19 January 2015

Flashback Memori Di Sarawak


Tak tahu la dah kali ke berapa aku terbang ke Kuching ni. Teringin gak nak terbang ke tempat lain seperti Korea, Hong Kong, Jepun dan seangkatan dengannya.. Ntah bila tahun ye.. Malaysia pun tak abis jejak nak jejak oversea. Sangat beranagan mak cik ni. heee-

Tapi apa yang pasti, aku nak jejak ke Kota Mekah dulu sebelum ke negara luar seperti yang dinyatakan. InshaaAllah. Kita hanya merancang. Tuhan juga yang menentukan. Yakin, perancangan Allah swt adalah yang terbaik untuk kita. Setuju-

Disebabkan hubby kerja kat sana so aku terpaksa la fly ke Sarawak (Kuching) bila berduit lebih. Haa~ Sarawak ni macam dah sebati dengan aku. Sejak habis sekolah menengah terus kena melanjutkan pelajaran ke Sarawak (Kota Samarahan) ingat bila habis belajar dah tak dapat nak ke sana lagi. Masa kerja dapat pula peluang kerja luar di Miri. Miri bandar bersih, tak dinafikan. Kalau kat Kuching meriah dengan monumen kucingnya, kat Miri pula meriah dengan swannya. Swan dia lebih kurang besar kucing di Kuching juga. Cantik.  

Terima kasih kat Fazilah, sebab bawa I jejalan on my visit dan bawa I pergi cut my hair. Siap belanja makan ayam penyet dan bagi buah tangan kek lapis. Oh terharu- Walaupun hanya kenal dan berjumpa 3 hari je. Baik kan my friend. Her good deeds will remain in my heart forever. Ingat nak buat cover throwback kenangan kat Miri juga sebab banyak gambar kat sana. InshaaAllah.

Aku : Yang paling latest pergi Kuching pada bulan Jan 2014 aritu..
Dia : Hah latest ke?! Baru sekarang kau nak update?!!!! Pemalas tahap speechless ok.
Aku : Hehehe #aak

Kalau berminat nak baca..
Boleh jenguk kat SINI ye..
Ngeeee~


12 January 2015

Panduan mengira kalori makanan


Mengira kalori yang kita ambil seharian juga boleh menyumbang kepada penurunan berat badan yang seimbang. Kita perlu rajin kira jumlah pengambilan kalori dan kawal mengambilan makanan kita sahaja. Siapa rajin dia akan beroleh manfaat. Selamat mencuba ye. Good Luck!!

Kategori Kuih Muih
1. Kasuiberkelapa parut (sekeping) = 160 kalori
2. Kuih lapis (sekeping) = 130 kalori
3. Bingka ubi (sekeping) = 220 kalori
4. Cekodok Pisang (sebiji sederhana) = 180 kalori
5. Popia goreng (satu) = 130 kalori
6. Popia basah (satu) = 95 kalori
7. Pisang goreng (sekeping) = 170 kalori
8. Kek biasa tanpa krim (sepotong) = 87 kalori
9. Karipap (sebiji) = 130 kalori
10. Sandwich sardin (sekeping) = 70 kalori
11. Bubur kacang (semangkuk) = 100 kalori

Kategori: Lauk Pauk
1. Ikan kembong kari berkuah (seekor) = 85 kalori
2. Ikan tenggiri goreng bercili (sepotong) = 142 kalori
3. Ikan kembong goreng (seekor) = 140 kalori
4. Ikan senangin masam manis berkuah (sepotong) = 210 kalori
5. Daging lembu kari berkuah (2 kotak mancis) = 130 kalori
6. Ayam kari berkuah (sepotong) = 250 kalori
7. Ayam goreng (sepotong) = 255 kalori
8. Ayam tandoori (sepotong) = 220 kalori
9. Sambal udang (setengah cawan) = 70 kalori
10. Sambal sotong (setengah cawan) = 55 kalori
11. Telor goreng (sebiji) = 110 kalori
12. Taukua goreng (sekeping) = 110 kalori
13. Kacang panggang dalam tin (2 sudu makan) = 40 kalori

Kategori: Makanan Rutin
1. Nasi putih (satu setengah cawan) = 260 kalori
2. Nasi lemak bersambal (sepinggan) = 400 kalori
3. Nasi goreng bertelur (sepinggan) = 635 kalori
4. Nasi briyani berayam (sepinggan) = 880 kalori
5. Nasi minyak kosong (sepinggan) = 445 kalori
6. Nasi ayam kosong (sepinggan) = 300 kalori
7. Mee goreng kosong (sepinggan) = 660 kalori
8. Mee sup (semangkuk) = 380 kalori
9. Mee hoon goreng (sepinggan) = 550 kalori
10. Roti putih (2 keping) = 156 kalori
11. Roti canai kosong tanpa kuah (sekeping) = 200 kalori
12. Capati tanpa kuah (sekeping) = 180 kalori
13. Pau ayam (sebiji) = 203 kalori
14. Emping jagung kosong (secawan) =160 kalori

 Kategori: Makanan Segera
1. Peha ayam goreng (satu) = 130 kalori
2. Nugget ayam (satu) = 60 kalori
3. Kentang lecek (satu tub kecil) = 90 kalori
4. Sayur kobis hancur (satu tub) = 75 kalori
5. Burger keju (satu) = 425 kalori
6. Kentang goreng (satu kantung kecil) = 405 kalori
7. Sate ayam (secucuk) = 35 kalori
8. Pizza berkeju (sepotong) = 240 kalori

 Kategori: Buah-buahan
1. Tembikai (sepotong) = 20 kalori
2. Betik (sepotong) = 45 kalori
3. Pisang emas (2 biji) = 76 kalori
4. Durian (5 ulas) = 64 kalori
5. Limau (sebiji) = 42 kalori
6. Jambu batu (sebiji) = 110 kalori
7. Nenas (sepotong) = 59 kalori
8. Epal (sebiji) = 63 kalori
9. Ciku (sebiji) = 44 kalori
10. Mangga (sebiji) = 103 kalori

Kategori: Minuman
1. minuman berkabonat 1 tin 285g - 120 kal
2. minuman kotak 250g - 105 kal
3. susu tepung penuh krim 1 sudu makan - 33 kal
4. susu tepungtanpa lemak 1 sudu makan - 25 kal
5. aiskrim 2 skop- 390 kal
6. susu pekat manis 1 sudu makan - 71 kal
7. yogurt rendah lemak 1 cawan - 90 kal
8. mentega 2 sudu teh - 75 kal
9. keju chedar 1 keping -58 kal


06 January 2015

Aku dan Impian #4 E-PJJ

Assalamaualaikum dan
Salam Sejahtera...


Persoalan untuk hari ini.
Nak futher study ke tidak?!!
Tepuk dahi tanya dada sendiri ok. hehehe

Lately asyik buka Portal INED UiTM aje. Rindu sangat nak sambung belajar. Ni antara impian aku sejak tdulu kala lagi. Lepas grad diploma memang dah dapat tawaran untuk lanjut ke degree tapi aku bebal sangat nak bekerja. Sekarang baru terhegeh-hegeh nak capai degree tu. Ya Allah, permudahkanlah urusanku. Solat isthikarah diperlukan di sini. Semoga Allah beri petunjuk jalan yang benar kat aku. 

Kawan-kawan ada tak yang sama situasi macam aku?
Ok, at least ada geng kan-

Good luck to me !!!!
Good luck to all !!!!
 

05 January 2015

Moral down.... :(


Moral down sebab suasana kerja tak memberangsangkan. Majikan sering memberi tekanan. Ibu mengandung yang sensitif ini semakin tidak dapat mengawal perasaanya. waaaaaa~

Kawan-kawan pula tak supportive. Dah tau perangai bos kita macam mana lagi nak api-apikan kita. Ibu mengandung tak da hak nak marah ke....?!

Semua cakap kalau marah-marah kat bos nanti baby terkenan macam bos tuh!

Apalah kawan-kawan aku ni. Cakap ikut sedap mulut berbicara aje. Dorang nak ke anak aku nanti macam keling tuh... Siap cakap macam ni lagi.. "Nanti bila kau beranak, 1st sekali aku nak tengok rupa anak ko"....  Aku minta simpang malaikat 44 ok.  Sedihnya aku...... Sakitnya hati ini...

Bila kau kawan di tempat aku, barulah kau tau apa perasaan aku ini. Sedang kau tahu kebenarannya dan kau tambah lagi penderitaan aku.

Ya Allah...
Mohon Kau berikan aku ketabahan menghadapi situasi ini.
Mohon perlindunganMu Ya Allah.
Aamiin.

02 January 2015

Happy New Year 2015



Tahun baru dah menjelma.. Selamat tinggal 2014. 
Harapan tahun 2015 memberikan sinar harapan yang lebih baik untuk aku dan keluarga serta kawan-kawan.