Showing posts with label BPTV KPM. Show all posts
Showing posts with label BPTV KPM. Show all posts

02 March 2013

Selamat Tinggal BPTV

28 Feb 2013, Selamat tinggal Bahagian Teknik Dan Vokasional, Kementerian Pelajaran Malaysia. Setelah berkhidmat selama 3 tahun 5 bulan, kini masanya aku membuka lembaran baru di Kementerian Kesihatan Malaysia. 

Terima kasih tak terhingga kepada semua rakan-rakan sekerja terutama my bos, En. Mohd Idris Bin Hj. Salam yang bertanggungjawab menyelia kerja aku dan memberi aku banyak pengalaman dalam menjalankan tugas semasa di BPTV.

with Cik Lavendar yang senget sometimes
my gosip gilrs next table team

Genap usia kandungan 7 bulan, aku meninggalkan warga BPTV. Segala salah silap mohon diampunkan. Yang terlebih mohon dihalalkan, yang terkurang mohon diabaikan. Aamiin. heee~ Terima kasih kerana sudi mengadakan majlis makan-makan untuk meraikan perpisahan kita. Memori di BPTV akan selamanya menjadi kenangan yang mematang diri dan berharga.

Ok. Tak sempat nak pau korang hadiah baby. haa- Apa pun, terima kasih atas sumbangan pasu bunga from Miri, set hygine baby, set tilam baby dan beg baby. paling utama set pinggan mangkuk hadiah daripada bos Deris. Wah, terharu. Terima kasih daun keladi semua sekali. Alhamdulillah. Panjang umur, kita jumpa lagi. InshaaAllah.

Sekian.
let me be me

13 October 2011

Bos (KPP) yang Gedik

eeee...
pepagi lagi dah tegur aku.. gelinya..
Haji (KPP gedik) : Aniz, sihat ke? bile nak pindah tempat awk balik??
** yela an, tempat lama aku depan bilik die je..
Aniz: macam mana nak pindah haji, tempat tu banyak barang dah. (ok, ini sebenarnya alasan semata²)

latety mmg sangat obious die punye gedik. malu lak aku dgn kakak² d office ni. err~

putripuzzle : let me be me

05 October 2011

Alhamdulillah, I'm return !!! Part 2

Ok. hari ni dah betul² pulang ke Sektor Pengurusan Murid. Orang baru pun dah nampak batang hidungnye. Alhamdulillah sgt². Kak Ika awal² lg dah sms aku suh angkut barang balik tempat asal. Tapi aku dah selesa dok kat sini. lagipun malas n penat nak berangkut barang² y xbanyak ni. hahaha..

hm. Terima kasih kat bos aku, En. Idris sebab fight utk aku balik ke SPM. Gembiranya aku. Tunggu ea, t aku kawin aku banje semua makan free. skrg nak banje takut xstandard dgn bos. InsyaAllah, ade rezeki tu pasti ade.

putripuzzle : let me be me

14 September 2011

Outreach Pendidikan Teknik & Vokasional Zon Sabah

Lokasi Hotel Prominade & Eastern Plaza, Tawau Sabah
Tarikh : 8-13 September 2011

Lame betul dok keje kat Tawau. Sempat aku demam 2 hari. lost appetite terus, kan best kalo xde selera memanjang. Lost jugaklah weight aku an. hehe.. TQ kat kakak² (Kak Ida & Kak Ina) y sgt take care kat aku. buy me Payau's Soup lagi. Sedap. Esknye terus selera.

putripuzzle : let me be me

04 August 2011

Alhamdulillah, I'm return !!! Part 1

Gembiranya aku, tuhan saje y taw. n kalau aku kaya, dah lama aku kenduri satu office. hehe.. Aku gembira sebab bos² berjaya fight utk dapatkan aku balik dari Sektor Pengurusan Sekolah. So sekarang aku kembali ke Sektor Pengurusan Murid. yeay~. Kontroversi betul. hmm, tula kan... doa orang y ditindas ni selalu makbul. TQ Allah. Hanya Engkau y maha mengetahui.

putripuzzle : let me be me

01 August 2011

Tak Best :P

Hmm.. pagi² mak cik ni dah bising dgn aku. berebut kawasan nih.. eeee... tempat ko kt depan, ape lak nak busybody kat belakang ni ntah.. nyemak kat my area pastu semua keje ko handover kat aku.. sakit hati beb. sabar banyak lah aku dgn kau mak cik!!! 

putripuzzle : let me be me

29 July 2011

Friday at Office

Pagi ni aku terlambat datang office. rilex je. karang mintak sign. huhu. Banyak makanan. kenyang utk sehari ni. Alhamdulillah. tetau je aku ade banyak keje nak kene settle by today n need energy. Alhamdulillah. TQ pada semua y bawa makan².

Petang lak aku bertungkus lumus utk set up tempat/meja baru aku.. huhu, ngankut cpu, monitor dll fail² plus stationery.. Barang aku xde la banyak pun, y buat banyaknye kene set upkan tempat Mak cik sorg tu same.. so st upkan aje.. angkat la 2 set cpu ni. penat beb !! naseb le aku berkeputusan nk buat bagai ni hari Jumaat. If ikut mood ak mmg malas nk wat hari ni. Tunggu time betul² berkuatkuasa pemindahan aku on 1 Ogos baru nak mula set up tempat baru tu. Huh~ kalo aku laksanakan kemahuan mood aku tu, xpose la aku for d'1st day nih. Selamat aku bertindak segera. ngeh ngeh ngeh~  

now dah penat.. xde mood nak balik.. nak drive..... nak kene ngadap jammed lagi...

**ujianMu di setiap Jumaat; tapi aku tetap tabah dan hadapi dgn senyuman...

putripuzzle : let me be me

28 July 2011

Program Outreach BPTV Zon Selatan

Tempat : Hotel Katerina & Square One Mall, Batu Pahat, Johor
Tarikh   : 6 - 10 Julai 2011


Perasmian oleh Dr. Puad Zakarshi, diringi Pengarah
dan Timb. Pengarah Pengoperasian, BPTV
Last week berkampung di Hotel Katerina dari hari Rabu sampai Ahad.. Puas la dok hotel. hehe.. Lepas penat kat hotel layan seminar outreach, layan pameran outreach kt mall plak. Perasmian Outerach BPTV oleh Dr. Puad Zakarshi, diirinigi Pengarah BPTV, Tn.. Hj Ahmad Tajuddin Jab dan Timbalan Pengarah Pengoperasian Sekolah, En. Zainureen Ahmad berserta pegawai² pelajaran negeri dan daerah yang berhampiran.

view from my room 1315
Briani Gam Kambing Power
Persembahan gamelan dan anglong dari SMV Kotaq Tinggi, Johor
Lepas beli kerepek singgah pekena durian tepi jalan. terbaik
Makan² sekitar Batu Pahat:- Soto Haji Sarlan,  Sri Medan.
Sup Tauhu, Kari kaki ayam Renggit
putripuzzle : let me be me

Tukar Unit


errgh~ xtaw nak ep ke nak xep kene tuko unit. before kat Unit Pembangunan Sahsiah. Now kena transfer ke Unit Inovasi dan Komunikasi, BPTV.. Ika, I'm replacing ur position. 

harap semua bebaik aje kat unit tu. hurm, bile flashback balik, same la masa aku kat Bahagian Pend. Islam pun under unit y sama, Unit Inovasi dan Komunikasi, BPI. so xpelah, just back to normal. I'll doing fine. InsyaAllah. Yang penting, bekerja dgn niat y betul. melaksanakan segala tugasan y diberi dgn jaya dan ikhlas.

Even xsatu sektor, xsatu unit, Sektor Murid dan Unit Pembangunan Sahsiah tetap di hatiku. cewah~ "mcm nk pindah tempat keje, padahal pindah unit je, hahaha" aku still blh suke² lg so means aku dah boleh terima kenyataan ni. which is my turning point. maybe~

putripuzzle : let me be me

22 July 2011

Sabar Aniz !!

Ya Allah.. hanya engkau je y mengetahui ape y terjadi kat aku. Kenapalah mereka ni buta dalam celik. Aku xkisah pun nak buat keje ni semua.. ye mmg semua ni keje aku.. jadi aku buat je semuanye.

Persoalannya, kenapa semuanya mengharap hanya pada aku untuk menmbereskan semua keje ni? y lain xwujud ke? mungkinkah aku patut bersyukur kerana lebih diberi kepercayaan dan lebih boleh diharap berbanding y lain~ y ternyata lembab dan kaki ponteng keje. huh!! terserlah kepakaranmu lah wahai rakan² sekerja y berkenaan. so xpayah la nak jadi heroin sangat konon² balik² keje berlambak atas meja kau !! keje ko y aku cover dah selamat lagi mau bising !! itu dah satu hal.. Satu hal lagi, dah keje ko, ko buat jelah. xpayah nk bising² sampai nk memekak satu ofc mengalahkan 'mama' plak.

Aku sekarang ni dah malas nk care~ sangat xheran pun kalo aku buat keje ko semua. yelakan, sebab mmg aku ditakdirkan untuk cover keje kau. Bos kau pun rela cover 'cuti' ko dan handover semua keje ko kat aku. Nampak sangat aku ni sangat berguna. so betterlah ko balik kampung cepat sikit. ade ke xde ke macam sama aje !! Aku rela xde rakan sekerja dari ade rakan sekerja mcm ko. ops~ sori. terover sbb tersakit hati, tertekanan perasaan sgt kot!!~ Aku harap ko faham sperti mana aku cuba faham keadaan ko. huhuhu...

Setiap kali nk outstation, most of the related things aku je settlekan, ko ade? ko xde beb. blik kampung honeymoon. Outreach, 1M1S nih.. ape sumbangan ko? besar sgt ke? pikir²lah. setakat wat claim (aku y photostat claim tu ko xpikir), setakat faks surat y xberape tu? (aku faks lagi banyak la wei), setakat photostat tu? huh~ aku pun sediakan bahan.. sijil² peserta outreach lagi.. ko ade buat? xde an. stiap zon purata 300 lebih sijil aku cop tau. Tag peserta outreach lg. xde memekak kat ko pun. ni baru ade rase nak luahkan dgn niat terbuka sikit mata ko tuh. Jgn ingat aku keje makan gaji buta je. hum..

Maafla, bukan nak berkira wat keje semua ni, aku cuma sgt terkilan bile dapat tau ko xnak pergi post mortem outreach! Kononnya ko dah settle wat claim so ko xnk pergi. Seolah² banyak sangat la keje ko y dah berjaya disetllekan. huh. statement org tidak bertanggungjwb beb. Terpulanglah kat ko. Aku xde hak nk halang  ko, aku kuli batak je kat sini.

Sedarlah wahai rakan sekerja wei. tolongla jgn selfish sgt mcm ko sorg je ade cuti,mc dan 'cuti'~ orang lain pun family jauh jugak, xde pun ketara sgt mcm ko. Nak cuti boleh tapi xpyh la sampai org lain jd kambing hitam ko. Kalo ko baca entry aku ni, sedar la wei. ko pun xnak kan aku or org lain buat hal y tidak adil ni pada ko? Aku nak tegur face to face dgn ko, blh je. tapi aku xnak. sbb biar la aku tegur ko dgn cara aku. Aku xnk cari pasal or bergaduh dgn ko sbb kita ni bukan budak kecik lagi. dah besar panjang pun.. sendiri blh berfikir dgn baik. sebagai seorg kawan, jadi aku ade hak tegur ko. so fikir² lah teguran aku ni.

Maafkan aku andai y berkenaan terasa, aku dah luahkan semuanya kat sini.

Over all.. Ye keje tetap keje. Kerjalah dengan ikhlas kerana kerja y ikhlas tu akan menambahkan pahala dan mendekatkan kita dgn pencipta. Bukankah kerja itu sebahagian dari ibadah? Jadi hargailah ape y ada dan bersyukur. Alhamdulillah, tetap ade keje utk mendapatkan rezeki y halal. Alhamdulillah sangat beb. terima kasih jugak kat ko dgn pengalaman ni.. Pengalaman mematangkan diri.

putripuzzle : let me be me

12 July 2011

Makan² sekitar Batu Pahat

Roti Canai Kari Ayam.. Tepi jambatan Rengit. Otw balik dari Rengit (syurga barang 2nd hand) baynak juga la dorang ni borang.. Kak Widad dgn stroler nye, En. Huzir dgn vacum nye.. dlll.. aku tgk perabot jati, kalo ade lori ni mau la nak angkut jugak. Makanan ni di sponser oleh En. Huzir. hehe

Nasi Lemak Telur Sotong bersama Sup Tauhu, menu sarapan pagi. dekat je dgn hotel katerina tu. next time boleh lepak sane lagi. sedap. NI tokan sponser. TQ tokan. :))

Soto Haji Sarlan di Sri Medan. Menu utama kat situ satay die.. tapi xsempat nk snap.. nk snap je abis satay tu.. sedap sgt so cepat la org sambar. makan banyak juga. tempat tu, sultan pun pernah lepak bersantap tau. so mmg terkenal la kan sampai sultan pun mencemar duli makan kat situ. Lokasi ni bos y bawa sbb situ mmg kampung bos. Bos banje. TQ Bos..

Nasi Briani Gam Kambing at Briani Power, Bukit Soga.. Kambing 2 ketul ok.. TQ kat kak Ina sbb xmakan kambingnye lalu kambingnye dimakan oleh aku. hehe.. Puas Alhamdulillah. ratah kambing je. Suke aku. TQ kat Pengetua² SMTV Johor yang sponsor makan tengah hari krew BPTV termasuk dgn pengarah sekali. TQ kat Kak Ina sbb sanggup juga nak drive aku ke sane. rezeki. Alhamdulillah.


putripuzzle : let me be me

Durian Batu Pahat, Johor

Lepas balik dari MK Berkat, Parit Sulong utk borong kerepek.. kitorg layan durian tepi jalan on the way balik ke mall.. Best, durian kampung. puas hati makan.Alhamdulillah....

Durian ape ntah ni... besar².. terbaik !!
cepat je kite² sambar durian y teroffer depan mate. hihi

bos bukakan, biar saya makan. hehe
ade lagi ade lagi.. sile habiskan~
putripuzzle : let me be me

06 July 2011

BPTV yang sunyi..

Hari ni semua pun outstation.. Unit Guru pergi Sarawak, Unit HEM pergi Batu Pahat. Outstation mmg memenatkan tapi xpe, aku sll enjoy aje. 

putripuzzle : let me be me

27 May 2011

Hotel Selesa Beach Resort, Port Dickson

3 hari 2 malam di  Port Dickson. Overall best aje. layankan.. hurmm, best lepaking kat tepi pantai even alone.. naseb la ade bos² bawa aku kuar mkn/jln/karok edak mati kutu gak kat PD ni alone.. tempat ni ok, cume makan die y xbape... kureng sgt. cepat abis plak tu..

layan karok dgn tokan, kak ika, ciko, hazimin.. lantok ah, aku memekak gak.. hahaha

hari ni nak balik dah, ade org jemput. best.. tq kepada y berkenaan..

putripuzzle : let me be me

21 April 2011

Kursus Web Portal

Lokasi kat Hotel Grand Contidential, Terengganu
Tarikh 18 hingga 21 April 2011

Early in the morning.. hampir terlepas flight ke lokasi kursus sbb Kak Faizah agak lambat sampai ke airport. Alamdulillah, die sempat sampai on time. edak berkursus la kitorang kat KLIA jer. hehe..  

1st day sampai Terengganu, maksu n paksu pick up n bawa jalan kat sekitar Kuala Terengganu. Pergi Pasar Payang. so dah beli ape y patut. Terpaksa susahkan mereka. tapi maksu cakap xpe, bukan selalu. hehehe.. TQ banyak2. Now baru aku tau, maksu dah pindah ke Setiu. Ingatkan maksu, paksu tinggal kat Kuala Terengganu, rupanya dah pindah der..

Sepanjang ikut kursus ni, so far so good la. dapat 70% je. lagi 30% utk last day, dah lost. aiyaak. kesian niz. huhu.. Ape pun, TQ kat En. Azahan trainer kitorg n co-trainer En. Omar for the web portal training on Joomla application. hurmm...petang ni dah nak balik.. Maksu,paksu akan pick up bersama tempahan kopok keping n kopok leko.. huhu.. tu je y mampu beli utk buah tangan ke KL. Sape nak, sile tuntut dalam masa 5 hari. Sementara stok masih ade. ngeh ngeh ngeh

putripuzzle : let me be me

30 March 2011

Perpisahan Mac 2011 ( IKA )




Selamat Hari Perpisahan to Siti Hatika.. kalau jumpe kak niz kat memane.. sila tegur ye.. kak niz kalau dapat jalan dah tak tengok orang.. hehe. Selamat berjaya jugak ye. Wish u all the best taw. Semoga jumpa lagi next time.. di mana-mana..

putripuzzle : let me be me

23 March 2011

Gadis² Melayu di BPTV, KPM

di situ kawan² kerja saya - syuhada, aini, aniz, hajar, kak nawal dan ika.

Gambar ni kitorg snap time ade sambutan hari raya kat sektor Pengoperasian Sekolan. Kita orang pakat² wearing pink clothes.. so semua nampak pink on that day. ceria kan..

putripuzzle : let me be me

25 January 2011

My 24th Birthday Celebration

Selamat hari lahir dear aniz.. semoga segalanya berjalan lancar utk anda.
ameen.. me love u.
Rakan sekerja yang suppoting. makan kekenyang ye. hehe
akak² sayang.. TQ make it happen. i love all. ♥
bersama KPP dan rakan sekerja yang lain.. peace + happy. 
White Chocolate Macadamia cake.

Terima kasih pada semua yang meraikan hari lahir niz. Sangat terharu.. terima kasih atas segala²nya.. kenangan manis seiring dengan meningkatnya usia ku.. Alhamdulillah... :) ♥

putripuzzle : let me be me

today's experience ep.1 : based on work environment

Mood : sangat excited dan best. sebab hati aku gembira dan gembira until i decided to start to think to the max. hahahaha.. yeah !!

Actually tadi ade meeting dengan Sektor Pengurusan Murid, BPTV.. aku memerhati je. macam² ragam oke. sangat terhibur. hm.. belajar banyak perkara la jugak.. ape tu MKRA? asyik cakap pasal bajet MKRA je.. now baru tau... MKRA =  Bidang Keberhasilan Utama Kementerian. 


MKRA BPTV, KPM meningkatkan enrolmen sebanyak 100 % bagi murid aliran vokasional dan kemahiran pada hujung tahun 2015. huh~ itu dia. oke.. sekarang baru lebih jelas.. :) meeting tadi merangka perlaksanaan program sektor. huh~ panjang lebar. serius meeting kali ni xngantuk melayan kerenah pegawai² yang kelucuan di situ.. ahahahaha.. 


oke. stop kat sini. 
nak menghurai panjang lebar pun 
aku xtaw ape pun sangat secara detailnye. 
so sekian dulu. :) babai~

putripuzzle : let me be me

04 December 2010

On Job : Kelantan

mood tak menyempat nak fly. excited even ke Kelantan je pun. haha
Purposed ke Kelantan utk organized Mesyuarat Pembangunan Sahsiah Kaunselor SMTV 2010 je. under Unit Pembangunan Sahsiah, BPTV. sesambil tu ambil peluang utk JJ sekali. niat na shopping tapi xmasyuk la plak. so jj je diam². hehehe~ pown best aje.

Grand Riverview Hotel, Kota Bahru, Kelantan
Bilik penginapan yang di sponsered. TQ kat UPS, BPTV,  kat kak Ika sebab bawa aku jejalan ke Kelantan. last aku pergi aritu, masa kawan aku si Mekja kawen. pastu dah xjenguk ke sana. lebih kurang 2 tahun gak la. Lepas gian aku nak JJ ke Pantai Timur.

Makanan yang terdapat di sekitar Kelantan
Dua kali g Yati Ayam Percik. 1st time g kenyang sangat. xleh nak makan nasi kerabu die. yang ke 2nd time tu mmg aku belasah cecukup ar. banyakla sepinggan tu. puas aku nak abiskan. Bos da sound, "ko mesti abiskan niz. ni kali 2nd time dtg sbb ko yg request." ehehehe.. aku dgn sedaya upayanya pun berjaya abiskan nasi kerabu + ayam percik Yati. Alhamdulillah. kak Ika rembat Ayam Percik frozen. ingat nak beli gak tp memikirkan nak bawa balik dgn beg sekolah, harapanlah~ harapan kecundang. next time aje kata aku. insyaAllah.

Journey to the East. hehe 
Ok. fly ke Kelantan dgn Airasia, fly ke KL naik MAS je. Naik Airasia lg best kot. dapat makan menu best. Naik MAS mkn kacang jela kita. tapi xpa, ada hikmahnya. sekurang²nye xpayah sesusah nak jalan jauh angkut byk barang ke car park. :) Bos besar tido je atas flight. yang aku ni pening abis, sikit lagi nak muntah. sbb terminum air  milo plak dlm flight. suppose aku minum air oren. ntah nape tangan gatal ambil air milo dan mulut plak gedik nak minum milo. gile taubat aku sumpah tak nak minum milo dalam flight dah.

putripuzzle : let me be me