29 June 2010

tangga - terbaik untukmu


aku sedar kalau kini, kita sudah.. smakin menjauh
sempat aku berpikir ini, kau yang menginginkannya.. lepas dari pelukku

oo..kini aku sedari, ini salahku
tak ingin ku terlambat dan sesali

maafkanlah bila ku selalu, membuatmu marah dan benci padaku
kulakukan itu semua, hanya untuk buatmu bahagia
mungkin ku cuma, tak bisa fahami, bagaimana cara tunjukkan maksudku
aku cuma ingin jadi, terbaik untukmu 

kuingin terbaik untuk dirimu
kuingin kau tetap disini, bersamaku, pujaan bagiku
berikan satu kesempatan, untuk ku membuktikan sesungguhnya cintaku


putripuzzle : let me be me

Suasana Baru di dalam Hati

Salam..

Terpanggil-panggil u menconteng di ruangan ni. just nak share ttg perubahan diri. hmm.. xde la bgs sgt.. tp okla dari xberubah langsung.. hehe.. yang penting perubahan dari y xbest ke y best.. dulu 'best' sgt.. sekarang terpaksa kurangkan 'best' dlm kehidupan.. kalo 'best²' sgt nanti jiwa mati.. kalau jiwa mati akal pun dah agk² xwaras.. dah xde rs malu.. so xbagus.. baikla muhasabah diri sebelum terlambat.. Kurangkan pergaulan bebas, kurangkan cakap² kosong, kurang aktiviti y xberfaedah, kurangkan pembaziran y bukan².. huhu.. ok.. time to back to basic. rindu aku yang dulu². Masa xmungkin berulang tetapi cubalah utk dapatkan masa seperti itu. Sedang berusaha.. :) Ape pun terima kasih kat semua y berada di sekitar ku, sama ada y hidden ataupun y available. Sbb korang adalah sumber inspirasiku. mematangkan aku, mengajar aku byk perkara.. terima kasih banyak². Keadaan skrg, perasaan skrg, baik².. tenang dan bersyukur. Semoga Allah swt permudahkan urusan dunia akhiratku dan semua y di sekitar ku. Ameen..

putripuzzle : let me be me

21 June 2010

Fitnah

Ukhwah itu indah. Janganlah disebabkan salah faham yang berlaku, otak tidak dapat berfungsi dengan waras. Cukuplah menabur fitnah.

 

Di sini ada sedikit ilmu utk dikongsi bersama tentang asal usul FITNAH.

Oleh Lokman Ismail | BH 24 Apr 07

HATI adalah organ paling utama dalam tubuh manusia dan nikmat paling agung diberikan Allah sebagai titik untuk menilai keikhlasan. Di hati lahirnya niat yang menjadi penentu sesuatu amalan diterima sebagai pahala atau sebaliknya.

Hati perlu dijaga dan dipelihara dengan baik supaya tidak rosak, sakit, buta, keras dan tidak mati bagi mengelak penyakit masyarakat yang berpunca daripada hati.

Kerosakan pada hati membawa kepada kerosakan seluruh nilai hidup pada diri seseorang individu. Penyakit hati yang menyerang kebanyakan kita ialah penyakit fitnah, sama ada menjadi penyebar atau mudah mempercayai fitnah.

Perbuatan fitnah adalah sebahagian perbuatan mengadu-domba yang mudah menyebabkan permusuhan dua pihak yang dikaitkan dengan fitnah berkenaan.

Dosa membuat fitnah digolongkan sebagai dosa sesama manusia. Justeru, dosa itu tidak akan diampunkan Allah, melainkan orang yang difitnah itu memberi keampunan terhadap perbuatan itu.

Mengenai berita benar dan berita tidak benar yang disebarkan tanpa kebenaran atau kerelaan orang berkaitan, Rasulullah SAW bersabda bermaksud: Adakah kamu semua mengetahui apakah ghibah (mengumpat)? Sahabat menjawab: Allah dan Rasul-Nya lebih mengetahui. Lalu Baginda meneruskan sabdanya: Kamu berkata mengenai saudara kamu perkara yang tidak disenanginya. Lalu ditanya oleh seorang sahabat: Walaupun saya berkata perkara yang benar-benar berlaku pada dirinya? Rasulullah bersabda lanjut: Jika kamu berkata mengenai perkara yang benar-benar berlaku pada dirinya bererti kamu mengumpatnya, jika perkara yang tidak berlaku pada dirinya bererti kamu memfitnahnya. (Hadis riwayat Abu Hurairah

Larangan mencari dan membocorkan rahsia orang lain jelas dilarang Allah seperti dijelaskan dalam firman-Nya bermaksud: Dan janganlah kamu mengintip atau mencari-cari kesalahan dan keaiban orang lain. (Surah al-Hujurat, ayat 12)

Lelaki dan wanita,
Sesama kita bergelar insan,
Punya mulut untuk berkata.
Justeru, ku mohon dari kalian semua,
Penghinaan diri lestarikan kepada Si Dia,
Bukan ditabur merata-rata.

*lestari - kekal, tidak berubah

Sebagai ingatan pada  kawan² juga diri sendiri. Sama-sama kita ingat-mengingatkan. InsyaAllah.

putripuzzle : let me be me

Eeeerrr.. Hipokrit?

Setiap manusia rasanya tak terlepas dari bersikap hipokrit. Mengikut kamus pelajar, ia bermaksud berpura2 perangai baik, atau dalam erti kata lain, munafik. Macam mana kalo berpura-pura jahat? so kat sini aku simpulkan hipokrit is berpura-pura.. banyak situasi yang boleh dikategorikan hipokrit mengikut pemahaman aku.. (yela blog aku kan) hehe~

1.   Depan pura² baik, kat belakang mengutuk mengumpat dan sebagainye, which is quite common nowadays. Asyik pandang serong kat orang je. sampai bile nak berubah. hidup dah lama tapi perangai macam kanak² rebina. hmmm.. 
2.   Berlagak innocent n baik kat depan semua org, tak pernah mengumpat mengutuk dengan org lain, tapi bile xde org kat sekeliling, die lah dajjal yg dah lama dilahirkan.
3.   Sembunyikan perasaan sendiri, hati kata lain.. mulut kata lain.. kadang² untuk menjaga hati orang di sekeliling.
4.   Bila dia bersama golongan yang baik², dia pun pura² baik. Bile dgn kawan² `ngok ngek', die pun bertukar.. kononnye masuk kandang kambeng mengembek, masuk kandang harimau mengaum..

Masing2 ada akal utk memikirkannya. Bila kita minta pandangan org lain, seribu satu jawapan yg akan diperolehi. Mana satu yg betul? Akhirnya otak kita jugak yg memeras utk mencari penyelesaiannye. Tepuk dada tanya hati, masing2 ada jawapan tersendiri.

Tipulah kalau aku cakap aku tak pernah hipokrit. Setiap orang ada alasan masing² kenapa mereka perlu hipokrit. Pandai² la jaga diri dan pekung di dada. Yang penting "kurangkan kontroversi, tingkatkan prestasi".

Jika kita memilih utk jadi diri sendiri, be proud of urself. No one knows better about u but urself. Kalau ada yg jelik menerimanya, pedulikan mereka. Apa pun, aku doakan semua yang terbaik utk kawan² aku yang kawan aku dengan ikhlas mahupun xikhlas. Janji kite kawan :)

putripuzzle : let me be me

18 June 2010

Sehari celebrate besday CC..

Hari Jumaat - Tarikh 18 Jun 2010


Hang out sambil sambut birthday Kak Nor yang ke-52. Birthday girl pakai baju kurung warne hijau.. korang teka la sape.. hehe.. hmm, td kt JM Beriani tu mmg meriah dengan kehadiran kami.. hehe.. Selamat Hari Lahir Kak Nor.. Semoga bertambah murah rezeki dan bergembira di samping keluarga tersayang.. Ameen..

putripuzzle : let me be me

17 June 2010

Pergi - Couple

Pergi...

Jangan kembali
Sampai sini saja
Kita berdua

Aku tak mampu lagi
Jadi sang penyeksa
Yang juga diseksa

Sampai nanti bertemu lagi
Tak usah diingat kembali
Menambahkan derita hati
Pergi...

kawan lebih baik dari kekasih.
kita kawan baik-baik sampai bila-bila.
i wish we both are friends forever.

Kawan jalan-jalan - Tour to Genting & Batang Kali

Siang hari punye la bosan.. So ku bawa adik2 n sedaraku g jog kat Tasik Permaisuri.. Best.. Suke :) <3 Dapat la 10x sit up, 2x round tasik.. pancet aku.. hehe.. Malam tu plak tak expect langsung nak ke mane2.. igt nk g Hot Spring kat Langat.. tp dah dorang ajak jj lenjan ke Genting Highlands, ape lagi aku... laju aje la.. hehehe..  pantang seh org ajak jalan ni.. so terjadila peristiwa malam itu.. Pada 12 - 13 Jun 2010 ( Full weekend aku).. 

JJ la aku dgn dorang ni.. kami berempat je.. Jadila.. Kalo korang x kenal.. dari kiri tu Asrul, Abg Iqbal, Aniz dan Abg Faizal.. :)

Aniz mmg dah gemook.. xpe.. jji senang hati..

Hero-hero y bersama2 di puncak Genting Highlands..

View dr top mmg terbaek.. Subahanallah ciptaan-Nya..

Time to mandi at Batang Kali, Ulu Yam (sejuk+best)

Kalo nk mandi kat situ.. mesti g awal.. edak mmg full book la tempat tu.. ramai org dah tgu turn nk terjun time kitorg dah kembang kt dlm air tu.. hehe. Berkenalan pulak dgn family dari Bukit Beruntung. Hari tu family day dorg.. Dorg jemput kitorg  makan sekali.. ada mknan lebih.. kami pun sebat jela.. rezeki jgn di tolak.. musuh jgn di cari..xgitu.. hehe.. 

Singgah makan durian kt tepi jalan je.. pun layan..

Lepas makan durian.. kami g cr makan tengah hari plak.. jauh sane.. Putrajaya.. pekena cendol dgn rojak mamak.. Alhamdulillah.. kenyang.. :) Then layan karok kt Alamanda. xpela.. enjoy aje.. kalo malu-malu xdpt experience ni.. hehe.. At the end, balikla.. dah puas bjalan.. Esok tetap keje seperti biasa.. Even penat. keje tetap keje.. Enjoy aje.. :)

08 June 2010

VIVAC - Perkhemahan Perdana di Ulu Bendul --> Pendakian Gunung Angsi, Negeri Sembilan

Gunung Angsi (825meters) berjaya di tawan... Seramai 26 orang ahli VIVAC telah berjaya ke puncak Gunung Angsi pada 6 Jun 2010 (Ahad), jam 11.05 pagi :) i'm proud to be part of the team.. Go VIVAC!!!