Assalamalaikum..
Setelah sekian lama bersawang blog aku, saja kembali mencoret di sini. Oh dunia maya ku. Rasa macam kembali ke kampung halaman ya.
Alhamdulillah masih bernyawa di usia ini. Banyak kisah untuk dicerita tapi tula... Bertenang. haa
Untuk kisah hari ni, aku nak bagitau dunia yang aku on the way ke Cabaran 21 km Half Maraton gaiss.. Aku rasa ini takdir-Nya. Pengalaman untuk dicipta. Aku mula aktif berlari dari zaman universiti 2005, stop kejap masa bekerja 2008, sambung berlari semula sebelum PKP 2019 dengan niat nak kurus dan sertai virtual run BookDoc & Starva, semakin menjadi-jadi selepas bersalin anak ketiga. Nak dapatkan BMI normal balik tak mudah. Setelah tercapai BMI, mengandung pula anak ke-4. Itulah realiti kehidupan hehehe. Tak boleh tengok orang segak, terus ada je yang dengki. kah5x
Persediaan ke HM 8 Ogos 2026 (Sabtu). Kalut la aku training masa sendiri. Gigih buat leg workout. Aku paling takut injured masa HM nanti. Doakan aku dapat menyelesaikan misi 21 km ya. Kalau korang ada tips nak kongsi dengan aku yang newbie dalam event run ni, share dalam komen. Terima kasih.
No comments:
Post a Comment
Terima kasih kerana menyokong blog ini.
Keep in touch ya..
:)