29 June 2011

Tafsiran Mimpi 1

Malam tadi dalam pukul 4-6 pagi aku mimpi aku kat kawasan macam negara Indonesia, dikelilingi orang awam. Aku sesorang nak cari masjid utk menunaikan solat, di kejauhan tu aku nampak bangunan macam masjid. Aku pun menuju ke situ. Dalam masa aku nak ke situ, tetiba ade gelombang besar dari arah tepi aku seakan tsunami la.. aku pun laju² la lari ke bangunan yang aku sangka masjid tu. Sampai kat bangunan tu, ternyata aku salah. Bangunan tu bukan masjid tapi macam bangunan tinggal y dipenuhi orang jahat ala² ahli sihir. terjerit². sangat mengerikan.... Orang jahat tu nampak aku y time tu dah terapung² kat air banjir tadi y dah memenuhi bangunan tu. takut aku sey.. tetiba muncul plak ular besar mcm naga pun ye, tp kecik sket la dari naga.. ular besar tu warna dark purple pink. terjelir² lidah bercabang ie dekat aku.. sangat mengerikan.. org jahat keliling aku semua nak tangkap aku, aku xdapat wat pape pun. terapung jela.. stuck kat situ then terus terjaga.. istighfar panjang aku.....

Adakah mimpi itu hanya mainan tidur atau ada hikmah disebalik?~
Wallahualam.....

putripuzzle : let me be me

26 June 2011

Apa Adanya...

Hari ni aku xke mane pun.. dan tetiba je aku banyak sangat fikir.. fikir yang ~ ntahla..... keputusan perlu di buat. aku rasa aku dah buat keputusan tapi pada y sama masih ada keraguan di situ. betul aku kene solat istikharah ni. Kenangan lama mmg banyak memberi kesan dalam hidup aku. aku pun xfaham kenapa kenangan tu perlu berakhir begini. Banyak perkara y berlaku dalam sekelip mata.. dan inilah penamat cerita..

 Ya, sesungguhnya Allah swt sedang mengujiku...

putripuzzle : let me be me

22 June 2011

Thank You Allah


Alhamdulillah... tak tau macam mane nak cakap.. y penting aku sangat gembira. tak sabar nak ke peringkat seterusnya.. dah xlama..... kene mula dari sekarang. Semoga segala urusan aku berjalan lancar.. InsyaAllah. Ameen..

Ya Allah, jgn engkau lekakan aku dengan kegembiraan ini, ingatkan aku kepadaMu.. Hanya bersamaMu aku lebih bersemangat dan lebih mengenal erti syukur.. 

putripuzzle : let me be me

20 June 2011

Berita Baik vs Berita Buruk

Berita baik....

My sis dan her bf, dah tetapkan tarikh majlis pertunangan dorg.... yahooo...
Doakan semua berjalan lancar. Mulai sekarang aku akan sangat busy untuk persiapan enggagement day tu.... Sangat excited !!! Perlu runner sane sini kejor sale.. yeah~ Aku pun nk sibuk beli brg hantaran aku.. stand by aje. hehehe

Berita buruk.....

AKU? masih berbelah bagi lagi dan masih menunggu sesuatu y xpasti. I hate the situation.. I hate the feeling. Seriously, someone did purpose me for a marriage.. but I can't approve him yet... hummm.. I wonder of something,someone... I still hope for him. If he realize all the things that happen wrongly n admit it as misscomunication n untrusted issues, maybe I will give him a chance. Else, the relationship will end up here forever...

hmmmmm...........................

putripuzzle : let me be me

Parit Raja dan Sekitar Batu Pahat . . .

Best dapat ikut bos pergi buat keje kat Parit Raja. baru aku tau Batu Pahat ni ade juga pekannye.. aritu ingat byk felda je.. hehe.. TQ byk² kat bos sebab sudi bawak aku. Alhamdulillah. Semoga tuhan murahkan rezeki bos aku. Ameen.Dapat lah aku repeat makan nasi briani kambing terbaik tu. at Taman Soga.

Restoran Briani POWER
Pergi dengan bos dari PPA Batu Pahat, En. Nasir dan En. Fadli. Tokan, Cikgu², Kak Zah, Kak Sham, dan Kak Ila.. best sangat... Last year pergi dengan Geng VivaC. Ternyata mmg sedap die maintain.. hehe :)

Nasi Briani Kambing
Selera tengok cikgu² makan. "Tambah lagi cikgu..."
Air Bandung Soda terbaik...  aku suke...
Sedap sangat. Alhamdulillah. kenyang jugak. Lepas makan ni kitorg pergi beli kerepek dengan kekacang. Aku xborong pun kekacang. Xminat, so lain y dibelinye.. beli asam masin ade lah.. sebab murah la.. Kerepek ye borong lah jugak.. Orang PPA bawa borong kat kilang.
Kilang Kerepek - Macam² ado
Kalau nampak kat mak aku ni, confrim semua dia nak borong.
Ini lah mereka-mereka y temankan aku sepanjang kat Batu Pahat.
Ni mak aku dah siap order kerepek lagi. "InsyaAllah ye mak, kalau angah repeat Batu Pahat lagi.." :) Cikgu² ni siap nak carikan jodoh aku lagi. hehe.. terima kasih ye cikgu..
Esoknye layan makan² dgn cikgu²..



Laicikang
Putu Bambu Ayer Hitam
Keau Teaw Sup Parit Raja..
Terbaik !!!

putripuzzle : let me be me

17 June 2011

DeHearty - Pasrah Segalanya


Pernah hati ini terguris 
Dengan fitnah dan tohmahan menghiris
Sehingga terasa diri ini hina
Kerana tiada siapa yang sudi membela
Kutabahkan hatiku harungi hidup
Biarpun tiada siapa yang menemani
Keseorangan aku di lautan sepi
Ditinggalkan mereka yang aku percayai

Namun ku tahu ada hikmahnya
Setiap segala yang menimpa diri
Kuserahkan segala padaMu Tuhan
Yang berkuasa jua mencipta
Kerana engkau MAha Mengetahui
SEgala apa yang terbuku di hati

Ya Allah tidakku terdaya lagi
Menahan dugaan yang mencabar ini
Terasa bagai noktah telah kutemui
Mengakhiri segala yang telah aku mulai
Ya Allah engkau lindungilah aku
Bekalkanlah daku dengan limpahan iman
Agar tabahku menghadapi dugaan
Agar tidakku berhenti di pertengahan

Kini di sini aku berdiri
Bersama harapan yang tulus suci
Agar terbitlah kembali menteri pagi
Setelah malamku berkalut benci


putripuzzle : let me be me

Ramlah Ram - Ketentuan


Tak semudah kau sangka
Melepaskan kau pergi
Hati yang meronta, hampa kecewa
ku tekad sembunyikannya dari pandanganmu
Ku rela begini
Berakhirnya di sini
Dari bersamamu terus berpura
Setelah cinta tiada lagi di hatimu

Ku hapuskan airmata dari mengiringi
Kesengsaraan mengharung perpisahan ini
Ku pujuk jiwa nestapa
Pendamkanlah duka
Pasrah pada lara ketentuan ini
Tak semudah kau rasa
Melepaskan kau pergi
Hati yang terluka dikunjung jua
Kerinduan yang tidak ertanggung terhadapmu

Sesungguhnya
Ku tahu betapa sukar untukku
Menempuh hidup
Walau sehari tanpamu
Ku terseksa

putripuzzle : let me be me

06 June 2011

Kecewaku terhadap dirimu....

Ape perasaan bila orang y rapat dgn korg megkhianati persahabatan dan menfitnah korang?
hurm.. inilah aku rasa sekarang. Sangat SEDIH dan KECEWA.. time aku susah, time aku ada masalah dengan org y aku sayang, as seorang y rapat dgn aku dia sepatutnya ambil berat ttg mslh aku, bukan salahkan aku atas semua y berlaku. emosi org y bermasalah tentunya tak stabil. kenapa dia xfaham aku sedangkan sebok war² kat dunia fb, aku ni her sister?!

Salah aku ke berdiam diri dengan masalah aku? salah aku ke kalau aku xnak kecoh dengan masalah peribadi aku? salah aku ke kalau aku nak bersendirian? Bukankah kau ingin mengambil berat ttg diriku? mengapa tidak kau bertanyakan kepada ku? mengapa kau terus menghukumku dgn masalah aku? Kau terlalu sempurna sehingga kau tidak dapat melihat kekurangan dirimu...

Salah ke aku bila aku dah xnk hipokrit dgn perasaaan aku sendiri? Salah ke kalau aku xnak ade kakak macam dia? salah ke aku kalau aku xsuke orang kecoh/heboh  tentang masalah peribadi aku kat dunia fb?

Sanggup kau melihat aku bersedih, sedangkan kau bergembira bersama orang² yang aku sayang? Mana sifat kasih-sayang kau? Tak sedarkah engkau telah menambah kekeruhan dlm hubungan kami? Disebabkan kau, org y aku sayang, marah² aku tanpa mendengar aku.... hurm.. aku tak salahkan kau, aku tau aku ada silap aku sendiri. tapi kau...... hanya insan y memastikan kekecewaan aku.

Manusia jenis apakah y asyik menyalahkan aku atas semua y terjadi dan seolah² aku adalah mastermind dan kau adalah insan y teraniaya?! Bagi aku, kau adalah manusia y mementingkan diri. Sangat mementingkan diri..

Kau telah berjaya memastikan kekecewaan aku. Biarlah kau kumpulkan mereka y aku sayang, biarlah aku seorang y dipulaukan, aku redho kerana aku tahu, Allah swt sentiasa bersama aku. Aku percaya dengan firman Allah: “Hai orang beriman, bersabarlah kamu dan kuatkanlah kesabaranmu dan tetaplah waspada dan bertakwalah kepada Allah supaya kamu beruntung.” (QS Ali Imran: 200).


Terima kasih atas pengalaman y sangat berharga ini.
Terima kasih banyak².
:((

putripuzzle : let me be me

05 June 2011

Aktiviti hari ini - Episod 1

Hari Ahad yang sangat membosankan..
Siap kemas bilik..
Siap basuh baju + sidai baju..
Siap reply comments..
Siap update blog..
Siap etc...

Ingat nak kua pegi jahit kaki seluar jeans. ntah kat mane ade. hum... bosan aje...
Semangat comes to me !!














putripuzzle : let me be me

03 June 2011

Kata-kata Hikmah Cinta

Jika kita mencintai seseorang, kita akan senantiasa mendoakannya walaupun dia tidak berada disisi kita.
 
Tuhan memberikan kita dua kaki untuk berjalan, dua tangan untuk memegang, dua telinga untuk mendengar dan dua mata untuk melihat. Tetapi mengapa Tuhan hanya menganugerahkan sekeping hati pada kita ? Karena Tuhan telah memberikan sekeping lagi hati pada seseorang untuk kita mencarinya. Itulah Cinta ...
 
Jangan sesekali mengucapkan selamat tinggal jika kamu masih mau mencuba. Jangan sesekali menyerah jika kamu masih merasa sanggup.Jangan sesekali mengatakan kamu tidak mencintainya lagi, jika kamu masih tidak dapat melupakannya.
 
Cinta datang kepada orang yang masih mempunyai harapan, walaupun mereka telah dikecewakan. Kepada mereka yang masih percaya, walaupun mereka telah dikhianati. Kepada mereka yang masih ingin mencintai, walaupun mereka telah disakiti sebelumnya dan Kepada mereka yang mempunyai keberanian dan keyakinan untuk membangunkan kembali kepercayaan.
 
Jangan simpan kata-kata cinta pada orang yang tersayang sehingga dia meninggal dunia lantaran akhirnya kamu terpaksa catatkan kata-kata cinta itu pada pusaranya. Sebaliknya ucapkan kata-kata cinta yang tersimpan dibenakmu itu sekarang selagi ada hayatnya.
 
Mungkin Tuhan menginginkan kita bertemu dan bercinta dengan orang yang salah sebelum bertemu dengan orang yang tepat, kita harus mengerti bagaimana berterima kasih atas kurnia tersebut.
 
Cinta dapat mengubah pahit menjadi manis, debu beralih emas, keruh menjadi bening, sakit menjadi sembuh, penjara menjadi telaga, derita menjadi nikmat dan kemarahan menjadi rahmat.
 
Sungguh menyakitkan mencintai seseorang yang tidak mencintaimu, tetapi lebih menyakitkan adalah mencintai seseorang dan kamu tidak pernah memiliki keberanian untuk menyatakan cintamu kepadanya.
 
Seandainya kamu ingin mencintai atau memiliki hati seorang gadis, ibaratkanlah seperti menyunting sekuntum mawar merah. Kadangkala kamu mencium harum mawar tersebut, tetapi kadangkala kamu terasa bisa duri mawar itu menusuk jari.
 
Hal yang menyedihkan dalam hidup adalah ketika kamu bertemu seseorang yang sangat berarti bagimu, hanya untuk menemukan bahawa pada akhirnya menjadi tidak berarti dan kamu harus membiarkannya pergi.
 
Kadangkala kamu tidak menghargai orang yang mencintai kamu sepenuh hati, sehingga kamu kehilangannya. Pada saat itu, tiada guna penyesalan karena perginya tanpa berkata lagi.
 
Cintailah seseorang itu atas dasar siapa dia sekarang dan bukan siapa dia sebelumnya. Kisah silam tidak perlu diungkit lagi, kiranya kamu benar-benar mencintainya setulus hati.
 
Hati-hati dengan cinta, karena cinta juga dapat membuat orang sehat menjadi sakit, orang gemuk menjadi kurus, orang normal menjadi gila, orang kaya menjadi miskin, raja menjadi budak, jika cintanya itu disambut oleh para pecinta PALSU.
 
Kemungkinan apa yang kamu sayangi atau cintai tersimpan keburukan didalamnya dan kemungkinan apa yang kamu benci tersimpan kebaikan didalamnya.
 
Cinta kepada harta artinya bakhil, cinta kepada perempuan artinya alam, cinta kepada diri artinya bijaksana, cinta kepada mati artinya hidup dan cinta kepada Tuhan artinya Takwa.
 
Lemparkan seorang yang bahagia dalam bercinta kedalam laut, pasti ia akan membawa seekor ikan. Lemparkan pula seorang yang gagal dalam bercinta ke dalam gudang roti, pasti ia akan mati kelaparan.
 
Seandainya kamu dapat berbicara dalam semua bahasa manusia dan alam, tetapi tidak mempunyai perasaan cinta dan kasih, dirimu tak ubah seperti gong yang bergaung atau sekedar canang yang gemericing.
 
Cinta adalah keabadian ... dan kenangan adalah hal terindah yang pernah dimiliki.
 
Siapapun pandai menghayati cinta, tapi tak seorangpun pandai menilai cinta karena cinta bukanlah suatu objek yang bisa dilihat oleh kasat mata, sebaliknya cinta hanya dapat dirasakan melalui hati dan perasaan.
 
Cinta mampu melunakkan besi, menghancurkan batu, membangkitkan yang mati dan meniupkan kehidupan padanya serta membuat budak menjadi pemimpin. Inilah dahsyatnya cinta.
 
Cinta sebenarnya adalah membiarkan orang yang kamu cintai menjadi dirinya sendiri dan tidak merubahnya menjadi gambaran yang kamu inginkan. Jika tidak, kamu hanya mencintai pantulan diri sendiri yang kamu temukan didalam dirinya.
 
Kamu tidak akan pernah tahu bila kamu akan jatuh cinta. Namun apabila sampai saatnya itu, raihlah dengan kedua tanganmu dan jangan biarkan dia pergi dengan sejuta rasa tanda tanya dihatinya.
 
Cinta bukanlah kata murah dan lumrah dituturkan dari mulut kemulut tetapi cinta adalah anugerah Tuhan yang indah dan suci jika manusia dapat menilai kesuciannya.Bercinta memang mudah, untuk dicintai juga memang mudah. Tapi untuk dicintai oleh orang yang kita cintai itulah yang sukar diperoleh.
 
Jika saja kehadiran cinta sekedar untuk mengecewakan, lebih baik cinta itu tak pernah hadir.
 
putripuzzle : let me be me

01 June 2011

1st Edition dan Aizat - Perpisahan Ini



Di sini bermulanya pertemuan yang terakhir
Kehilangan amat terasa di hati

Mungkinkah ini yang tertulis di tangan takdir
Ku terima perpisahan ini

Dulu kita satu jiwa satu impian
Susah dan senang kita bersama
Namun itu semua hanya sementara
Hanya lagu yang menjadi ingatan
Hanya lagu yang menjadi kenangan
Seandainya masa itu kembali semula
Ingin ku memiliki lebih dari itu

Mungkinkah ini yang tertulis di tangan takdir
Ku terima perpisahan ini

Perpisahan yang tak ku duga telah terjadi
Dirimu pergi biar ku sendiri
Dulu kita satu jiwa satu impian
Susah dan senang kita bersama

Namun itu semua hanya sementara
Hanya lagu yang menjadi ingatan
Hanya lagu yang menjadi kenangan
Seandainya masa itu kembali semula
Ingin ku memiliki lebih dari itu

**kini, semua dah berubah. senang sendiri, susah pun sendiri...
Ya Allah, damaikanlah aku dengan ketentuanMu.. sesungguhnya Engkau lebih mengetahui apa yang terbaik untukku.. Ameen...


putripuzzle : let me be me