Showing posts with label baby. Show all posts
Showing posts with label baby. Show all posts

05 September 2014

Kata Hikmah #8 Love Your Baby


Kan... #nurainanasuha pun dah macam besar sangat sekarang ni. Pada hal baru 1 tahun 3 bulan. Cepatnya masa berlalu.... I love my baby Aina.. and more baby to come InshaaAllah.

Sayangilah anak-anak kita ya. Jangan marah mendera mereka. Berlemah-lembut dan bersabarlah mendidikan mereka untuk jadi anak yang soleh solehah. Mereka adalah anugerah terindah dan amanah daripada Allah swt untuk kita didik mereka menjadi khalifah di bumi ini. 

Mudah-mudahan anak-anak kita membesar dengan sihat dan jayanya.. Aamiin.
Ok. Rindu kat Aina..

10 April 2014

Baby's First Step

My Daughter, Nur Aina Nasuha 10bulan
Subhanallah.. Alhamdulillah.. Allaahuakbar..

Si Aina dah membuka langkahnya. Kini telah melangkah dengan lebih jauh. Hebat anak ibu. She walked at 10months. Alhamdulillah. Aku tolong happy untuk hubby juga. Kesian hubby tak dapat tengok sendiri anaknya melangkah. Ujian pjj. Nevermind, sooner or later he will see with his own eyes. InshaaAllah. So no worries ibu. Hee

Lepas ni makin ligat la Aina buat kerja rumah tolong neneknye. Kesian mak, Angah rasa bersalah pula. Bukannya tak nak hantar kat pengasuh tapi mak yang tak bagi hantar keluar Si Aina ni. Sayang cucu katanya. Alhamdulillah masih punya ibu yang boleh bantu jaga Aina. Kurang kerisauan aku tinggalkan Aina while working out. Semoga mak sihat, panjang umur dan dilimpahi rezeki dan rahmat dalam kehidupan. You are the best mother ever. I love you. Thank you Mak!!!

19 February 2014

Majlis Kesyukuran Ummu Hani Dan Nur Aina Nasuha

Nur Aina Nasuha Binti Mohd Hafiz dan Ummu Hani Binti Mohd Husni

Hari ni baru sempat nak update cerita last year. Cerita dah basi tapi nak update juga. Buat kenangan di hari tua. heee- Majlis diadakan pada 18 Mei 2013 di kediaman kami, Kem Briged Tengah PGA Cheras.

bersama kakak dan abg ipar
Actually, kami buat majlis kesyukuran Aina ni bersama Hani, sepupu Aina. Anak pertama kakak aku. Jadi penjimatan di situ. Pandai-pandai. Lagipun, beza bulan mereka tak jauh, selang 3 bulan je. Ummu Hani Binti Mohd Husni lahir pada 26 Februari 2013 manakala Aina lahir pada 10 Mei 2013. Tak jauhkan.. hee




Alhamdulillah, majlis kesyukuran untuk baby aku dan kakak dah settle. Buat kecil-kecilan je. Kononnya macam majlis berendoi la ni. Tapi tak berendoi jugak. Masa kenduri ni Ummu Hani dah 3 bulan, Aina pula baru 9 hari. Mak yang buat persiapan untuk majlis ni. Terima kasih mak. Jasamu dikenang. Hubby aku pun tolong juga, beli barang-barang semua, goodies. Terima kasih abang. Jasamu juga dikenang. Tetamu jemputan semua terdiri daripada saudara-mara dan kawan-kawan kami yang terdekat. Alhamdulillah, majlis berjalan lancar. 

Majlis berlangsung dengan bacaan surah yassin, doa selamat, marhabbah dan berzanji. Bacaan surah yassin dan doa selamat dari kaum adam kemudian marhaban dari kaum hawa, team marhaban mak. Lepas tu ustazah tahniq kat mulut Hani dan Aina dengan kurma dan sedikit madu. Rambut juga digunting sedikit sebagai tanda mencukur rambut. Lepas beberapa hari tu ayah cukur semua rambut Aina. Kemudian tetamu semua dijemput menjamu selera. Selesai.

terima kasih kat kawan-kawan yang sudi hadir
family
Terima kasih kepada semua yang sudi hadir dan menjayakan majlis kesyukuran ni. 
Sekian. Terima kasih.

13 December 2013

My Lovely Nur Aina Nasuha

Assalamualaikum & Salam Sejahtera

Now my baby officially 7bulan 3hari.. Alhamdulillah.  Gembira sangat dengan perkembangan tumbesaran Aina. Semakin hari semakin chubby.. semakin pandai cari kerja. Bersyukur sangat dengan anugerah terindah ni. 

Seiring masa berlalu Aina dah banyak berubah. Rasa cepat je masa berputar. Sayang sangat. Nak cerita pasal perubahan Aina secara detail tu tak lah kan. Sekarang ni mana sempat nak ngadap screen ni lama-lama. Si Aina jeles, macam nak minta ibu belikan dia satu ipad~ o ooo..

Secara fizikal, masa bawa Aina last check-up 6bulan pada 11.11.13 tempoh hari, berat badan dia 7.5kg. Ketinggian 67.5cm. Gigi bawah pun dah tumbuh 2 batang kat tengah-tengah tu. comel je bila tengok. Dah pandai meniarap juga. Bila dah lama meniarap tu pandaila pusingkan badan semula. Done meniarap dia belajar crawl plak. Mak kata dia siap tolong cuci lantai dgn baju dia lgi. Aina Aina. Baguslah, esok besar tolong ibu mop lantai ye. hehehe~

Now tangan pun dah cekap pegang botol susu, biskut dah boleh pegang dan makan sendiri. Paling best tengok dia kutip benda dengan ibu jari dan jari teunjuk. comel je. haa~

Dari segi perkembangan otak, harap Aina doing well la. So far good respon bila dengar bunyi, lagi-lagi bil dengar abi dia menyanyi..Dia suka tengok video Alif Ba Ta dan tengok video cam dgn abi dia. Senyuman dan gelak tawa tu tak lepas la. Hilang stress tengok Aina mcm tu...

Dia anak yang baik. Makan minum senang nak jaga. Bila berak dan mengantuk pun tak merap (buat perangai huduh). Kalau bawa jalan memang supporting la. Tak susah ibu dan abi jaga Aina. Harap sampai besar Aina jadi anak yang baik, yang solehah. Bawa jalan ke mana pun orang ramai cakap Aina anak baik. Aamiin. Tak macam baby seusia dgn dia. Harap itu tanda positif dan normal. Kalau Aina merap pun, time lapar sangat dan lampin dah overloaded. Others than that, everything is undercontrol. Alhamdulillah.

Apa pun, lain baby lain la cara dia nak membesar kan. Pentingnya kat sini, kita care anak-anak ni 100%. Semoga mereka membesar dengan jayanya.

Wallahualam.

31 July 2013

Kelahiran anak pertama

6jam selepas dilahirkan
Assalamualaikum & Salam Sejahtera

Alhamdulillah, merasa aku jadi seorang ibu kepada bayi perempuan yang comel. Nama di beri Nur Aina Nasuha Binti Mohd Hafiz. Dilahirkan pada 10 Mei 2013 hari Jumaat bersamaan 30 Jamadilakhir 1434H, pukul 3.49 petang, seberat 3.44kg di Hospital Ampang, Selangor.

Masa nak bagi nama tu mmg terblur sekejap. Sebab happy sangat. Nama ni aku fikir lepas aku bersalin. Alhamdulillah, Allah ilhamkan nama yang baik dan sedap untuk my daughter. 

Here's the meaning of the names..
Nur: Cahaya
Aina: Mempunyai mata yang cantik
Nasuha: Luhur, suci, murni

Kesimpulannya, Nur Aina Nasuha is Cahaya mata yang cantik luhur, suci dan murni. 

Betul tak ustaz? hee~
Wallahualam


27 February 2013

Anak Buah Pertama

Alhamdulillah, my sis Ida, dah selamat melahirkan baby girl pada 26 Februari 2013 (Selasa) bersamaan 16 RabiulAkhir 1434M pada jam 3.00 petang di Hospital Ampang Selangor..

Nama baby belum dikenalpasti lagi. semolek²nye diberi nama pada hari ketujuh baby. Apa pun harap baby and mama dia cepat keluar dari hospital. Acik Ngah xsabar nak jumpa anak buahnya ni.. Love love love.. mwah !!! 

putripuzzle : let me be me

17 September 2012

Pregnancy Test Result

ok. the result - positif
Alhamdulillah... ada hikmah rupanya badan xberapa sihat 4hari ni.. Rasa penat, suhu badan plak turun naik.. bila malam, panas xingat. kene jelum baru ok sket. so far alhamdulillah... xtaw lg berapa bulan.. esok baru nak check dgn doktor.
 
#excited..

putripuzzle : let me be me