31 January 2014

Ke Kuching Kita

Selfie atas flight is the must. jakun sekejap. huu-
Kali ni aku terbang bersama Cik Aina dan adik ipar aku, Nurain Sairzali@Ain sahaja. This is her first flight. Flight Airasia jam 7.20pagi pada 23 Jan 2014. Cerita dah basi tapi nak cerita juga. hahahaha

Ain : bestnya first time nak terbang. Excited Kak Ngah oiiii~ (loghat utagha pekat baq hang)
Aku@Kak Ngah : sama la macam Kak Ngah masa baya Ain dulu. 18 tahun baru nak merasa terbang. Mau tak exsited Ain oii~

Allhamdulillah. Aina well behave dalam flight. Sayang Aina. Jarang sekali nak susahkan ibu sehingga hari ini. Harap sampai Aina besar pun cenggitu ye sayang. Masa kat Sarawak, mood untuk jejalan tu kurang sikit berbanding masa pergi dengan family last time. Bukan apa sebab semua tempat dah pergi so macam lemau sikit nak pergi tempat yang sama lagi. Tapi dah janji dengan adik ipar nak bawa dia jalan so jom la kita jejalan area Kuching ni. Nikmatilah pemandangan apa yang ada.


Yang ni kat Serikin. Lepas menyopping kat Pasar Serikin kami singgah sini. Gua apa ntah.. Bagi aku tempat ni macam seram sikit. Dalam tu macam tempat memuja je. Wallahualam. Tapi kat luar dia bolehlah layan tangkap gambar. Peace- Dah ramai orang berhenti singgah situ, kami ni yang tak tau apa-apa menyinggah juga la. Mengamalkan dasar busybody- hehe. Tips sikit, kalau nak ke Pasar Serikin dinasihatkan datang seawal 6.30 pagi sebab pukul 10 pagi tu dah panas macam pukul 12 tengah hari. Orang pun ramai-ramai. Selalu ada rombongan dari semenanjung datang ke sini. Harga pula wajiblah tawar-menawar ok.


Next tempat wajib mesti dilawati ialah tugu kucing gergasi. Dah banyak kali tangkap gambar kat tugu ni. Scaring tak abis. Aku ni penggeli dengan kucing. Nampak kucing macam nampak rimau. Takut ngat- Hanya orang spesis aku je faham apa perasaan aku bila berhadapan dengan tugu ni. Abis posing kat tugu ni kami pi pam perut pula. Makan apa ntah, ikan bakar kot?- tak ingat.

Keesokkan harinya, kamipergi Pending. Menziarah sepupu aku. Kak Iela. Bagi Aina jumpa geng dia, Irsyad.Seronok Aina main mainan Irsyad banyak. Kat rumah tak de mainan. Kesian-. hee

Aina dok diam kat situ sebab dia berak. haaa
Pending dah dekat dengan Kampung Gerisik, Kampung Boyan. Dekat area tu banyak dijual kek lapis dan ikan terubuk. Kami ke situ pula untuk borong kek lapis. Kenyang merasa juga. Gambar kat kedai kek lapis Dayang Salhah lupa nak snap. haa- Parking kereta depan kedai tu, kami naik bot tambang RM0.70 seorang. Aina excited. Ramai orang dalam bot. Aku agak gayat. Ain dan hubby layan aje.


Sampai di jeti seberang (Waterfront Kuching), kami jalan-jalan dan posing snap seratus dua ratus keping gambar tapi dua tiga keping je yang senonoh. haaa
tepi jeti di waterfront
murah wei. cecantik. nak beli yang mana satu pun pening nak pilih

Sekitar Waterfornt Kuching. Best la untuk bersiar-siar ambil angin. Lepak-lepak dengan family. Quality time gitu. Depan waterfront  banyak kedai jual souvenier, cenderamata, barang-barang antik Sarawak dan lain-lain perhiasan rumah. Kalau berminat nak beli sila tawar-menawar. Harga boleh kurang lagi tau.


Esoknya boleh balik dengan senang hati sebab dah shopping baju Sarawak seorang satu. Balik KL pakai baju baru. Semangat sangat ok.

Balik naik penerbangan Malindo Air. Best. Boleh tengok movie dan dengar lagu. Kami balik dengan senang hati. Alhamdulillah. ada rezeki boleh repeat lagi.


Sekian. Cerita yang compang-camping ini berakhir.



25 January 2014

Resepi Cempedak Goreng


Senang sangat nak buat cempedak goreng. Hanya dengan sekali percubaan, hubby cakap cempedak goreng aku ni sedap dan boleh buat jual. Ayat apa ni, ayat compliment ke ayat nak jack?~ haaaa- Ok, takpe, aku positif sebab rasa dia memang sedap bagi tekak aku juga. Jadi aku ambil kata-kata hubby tu as compliment. Aaah bahagia hidup boleh buat cempedak goreng yang nyum nyum nyum. macam susah sangat. cet- Hubby pula kebetulan belasah beli 3 biji terus buah cempedak. Puas makan. Alhamdulillah, rezeki Allah bagi. Harganya RM 10 tiga biji. Mahal ke tak? Tak tahulah, maklumlah jarang nak beli sendiri buah-buah ni. Duduk pula dengan mak pak jadi tunggu buah sampai rumah jela. hehehe-

Resepinya aku main agak-agak je. Tu la tu, lepas ni kena kira betul-betul sukatannya. Barulah kesedapan makanan itu terjamin. Ok, jom sharing resepi cempedak goreng.

Bahan-bahan
  • sebiji buah cempedak
  • tepung gandum setengah paket 
  • tepung beras setengah cawan sedang2
  • garam secukup rasa
Cara Masak
  • gaulkan tepung gandum, tepung beras, garam dalam satu bancuhan.
  • masukkan isi buah cempedak kedalam bancuhan tepung, dan goreng sehingga garing.
Sedia untuk dihidang.

#Senang sangat pun. Budak darjah satu pun boleh buat. InshaaAllah. Ok, selamat mencuba.