Senang sangat nak buat cempedak goreng. Hanya dengan sekali percubaan, hubby cakap cempedak goreng aku ni sedap dan boleh buat jual. Ayat apa ni, ayat compliment ke ayat nak jack?~ haaaa- Ok, takpe, aku positif sebab rasa dia memang sedap bagi tekak aku juga. Jadi aku ambil kata-kata hubby tu as compliment. Aaah bahagia hidup boleh buat cempedak goreng yang nyum nyum nyum. macam susah sangat. cet- Hubby pula kebetulan belasah beli 3 biji terus buah cempedak. Puas makan. Alhamdulillah, rezeki Allah bagi. Harganya RM 10 tiga biji. Mahal ke tak? Tak tahulah, maklumlah jarang nak beli sendiri buah-buah ni. Duduk pula dengan mak pak jadi tunggu buah sampai rumah jela. hehehe-
Resepinya aku main agak-agak je. Tu la tu, lepas ni kena kira betul-betul sukatannya. Barulah kesedapan makanan itu terjamin. Ok, jom sharing resepi cempedak goreng.
Bahan-bahan
- sebiji buah cempedak
- tepung gandum setengah paket
- tepung beras setengah cawan sedang2
- garam secukup rasa
Cara Masak
- gaulkan tepung gandum, tepung beras, garam dalam satu bancuhan.
- masukkan isi buah cempedak kedalam bancuhan tepung, dan goreng sehingga garing.
Sedia untuk dihidang.
#Senang sangat pun. Budak darjah satu pun boleh buat. InshaaAllah. Ok, selamat mencuba.
No comments:
Post a Comment
Terima kasih kerana menyokong blog ini.
Keep in touch ya..
:)