Showing posts with label ibu hamil. Show all posts
Showing posts with label ibu hamil. Show all posts

18 September 2019

Kenangan Mengandung Anak Ketiga

Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Semoga kita semua baik-baik saja noh. 
Kali ni kami update gambar masa mengandung. Saja buat kenangan anak cucu cicit. hee~ Gambar mengandung anak pertama dan anak kedua tak tahu lah gambar ke mana. Yang no tiga ni baru lagi so kita abadikan kat sini. 

4 bulan menapak ke Alamanda 

Membesar dengan jayanya. Berat sebelum mengandung 57kg. Last timbang 36 minggu tu, 81kg hampa. Lebih kurang 24kg naik. Nasib tak kena kencing manis ka apa. huh 

Memang sejenis king kong masa mengandung. Pastu gigih, kus semangat nak mengurus balik. Dah agak kurus termengandung balik. Sejenis tak makan pil perancang. Pasrah. hee



5 Bulan masa ni dekat Presint 2, Restoran Umai sebelah Monumen Wawasan. Sempena farewell KUI Dato Tan. Bergumbira makan memacam oi~ 

Bila mengandung kita boleh makan lebih sikit dari orang lain dan yang lain redho je sebab mak yong kan. Konon makan untuk baby sekali la tuu. hehehe

5 bulan dah besar perut cam 7 bulan ok. 

Meriah sambut birthday ke 23 tahun kikiki, dengan muka kembang semangkuk padahal baru 5 bulan lebih. Terima kasih warga kerja UI, KKM. Walaupun dapat botol Tupperware, saya hargai gitewww~

7 bulan ke Tanjung Dawai, Kedah.

Ayah pencen bulan 1, 2018. Bulan 3 baru settle pindah rumah dari Cheras ke Sungai Petani, Kedah. Terima kasih Cheras, lebih 10 tahun menimba pengalaman di situ. Kita berhijrah ke SP pula. Ada la kampung baru, terus jadi orang Kedah kita.

Sarat 9 bulan@36 minggu. 

Nak juga menapak ke Tugu Negara. Dah dok lalu ja, kita singgah p la. Kebetulan adik duduk dekat Bukit Aman. 

Tempat tu cantik, lapang, tarikan pelancong, Tugu Negara. 
Rasa semangat lain macam tengok tugu itu. Rasa apalah sangat pengorbanan nak beranak ni. Sama-sama jihad untuk orang lain. Semoga anak-anak membesar memberi manfaat kepada masyarakat. InshaaAllah.

38 minggu kita p jalan Pulapol Ayer Hitam, Negeri Sembilan.

Gigih jalan juga walau mak, mak mertua kata tak pergi pun tak pa, rehat kat rumah, dah sipi-sipi tunggu hari.. tapi kita ni jenis suka jalan kan.. mana maunya dok rumah gitu ja. Jadi sampailah ke sini. Seronok@terharu tengok semangat anak-anak muda, selamat tauliah jadi polis dah. Adik ipar pun sama tauliah tapi tak sempat nak ambil gambar bersama. Mana sempat je la. 

Sekian, kenangan mengandung anak ketiga. 
Anak ke-4 dan yang akan datang.. tak tahu lagi muncul ke tidak. Allah kata ada, ada la. gitu~ InshaaAllah.

30 September 2012

Isteri Hamil - Suami Juga Punya Peranan


Berita tentang kehamilan isteri pastinya menggembirakan suami terutama bagi yang pertama kali menjadi bapa. Namun senyuman lebar itu saja tidak cukup untuk membantu isteri yang hamil. Suami juga perlu memainkan peranan supaya isteri dapat menjalani tempoh kehamilan dengan mudah. Sebelum anda merungut dan mengelak, anda perlu tahu bahawa tuntutan ini sebenarnya disokong oleh kajian ilmiah dan bukannya hasil konspirasi ibu hamil.

TRIMESTER PERTAMA (masa penuh emosi)
ketika hamil terdapat banyak perubahan berlaku kepada tubuh isteri dan yang paling menonjol adalah perubahan emosinya. sebabnya adalah kerana kadar estrogen dan progesterone di dalam tubuhnya berubah dan ini tidaklah menghairankan mengapa mood ibu yang hamil sering berubah-ubah. jadi sebagai suami anda mesti pandai pengatur peranan ketika itu supaya bayi anda dapat dilahirkan dengan selamat.

perkara yang dialami isteri

• sering mual dan muntah terutama diwaktu pagi ( morning sickness )
• lekas penat dan mudah mengantuk
• mungkin tiba-tiba meminta atau menginginkan sesuatu yg aneh misalnya makan rojak pukul 2 pagi…( sabar..! sabar..! sabar..! angguk angguk geleng geleng… )
• emosinya cepat berubah,menangis dan berasa tertekan tanpa sebab yang jelas.

perkara yang boleh suami lakukan

• buatkan isteri anda berasa tenang supaya dapat berehat dan tidur secukupnya, contohnya mengusap lembut kepalanya
• bersiap untuk menghadapi ujian untuk mengukur betapa besarnya cinta anda kepadanya. jangan terkejut jika dia meminta sesuatu yang aneh di tengah malam,kalau mampu apa salahnya memenuhi permintaan ibu kepada anak anda!!
• tunjukkan rasa bahagia terhadap janin dalam kandungannya. sapaan seperti “ baby sedang buat apa, usik mama ye “ boleh menjadikan satu sokongan mental yang menyenangkan hati. selain itu ibu hamil perlukan kasih sayang dan perhatianlebih daripada biasa

TRIMESTER KEDUA (masa-masa bahagia)
inilah masanya ibu boleh menikmati waktu kehamilan. anda tidak begitu terseksa berbanding tempoh trimester pertama. waktu ini juga ibu akan dapat merasai gerakan kecil si anak dan juga waktunya suami akan mula merasakan peranannya sebagai calon ayah!

perkara yang dialami isteri

• emosi lebih stabil dan morning sickness makin berkurang
• ibu hamil mula rasakan gerakan anaknya
• merasa bahagia dengan kehamilan
• cukup selesa dengan keadaannya sehingga timbul keinginan menikmati hubungan intim ( khabar baik buat suami ! )

perkara yang boleh suami lakukan

• teruskan sikap penuh pengertian. ibu hamil masih mengalami perubahan emosi yang berkailan dengan kehamilannya
• seboleh mingkin dampingi dah hantarlah isteri tiap kali bertemu doktor
• ajaklah dia kembali menikmati hubungan intim

TRIMESTER KETIGA (takut dan cemas)

perkara yang dialami oleh isteri

• semakin dekat dengan hari bersalin,biasanya isteri akan semakin takut dan cemas
• merasakan penampilannya tidak menarik kerana perubahan bentuk fizikal
• sering mengeluh sakit, sengal, nyilu dan berbagai rasa tidak senang pada tubuh terutamanya pada punggung dan bawah perut kerana bayi semakin membesar
• mengeluh kerana sukar tidur kerana perut yang membesar menyebabkan tidak selesa untuk berbaring ( bayangkan ada orang sedang mengeletek anda didalam perut ketika anda tidur ..kadang2 dia menendang tak kira masa terutama ketika ibu sedang berehat…jika kita bergerak, bayi akan diam sebab pergerakan kita membuai bayi di dalam perut tetapi apabila ibu mula berehat dan tidur..bayi akan semakin aktif)

perkara yang boleh suami lakukan

• bantu pasangan untuk mengatasi rasa cemas dan takut untuk menghadapi proses bersalin. misalnya dengan mengalih perhatian dengan mengajaknya berbelanja keperluan bayi ( huh!!! bab shooping ni,tengah sarat pun sanggup naik turun tangga shooping komplek….)
• pujilah isteri anda bahawa dia tetap cantik dan menarik ( ramai orang yang menjadi bertambah cantik dan berseri2 apabila hamil )
• bantulah meringankan berbagai keluhannya dengan mengurut belakang isteri
• bersiaplah untuk membantu dan menemaninya pada masa isteri sukar tidur. (jangan teruskan menonton bola)

keadaan pasangan anda tidak sama seperti apa yang dialami oleh isteri teman anda, kakak atau nenek anda ketika hamil kerana tubuh setiap wanita adalah berbeza-beza begitu juga dengan reaksi dan perubahan tubuh. apa pun terjadi,bulatkan tekad untuk mendampingi isteri tercinta melalui saat ini.

sumber : http://www.kujie2.com/rumahtangga/isteri-hamil-suami-juga-punya-peranan.html
putripuzzle : let me be me