Showing posts with label kuching sarawak. Show all posts
Showing posts with label kuching sarawak. Show all posts

19 January 2015

Flashback Memori Di Sarawak


Tak tahu la dah kali ke berapa aku terbang ke Kuching ni. Teringin gak nak terbang ke tempat lain seperti Korea, Hong Kong, Jepun dan seangkatan dengannya.. Ntah bila tahun ye.. Malaysia pun tak abis jejak nak jejak oversea. Sangat beranagan mak cik ni. heee-

Tapi apa yang pasti, aku nak jejak ke Kota Mekah dulu sebelum ke negara luar seperti yang dinyatakan. InshaaAllah. Kita hanya merancang. Tuhan juga yang menentukan. Yakin, perancangan Allah swt adalah yang terbaik untuk kita. Setuju-

Disebabkan hubby kerja kat sana so aku terpaksa la fly ke Sarawak (Kuching) bila berduit lebih. Haa~ Sarawak ni macam dah sebati dengan aku. Sejak habis sekolah menengah terus kena melanjutkan pelajaran ke Sarawak (Kota Samarahan) ingat bila habis belajar dah tak dapat nak ke sana lagi. Masa kerja dapat pula peluang kerja luar di Miri. Miri bandar bersih, tak dinafikan. Kalau kat Kuching meriah dengan monumen kucingnya, kat Miri pula meriah dengan swannya. Swan dia lebih kurang besar kucing di Kuching juga. Cantik.  

Terima kasih kat Fazilah, sebab bawa I jejalan on my visit dan bawa I pergi cut my hair. Siap belanja makan ayam penyet dan bagi buah tangan kek lapis. Oh terharu- Walaupun hanya kenal dan berjumpa 3 hari je. Baik kan my friend. Her good deeds will remain in my heart forever. Ingat nak buat cover throwback kenangan kat Miri juga sebab banyak gambar kat sana. InshaaAllah.

Aku : Yang paling latest pergi Kuching pada bulan Jan 2014 aritu..
Dia : Hah latest ke?! Baru sekarang kau nak update?!!!! Pemalas tahap speechless ok.
Aku : Hehehe #aak

Kalau berminat nak baca..
Boleh jenguk kat SINI ye..
Ngeeee~


31 January 2014

Ke Kuching Kita

Selfie atas flight is the must. jakun sekejap. huu-
Kali ni aku terbang bersama Cik Aina dan adik ipar aku, Nurain Sairzali@Ain sahaja. This is her first flight. Flight Airasia jam 7.20pagi pada 23 Jan 2014. Cerita dah basi tapi nak cerita juga. hahahaha

Ain : bestnya first time nak terbang. Excited Kak Ngah oiiii~ (loghat utagha pekat baq hang)
Aku@Kak Ngah : sama la macam Kak Ngah masa baya Ain dulu. 18 tahun baru nak merasa terbang. Mau tak exsited Ain oii~

Allhamdulillah. Aina well behave dalam flight. Sayang Aina. Jarang sekali nak susahkan ibu sehingga hari ini. Harap sampai Aina besar pun cenggitu ye sayang. Masa kat Sarawak, mood untuk jejalan tu kurang sikit berbanding masa pergi dengan family last time. Bukan apa sebab semua tempat dah pergi so macam lemau sikit nak pergi tempat yang sama lagi. Tapi dah janji dengan adik ipar nak bawa dia jalan so jom la kita jejalan area Kuching ni. Nikmatilah pemandangan apa yang ada.


Yang ni kat Serikin. Lepas menyopping kat Pasar Serikin kami singgah sini. Gua apa ntah.. Bagi aku tempat ni macam seram sikit. Dalam tu macam tempat memuja je. Wallahualam. Tapi kat luar dia bolehlah layan tangkap gambar. Peace- Dah ramai orang berhenti singgah situ, kami ni yang tak tau apa-apa menyinggah juga la. Mengamalkan dasar busybody- hehe. Tips sikit, kalau nak ke Pasar Serikin dinasihatkan datang seawal 6.30 pagi sebab pukul 10 pagi tu dah panas macam pukul 12 tengah hari. Orang pun ramai-ramai. Selalu ada rombongan dari semenanjung datang ke sini. Harga pula wajiblah tawar-menawar ok.


Next tempat wajib mesti dilawati ialah tugu kucing gergasi. Dah banyak kali tangkap gambar kat tugu ni. Scaring tak abis. Aku ni penggeli dengan kucing. Nampak kucing macam nampak rimau. Takut ngat- Hanya orang spesis aku je faham apa perasaan aku bila berhadapan dengan tugu ni. Abis posing kat tugu ni kami pi pam perut pula. Makan apa ntah, ikan bakar kot?- tak ingat.

Keesokkan harinya, kamipergi Pending. Menziarah sepupu aku. Kak Iela. Bagi Aina jumpa geng dia, Irsyad.Seronok Aina main mainan Irsyad banyak. Kat rumah tak de mainan. Kesian-. hee

Aina dok diam kat situ sebab dia berak. haaa
Pending dah dekat dengan Kampung Gerisik, Kampung Boyan. Dekat area tu banyak dijual kek lapis dan ikan terubuk. Kami ke situ pula untuk borong kek lapis. Kenyang merasa juga. Gambar kat kedai kek lapis Dayang Salhah lupa nak snap. haa- Parking kereta depan kedai tu, kami naik bot tambang RM0.70 seorang. Aina excited. Ramai orang dalam bot. Aku agak gayat. Ain dan hubby layan aje.


Sampai di jeti seberang (Waterfront Kuching), kami jalan-jalan dan posing snap seratus dua ratus keping gambar tapi dua tiga keping je yang senonoh. haaa
tepi jeti di waterfront
murah wei. cecantik. nak beli yang mana satu pun pening nak pilih

Sekitar Waterfornt Kuching. Best la untuk bersiar-siar ambil angin. Lepak-lepak dengan family. Quality time gitu. Depan waterfront  banyak kedai jual souvenier, cenderamata, barang-barang antik Sarawak dan lain-lain perhiasan rumah. Kalau berminat nak beli sila tawar-menawar. Harga boleh kurang lagi tau.


Esoknya boleh balik dengan senang hati sebab dah shopping baju Sarawak seorang satu. Balik KL pakai baju baru. Semangat sangat ok.

Balik naik penerbangan Malindo Air. Best. Boleh tengok movie dan dengar lagu. Kami balik dengan senang hati. Alhamdulillah. ada rezeki boleh repeat lagi.


Sekian. Cerita yang compang-camping ini berakhir.