24 February 2011

Gelisah dan Tak Happy

Hari ni, pepagi lagi dah ade org kekecoh.. xsuke betul aku.. diam² sudahla. hurmm.... tengah hari makan dengan kak ina n atikah.. yang lain semua da order dulu kat bawah.. selalu order dgn dorg jugak but don't why, this time nobody rememmber to take/to ask for my order.. i'm alone.. mungkin aku ada salah dgn mereka.. but myself don't think so~ if i did, just let me know n i'll asking for appologize.. just not feeling good to be threated like this.. i'm alone.. hurm.. mungkin mereka terlupa aku. xpela.. janji aku makan, kenyang. Alhamdulillah.. 

Tengah hari berlalu.. tiba dah petang, 4.30 pm sharp, kak ina n i went to gym.. huhu.. mood dah best kan, pastu mambang tu spoilkan mood org plak.. kecoh sgt.. geram aku... terus kene tempik dgn aku. malas nak layan. ber'gym' la aku dgn perasaan yang xbest.. lantakla.. xmo pikir, aku nak kawan baik² je dgn semua.. 

Petangnye pas abis kerja, kawan aku ajak g tgk bola, tapi aku dah la xde baju ape semua,xkan la nak g stadium pakai baju kemeja dgn skirt... wah, sadis betulkan.. so aku pun xnak la pegi.. teruskan dgn niat aku nak release tension kat alamanda.. nak tgk wayang.. g gsc tu, tgk cite semua yang ntah ape².. aku nk tgk cite cina.. cite cina best~ tapi xde, so aku ronda²la..window shopping.. then rasa nak makan sesuatu, nampak waffle, mcm best, so aku order la Choc-a-Nuts..


Puas hati dapat makan sambil melayan perasaan plus bergayut dgn Iqbal. Kalo dekat kan best.. bila² masa boleh ditemani olehnya.. xpela, next time repeat makan ramai². Balik pas azan berkumandang, mood lebih stabil dari siang tadi.. okey la kan. :) bersangka baik jela atas ape yang terjadi. Lately best sangat kan, hari berkenaan je xbest so seimbangla.. Esok adalah permulaan baru, lupakan semua yang xbest pada hari ni.

putripuzzle : let me be me

23 February 2011

Rabbani - Maafkanlah

Oh, Maafkanlah
Maafkanlah

Ringankan beban ditanggunginya
Beri saja peluang, untuk 
Menebus kesalahannya yang lalu
Beratkan apa yang daku pinta
Lupakan apa terjadi 
Pasti kau takkan kesali

Air yang jernih itu 
kan juga keruh akhirnya 
jika ia dicampur walau sedikit lumpur
kan begitu jua hati manusia
jika riak bertahta walau sekecil zarah
tak bermakna

Jalinkan persahabatan bersih
Buang sifat membenci diri
Jangan kau iri hati
Dengan temanmu

Akui segala kesilapan
Amalkan kejujuran
Ia tak merugikan

Air yang jernih itu 
kan juga keruh akhirnya 
jika ia dicampur walau sedikit lumpur
kan begitu jua hati manusia
jika riak bertahta walau sekecil zarah
tak bermakna

Oh insan 
Maafkanlah
Kesalahan teman seperjuanganmu
Yang selamanya telah pergi 
Kasihani dia yang terseksa

oh insan 
Maafkanlah 
Jika tersalah tutur bicara

Oh insan 
Renungilah 
Ada ganjaran yang menunggu kita 
Tika di syurga
Tika di Syurga

Air yang jernih itu 
Kan juga keruh akhirnya 
jika ia dicampur walau sedikit lumpur
Dan begitu jua hati manusia
Jika riak bertahta walau sekecil zarah
Tak bermakna...

**Penat dengan salah faham yang berlaku... 
Ape pun, niz harap semua orang bebaik je.. 
sebab niz sayang semuanya..
Maafkanlah..
putripuzzle : let me be me

On Top View of PICC Putrajaya

Semalam ku g layan view kat PICC, Putrajaya. macam best taw.. tapi tak dapat nak snap pic. yang terbaru sebab time tu dah nak senja. aku sempat search kat google jela. so inilah hasilnye.. hehe.. ntah view tahun bile ntahla... pinjam dari blog En. Stephen.

Nanti akan di update gambar view dari PICC yang latest oke.. 
putripuzzle : let me be me

22 February 2011

Make Over Sekejap

tak sangka pun akan di make over hari ni.. agak best and excited. pepagi dah sesiap on go beraktiviti ke Karnival Anggerik Mall.. 

~bersama kak kina dan dee~
sementara tunggu krew sampai, kami layan fotogedik... huhu

inilah hasil make over.. hihi
 not bad juga kan make up dari MARA"s Student ni.. TQ ye adik².. :)

putripuzzle : let me be me

21 February 2011

17 February 2011

Menghayati Pesanan Terakhir Nabi Muhammad SAW


Ketika Rasulullah mengerjakan ibadah haji yang terakhir, maka pada 9 Zulhijjah tahun 10 hijarah di Lembah Uranah, Bukit Arafah, baginda menyampaikan khutbah terakhirnya di hadapan kaum Muslimin, di antara isi dari khutbah terakhir Rasulullah itu ialah:

"Wahai manusia, dengarlah baik-baik apa yang hendak kukatakan, Aku tidak mengetahui apakah aku dapat bertemu lagi dengan kamu semua selepas tahun ini. Oleh itu, dengarlah dengan teliti kata-kataku ini dan sampaikanlah ia kepada orang-orang yang tidak dapat hadir disini pada hari ini."
"Wahai manusia, sepertimana kamu menganggap bulan ini dan kota ini sebagai suci, anggaplah jiwa dan harta setiap orang Muslim sebagai amanah suci. Kembalikan harta yang diamanahkan kepada kamu kepada pemiliknya yang berhak. Janganlah kamu sakiti sesiapapun agar orang lain tidak menyakiti kamu lagi. Ingatlah bahawa sesungguhya kamu akan menemui Tuhan kamu dan Dia pasti membuat perhitungan di atas segala amalan kamu. Allah telah mengharamkan riba, oleh itu, segala urusan yang melibatkan riba dibatalkan mulai sekarang."
"Berwaspadalah terhadap syaitan demi keselamatan agama kamu. Dia telah berputus asa untuk menyesatkan kamu dalam perkara-perkara besar, maka berjaga-jagalah supaya kamu tidak mengikutinya dalam perkara-perkara kecil."
"Wahai manusia sebagaimana kamu mempunyai hak atas isteri kamu, mereka juga mempunyai hak ke atas kamu. Sekiranya mereka menyempurnakan hak mereka ke atas kamu, maka mereka juga berhak diberikan makan dan pakaian, dalam suasana kasih sayang. Layanilah wanita-wanita kamu dengan baik dan berlemah-lembutlah terhadap mereka kerana sesungguhnya mereka adalah teman dan pembantu kamu yang setia. Dan hak kamu atas mereka ialah mereka sama sekali tidak boleh memasukkan orang yang kamu tidak sukai ke dalam rumah kamu dan dilarang melakukan zina."
"Wahai manusia, dengarlah bersungguh-sungguh kata-kataku ini, sembahlah Allah, dirikanlah solat lima waktu, berpuasalah di bulan Ramadhan, dan tunaikanlah zakat dari harta kekayaan kamu. Kerjakanlah ibadah haji sekiranya kamu mampu. Ketahuilah bahawa setiap Muslim adalah saudara kepada Muslim yang lain. Kamu semua adalah sama; tidak seorang pun yang lebih mulia dari yang lainnya kecuali dalam Taqwa dan beramal soleh."
"Ingatlah, bahawa kamu akan menghadap Allah pada suatu hari untuk dipertanggungjawabkan diatas segala apa yang telah kamu kerjakan. Oleh itu, awasilah agar jangan sekali-kali kamu terkeluar dari landasan kebenaran selepas ketiadaanku."
"Wahai manusia, tidak ada lagi Nabi atau Rasul yang akan datang selepasku dan tidak akan lahir agama baru. Oleh itu wahai manusia, nilailah dengan betul dan fahamilah kata-kataku yang telah aku sampaikan kepada kamu. Sesungguhnya aku tinggalkan kepada kamu dua perkara, yang sekiranya kamu berpegang teguh dan mengikuti kedua-duanya, nescaya kamu tidak akan tersesat selama-lamanya. Itulah Al-Qur'an dan Sunnahku."
"Hendaklah orang-orang yang mendengar ucapanku, menyampaikan pula kepada orang lain. Semoga yang terakhir lebih memahami kata-kataku dari mereka yang terus mendengar dariku. Saksikanlah Ya Allah, bahawasanya telah aku sampaikan risalah-Mu kepada hamba-hamba-Mu."


Sedih.. sebak.. terharu.. perasaan bercampur-baur.. Sayangnya Rasulullah SAW kepada umat manusia. Bagaimanapula perasaan kita terhadap Rasululllah SAW ? Tepuk dada tanya iman...

Allah Ta’ala berfirman : ”Sesungguhnya telah ada pada (diri) Rasulullah itu suri tauladan yang baik bagimu (yaitu) bagi orang-orang yang mengharap (rahmat) Allah dan (kedatangan) hari kiamat” QS Al-Ahzab : 21

putripuzzle : let me be me

14 February 2011

Tragedi Bukit Cerakah

Hancur plan pada hari berkenaan. sangat mendukacitakan.. kerana ada hati yang terluka di situ. hurm.. we can't expected all kind of troubles we had yesterday. so sorry to ours beloved friend. Actually main point aku nak hang out with other sebab nak jumpa my friend yang dah diterima sebagai lecturer kat UiTM Puncak Alam je. Misi tu berjaya. tapi harapnye dapat meraikan dgn semua but seorang tercicir coz she straight away to "Bukit Cerakah" with her beloved ones.  

Plannye nak enjoying kat Bukit Cerakah,with my friends and I. Aku @ Ratu Sesat yang drive nye.. hurmm.. niat memang nak g awal pagi, sebab memang xpernah been there before,ever. but my friend says,"it's too early". then we decide to went there at 10 o'clock in the morning. Things we can't expected.. when it's dealing with the public transportation, time might delay.. and it's happen. plus a driver who's not familiar with the road and depend with google maps. itu pun xingatnye daaa !! 

Kecelaruan kekeliruan, cause nama tempat Bukit Cerakah itself. tempat yang sebenarnye kitorg nak pergi is Taman Pertanian Bukit Cahaya Seri Alam, 40000 Shah Alam, Selangor, Malaysia. Bila search kat google maps,by keyword "Bukit Cerakah" dan pointer kat area berdekatan Puncak Alam. So that's why ku pilih nak lepak kat Bukit Cerakah tu. Rupanya tersasar jauh, tanya orang sana sini," kat mane tempat yang famous dgn aktiviti cycling kat sini?".. ade yang cakap kat area berhampiran, rupanya tempat yang mereka maksudkan is Bukit Ramlee, memang la tempat cycling atas bukit. Semua yang masuk dalam tu pakai 4wheel drive, kitorang je sesat dengan myvi. Lawak la pulak. hehe.. at the end, we found out and realize that the area is not the real Bukit Cerakah that we plan to go.


Kesian my friend yang dah tunggu kat sane dgn her boyfie kat lokasi yang sebenarnye, yang dirancang. hurmm.. nak back to "Bukit Cerakah = Taman Pertanian" tu, jauh from Puncak Alam. lagipun we only drive one car and my car tinggal kat Econsave, Puncak Alam. Impossible to drive to Taman Pertanian sebab current driver, don't familiar and tired of being lost around, about 1hour.

Since my friend who was waiting for us at the Taman Pertanian is depend on her boyfie time schedule, we can't ask her to wait there at any longer as her boyfie request not to leave her alone while wait for us to find out the way to Taman Pertanian. So that, we decide to let her home as her boyfie willing to sent her home rather than bring her to his workplace and keep waiting for us. hurm, things can't be as clear as we plan it to be. hope the kind of misunderstanding is over by here. 

putripuzzle : let me be me

11 February 2011

Selamat Petang Jumaat

Habiskan membaca artikel² yang memberi inspirasi dan mengingatkan ku ke jalan yang benar. again dan again tanpa jemu. 

"Ya Allah, tetapkanlan iman kami, tetapkanlah hati kami, berkatilah hidup kami, baikilah hubungan kami sesama insan, murahkan rezeki kami.. Ameen, Ya Rabbal Al-Amin.."
putripuzzle : let me be me

10 February 2011

Petua Menambah Rezeki

Amalan-amalan ini menjadi sebab Allah limpahi hamba-Nya dengan keluasan rezeki dan rasa kaya dengan pemberian-Nya. Berdasarkan konsep rezeki yang telah diperkatakan, Allah memberi jalan buat setiap hamba-Nya untuk memperolehi rezeki dalam pelbagai bentuk yang boleh menjadi punca kebaikan dunia dan akhirat. Di antaranya:


1. Menyempatkan diri beribadah
Allah tidak sia-siakan pengabdian diri hamba-Nya, seperti firman-Nya dalam hadis qudsi: “Wahai anak Adam, sempatkanlah untuk menyembah-Ku maka Aku akan membuat hatimu kaya dan menutup kefakiranmu. Jika tidak melakukannya maka Aku akan penuhi tanganmu dengan kesibukan dan Aku tidak menutup kefakiranmu.” (Riwayat Ahmad, Tirmizi, Ibnu Majah dan al-Hakim dari Abu Hurairah r.a.)


2. Memperbanyak istighfar
Istighfar adalah rintihan dan pengakuan dosa seorang hamba di depan Allah , yang menjadi sebab Allah jatuh kasih dan kasihan pada hamba-Nya lalu Dia berkenan melapangkan jiwa dan kehidupan si hamba. Sabda Nabi s.a.w.: “Barang siapa memperbanyak istighfar maka Allah s.w.t akan menghapuskan segala kedukaannya, menyelesaikan segala masalahnya dan memberinya rezeki dari arah yang tidak disangka.” (Riwayat Ahmad,Abu Daud, an-Nasa’i, Ibnu Majah dan al-Hakim dari Abdullah bin Abbas r.a.)

3.Tinggalkan perbuatan dosa
Istighfar tidak laku di sisi Allah jika masih buat dosa. Dosa bukan saja membuat hati resah malah menutup pintu rezeki. Sabda Nabi s.a.w.: “… dan seorang lelaki akan diharamkan baginya rezeki kerana dosa yang dibuatnya.” (Riwayat at-Tirmizi)

4.Sentiasa ingat Allah
Banyak ingat Allah buatkan hati tenang dan kehidupan terasa lapang. Ini rezeki yang hanya Allah beri kepada orang beriman. Firman-Nya: 
“(iaitu) orang-orang beriman dan hati mereka menjadi tenteram dengan mengingati Allah . Ingatlah, hanya dengan mengingati Allah hati menjadi tenteram.” (Ar-Ra’d: 28)

5.Berbakti dan mendoakan ibu bapa
Dalam hadis riwayat Imam Ahmad, Rasulullah s.a.w. berpesan agar siapa yang ingin panjang umur dan ditambahi rezekinya, hendaklah berbakti kepada ibu bapanya dan menyambung tali kekeluargaan. Baginda s.a.w. juga bersabda: “Siapa berbakti kepada ibu bapanya maka kebahagiaanlah buatnya dan Allah akan memanjangkan umurnya.” (Riwayat Abu Ya’ala, at-Tabrani,al-Asybahani dan al-Hakim)

Mendoakan ibu bapa juga menjadi sebab mengalirnya rezeki, berdasarkan sabda Nabi s.a.w.: “Apabila hamba itu meninggalkan berdoa kepada kedua orang tuanya nescaya terputuslah rezeki (Allah ) daripadanya.” (Riwayat al-Hakim dan ad-Dailami)

6.Berbuat baik dan menolong orang yang lemah
Berbuat baik kepada orang yang lemah ini termasuklah menggembirakan dan meraikan orang tua, orang sakit, anak yatim dan fakir miskin,juga isteri dan anak-anak yang masih kecil. Sabda Nabi s.a.w.: “Tidaklah kamu diberi pertolongan dan diberi rezeki melainkan kerana orang-orang lemah di kalangan kamu.” (Riwayat Bukhari)

7.Tunaikan hajat orang lain
Menunaikan hajat orang menjadi sebab Allah lapangkan rezeki dalam bentuk tertunainya hajat sendiri, seperti sabda Nabi s.a.w.: “Siapa yang menunaikan hajat saudaranya maka Allah akan menunaikan hajatnya…” (Riwayat Muslim)

8.Banyak berselawat
Ada hadis yang menganjurkan berselawat jika hajat atau cita-cita tidak tertunai kerana selawat itu dapat menghilangkan kesusahan,kesedihan, dan kesukaran serta meluaskan rezeki dan menyebabkan terlaksananya semua hajat. Wallahu a’lam.

9.Buat kebajikan banyak-banyak
Ibnu Abbas berkata: “Sesungguhnya kebajikan itu memberi cahaya kepada hati, kemurahan rezeki, kekuatan jasad dan disayangi oleh makhluk yang lain.Manakala kejahatan pula boleh menggelapkan rupa, menggelapkan hati, melemahkan tubuh, sempit rezeki dan makhluk lain mengutuknya.”

10.Berpagi-pagi
Menurut Rasulullah s.a.w., berpagi-pagi (memulakan aktiviti hariansebaik-baik selesai solat Subuh berjemaah) adalah amalan yang berkat.

11.Menjalin silaturrahim
Nabi s.a.w. bersabda: “Barang siapa ingin dilapangkan rezekinya dan dilambatkan ajalnya maka hendaklah dia menghubungi sanak-saudaranya.” (Riwayat Bukhari)

12.Melazimi kekal berwuduk
Seorang Arab desa menemui Rasulullah s.a.w. dan meminta pedoman mengenai beberapa perkara termasuk mahu dimurahkan rezeki oleh Allah . Baginda s.a.w. bersabda: “Sentiasalah berada dalam keadaan bersih (dari hadas) nescaya Allah akan memurahkan rezeki.” (Diriwayatkan daripada Sayidina Khalid al-Walid)

13.Bersedekah
Sedekah mengundang rahmat Allah dan menjadi sebab Allah buka pintu rezeki. Nabi s.a.w. bersabda kepada Zubair bin al-Awwam: “Hai Zubair, ketahuilah bahawa kunci rezeki hamba itu ditentang Arasy, yang dikirim oleh Allah azza wajalla kepada setiap hamba sekadar nafkahnya. Maka siapa yang membanyakkan pemberian kepada orang lain, nescaya Allah membanyakkan baginya. Dan siapa yang menyedikitkan, nescaya Allah menyedikitkan baginya.” (Riwayat ad-Daruquthni dari Anas r.a.)

14.Melazimi solat malam (tahajud)
Ada keterangan bahawa amalan solat tahajjud memudahkan memperoleh rezeki, menjadi sebab seseorang itu dipercayai dan dihormati orang dan doanya dimakbulkan Allah

15.Melazimi solat Dhuha
Amalan solat Dhuha yang dibuat waktu orang sedang sibuk dengan urusan dunia (aktiviti harian), juga mempunyai rahsia tersendiri. Firman Allah dalam hadis qudsi: “Wahai anak Adam, jangan sekali-kali engkau malas mengerjakan empat rakaat pada waktu permulaan siang (solat Dhuha), nanti pasti akan Aku cukupkan keperluanmu pada petang harinya.” (Riwayat al-Hakim dan Thabrani)

16.Bersyukur kepada Allah
Syukur ertinya mengakui segala pemberian dan nikmat dari Allah . Lawannya adalah kufur nikmat. Allah berfirman: “Demi sesungguhnya! Jika kamu bersyukur, nescaya Aku tambahi nikmat-Ku kepadamu, dan demi sesungguhnya jika kamu kufur, sesungguhnya azab-Ku amat keras.” (Ibrahim: 7) Firman-Nya lagi: “… dan Kami akan memberi balasan kepada orang-orang yang bersyukur.” (Ali Imran: 145)


17.Mengamalkan zikir dan bacaan ayat Quran tertentu
Zikir dari ayat-ayat al-Quran atau asma’ul husna selain menenangkan, menjenihkan dan melunakkan hati, ia mengandungi fadilat khusus untuk keluasan ilmu, terbukanya pintu hidayah, dimudahkan faham agama, diberi kemanisan iman dan dilapangkan rezeki. Misalnya, dua ayat terakhir surah at-Taubah (ayat 128-129) jika dibaca secara konsisten tujuh kali setiap kali lepas solat, dikatakan boleh menjadi sebab Allah lapangkan kehidupan dan murahkan rezeki. Salah satu nama Allah , al-Fattah (Maha Membukakan) dikatakan dapat menjadi sebab dibukakan pintu rezeki jika diwiridkan selalu; misalnya dibaca “Ya Allah ya Fattah” berulang-ulang, diiringi doa: Ya Allah , bukalah hati kami untuk mengenali-Mu,bukalah pintu rahmat dan keampunan-Mu, ya Fattah ya `Alim.” Ada juga hadis menyebut, siapa amalkan baca surah al-Waqi’ah setiap malam, diatidak akan ditimpa kepapaan. Wallahu a’lam.

18.Berdoa
Berdoa menjadikan seorang hamba dekat dengan Allah , penuh bergantung dan mengharap pada rahmat dan pemberian dari-Nya. Dalam al-Quran, Allah suruh kita meminta kepada-Nya, nescaya Dia akan perkenankan.

19.Berikhtiar sehabisnya
Siapa berusaha, dia akan dapat. Ini sunnatullah. Dalam satu hadis sahih dikatakan bahawa Allah berikan dunia kepada orang yang dicintai-Nya dan yang tidak dicintai-Nya, tapi agama hanya Allah beri kepada orang yang dicintai-Nya saja. (Riwayat Ahmad, Ibnu Abi Syaibah dan al-Hakim)

Bagi orang beriman, tentulah dia perlu mencari sebab-sebab yang boleh membawa kepada murah rezeki dalam skop yang luas. Misalnya,hendak tenang dibacanya Quran, hendak dapat anak yang baik dididiknya sejak anak dalam rahim lagi, hendak sihat dijaganya pemakanan dan makan yang baik dan halal, hendak dapat jiran yang baik dia sendiri berusaha jadi baik, hendak rezeki berkat dijauhinya yang haram, dan sebagainya.

20.Bertawakal
Dengan tawakal, seseorang itu akan direzekikan rasa kaya dengan Allah . Firman-Nya: Barang siapa bertawakal kepada Allah , nescaya Allah mencukupkan(keperluannya) .” (At-Thalaq: 3)

Nabi s.a.w. bersabda: “Seandainya kamu bertawakal kepada Allah dengan sebenar-benar tawakal, nescaya kamu diberi rezeki seperti burung diberi rezeki, ia pagi hari lapar dan petang hari telah kenyang.” (Riwayat Ahmad, at-Tirmizi, Ibnu Majah, Ibnu Hibban, al-Hakim dari Umar bin al-Khattabr.a.)

Kesemua yang disebut di atas adalah amalan-amalan yang membawa kepada takwa. Dengan takwa, Allah akan beri “jalan keluar (dari segala perkara yang menyusahkan) , dan memberinya rezeki dari jalan yang tidak terlintas di hatinya.” (At-Talaq: 2-3)

Pendek kata, bagi orang Islam, untuk murah rezeki dalam ertikata yang sebenarnya, kuncinya adalah buat amalan-amalan takwa. Amalan-amalan ini menjadi sebab jatuhnya kasih sayang Allah , lalu Allah limpahi hamba-Nya dengan keluasan rezeki dan rasa kaya dengan pemberian-Nya. 


putripuzzle : let me be me

08 February 2011

Cuti Sekejap Aje..

Salam petang to all..

Hari ni aku cuti.. Pepagi lagi dah update fb. Seawal time nak pergi kerja oke.. 6.30 pagi. hihi.. dah terbiasa bangun pagi lagipun.. huhuuu... On je terus perah otak nak update nickname fb.. sebab dah bosan sangat dgn realname aku.. "boleh xmacam tu?" hahaa.. 

sesegar rose putih
Setelah buat research here and there.. then i came out with the nickname; Anis Zahirah yang bermaksud, seorang yang dapat menenangkan hati dari kerisauan yang nyata dan dapat memberi semangat.. exspecially kepada sesiapa yang memerlukannya.. yang berkenaan. InsyaAllah.. 

"Best kan maknanye?!" sebab tu la ku sangat berminat dan berbesar hati menggunakan nickname tu. Mudah-mudahan diri yang tak sempurna ni, baik² la hendaknya seiring dengan nama panggilan baru yang sangat baik, bagus maknanya ni. Ameen..

Semalam kan ramai orang cuti..cause ambil cuti straight sempena CNY, ada la akak sorang tu tanya aku, why ambil cuti on tuesday not on monday.. hehe.. "saje je kan".. baru rare.. yes, aku bukanlah seorang yang suka ambil cuti time ramai orang nak cuti. tak best, sebab itu adalah kebiasaan semua orang.. hurm.. "korang faham tak maksud aku?" hehe..aku cuba menjadi unik oke di situ. hahaha..

Actually ada agenda lain, hari ni aku ade appointment dengan doktor gigi. kene palam lorr. gigi da teruk sebab suke cekik lolipop plus telan dunkin donut plus lagi cornetto strawberi. huh!! mane xberlobang daaa~ Lepas best dengan nickname baru, aku pun teruskan dengan agenda sebenar aku. Pas doktor cek² gigi aku, tetiba dia kuarkan statement yang xbest = "gigi graham bongsu awak kene cabut juga, sebab kat situ ada lubang dan doktor xnampak". maksud dia xleh nak palam kan kot... bila memikirkan keperitannya, aku ckp la kat misi tu "boleh tak saya xnak cabut gigi tu, sebab saya xrasa sakit pun kat situ". "Harap oke la ye doktor". yes, ternyata; doktor oke kan aje. hehe.. syukur beb. Gile terencat aku kejap dengan mesin gun doktor ni. huih, kalo cabut gigi graham tu, lagi la terencat terus gamaknya. huh !! 

banyaknye palam dia. gigi aku xde macam ni oke.
ini ilustrasi semata-mata. lebih kurang je. ekeke
klinik kerajan tu best taw. xramai orang pun, sebab on that day hanya yang berappointment je akan dilayan. baru betulkan.. pergi² je terus masuk bilik jumpe doktor, bayar RM 4 je. oke kan ? oke ke? oke kot~ hehe

After layan doktor gigi, aku pergi Persuruhjaya Sukan kat Bukit Jalil..hurmm..xsusah pun nak mencarinye.. ada hal sket.. oke settle di situ. kemudian gerak cari material nak mengadun sijil untuk kelab terchenta. Alhamdulillah settle juga.. kemudian... kembali ke rumahku syurgaku.. layan vitagen. nyummy~ sekarang layan blog jap.. 

Mak bapak, adik-beradik semua pergi buat kerja masing²,ada ke sekolah, ade ke kerjaan, ade ke mengikut mak bapak berdating.. semua tiada di sekitar.. sunyi la puloks~ huhuhu...

putripuzzle : let me be me

Kata-Kata Pujangga


Rasulullah s.a.w bersabda: Kelak akan menimpa umatku penyakit umat-umatku terdahulu, iaitu penyakit sombongkufur nikmat, dan lupa diri dalam memperoleh harta dan bermegah-megah dengan harta. Mereka terjurumus dalam jurang kemenangan dunia, saling bermusuhan, saling iri dengki dan dendam sehingga melakukan kezaliman. (Hadith Riwayat Al-Haakim)

"Semulia-mulia manusia ialah siapa yang mempunyai adab, merendahkan diri ketika berkedudukan tinggi, memaafkan ketika berdaya membalas dan bersikap adil ketika kuat" -Khalifah Abdul Malik bin Marwan

Ambillah kebaikan dari orang yang mempunyai kebaikan dan tinggalkanlah keburukan yang ada pada orang yang mempunyai keburukan.

Latihlah diri kita untuk membalas dengan kebaikan kepada orang-orang yang telah berbuat keburukan kepada kita.


Belajarlah menahan diri dari selalu ingin melihat jasa dan kebaikan sendiri. Orang yang ikhlas itu bijak menyembunyikan kebaikannya sebagaimana dia menyembunyikan keburukannya.

Tidak ada sesuatu yang lebih baik daripada akal yang diperindah dengan ilmu, ilmu dengan kebenaran, kebenaran dengan kebaikan, dan kebaikan dengan taqwa.

Orang yang beriman itu mempunyai upaya untuk mengajak kepada kebaikan, mengajak kepada perkara-perkara yang akan mendekatkan kepada Allah dan melarang dari perbuatan yang tidak disukai Allah.

Musthafa Assibai berkata: Setengah pintar yang disertai tawadhu (rendah hati) lebih disenangi oleh hati manusia dan lebih bermanfaat bagi masyarakat dibandingkan dengan kecerdasan dan kepandaian yang tinggi yang disertai dengan kesombongan.

putripuzzle : let me be me

Devotees - Mahar Cinta



Andainya dapat engkau mendengarkan
Suara di hatiku melagukan rindu
Kiranya engkau mampu mentafsirkan
Setiap bait kata-kata yang terucap

Pasti dirimu kan memahami
Harapan kasih yang terbina
Sekian lama di sudut hatiku
Hanyalah untukmu

Bukanlah aku sengaja
Melindungi rasa di jiwa
Namun bimbang diri kan terleka
Hanyut dibuai angan dan mimpi indah
Hingga terabai segala cita
Sedang khayalan tak menjanjikan
Segunung kebahagiaan
Sebagai mahar hantaran

Apakah mungkin engkau mengerti
Setiap cinta yang dilafazkan
Bukanlah sekadar mainan
Tetapi sebuah janji

Andainya dapat engkau mendengarkan
Suara dihatiku melagukan rindu
Kiranya engkau bias mentafsirkan
Setiap bait kata-kata yang terungkap

Pasti dirimu dapat melihat
Rahsia kasih yang terpendam
Sekian lama di sudut hatiku
Hanyalah untukmu
Selamanya..


**Kerana cintaku pada Penciptamu 
melebihi cintaku padamu...
Cinta lillahi taala ~ InsyaAllah...

putripuzzle : let me be me

Unic - Lafaz Yang Tersimpan



Luluh hatiku yang sayu
Menatap wajahmu tenang dalam lena
Kasih zahirkan laku
Sedangkan bibirku jauh dari lafaznya

Dan raut tuamu membekas jiwaku
Meredakan rindu mendamaikan kalbu
Tak mungkin kutemu iras sentuhanmu
Biarpun kuredah seluruh dunia
Mencari gantimu

Betapa sukarnya menyusun bicara
Meluahkan rasa menuturkan sayang
Kasih yang terlimpah hanya sekadar tingkah
Cuma ungkapan kebisuan yang
melindungkan kalimah rahsia

Masih kubiarkan waktu
Melarikan lafaz kasihku padamu

Mengapakah sukar menyusun bicara
Meluahkan rasa menuturkan sayang
Kasih yang terlimpah hanyalah sekadar tingkah
Cumalah ungkapan bisu kalimah rahsia

Apakah yang hilang andai dilisankan
Bait penghargaan penuh kejujuran
Tak mungkin terlihat cinta yang merona
Jika hanya renungan mata yang bersuara
Bukan tutur kata

Tiada lagi ertinya pengucapan
Andai akhir nafas di hujung helaan
Sebelum mata rapat terpejam
Usah biar kehilangan
Menggantikan lafaz yang tersimpan


p/s : sangat suka lirik lagu ni..
sebab.. banyak sangat sebabnya...

putripuzzle : let me be me