah sesuatu yang indah dan unik anugerah dari Ilahi. Kita diberi peluang untuk menilainya dan pergunakanlah peluang yang diberi dengan sebaik-baiknya untuk melahirkan satu larian cinta yang indah. Seindah waktu ia diciptakan.
Cinta itu aneh. Sukar untuk ditafsirkan. Datangnya bukan dari paksaan, perginya pula tanpa kerelaan. Cinta itu penuh mesra dengan kasih sayang. Ianya perlu dibelai dengan kelembutan bagi menyerikan lagi keindahannya. Kekasaran boleh mencipta sebuah perpisahan.
Manusia kadang kala lupa, cinta adalah syarat berlangsungnya kehidupan perkahwinan. Malah, tanpa cinta, perkahwinan itu akan mati, ibarat rumah kosong tanpa penghuni.
Mungkin benar tatkala kita kehilangan barulah kita menyedari. Mungkin benar saat kita terluka barulah kita mengerti. Mungkin benar bila kita rasakan rindu yang sangat dalam barulah kita tahu seberapa besar makna dan erti seseorang bagi kita.
Cinta…Jika anda memilikinya, anda tidak memerlukan sesuatu pun yang lain. Dan jika anda tidak memilikinya,apa pun yang lain yang anda miliki tidak banyak bererti.
Jika kita kehilangan cinta, pasti ada alasan di sebaliknya. Alasan yang kadang-kadang sukar untuk dimengertikan. Namun percayalah bahawa ketika Dia mengambil sesuatu, telah Dia mempersiapkan sesuatu yang lebih baik untuk diberikan.
Cinta antara dua jiwa telah dikatakan boleh membakarkan semangat seseorang itu untuk memeliharakan akhlak yang mulia, memperbaiki pergaulan antara manusia dan menjaga adab dan keperibadiaan. Selain daripada itu, ia juga dipercayai dapat menghilangkan kekhuatiran dan ketakutan dalam hati, menjernihkan akal dan menyucikan jiwa kita. Tetapi, cinta juga merupakan ujian, godaan dan cubaan kepada manusia kerana ia merupakan pertarungan dan pertimbangan di antara akal dan rasa.
Andai kata cinta itu sebuah pengorbanan,mengapa pengorbanan itu bukan noktah sebuah cinta? Andai kata derita itu harga sebuah cinta,mengapa cinta itu semakin sukar utk dimiliki? Cinta umpama kota kristal, indah di penglihatan , derita di perasaan….
putripuzzle : let me be me
29 June 2011
Tafsiran Mimpi 1
Malam tadi dalam pukul 4-6 pagi aku mimpi aku kat kawasan macam negara Indonesia, dikelilingi orang awam. Aku sesorang nak cari masjid utk menunaikan solat, di kejauhan tu aku nampak bangunan macam masjid. Aku pun menuju ke situ. Dalam masa aku nak ke situ, tetiba ade gelombang besar dari arah tepi aku seakan tsunami la.. aku pun laju² la lari ke bangunan yang aku sangka masjid tu. Sampai kat bangunan tu, ternyata aku salah. Bangunan tu bukan masjid tapi macam bangunan tinggal y dipenuhi orang jahat ala² ahli sihir. terjerit². sangat mengerikan.... Orang jahat tu nampak aku y time tu dah terapung² kat air banjir tadi y dah memenuhi bangunan tu. takut aku sey.. tetiba muncul plak ular besar mcm naga pun ye, tp kecik sket la dari naga.. ular besar tu warna dark purple pink. terjelir² lidah bercabang ie dekat aku.. sangat mengerikan.. org jahat keliling aku semua nak tangkap aku, aku xdapat wat pape pun. terapung jela.. stuck kat situ then terus terjaga.. istighfar panjang aku.....
Adakah mimpi itu hanya mainan tidur atau ada hikmah disebalik?~
Wallahualam.....
putripuzzle : let me be me
03 June 2011
Kata-kata Hikmah Cinta
Jika kita mencintai seseorang, kita akan senantiasa mendoakannya walaupun dia tidak berada disisi kita.
Tuhan memberikan kita dua kaki untuk berjalan, dua tangan untuk memegang, dua telinga untuk mendengar dan dua mata untuk melihat. Tetapi mengapa Tuhan hanya menganugerahkan sekeping hati pada kita ? Karena Tuhan telah memberikan sekeping lagi hati pada seseorang untuk kita mencarinya. Itulah Cinta ...
Jangan sesekali mengucapkan selamat tinggal jika kamu masih mau mencuba. Jangan sesekali menyerah jika kamu masih merasa sanggup.Jangan sesekali mengatakan kamu tidak mencintainya lagi, jika kamu masih tidak dapat melupakannya.
Cinta datang kepada orang yang masih mempunyai harapan, walaupun mereka telah dikecewakan. Kepada mereka yang masih percaya, walaupun mereka telah dikhianati. Kepada mereka yang masih ingin mencintai, walaupun mereka telah disakiti sebelumnya dan Kepada mereka yang mempunyai keberanian dan keyakinan untuk membangunkan kembali kepercayaan.
Jangan simpan kata-kata cinta pada orang yang tersayang sehingga dia meninggal dunia lantaran akhirnya kamu terpaksa catatkan kata-kata cinta itu pada pusaranya. Sebaliknya ucapkan kata-kata cinta yang tersimpan dibenakmu itu sekarang selagi ada hayatnya.
Mungkin Tuhan menginginkan kita bertemu dan bercinta dengan orang yang salah sebelum bertemu dengan orang yang tepat, kita harus mengerti bagaimana berterima kasih atas kurnia tersebut.
Cinta dapat mengubah pahit menjadi manis, debu beralih emas, keruh menjadi bening, sakit menjadi sembuh, penjara menjadi telaga, derita menjadi nikmat dan kemarahan menjadi rahmat.
Sungguh menyakitkan mencintai seseorang yang tidak mencintaimu, tetapi lebih menyakitkan adalah mencintai seseorang dan kamu tidak pernah memiliki keberanian untuk menyatakan cintamu kepadanya.
Seandainya kamu ingin mencintai atau memiliki hati seorang gadis, ibaratkanlah seperti menyunting sekuntum mawar merah. Kadangkala kamu mencium harum mawar tersebut, tetapi kadangkala kamu terasa bisa duri mawar itu menusuk jari.
Hal yang menyedihkan dalam hidup adalah ketika kamu bertemu seseorang yang sangat berarti bagimu, hanya untuk menemukan bahawa pada akhirnya menjadi tidak berarti dan kamu harus membiarkannya pergi.
Kadangkala kamu tidak menghargai orang yang mencintai kamu sepenuh hati, sehingga kamu kehilangannya. Pada saat itu, tiada guna penyesalan karena perginya tanpa berkata lagi.
Cintailah seseorang itu atas dasar siapa dia sekarang dan bukan siapa dia sebelumnya. Kisah silam tidak perlu diungkit lagi, kiranya kamu benar-benar mencintainya setulus hati.
Hati-hati dengan cinta, karena cinta juga dapat membuat orang sehat menjadi sakit, orang gemuk menjadi kurus, orang normal menjadi gila, orang kaya menjadi miskin, raja menjadi budak, jika cintanya itu disambut oleh para pecinta PALSU.
Kemungkinan apa yang kamu sayangi atau cintai tersimpan keburukan didalamnya dan kemungkinan apa yang kamu benci tersimpan kebaikan didalamnya.
Cinta kepada harta artinya bakhil, cinta kepada perempuan artinya alam, cinta kepada diri artinya bijaksana, cinta kepada mati artinya hidup dan cinta kepada Tuhan artinya Takwa.
Lemparkan seorang yang bahagia dalam bercinta kedalam laut, pasti ia akan membawa seekor ikan. Lemparkan pula seorang yang gagal dalam bercinta ke dalam gudang roti, pasti ia akan mati kelaparan.
Seandainya kamu dapat berbicara dalam semua bahasa manusia dan alam, tetapi tidak mempunyai perasaan cinta dan kasih, dirimu tak ubah seperti gong yang bergaung atau sekedar canang yang gemericing.
Cinta adalah keabadian ... dan kenangan adalah hal terindah yang pernah dimiliki.
Siapapun pandai menghayati cinta, tapi tak seorangpun pandai menilai cinta karena cinta bukanlah suatu objek yang bisa dilihat oleh kasat mata, sebaliknya cinta hanya dapat dirasakan melalui hati dan perasaan.
Cinta mampu melunakkan besi, menghancurkan batu, membangkitkan yang mati dan meniupkan kehidupan padanya serta membuat budak menjadi pemimpin. Inilah dahsyatnya cinta.
Cinta sebenarnya adalah membiarkan orang yang kamu cintai menjadi dirinya sendiri dan tidak merubahnya menjadi gambaran yang kamu inginkan. Jika tidak, kamu hanya mencintai pantulan diri sendiri yang kamu temukan didalam dirinya.
Kamu tidak akan pernah tahu bila kamu akan jatuh cinta. Namun apabila sampai saatnya itu, raihlah dengan kedua tanganmu dan jangan biarkan dia pergi dengan sejuta rasa tanda tanya dihatinya.
Cinta bukanlah kata murah dan lumrah dituturkan dari mulut kemulut tetapi cinta adalah anugerah Tuhan yang indah dan suci jika manusia dapat menilai kesuciannya.Bercinta memang mudah, untuk dicintai juga memang mudah. Tapi untuk dicintai oleh orang yang kita cintai itulah yang sukar diperoleh.
Jika saja kehadiran cinta sekedar untuk mengecewakan, lebih baik cinta itu tak pernah hadir.
putripuzzle : let me be me
20 November 2009
~CINTA SEJATI~
Cinta Sejati tidak perlu disebut.Ia khas untuk anda.Ia bukan hak orang lain.Jika anda beri Cinta Sejati,ia tidak semestinya dibalas oleh orang yang anda beri.Tapi anda tidak akan kecewa bila cinta tidak berbalas kerana anda tahu anda bercinta di bawah naungan Pencipta,yang tentu membalas kebaikan terhadap cinta anda yang putih bersih.
Cinta yang anda nikmati sedikit demi sedikit berkat kesabaran itulah yang lebih membahagiakan anda.Anda tidak perlu gelojoh dalam cinta.Ini kerana jika anda gelojoh,anda mungkin seronok sebentar saja tapi merana sepanjang hayat.
Jikalau anda bercinta sebelum berkahwin,layanilah sekadar saja.Yang penting ialah menikahi kekasih anda,itulah ertinya menerima cintanya,kerana nikah adalah ikatan cinta.
Andai kata anda bercinta sebelum berkahwin dan kekasih anda mahu merosakkan kehormatan anda,jauhilah dia dan jangan rasa kesal akibat kehilangannya.Mudah- mudahan anda akan mendapat kekasih yang jauh lebih memahami Cinta Sejati dan tulus dalam cintanya terhadap anda.
Manifestasikan cinta anda hanyalah setelah bernikah.Berdoalah agar cinta itu diberkatiNya dan sentiasa mendapat rahmatNya. Pohonlah kepadaNya agar dikurniakan kepada anda nikmat Cinta Sejati yang tiada taranya.
Cinta Sejati atau Cinta Suci itu tidak buta. Cinta ini celik dan kecelikan cinta itu dapat mencelikkan pula yang lain.Cinta Sejati tidak buta dan tidak wajar dikatakan buta. Cinta yang buta ialah cinta yang bernoda.
Cinta yang buta itu segalanya buta.Buta tentang cara dan peraturan cinta,buta tentang tanggungjawap cinta,buta tentang hikmah cinta, malah buta tentang hakikat diri. Cinta yang buta itu cacat,kerana ia buta.
Sayangnya ramai yang suka kepada cinta buta,membiarkan dirinya hanyut dibawa arus geloranya,tersadai di celah akar pohon kecewa,lalu berkata,'Cinta Itu Buta' Cinta Sejati bukan seperti cinta Laila dan Majnun atau Romeo dan Juliet.Cinta Suci adalah seperti cinta Rasulullah dan Khadijah,atau Saidina Ali dan Fatimah.
Subscribe to:
Posts (Atom)

