30 November 2014

Sizzling Spaggeti Chicken Chop


Sizzling Spagetti Chicken Chop RM 12.60 + tax RM 0.77 = RM 13.40

Hari Jumaat minggu lepas, pergi window shopping di Aeon Taman Maluri, Cheras. Makan menu ini di food courtnya. Sedap. Cik Puan Aniz bagi 4 bintang!! nyum nyum nyum..Baru-baru ni ingat nak repeat lagi, sangat dukacita kedainya dah tutup. Kecewa. Apa boleh buat. Jangan mengidam sudah. Baby kwai ha~ huhuhuhu 

13 November 2014

Bila harta kesayangan hilang


R E D H A
Hari Selasa (11 November 2014), malam dah baru perasan gelang emas kesayangan hilang. waaaa....cari cari tak jumpa kat sekitar rumah. kelam dunia sekejap. takut nak bagitau hubby sebab gelang tu dia yang belikan. Present sebab beranakan Aina. Pukul 10 malam baru perasan gelang tu dah tak ada kat tangan. Sedihnya aku...

Sampai office cuba cari lagi. Tanya mak cik cleaner, tanya pak guard.. tanya kawan-kawan.. tapi tetap tak jumpa..

Tak ada rezeki. Beberapa hari kemudian terpaksa gagahkan diri bagitau hubby yang gelang emas tu hilang. Nasib baik hubby tak marah. Tapi hubby kata lepas ni tak payah dah beli gelang emas. waaaa statement hubby sangat tak boleh terima ok. Terpaksa telan juga statement itu untuk mengelakkan kekecewaan yang menggunung tinggi. Lepas ni kena pepandailah bodek hubby. huuuuu~

InshaaAllah kalau ada rezeki aku, jodoh dengan gelang emas tu kuat akan jumpa juga suatu hari nanti. Itu harapan aku. Atau mungkin Allah nak gantikan dengan yang lebih baik. Siapa tahukan. Pasti ada hikmah di atas segala yang terjadi. Bersangka baik dengan Allah, redha. InshaaAllah ada kebaikkan untuk aku.