Selfie atas flight is the must. jakun sekejap. huu- |
Kali ni aku
terbang bersama Cik Aina dan adik ipar aku, Nurain Sairzali@Ain sahaja. This is her first
flight. Flight Airasia jam 7.20pagi pada 23 Jan 2014. Cerita dah basi tapi nak cerita juga. hahahaha
Ain : bestnya first time nak terbang. Excited Kak Ngah oiiii~ (loghat utagha pekat baq hang)
Aku@Kak Ngah : sama la macam Kak Ngah
masa baya Ain dulu. 18 tahun baru nak merasa terbang. Mau tak exsited Ain oii~
Allhamdulillah. Aina well behave dalam flight. Sayang Aina. Jarang sekali nak susahkan ibu sehingga hari ini. Harap sampai Aina besar pun cenggitu ye sayang. Masa
kat Sarawak, mood untuk jejalan tu kurang sikit berbanding masa pergi
dengan family last time. Bukan apa sebab semua tempat dah pergi so macam
lemau sikit nak pergi tempat yang sama lagi. Tapi dah janji dengan adik
ipar nak bawa dia jalan so jom la kita jejalan area Kuching ni.
Nikmatilah pemandangan apa yang ada.
Yang ni kat Serikin. Lepas menyopping kat Pasar Serikin kami singgah sini. Gua apa ntah.. Bagi aku tempat ni macam seram sikit. Dalam tu macam tempat memuja je. Wallahualam. Tapi kat luar dia bolehlah layan tangkap gambar. Peace- Dah ramai orang berhenti singgah situ, kami ni yang tak tau apa-apa menyinggah juga la. Mengamalkan dasar busybody- hehe. Tips sikit, kalau nak ke Pasar Serikin dinasihatkan datang seawal 6.30 pagi sebab pukul 10 pagi tu dah panas macam pukul 12 tengah hari. Orang pun ramai-ramai. Selalu ada rombongan dari semenanjung datang ke sini. Harga pula wajiblah tawar-menawar ok.
Next tempat wajib mesti dilawati ialah tugu kucing gergasi. Dah banyak kali tangkap gambar kat tugu ni. Scaring tak abis. Aku ni penggeli dengan kucing. Nampak kucing macam nampak rimau. Takut ngat- Hanya orang spesis aku je faham apa perasaan aku bila berhadapan dengan tugu ni. Abis posing kat tugu ni kami pi pam perut pula. Makan apa ntah, ikan bakar kot?- tak ingat.
Keesokkan harinya, kamipergi Pending. Menziarah sepupu aku. Kak Iela. Bagi Aina jumpa geng dia, Irsyad.Seronok Aina main mainan Irsyad banyak. Kat rumah tak de mainan. Kesian-. hee
Aina dok diam kat situ sebab dia berak. haaa |
Sampai di jeti seberang (Waterfront Kuching), kami jalan-jalan dan posing snap seratus dua ratus keping gambar tapi dua tiga keping je yang senonoh. haaa
tepi jeti di waterfront |
murah wei. cecantik. nak beli yang mana satu pun pening nak pilih |
Sekitar Waterfornt Kuching. Best la untuk bersiar-siar ambil angin. Lepak-lepak dengan family. Quality time gitu. Depan waterfront banyak kedai jual souvenier, cenderamata, barang-barang antik Sarawak dan lain-lain perhiasan rumah. Kalau berminat nak beli sila tawar-menawar. Harga boleh kurang lagi tau.
Esoknya boleh balik dengan senang hati sebab dah shopping baju Sarawak seorang satu. Balik KL pakai baju baru. Semangat sangat ok.
Balik naik penerbangan Malindo Air. Best. Boleh tengok movie dan dengar lagu. Kami balik dengan senang hati. Alhamdulillah. ada rezeki boleh repeat lagi.
mohon buat post pasal 3 tahun duduk kat sarawak ketika zaman muda, plis~~ hahaha..plis puan......... :D :D
ReplyDelete