27 January 2012

Persiapan Raja Sehari - Tangga 2

huhu~ sekejap je masa berlalu.. dah nak masuk 2 bulan jadi tunangan org..
Persiapan so far so good. Ade murah rezeki. Alhamdulillah. Allah swt permudahkan rezeki orang berniat baik; membina masjid..

1) Dewan & Katering
dewan dah tempah
katering, ayah akan carikan

2) Pelamin
dah bayar deposit

3) Busana Pengantin
    -- Baju Sanding (dah booking)
    -- Baju Nikah (dah pegi tempah)

4) Kad Kahwin & Bunting
dah tempah

5) Fotografi (otw)

6) Door Gift (pepandai sendirila nak sediakan, ngee~)

7) Dokumen untuk berkahwin
Selain daripada borang nikah, anda perlu menyediakan beberapa dokumen dokumen penting yang perlu disertakan sekali semasa menghantarkan borang nikah anda. Berikut adalah satu senarai semak dokumen dokumen penting yang anda boleh ikuti bagi warganegara Malaysia sahaja ok :

a. SALINAN KAD PENGENALAN
b. SALINAN KAD PENGENALAN 2 ORANG SAKSI
c. SALINAN SIJIL KURSUS PRA PERKAHWINAN (Diiktiraf oleh JAKIM / JAIS / JAWI / JAIN).
d. SALINAN BORANG PERMOHONAN 1C (Jika permohonan nikah luar daerah / Negeri / Negara ).
e. SURAT PENGESAHAN MASTAUTIN PEMOHON DARIPADA PENGHULU / KETUA KAMPUNG /NAZIR MASJID / PENGERUSI JKKK / PENGERUSI J / K PENDUDUK TAMAN PERUMAHAN.
f. BORANG KELULUSAN BERKAHWIN / SURAT KEBENARAN BERKAHWIN BAGI LELAKI.
URAT PERAKUAN / PENGESAHAN / AKUAN SUMPAH NIKAH IBUBAPA (Jika perempuan anak sulung atau wali adalah abang lelaki yang sulung).
g. SURAT WAKALAH (Jika Wali tidak dapat hadir semasa akad nikah).
h. SURAT PERAKUAN / AKUAN SUMPAH KEMATIAN WALI (Bapa).
i. SURAT ATAU KAD PERAKUAN ISLAM DAN SALINANNYA. (Jika pemohon Saudara Baru).
j. SURAT KELULUSAN DARI KAGAT / PDRM. (Jika pemohon anggota Tentera / Polis).
k. SURAT PERAKUAN CERAI / KEMATIAN PASANGAN DAN SALINANNYA. (Jika pemohon Janda).

putripuzzle : let me be me

18 January 2012

Hari Lahir ke-25


Aku dah tua.. hum, dah suku abad. Alhamdulillah masih bernyawa hingga kini. Hari ni kat office semua wish for my birthday. Kak Fiza belanja makan tengahari. Lamb Chop. nyummy~ Sambutan ala kadar. tak berapa happy sebab my fiancee lupe my birhtday. Sedih. How could him forget my special day. Bila nak marah lelebih, pikir balik, bukan la ape sgt. tapi sshnye nak terima kenyataan  die lupa !!! 

putripuzzle : let me be me

16 January 2012

Dad's Birthday..


Today is my father birthday. Now he turn up to 54 years old~ as last year I made siakap steam asam boi for his dinner and maybe tonight I should make something too. huhu~ xtaw nak present ape kt bapak. but all I knew is I  L O V E  Y O U, B A P A K !! mwah² !! ♥

putripuzzle : let me be me

Bila Air Tiada...

huhuhu~ paip air pecah kat blok aku. pakat xde air semuanye. ramai org p keluar menumpang tido umah orang lain. aku ingat nak macam tu jugak tapi kesian kat mak aku. xde org nak tolong die angkat air nanti. balik ni aku berazam nak penuhkan kolah bilik air kat umah tu. seksa betul bile xde air. biar xde elektrik dari xde air.. tapi kalau blh xnak la xde mane² satu pun sbb kedua²nye penting kot~

dengan kejadian ni barula ber pengalaman mandi kat masjid malam td. angkutlah adik² sama. kakak aku die dah selamatkan diri dgn xbalik ke rumah. pandai dienye an !! untung le blh tido kat office. aku la y x berapa nak untung. ni pun dtg kerje mandi cincai ala² bujang lapuk je. huh~ tragis ok. 

sekian..
putripuzzle : let me be me

10 January 2012

Resepi Cupcake

ok x kalo buat cupcake as door gift wedding? humm.. resepi dah cari, macam mudah. ape pun kene test buat sendiri dulu. hope hasilnye memberangsangkan so dapatlah kwn² dan sedara-mara merasa cupcake buatan pengantin nanti. hihi.. 


Bahan-bahan (18 – 20 papercups medium size)
300g tepung
350g gula
½ cawan serbuk koko
1½ sdk soda bikarbonat
½ cawan butter
2 sdk esen vanilla
1 ½ cwn susu segar
* 2 biji telur

Cara-cara
Panaskan oven 180C. Campurkan ke semua bahan (kecuali *) dalam bekas mixer. Pukul dengan kelajuan rendah hanya untuk bg campuran itu sebati. Kemudian pukul dgn kelajuan tinggi lebih kurang selama 2minit. Lepas itu tambah telur dan pukul lg dgn kelajuan tinggi selama 2minit lagi.

Sudukan adunan dalam papercups. Kalau nk cupcakes yang rendah, letak tak sampai ¾ tinggi cups. Yang saya buat ada yg tinggi, ada yg rendah. Bakar selama ±20min gitu atau hingga masak. Suhu oven terpulang pd oven masing2, saya guna 170C.

Bila dah masak boleh diletak topping kalau suka. Topping saya tu: ¼ cwn susu pekat + ¼ cwn serbuk koko + ¼ buku butter. Masukkan smua dlm periuk, panaskn atas api & terus kacau, sekejap aje iaitu bila dah bercampur semua & beku sket trus angkat and sapukan atas cupcake yg telah sejuk. Hias ikut citarasa masing2.

**kejap lagi p cari bahan² n mulakan projek nih.. semoga dipermudahkan urusan. amin.. :)

putripuzzle : let me be me

03 January 2012

Tahun Baru 2012

Selamat datang 2012.. selamat tinggal 2011..


Tahun baru ni aku xkuar ke mana pun. stay insane kat umah je. aku celebrate secara kecil²an dgn MHS. tu pun through phone call.. sama² tgk bunga api tp tgk bunga api kat tempat masing² la. dia tgk bunga api kat Kuching, aku tgk bunga api kat Cheras. itu dia~ but still fun n aku sangat happy. :) ♥

To the rest, aku doakan tahun baru ni membawa sinar y lebih terang dan penuh dgn keceriaan kepada kita semua. Sama² menuju kejaya. Solat jangan tinggal. Senyuman pun jgn lekang dari muka kita. boleh x? hehe.. InsyaAllah... Peringatan utk diri aku juga.. Amin..

putripuzzle : let me be me