10 January 2012

Resepi Cupcake

ok x kalo buat cupcake as door gift wedding? humm.. resepi dah cari, macam mudah. ape pun kene test buat sendiri dulu. hope hasilnye memberangsangkan so dapatlah kwn² dan sedara-mara merasa cupcake buatan pengantin nanti. hihi.. 


Bahan-bahan (18 – 20 papercups medium size)
300g tepung
350g gula
½ cawan serbuk koko
1½ sdk soda bikarbonat
½ cawan butter
2 sdk esen vanilla
1 ½ cwn susu segar
* 2 biji telur

Cara-cara
Panaskan oven 180C. Campurkan ke semua bahan (kecuali *) dalam bekas mixer. Pukul dengan kelajuan rendah hanya untuk bg campuran itu sebati. Kemudian pukul dgn kelajuan tinggi lebih kurang selama 2minit. Lepas itu tambah telur dan pukul lg dgn kelajuan tinggi selama 2minit lagi.

Sudukan adunan dalam papercups. Kalau nk cupcakes yang rendah, letak tak sampai ¾ tinggi cups. Yang saya buat ada yg tinggi, ada yg rendah. Bakar selama ±20min gitu atau hingga masak. Suhu oven terpulang pd oven masing2, saya guna 170C.

Bila dah masak boleh diletak topping kalau suka. Topping saya tu: ¼ cwn susu pekat + ¼ cwn serbuk koko + ¼ buku butter. Masukkan smua dlm periuk, panaskn atas api & terus kacau, sekejap aje iaitu bila dah bercampur semua & beku sket trus angkat and sapukan atas cupcake yg telah sejuk. Hias ikut citarasa masing2.

**kejap lagi p cari bahan² n mulakan projek nih.. semoga dipermudahkan urusan. amin.. :)

putripuzzle : let me be me

No comments:

Post a Comment

Terima kasih kerana menyokong blog ini.
Keep in touch ya..
:)