20 November 2009

~CINTA SEJATI~


Cinta Sejati tidak perlu disebut.Ia khas untuk anda.Ia bukan hak orang lain.Jika anda beri Cinta Sejati,ia tidak semestinya dibalas oleh orang yang anda beri.Tapi anda tidak akan kecewa bila cinta tidak berbalas kerana anda tahu anda bercinta di bawah naungan Pencipta,yang tentu membalas kebaikan terhadap cinta anda yang putih bersih.

Cinta yang anda nikmati sedikit demi sedikit berkat kesabaran itulah yang lebih membahagiakan anda.Anda tidak perlu gelojoh dalam cinta.Ini kerana jika anda gelojoh,anda mungkin seronok sebentar saja tapi merana sepanjang hayat.

Jikalau anda bercinta sebelum berkahwin,layanilah sekadar saja.Yang penting ialah menikahi kekasih anda,itulah ertinya menerima cintanya,kerana nikah adalah ikatan cinta.

Andai kata anda bercinta sebelum berkahwin dan kekasih anda mahu merosakkan kehormatan anda,jauhilah dia dan jangan rasa kesal akibat kehilangannya.Mudah- mudahan anda akan mendapat kekasih yang jauh lebih memahami Cinta Sejati dan tulus dalam cintanya terhadap anda.

Manifestasikan cinta anda hanyalah setelah bernikah.Berdoalah agar cinta itu diberkatiNya dan sentiasa mendapat rahmatNya. Pohonlah kepadaNya agar dikurniakan kepada anda nikmat Cinta Sejati yang tiada taranya.

Cinta Sejati atau Cinta Suci itu tidak buta. Cinta ini celik dan kecelikan cinta itu dapat mencelikkan pula yang lain.Cinta Sejati tidak buta dan tidak wajar dikatakan buta. Cinta yang buta ialah cinta yang bernoda.

Cinta yang buta itu segalanya buta.Buta tentang cara dan peraturan cinta,buta tentang tanggungjawap cinta,buta tentang hikmah cinta, malah buta tentang hakikat diri. Cinta yang buta itu cacat,kerana ia buta.

Sayangnya ramai yang suka kepada cinta buta,membiarkan dirinya hanyut dibawa arus geloranya,tersadai di celah akar pohon kecewa,lalu berkata,'Cinta Itu Buta' Cinta Sejati bukan seperti cinta Laila dan Majnun atau Romeo dan Juliet.Cinta Suci adalah seperti cinta Rasulullah dan Khadijah,atau Saidina Ali dan Fatimah.

15 November 2009

14 Nov 2009 - saturday

hari y sangat busy.. pagi2 lagi dah kua town..do girls stuff (shopping) n done -happy. evening..follow kak mai n d geng.. ask,zaidi n ali.. went to Majlis Mesra Belia Hulu Langat. dapat souvenir shawl n cd (girl rock 2) - happy.mlm.. g tasik permaisuri n mkn2 kt sup meletop.. ramai y turun..more then 30persons - x ep sgt. after mkn2, naik genting.. best tp xbest. sbb missing someone.. sad.

12 November 2009

My new friends and I

in lift to downstairs. hahaha

My new friends at BPI, KPM Putrajaya~
theStylish Nana, theHavoc Maya, theLovely Lini, theCutie CikDa, theBrutal Kak Shima and theCoolest Fiza. Love y'all !!!

I like the picture most!! :)

hehe...my blog!!!

yeah yeah~ jumpe balik blog aku nih..dah lame x bukak..sbb xingat password..hr ni tetiba tingat pulak kt password ni.. suka nyer.. setelah kian lama x menconteng blog..
hmm..dulu2 conteng2 sbb xde kesunyian..skrg pun macam same jek.. ape pun..life now is always different n much better than before..