19 February 2014

Majlis Kesyukuran Ummu Hani Dan Nur Aina Nasuha

Nur Aina Nasuha Binti Mohd Hafiz dan Ummu Hani Binti Mohd Husni

Hari ni baru sempat nak update cerita last year. Cerita dah basi tapi nak update juga. Buat kenangan di hari tua. heee- Majlis diadakan pada 18 Mei 2013 di kediaman kami, Kem Briged Tengah PGA Cheras.

bersama kakak dan abg ipar
Actually, kami buat majlis kesyukuran Aina ni bersama Hani, sepupu Aina. Anak pertama kakak aku. Jadi penjimatan di situ. Pandai-pandai. Lagipun, beza bulan mereka tak jauh, selang 3 bulan je. Ummu Hani Binti Mohd Husni lahir pada 26 Februari 2013 manakala Aina lahir pada 10 Mei 2013. Tak jauhkan.. hee




Alhamdulillah, majlis kesyukuran untuk baby aku dan kakak dah settle. Buat kecil-kecilan je. Kononnya macam majlis berendoi la ni. Tapi tak berendoi jugak. Masa kenduri ni Ummu Hani dah 3 bulan, Aina pula baru 9 hari. Mak yang buat persiapan untuk majlis ni. Terima kasih mak. Jasamu dikenang. Hubby aku pun tolong juga, beli barang-barang semua, goodies. Terima kasih abang. Jasamu juga dikenang. Tetamu jemputan semua terdiri daripada saudara-mara dan kawan-kawan kami yang terdekat. Alhamdulillah, majlis berjalan lancar. 

Majlis berlangsung dengan bacaan surah yassin, doa selamat, marhabbah dan berzanji. Bacaan surah yassin dan doa selamat dari kaum adam kemudian marhaban dari kaum hawa, team marhaban mak. Lepas tu ustazah tahniq kat mulut Hani dan Aina dengan kurma dan sedikit madu. Rambut juga digunting sedikit sebagai tanda mencukur rambut. Lepas beberapa hari tu ayah cukur semua rambut Aina. Kemudian tetamu semua dijemput menjamu selera. Selesai.

terima kasih kat kawan-kawan yang sudi hadir
family
Terima kasih kepada semua yang sudi hadir dan menjayakan majlis kesyukuran ni. 
Sekian. Terima kasih.

No comments:

Post a Comment

Terima kasih kerana menyokong blog ini.
Keep in touch ya..
:)