13 December 2013

My Lovely Nur Aina Nasuha

Assalamualaikum & Salam Sejahtera

Now my baby officially 7bulan 3hari.. Alhamdulillah.  Gembira sangat dengan perkembangan tumbesaran Aina. Semakin hari semakin chubby.. semakin pandai cari kerja. Bersyukur sangat dengan anugerah terindah ni. 

Seiring masa berlalu Aina dah banyak berubah. Rasa cepat je masa berputar. Sayang sangat. Nak cerita pasal perubahan Aina secara detail tu tak lah kan. Sekarang ni mana sempat nak ngadap screen ni lama-lama. Si Aina jeles, macam nak minta ibu belikan dia satu ipad~ o ooo..

Secara fizikal, masa bawa Aina last check-up 6bulan pada 11.11.13 tempoh hari, berat badan dia 7.5kg. Ketinggian 67.5cm. Gigi bawah pun dah tumbuh 2 batang kat tengah-tengah tu. comel je bila tengok. Dah pandai meniarap juga. Bila dah lama meniarap tu pandaila pusingkan badan semula. Done meniarap dia belajar crawl plak. Mak kata dia siap tolong cuci lantai dgn baju dia lgi. Aina Aina. Baguslah, esok besar tolong ibu mop lantai ye. hehehe~

Now tangan pun dah cekap pegang botol susu, biskut dah boleh pegang dan makan sendiri. Paling best tengok dia kutip benda dengan ibu jari dan jari teunjuk. comel je. haa~

Dari segi perkembangan otak, harap Aina doing well la. So far good respon bila dengar bunyi, lagi-lagi bil dengar abi dia menyanyi..Dia suka tengok video Alif Ba Ta dan tengok video cam dgn abi dia. Senyuman dan gelak tawa tu tak lepas la. Hilang stress tengok Aina mcm tu...

Dia anak yang baik. Makan minum senang nak jaga. Bila berak dan mengantuk pun tak merap (buat perangai huduh). Kalau bawa jalan memang supporting la. Tak susah ibu dan abi jaga Aina. Harap sampai besar Aina jadi anak yang baik, yang solehah. Bawa jalan ke mana pun orang ramai cakap Aina anak baik. Aamiin. Tak macam baby seusia dgn dia. Harap itu tanda positif dan normal. Kalau Aina merap pun, time lapar sangat dan lampin dah overloaded. Others than that, everything is undercontrol. Alhamdulillah.

Apa pun, lain baby lain la cara dia nak membesar kan. Pentingnya kat sini, kita care anak-anak ni 100%. Semoga mereka membesar dengan jayanya.

Wallahualam.

2 comments:

  1. WAh~ Time saye bace baca perkataan 'crawl' tu kan puan, terus otak ingat.........ahahahhahahhahhaha...
    ROTU dan kita takkan dapat lari nampaknye~ :D

    *Sayetgh usha2 blog puan nih~ :D

    ReplyDelete
  2. masa saya tulis perkataan tu pun saya teringat azab crawl zaman rotu jgk.. haaaa~

    ReplyDelete

Terima kasih kerana menyokong blog ini.
Keep in touch ya..
:)