Gigi graham bongsu bawah sebelah kanan |
Macam Dr. Zulfadli cakap last week, gigi graham ketiga bakal di cabut pada next appointment. Harinya kini telah tiba. 24 Disember 2013, gigi graham ketiga pula arwah. Appointment pukul 2.15 petang. Kali ni doktor perempuan pula attend kes aku. Dr. Khairunisa. Mula-mula tu, macam~ boleh ke doktor ni cabut tarik bawa keluar gigi graham aku? Prosedur dengan Dr. Zulfadli pun pakai kudrat dengan gergaji bagai nak keluarkan gigi graham aku tu. Kali ni apa cara pula Dr. Nisa nak pakai. Tawakal jela aku. Macam biasa mula-mula kena bius. 3 tempat kena bius. jarum panjang kot.
Alhamdulillah, cepat je rasa gigi graham tu keluar. Tak sedar pula bila masa Dr. Nisa cabut keluarkan gigi tu. Kesan dari bius la kot. Hilang rasa sakit. Lepas cabut gigi, Dr. Nisa buat prosedur scaling ke gigi aku. Ngilu. Paling tak suka rasa ngilu ni. uiii~
Next, Dr. Nisa pesan suruh datang palam gigi pula. Boleh datang bila-bila masa pada setiap hari Khamis petang untuk buat prosedur tu. Haila.. Aku dengan klinik ni memang tak dapat dipisahkan agaknya. heee-
Sekian.
No comments:
Post a Comment
Terima kasih kerana menyokong blog ini.
Keep in touch ya..
:)