13 February 2014

Santai di Sungai Lopo Village

Sungai Lopo Village Flag. Ikut je flag ni inshaaAllah tak sesat.
8 & 9 Februari 2014 - Suatu petang lepas balik dari window shopping di Plaza Lowyat dan Berjaya Times Square, hubby tetiba je sibuk nak bersantai bagai. Dia malas nak balik rumah terus katanya. Yela, aku pun faham.. Time weekday aku kerja, hubby terperap la kat rumah. kesian. Jadi aku layankan je la. Hubby nak pergi Port Dickson, aku kata jauh sangat. So aku mencadangkan port area Hulu Langat. Teringat kat tempat santai Kak Wahida. Here's Sungai Lopo Village. Terletak di Hulu Langat. Kawasan yang mewah dengan tempat santai dan rekreasi. Indah ciptaaan Tuhan. Subhanallah. 

Enjoy the masterpieces !!
SubhanAllah.
Pemandangan tepi pondok
Pandangan depan pondok
 
Pemandangan di depan pondok
Kalau datang disarankan bawa bekal banyak-banyak macam family sebelah pondok kitorng ni. Naik atas je makan. Makan dan makan lagi. Heaven sungguh diorang ni. Di samping bersuka ria, kita boleh merapatkan hubungan siratulrahim juga. berkumpul ramai-ramai kan seronok. Meriah gitu-

Aina bersama Mr. Ducky
Hubby belikan Aina Mr. Ducky ni. Suka Aina. Mula-mula turun kat sungai, dia nangis kejap. Mungkin sebab air yang sejuk kot. Pastu siram sikit-sikit baru ok lepas tu. Layan sungguh. Alhamdulillah Aina happy. Aku pun happy. TQ hubby bawa datang mandi-manda, santai-santai di hujung minggu ni. Sayang Abang,

Air sejuk woo-
Best kawasan sungai ni lapang setelah dilakukan kerja-kerja membersihkan sungai dari batu-batu sungai. Batu-batu sungai ada tapi kat tepi-tepi je. Jadi tiada halangan la kalau kita nak berenang sakan. Puas hati sangat. Nanti nak repeat lagi bawa family siap dengan bbq. Yang penting tunggu hubby balik bercuti dulu lah. InshaaAllah.

Rest time setelah penat berkuak lentang dalam sungai
Lepas puas mandi-manda, penat kot. Kitorg sesiap tuko baju pastu lepaking lah kat poondok.Pondok kena fully used sebab berbayar ok. RM 25 sehari. Haa, santai la. Best tido dengan angin sepoi-sepoi sambil diiringi deruan air sungai. Wah! bahasa dah keluar. hehehe-

For your information, selain mandi-manda tempat ni juga menawarkan pakej seperti hari keluarga, chalet penginapan, tapak perkhemahan, perkelahan keluarga, padang, bbq, motivasi dan seangkatannya. For futher information please refer to person in charge, 012-2286689 (Sham) or 012-6932522 (Ieda).

Overall, tempat ni memng best. highly recommended by me. Sekian.
Kak Ieda bak komisen. ngeee-

putripuzzle : let me be me

1 comment:

  1. Awww~ Puan! Nampak best giler...tetibe rase nak mandi sekarang jugak! Tapi kat dalam shower room je la...hua hua hua....
    Wah......rindu nye nak mandi sungai... :)
    Comel sgt Aina... :D :D :D :D

    ReplyDelete

Terima kasih kerana menyokong blog ini.
Keep in touch ya..
:)