18 October 2019

QAISSA SUIT.. ironless, cepat, mudah dan yang paling penting nampak sweet dan elegan giteww~


🍄 QAISSA SUIT 🍄

Baju Loose Cutting

Mudah ambil wuduk

Material yang tak perlu nak iron. (IRONLESS )

Material MONACO CREPE(memeri) dan MOSS CREPE

8 pilihan warna yang memukau

Size XS, S, M, L, XL, 2XL, 3XL, 4XL, 5XL

Material yang sangat sesuai untuk travel


NORMAL PRICE : RM 189 SEHELAI

HARGA PROMOSI

RM 69.00 SEHELAI
RM 69.00 SEHELAI
RM 69.00 SEHELAI

JIMAT RM 120.00 !!!

Wasap kami laju-laju nah, stok cepat licin tau. barang baik haa
http://nhj.wasap.my/qaissasuit

(MOSS CREPE)
1. EMERALD GREEN
2. CHERRY PINK
3. MAROON
4. BLUE GRAY
5. BLACK
6. LIGHT GRAY
7. DARK GRAY
8. DARK PURPLE

(MONACO CREPE)
1. ROYAL BLUE (Limited)

WARNA YANG TELAH SOLD OUT

1. Navy Blue
2. Cherry Pink
3. Emerald Green
4. Purple
5. Tumbleweed
6. Olive
7. Ruby Red
8. Navy Blue

Kemaskini stok: 18.10.2019

19 September 2019

Pes Masakan


1. RESEPI PES SAMBAL TUMIS

Bahan-bahan

Bawang besar 2 biji
Bawang besar 2 biji (hiris bulat)
Bawang putih 5 ulas
Cili kering 4 genggam (potong, rebus, basuh, kisar)
Asam jawa
Garam, gula, perasa

Cara-cara

1. Tumis semua serentak sampai pecah minyak dan naik bau.

2. Masukkan asam jawa, garam, gula, perasa dan hirisan bawang. (seimbangkan rasa)

3. Apabila siap, biarkan sejuk. Boleh bekukan.

4. Bila nak makan nanti boleh defrost dan goreng ikan bilis untuk masukkan ke dalam sambal tumis itu. Boleh juga digunakan untuk memasak mee goreng, bihun goreng, dan sebagainya.

2. RESEPI PES ASAM PEDAS

Bahan-bahan

Bawang besar 3 biji
Bawang putih 6 ulas
3 inci halia
2 batang serai tetak
Seikat daun kesum
1 sudu besar halba
Cili kering 4 genggam (potong, rebus, basuh, kisar)
Asam jawa
Garam, gula, perasa.

Cara-cara

1. Macam biasa, panaskan minyak terlebih dahulu. Kemudian, masukkan halba, serai & terus tumis lada sampai pecah minyak dan naik bau,

2. Masukkan pati asam jawa, garam, gula, perasa dan daun kesum. Masak dalam 3 minit lagi.

3. Bila dah siap, sejukkan sekejap dan boleh dibekukan.

4. Bila nak guna, defrost dan masukkan ayam / ikan, bendi, tomato, atau air asam lagi (nama pun asam pedas, mestilah masam baru kaw!)

3. RESEPI PES TOMYAM MERAH

Bahan-bahan

Bawang Merah 10 biji*
Bawang besar 5 biji*
Bawang putih 5 ulas*
Segenggam cili kering* (tak perlu rebus, terus masukkan dalam blender)
Cili api 10 biji* (optional)
Lengkuas 1 inci*
Halia 3 inci*
Serai 5 batang*
Daun limau purut 5-6 helai*
5 biji air limau purut (semasam yg anda mahu)
Sos ikan (nam pla)

Cara-cara

1. Tumis semua bahan bertanda * di atas kecuali air limau purut dan sos ikan.

2. Bila dah naik bau dan pecah minyak, baru masukkan air limau purut dan sos ikan nam pla.

3. Akhir sekali, perasakan dengan garam, gula bersama 1 sudu serbuk perasa (Saya guna Maggi Cukup Rasa sebagai pengganti kiub).

4. Dah siap, macam biasa boleh bekukan dalam freezer.

5. Bila nak makan, didih pes ini bersama air dalam periuk, masukkan ayam / daging / seafood / sayur-sayur, dan tabur daun ketumbar.

Tips: Kalau nak tomyam yang betul-betul pekat, blender tomato menjadi pes dan masukkan ke dalam tomyam. Kalau nak buat tomyam kungfu, masukkan susu pekat 3 sudu.

4. RESEPI PES TOMYAM PUTIH

Bahan-bahan

Bawang Merah 10 biji*
Bawang besar 5 biji*
Bawang putih 5 ulas*
Cili Api 10 biji (tetak)*
Lengkuas 1 inci*
halia 3 inci*
Serai 5 batang*
Daun limau purut 5-6 helai*
5 biji Air limau purut/( semasan yg anda mahu)
Sos ikan(nam pla)

Cara-cara

1. Tumis semua bahan bertanda * di atas kecuali air limau purut dan sos ikan.

2. Bila dah naik bau dan pecah minyak, baru masukkan air limau purut dan sos ikan nam pla.

3. Akhir sekali, perasakan dengan garam, gula bersama 1 sudu serbuk perasa (Saya guna Maggi Cukup Rasa sebagai pengganti kiub).

4. Dah siap, macam biasa boleh bekukan dalam freezer.

5. Bila nak makan, didih pes ini bersama air dalam periuk, masukkan ayam / daging / seafood / sayur-sayur, dan tabur daun ketumbar.

Tips: Kalau nak tomyam kaw, masukkan susu pekat 3 sudu.

5. RESEPI PES RENDANG AYAM

Bahan-bahan

Bawang besar 5 biji
Bawang kecil 10 biji
Bawang putih 6 ulas
Halia 3 inci
Lengkuas 2 inci
Kunyit hidup 2 inci(optional)
6 batang serai
2 gengam Cili kering(xperlu rebus ,masuk terus dlm blender)
Santan 2 kotak harmoni
Daun kunyit dan daun limau purut hiris halus.

Cara-cara

1. Blend dan tumis semua bahan di atas sampai pecah minyak dan naik bau.

2. Masukkan santan, garam, gula, perasa, daun limau purut, dan daun kunyit.

3. Dah siap, macam biasa boleh bekukan dalam freezer.

4. Bila nak makan, ambil pes dan masukkan dalam kuali dengan air secawan. Masukkan ayam, masak sampai kering atau hingga ayam empuk.

6. RESEPI PES SUP

Bahan-bahan

Bawang besar 5 biji
Bawang kecil 10 biji
Bawang putih 6 ulas
Halia 5 inci
6 batang serai
6 sudu besar Rempah sup faezah
Rempah 5 sekawan (optional)

Cara-cara

1. Blender semua bahan kecuali rempah 5 sekawan.

2. Tumiskan rempah 5 sekawan terlebih dahulu. Kalau yang suka light soup, tak payah gunakan rempah ini ya. Kemudian dah naik bau, bolehlah masukkan bahan blender tadi. Tumis hingga pecah minyak.

3. Masukkan rempah sup yang dibancuh dengan sedikit air dan tumis lagi 2 minit. Akhir sekali, perasakan dengan garam gula dan perasa.

4. Siap. Bekukan.

5. Bila nak makan, ambil pes dan masukkan dalam kuali. Masukkan air seperlunya dan tambahkan ayam segar dan sayur pilihan. Boleh dimakan dengan nasi putih, bihun, mee, soto nasi, atau wantan.

7. RESEPI PES KARI

Bahan-bahan

Bawang besar 5 biji*
Bawang kecil 10 biji*
Bawang putih 6 ulas*
Halia 5 inci*
6 sudu besar Rempah kari daging Faezah (Pek kuning)*
Rempah 5 sekawan
1 sudu halba

Cara-cara

1. Blender semua bahan kecuali rempah 5 sekawan.

2. Tumiskan rempah 5 sekawan terlebih dahulu. Kalau yang suka light soup, tak payah gunakan rempah ini ya. Kemudian dah naik bau, bolehlah masukkan bahan blender tadi. Tumis hingga pecah minyak.

3. Masukkan rempah sup yang dibancuh dengan sedikit air dan tumis lagi 2 minit. Akhir sekali, perasakan dengan garam gula dan perasa.

4. Siap. Bekukan.

5. Bila nak makan, ambil pes dan masukkan dalam kuali. Masukkan air, asam jawa dan tambahkan ayam / daging / ikan segar bersama sayur pilihan. Boleh juga dibuat makan dengan mee kari. Bubuh ayam yang dipotong kecil.

MUDAH KERJA!
Menurut Puan Asrimah, beliau boleh menjimatkan masa hingga 4 jam memasak dengan membuat persediaan ini. Senang sangat, lebih-lebih lagi dalam bagi supermom yang selalu sibuk!

Selamat memasak!

Sumber SirapLimau dan resepi asal Asrimah Bakri 

18 September 2019

Cosway & Sendayu Tinggi


Boleh pakat-pakat pakai ya nombor ahli ini untuk dapatkan harga ahli. ❤

Segmen 24 Jam Bloglist #34 Mialiana.com


 
 
 


Pencarian bloglist bagi bulan Oktober, November dan Disember 2019 di Mialiana.com bermula pada hari ini, 18 September 2019, iaitu tepat jam 11.30 pagi sehingga hari esok, 11.30 pagi 19 September 2019. Semua dijemput join.
 

 Syarat-syaratnya :
 
  1. Follow blog Mialiana.com dan Like Fanpage Mialiana.com
  2.  
  3. Buat entri bertajuk Segmen 24 Jam Bloglist #34 Mialiana.com
  4.  
  5. Copy codi yang telah disediakan dan paste kan ke dalam ruangan HTML dan Publish entri.
  6. Tinggalkan URL entri anda ke dalam ruangan komen INI

  7. 10 blog yang bertuah akan dipilih secara manual dan kepada yang terpilih nanti diminta agar memasukkan blog Mialiana.com ke dalam bloglist mereka juga. Keputusan pemenang akan diumumkan pada 30 September 2019.

    ** jom support Mia Liana....

Kenangan Mengandung Anak Ketiga

Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Semoga kita semua baik-baik saja noh. 
Kali ni kami update gambar masa mengandung. Saja buat kenangan anak cucu cicit. hee~ Gambar mengandung anak pertama dan anak kedua tak tahu lah gambar ke mana. Yang no tiga ni baru lagi so kita abadikan kat sini. 

4 bulan menapak ke Alamanda 

Membesar dengan jayanya. Berat sebelum mengandung 57kg. Last timbang 36 minggu tu, 81kg hampa. Lebih kurang 24kg naik. Nasib tak kena kencing manis ka apa. huh 

Memang sejenis king kong masa mengandung. Pastu gigih, kus semangat nak mengurus balik. Dah agak kurus termengandung balik. Sejenis tak makan pil perancang. Pasrah. hee



5 Bulan masa ni dekat Presint 2, Restoran Umai sebelah Monumen Wawasan. Sempena farewell KUI Dato Tan. Bergumbira makan memacam oi~ 

Bila mengandung kita boleh makan lebih sikit dari orang lain dan yang lain redho je sebab mak yong kan. Konon makan untuk baby sekali la tuu. hehehe

5 bulan dah besar perut cam 7 bulan ok. 

Meriah sambut birthday ke 23 tahun kikiki, dengan muka kembang semangkuk padahal baru 5 bulan lebih. Terima kasih warga kerja UI, KKM. Walaupun dapat botol Tupperware, saya hargai gitewww~

7 bulan ke Tanjung Dawai, Kedah.

Ayah pencen bulan 1, 2018. Bulan 3 baru settle pindah rumah dari Cheras ke Sungai Petani, Kedah. Terima kasih Cheras, lebih 10 tahun menimba pengalaman di situ. Kita berhijrah ke SP pula. Ada la kampung baru, terus jadi orang Kedah kita.

Sarat 9 bulan@36 minggu. 

Nak juga menapak ke Tugu Negara. Dah dok lalu ja, kita singgah p la. Kebetulan adik duduk dekat Bukit Aman. 

Tempat tu cantik, lapang, tarikan pelancong, Tugu Negara. 
Rasa semangat lain macam tengok tugu itu. Rasa apalah sangat pengorbanan nak beranak ni. Sama-sama jihad untuk orang lain. Semoga anak-anak membesar memberi manfaat kepada masyarakat. InshaaAllah.

38 minggu kita p jalan Pulapol Ayer Hitam, Negeri Sembilan.

Gigih jalan juga walau mak, mak mertua kata tak pergi pun tak pa, rehat kat rumah, dah sipi-sipi tunggu hari.. tapi kita ni jenis suka jalan kan.. mana maunya dok rumah gitu ja. Jadi sampailah ke sini. Seronok@terharu tengok semangat anak-anak muda, selamat tauliah jadi polis dah. Adik ipar pun sama tauliah tapi tak sempat nak ambil gambar bersama. Mana sempat je la. 

Sekian, kenangan mengandung anak ketiga. 
Anak ke-4 dan yang akan datang.. tak tahu lagi muncul ke tidak. Allah kata ada, ada la. gitu~ InshaaAllah.

13 September 2019

Air Supply - Making love out of nothing at all


I know just how to whisper
And I know just how to cry
I know just where to find the answers
And I know just how to lie
I know just how to fake it
And I know just how to scheme
I know just when to face the truth

And then I know just when to dream
And I know just where to touch you
And I know just what to prove
I know when to pull you closer
And I know when to let you loose
And I know the night is fading
And I know the time's gonna fly
And I'm never gonna tell you everything I've gotta tell you
But I know I've gotta give it a try

And I know the roads to riches
And I know the ways to fame
I know all the rules and then I know how to break 'em
And I always know the name of the game
But I don't know how to leave you
And I'll never let you fall
And I don't know how you do it
Making love out of nothing at all
Out of nothing at all, out of nothing at all
Out of nothing at all, out of nothing at all
Out of nothing at all
Making love out of nothing at all

Everytime I see you all the rays of the sun are
Streaming through the waves in your hair
And every star in the sky is taking aim at
Your eyes like a spotlight
The beating of my heart is a drum, and it's lost
And it's looking for a rhythm like you
You can take the darkness at the pit of the night
And turn into a beacon burning endlessly bright
I've gotta follow it 'cause everything I know
Well, it's nothing 'til I give it to you

I can make the runner stumble
I can make the final block
I can make every tackle at the sound of the whistle
I can make all the stadiums rock
I can make tonight forever
Or I can make it disappear by the dawn
I can make you every promise that has ever been made
And I can make all your demons be gone
But I'm never gonna make it without you
Do you really want to see me crawl
And I'm never gonna make it like you do
Making love out of nothing at all
Out of nothing at all, out of nothing at all
Out of nothing at all, out of nothing at all
Out of nothing at all, out of nothing at all
Out of nothing at all, out of nothing at all
Out of nothing at all, out of nothing at all
Out of nothing at all, out of nothing at all
Out of nothing at all, out of nothing at all
Out of nothing at all
Out of nothing at all, out of nothing at all
Out of nothing at all, out of nothing at all

Source: LyricFind
Songwriters: James Richard Steinman

12 September 2019

Kurung bercorak yang so sweet

ZALIA Kurung
(Batch 1)

CUTTING MINI KURUNG
9 CORAK TERKINI DAN TRENDY
MOSS CREPE
TIDAK PERLU IRON
SEJUK DAN SELESA
KAIN FULL GETAH
SIZE BERMULA XS-5XL

Harga asal: RM159/spsg
HARGA PROMOSI : RM79/spsg

XS-3XL:RM79
4XL-5XL:RM84


Awal-awal production ada 8 pilihan corak tapi ada yang dah sold out. Laku keras design corak Sabella ni. Keluar je dah kena borong. So yang ada pun macam pisang goreng jualan dia. Siapa cepat dia dapat.

Apa-apa nak tanya, info tentang Zalia Kurung, boleh wasap kami terus nah. Trusted seller. 

CREAM
-Sold Out-

MAROON
-Sold Out-

WHITE
-Sold Out-

DUSTY PINK

ROYAL BLUE

PINK

Stok tak banyak dah, boleh wasap kami nak saiz apa. Nanti kita deal sampai jadi. Baju selesa, harga berpatutan dan mampu milik. Kalau tak sedap pakai, kami pun tak berani nak rekemen kat orang ramai. kan~


Makeup is my hobby


1st try buat full makeup. Throwback je mampu. Makeup skill ada upgrade sikit, tinggal p kelas makeup advanced je untuk dapatkan certificate. Then baru berani nak ambil job makeup orang untuk any event. Sekarang ni makeup syok sendiri je dgn kawan2 office, sedara mara. Belanja topeng gitu~ Lepas ni xdela free2 ni.. mesti lah nak pulangan kan. InshaaAllah.

So sapa yang nak kita try free makeup dgn kami hello2 nah.. Kasi jadi. hee 

Masa nak buat full makeup tu, gigih beli concealer bagai. Bersemangat sebab baru lepas atend class basic make up. So inilah hasilnya. Wowwi jugakla. #perasan

Model pun pakai muka adik saja. Adik cakap sabar jela tadah muka berejam.. Tahan telinga jela bila adik tanya lama lagi ke %^$^%$&$#!@

Krik krik krik kan jelaa hahaha


Share gambar ni dengan group wasap makeup basic class tu, sifu cakap okla utk beginner, cuma hidung terelbih shading, kena blend bagi elok soft sikit lagi..

Minat sangat conteng2 muka, jadi kami give it try la. Berangan dulu kot boleh jadi mua ke. kikiki

Masa tu xde bulu mata. Jadilah buat acah2. Pastu gigih beli bulu mata plak. Buh kat diri sendiri. Adik kami p trainning polis dah pun. 


Terus pasang bulu mata palsu.. asal lekat je. hee~ on tak on...? Jadilah makeup ala2 nude kononnya.. Belajar makeup basic tahun 2017, sekarang baru nak haptodate sangat oii. Harap tak basi lagi la cerita zaman makeup kami yang baru nak up ni. :)

Sekian.

20 August 2019

Menu Diet (1)

Tak senang nak kurus. Kena usaha sikit. Pelan-pelan kayuh kami pun. Cerita journey kurus kami boleh baca kat entry ni ok. Bukan la journey sangat pun, intro ja haa~

Kami share menu diet biashe-biashe sajo. Tak de la betul2 ikut diet nutrisi tepat sebab kami bukan pakar nutrisi. Agak-agak jela hehehe

Daging perap rempah berkasih sayang dengan sos cili kau jangan kedekut

Snacking wajib kat office. Badam, cheesnut dengan walnut.

Menu makan malam. 
Daging perap rempah beli kat Cosway dengan timun jepun mati, sos tinggal tak mati.

Lunch
Sempat bawa salad ja, pastu p cafe beli tempe ikan bilis. jadi la bat wrap tengah hari. haa

Air green tea ni wajib la pepetang bagi hilang dahaga gitew

Menu tengah hari kat kedai makan. nyum nyum nyum 👍

Telur separuh masak dengan lada dan garam sikit

Menu full satu hari

Keledek manis dan dada ayam gril, timun jepun dan salad

nasi, ayam gril, apple, timun jepun

breakfast malasan
roti wholemeal, timun jepun, telur halfcook

makan kat kedai, cari ikan bakar dengan ulaman sahaja, air kosong behind the scene

breakfast roti wholemeal, susu dan oren

yang ni dari ayamas. sedap wei. recommended. very healthy

menu paling malas untuk lunch hehehe
kobis bunga, telur rebus, salad, limau nipis

telur sebiji, sata ikan, salad, lada sulah

ikan siakap stim penuh masam manis kehidupan

ikan tenggiri gril, sayur tauge kot, salad, baby tomato, sos yogurt madu minyak bijan lemon. sedap oo

sup ayam suci murni

Baked bean, carrot & dada ayam gril, timun jepun fav ever untuk lunch. 
Breakfast halfcook egg.

Banyak lagi menu nak share ni, nanti kita share lagi. haa menu simple2 dan affortable.

02 August 2019

Balik Kampung Raya Pertama di Sungai Petani, Kedah.

Tahun 2019, keluarga kecil aku beraya di Sungai Petani. Kami pilih tema mustard, brown untuk raya pertama. Baju raya aku tempah kat Sakinah Collection. Jimat dan jahitan kemas. Aku suka, boleh repeat lagi order lepas ni.


Tangkap gambar kat taman depan rumah, kawan ayah yg deko. memang kreatif pak cik tu.


Sweet couple sangat


Acah-acah bersemut


saja nak renyih lebih


Family Potrait for Raya 2019


My pakwe forever


Bucuk macham Aimi ngam 1 tahun

Hari raya pertama, kami pergi tangkap gambar kat kedai, 1st time experience. Boria kami satu family pakai warna kuning. Warna-warni baju raya banyak family pun datang nak bergambar keluarga. Meriah pagi raya dekat kedai gambar. Kedai tu tak best sebab service tak memuaskan. 

Lepas tu terus serang ke rumah Tok Su di Bedong. Then, lepak chill kat rumah. 

23 July 2019

Rezeki dari langit


Kek Starbucks

Perantaraannya dari adik bongsu, Fuad. Enam potong kek dari Starbucks. Kenyang aku makan kek minggu tersebut. Suka wei. Sedaaap 💗


 Jagung Manis Pasar Malam Desa Serdang

Favourite sangat. 
Hubby memang tau la fav aku ni, mesti beli tiap kali ke pasar malam. Thank you abg.


Sushi King

Bila adik si Fuad tu dok sini, memang ada je makanan dia bawa balik. Alhamdulillah. Semoga bertambah-tambah rezeki ko Ad.


Whittaker's Almond Gold

Ole-ole Langkawi dari seorang ustaz. Thank you ustaz ingat nak bagi kat saya. Orang lain semua kena bayar ni sebab rajin mengirim so bayar la kan. hahaha 👍