Showing posts with label agama. Show all posts
Showing posts with label agama. Show all posts

16 October 2014

Mandi Wajib

Tengah hari tadi ada kelas fardu ain kat hospital. Aku join la untuk ulangkaji dan tambah ilmu mana yang patut. Jom nak share apa yang Ustaz Zul ajar tentang Mandi Wajib.

Mandi Wajib juga dikenali sebagai mandi janabah/mandi junub.

Syarat mandi wajib
  1. keluar mani walaupun sedikit
  2. keluar darah haid
  3. keluar darah nifas
  4. bila dah mati (orang akan mandikan kita dengan mandi wajib)
  5. selepas beranak (darah wilada)
  6. orang yang baru memeluk agama islam (mualaf)
Rukun mandi wajib
  1. Niat
  2. Menghilangkan/Membersihkan najis di keseluruhan anggota badan
  3. Meratakan air di keseluruhan badan
Jenis niat mandi wajib
seperti sumber dari google ini





















*gunakan air mutlak/suci

Cara-cara mandi wajib
  • ambil air dengan tangan kanan dan ratakan ke jari-jemari kanan dan kiri (sunnah)
  • basuh kemaluan dengan tangan kiri (sunnah)
  • berwuduk seperti biasa sehingga ke kepala sahaja (sunnah) 
  • niat (wajib) ketika air mula mengena/disiram ke kepala/bahagian anggota badan
  • ratakan air di sebelah kanan badan sebanyak 3 kali (wajib)
  • ratakan air di sebelah kiri badan sebanyak 3 kali (wajib)
  • basuh bersihkan dubur dan qubul (wajib)
  • basuh bersihkan kaki, celah-celah jari (wajib)

Wallahualam
Nak tahu lebih lanjut atau ada pertanyaan yang berkaitan, sila rujuk ustaz ustazah yang lebih arif. Aku sekadar berkongsi apa yang aku faham dari kelas fardu ain tengah hari tadi. Maaf kalau ada yang kurang terlebih.

10 October 2014

8 Perkara Bertentangan Dengan Islam Dalam Majlis Perkahwinan


Aku buat semua 8 perkara tersebut semasa majlis aku. korang buat tak? berapa? 
Rasa memang tak suka dengan kebodohan aku. Dah kata tak nak, ada pula yang nak. Bila niat nak jaga hati orang memang kita pun mendapat share dosa tu sama. Astaghfirullahalzaim.. 

Semoga lepas ni adik2 ku sayang tak payah la buat apa yang menjadi kesalan aku sekarang ini ye. Inilah gunanya ilmu. Bila dah ada ilmu jangan tak amalkan. Bila tak amalkan jadi macam akak ini lah. Mudah sangat nak ikut-ikut orang. Kan best kalau kita boleh zip mulut orang. heeeeeee 

Sebenarnya semua atas kita. Tak payah nak cover kebodohan kita dengan menyalahkan orang lain. Ok akak......

Korang baca tau. Membaca amalan mulia. Baca yang baik-baik, dapat pahala.. Ketahuilah 8 Perkara Bertentangan Dengan Islam Dalam Majlis Perkahwinan. Bakal bakal pengantin watch out.

Esok-esok, Cik Aina punya wedding biar sederhana dan memudahkan. InshaaAllah.



15 August 2014

Puasa Enam

Soal Jawab Agama : Hukum Gabung Puasa Qadha dan Puasa Enam Syawal   
  

Jabatan Mufti Negeri Perlis telah menerima pertanyaan hukum dari En Zukri melalui e-mel: mzukri@... Berikut adalah penjelasan hukum yang diberikan dan telah diperakui oleh S.S. Mufti Dr. Juanda bin Jaya:

Soalan:

Salam, saya hendak bertanya tentang posa ganti dalam bulan Syawal bagi wanita. Bolehkah digandingkan niat ganti puasa Ramadan dengan puasa sunat syawal sekali? Apakah kita akan mendapat pahala kedua-duanya sekali? Adakah ada spesifik hari untuk puasa bagi mendapat kedua-dua pahala inini? jika tidak, amalan bagaimana lebih afdal?

Terima kasih

Jawapan:

Terima kasih kepada saudara yang bertanya. Jawapannya adalah seperti berikut:

Persoalan pertama berkaitan niat puasa ganti Ramadan yang tertinggal adakah mendapat pahala puasa sunat Syawal.

Persoalan ini terdapat khilaf (perbezaan pandangan) di kalangan ulama.

Pendapat pertama: Sebahagian ulama berpendapat, tidak boleh mencampurkan niat puasa sunat dengan niat puasa fardhu yang lain atau dengan puasa sunat yang lain. Sekiranya dilakukan, maka puasa itu tidak sah, sama ada bagi yang fardhu ataupun yang sunat. Pendapat ini bertepatan dengan sabda Nabi SAW:

مَنْ صَامَ رَمَضَانَ ثُمَّ أَتْبَعَهُ سِتًّا مِنْ شَوَّالٍ كَانَ صَامَ الدَّهْر

Maksudnya: "Barangsiapa yang berpuasa di bulan Ramadan kemudian diikuti dengan puasa enam hari bulan Syawal maka seakan-akan ia berpuasa setahun". (HR Muslim)

Bagi memenuhi maksud hadis ini, dalam usaha memperolehi pahala yang dijanjikan iaitu pahala berpuasa setahun, maka hendaklah seseorang itu menyempurnakan puasa Ramadan (yang merupakan puasa wajib) kemudian ditambah dengan puasa enam hari di bulan Syawal (yang merupakan puasa sunat). [Syeikh Muhammad Sholih Al-Munajid – www.islamqa.com]

Pendapat kedua: Di kalangan ulama Syafie ada yang berpendapat bahawa ganjaran puasa enam Syawal tetap akan diperolehi apabila seseorang berpuasa qadha sekalipun dia tidak berniat menggabungkan kedua-duanya. Namun, pahala yang diperolehi itu adalah kurang berbanding seorang yang berpuasa kedua-duanya secara berasingan. [Fatawa al-Azhar 9/261]

Setelah diteliti, dapat disimpulkan bahawa pendapat kedua iaitu pandangan ulama yang membolehkan ‘puasa dua dalam satu’ ini tidak disandarkan kepada mana-mana nas Al-Quran ataupun Al-Sunnah yang sahih. Mereka juga mengatakan bahawa amalan ini hanya mendapat pahala kerana kebetulan berpuasa qadha pada bulan Syawal, sama seperti pahala sunat tahiyyatul masjid dengan solat fardhu (orang yang terus mengerjakan solat fardhu apabila masuk ke dalam masjid akan mendapat juga pahala sunat tahiyyatul masjid)

Timbul persoalan, yang manakah yang lebih afdal untuk dilakukan bagi memperoleh pahala kedua-duanya; mendahulukan puasa sunat enam hari dalam Syawal atau mengqadhakan puasa Ramadan? Dalam persoalan ini terdapat dua pendapat.
Pendapat pertama: Boleh mendahulukan puasa sunat Syawal, berdasarkan hadis Aishah RA yang menyatakan bahawa:

( كَانَ يَكُونُ عَلَيَّ الصَّوْمُ مِنْ رَمَضَانَ ، فَمَا أَسْتَطِيعُ أَنْ أَقْضِيَ إلَّا فِي شَعْبَانَ. قال يحيى:الشغل من النبي أو بالنبي )

Maksudnya: “Aku berpuasa di bulan Ramadan dan aku tidak mengqadha kecuali dalam bulan Syaaban”. Kerana sibuk melayani Rasulullah SAW.” (HR Bukhari:1950, penjelasan “kerana sibuk melayani Rasulullah SAW” ialah penjelasan salah seorang perawi hadis yang bernama Yahya bin Said.)

Para ulama yang mengemukakan pendapat pertama berhujah bahawa sudah tentu isteri Rasulullah SAW iaitu Aishah RA tidak meninggalkan puasa sunat enam Syawal. Tindakannya yang mengqadhakan puasa Ramadan pada bulan Syaaban menunjukkan bahawa adalah dibolehkan untuk berpuasa sunat Syawal meskipun seseorang itu belum mengqadhakan puasa Ramadan.

Pendapat kedua: Tidak boleh mendahulukannya, berdasarkan hadis yang menyatakan kelebihan puasa sunat Syawal tadi. Rasulullah SAW mensyaratkan puasa Ramadan terlebih dahulu sebelum mengiringinya dengan puasa enam Syawal bagi mendapatkan ganjaran pahala yang dijanjikan.

"Jika seseorang tertinggal beberapa hari dalam Ramadan, dia harus berpuasa terlebih dahulu, lalu baru boleh melanjutkannya dengan enam hari puasa Syawal, kerana dia tidak boleh melanjutkan puasa Ramadan dengan enam hari puasa Syawal, kecuali dia telah menyempurnakan Ramadannya terlebih dahulu." [Fataawa Al-Lajnah Ad-Daa'imah lil Buhuuth wal Ifta', 10/392]

Sekiranya diteliti dan dihalusi, maka pendapat kedua adalah lebih rajih (kuat) kerana ia bertepatan dengan dalil puasa sunat Syawal itu sendiri. Selain itu, membayar hutang yang wajib hendaklah didahulukan daripada memberi sedekah yang sunat.

Namun, sekiranya seorang itu tidak berkesempatan kerana keuzuran untuk melakukan qadha kemudian berpuasa enam, tetapi dia berkeyakinan bahawa akan sempat mengqadhakannya sebelum Ramadan tahun berikutnya, maka pendapat yang pertama tadi boleh diterima, berdasarkan apa yang dilakukan oleh Aishah RA.

Manakala berkaitan hari-hari yang tertentu pula, dinyatakan bahawa:

"Hari-hari ini (berpuasa dalam bulan Syawal) tidak harus dilakukan langsung setelah Ramadan. Boleh melakukannya satu hari atau lebih setelah hari raya, dan mereka boleh melakukannya secara berurutan atau terpisah selama bulan Syawal, mana-mana yang lebih mudah bagi seseorang. ... dan ini (hukumnya) tidaklah wajib, melainkan sunnah."
[Fataawa Al-Lajnah Ad-Daa'imah lil Buhuuth wal Ifta', 10/391]

Imam An-Nawawi RH berkata:

"Sahabat-sahabat kami berkata: Adalah dianjurkan untuk berpuasa 6 hari Syawal. Dari hadis ini mereka berkata: Sunnah mustahabah melakukannya secara berurutan pada awal-awal Syawal, tapi jika seseorang memisahkannya atau menunda pelaksanaannya hingga akhir Syawal, ini juga dibolehkan, kerana ia masih berada pada makna umum dari hadis tersebut. Kami tidak berbeza pendapat mengenai masalah ini dan inilah juga pendapat Ahmad dan Abu Daud." [Al-Majmu' Syarh Al-Muhazzab]

Adalah dianjurkan untuk menyegerakan dan berlumba-lumba dalam melakukan puasa enam Syawal berdasarkan umum firman Allah Taala:

وَسَارِعُوا إِلَى مَغْفِرَةٍ مِنْ رَبِّكُمْ وَجَنَّةٍ عَرْضُهَا السَّمَاوَاتُ وَالأَرْضُ أُعِدَّتْ لِلْمُتَّقِينَ

Maksudnya: “Dan bersegeralah kamu kepada (mengerjakan amalan yang baik untuk mendapat) ampunan dari Tuhanmu dan kepada syurga yang luasnya seluas langit dan bumi yang disediakan untuk orang-orang yang bertakwa.” [Surah Ali Imran:133]

Wallahu a’lam.

Sumber 

Personally, aku ikut pendapat kedua untuk puasa sunat dulu kemudian baru qada puasa Ramadhan yang tertinggal. Apa pun amalan kita, semoga Allah menerimanya dan redha dengan amalan yang kita lakukan. InshaaAllah.
 
Sekian.
let me be me

20 June 2014

Fidyah bagi yang tak mampu berpuasa di bulan Ramadhan


Fidyah ialah denda ke atas seseorang Islam yang telah baligh kerana meninggalkan puasa wajib atas sebab-sebab tertentu atau pun sengaja melewatkan puasa ganti (qada’) bulan Ramadhan.

Hasil bayaran fidyah akan dimasukkan ke dalam akaun Amanah Fidyah dan Kaffarah Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan sebelum urusan pengagihan kepada fakir miskin dalam bentuk beras dan bekalan makanan dilaksanakan.

Hukum Fidyah

Hukum membayar fidyah adalah wajib. Ia wajib disempurnakan mengikut bilangan hari yang ditinggalkan. Ia juga menjadi satu tanggungan (hutang) kepada Allah SWT sekiranya tidak dilaksanakan.

Prosedur Membayar Fidyah di MAIWP

Perkiraan dan bayaran fidyah boleh dibuat di Baitulmal Bangunan Daruzzakah secara tunai atau melalui cek/pos berdaftar atas nama MAJLIS AGAMA ISLAM WILAYAH PERSEKUTUAN

Kadar bayaran fidyah berubah mengikut harga yang ditetapkan oleh pemerintah di sesuatu tempat. Pengiraan kadar fidyah berdasarkan kadar harga beras (makanan asasi penduduk). Beras fidyah tersebut hendaklah diagihkan kepada fakir atau miskin.

Sebab-sebab Dikenakan Fidyah

1.    Uzur menunaikan puasa wajib
Terdiri daripada golongan yang menghidapi sakit kuat dan tidak mempunyai harapan untuk sembuh, atau golongan tua yang tidak mampu berpuasa atau kedua-duanya sekali.

2.    Perempuan hamil
Dengan syarat dibimbangi akan keselamatan ke atas bayi yang dikandungnya seperti dikhuatiri berlaku keguguran. Golongan ini dikenakan membayar fidyah dan juga menggantikan (qada’) puasa yang ditinggalkan.

3.    Ibu yang menyusukan Anak
Dengan syarat ibu yang merasa bimbang akan memudharatkan bayi yang disusuinya seperti kurang air susu atau menjejaskan kesihatan bayinya itu. Maka baginya menggantikan puasa yang ditinggalkan serta membayar fidyah.

4.    Orang yang telah meninggal dunia
Hutang puasa bagi mereka yang telah meninggal dunia hendaklah disempurnakan bayaran fidyahnya oleh waris-warisnya mengikut bilangan hari yang ditinggalkan sebelum pembahagian pusaka dibuat.

5.    Melambatkan Ganti Puasa (Qada’)
Mereka yang melambatkan ganti puasanya hingga telah melangkah tahun yang berikutnya (bulan Ramadhan), dikenakan denda membayar fidyah dan juga wajib menggantikan (qada’) puasa yang ditinggalkan. Bayaran fidyah akan berganda mengikut jumlah tahun-tahun yang ditinggalkan.

Taksiran Fidyah

(Hari yang ditinggalkan) X (Tahun gandaan) X (1 Cupak) = FIDYAH

Kadar Bayaran Fidyah

Kadar bayaran fidyah bagi satu hari puasa yang ditinggalkan ialah satu cupak beras yang boleh dibuat zakat fitrah (1/4 gantang Baghdad).

Dalam bentuk nilaian, berdasarkan kepada kadar yang ditetapkan oleh Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan sehingga tahun 2012, secupak beras bersamaan dengan 567.5 gram dinilai dengan kadar RM1.75.

Contoh:

Jika seseorang meninggalkan puasa selama 3 hari dan tidak menggantikan puasanya sehingga 3 kali bulan Ramadhan, maka kadar fidyahnya ialah:

RM1.75 (1 cupak) X 3 hari X 3 tahun = RM15.75.


#Sekalipun boleh bayar fidyah, orang yang kategori no.5 tu patutlah usaha untuk ganti puasa sebelum tiba bulan puasa. Jangan sebab ada makan free, sanggup tak puasa/buka puasa. Haru-haru... nak dekat2 puasa kan orang selalu buat makan2 untuk sambut Ramadhan. Bertanggungjawablah atas urusan Allah swt. Wallahualam.

Sekian.
let me be me

16 May 2014

Rupa manusia yang di halau di Padang Mahsyar..

Salam Jumaat.
Jom kita baca entry ini. Semoga kita tidak lupa diri bila berada di Bumi Allah swt ini.
Ditukar rupa menjadi wajah kera.
Mereka itu adalah manusia yang suka mengumpat.

Ditukar rupa menjadi wajah babi.
Mereka adalah kalangan mereka yang suka memakan harta anak-anak yatim.

Dihalau dalam keadaan terbalik, kakinya di atas dan kepala di bawah.
Mereka itu adalah manusia yang suka memakan riba.

Dihalau dalam keadaan buta dan dituntun (diiring).
Mereka adalah daripada kalangan manusia yang curang dalam menerapkan hukum.

Ditukar menjadi bisu dan tuli serta tidak berakal.
Mereka itu adalah kalangan yang bangga dengan amalannya sendiri.

Dihalau dalam keadaan mengoyak lidah sendiri, sedangkan lidah itu terjulur hingga ke paras dada dan mulutnya pula keluar nanah yang menjijikkan...
Mereka adalah ahli pidato yang mana ucapannya berlainan dengan perbuatannya.

Dihalau dalam keadaan terpotong kedua-dua kaki dan tangan.
Mereka itu terdiri daripada yang suka mengganggu tetangga.

Diiring ke Padang Mahsyar dalam keadaan tersalib pada pokok kurma neraka.
Mereka itu adalah kalangan mereka yang suka berusaha mengajak orang ramai supaya membela pemerintah yang tidak jujur kepemimpinannya.

Dikumpulkan dalam keadaan menggunakan pakaian yang panas.
Mereka itu adalah manusia yang takbur, sombong dan bongkak.

Daripada perbezaan kumpulan itu, jelaslah bahawa walaupun ketika berada didalam dunia dalam keadaan normal, tiada cacat cela, tetap akan ditukar oleh Allah mengikut amalan yang dilakukan di dunia. Sebelum sampai hari pengadilan di Padang Mahsyar yang maha luas itu.

Allah telah berfirman dalam Surah Taha ayat 124-126 bermaksud: "Dan barang siapa berpaling daripada peringatan-Ku, maka sesungguhnya baginya penghidupan yang sempit dan kami akan menghimpunkannya pada hari kiamat dalam keadaan buta.Berkatalah ia: Ya Tuhanku, mengapakah Engkau menghimpunkan aku dalam keadaan buta, pada hal aku dahulunya adalah seorang yang melihat? Allah berfirman: "Demikianlah telah datang kepadamu ayat-ayat Kami maka kau melupakannya dan begitu pula pada hari ini kamu pun dilupakan."

Begitu juga dengan pengiringan dan penghalauan manusia ke Padang Mahsyar, jangan sekali-kali menganggap ringan kerana memikirkan perkara itu belum pernah berlaku. Bagaimanapun Allah telah berfirman dalam al-Quran ia pasti berlaku. Firman itu bermaksud: "Dan (ingatlah) akan hari (yang ketika itu)Kami perjalankan gunung-gunung dan kamu akan melihat bumi itu datar dan akan Kami kumpulkan seluruh manusia dan tidak Kami tinggalkan seorang pun daripada mereka."

Umat Islam sekarang harus ingat bahawa kematian adalah wajib dan mesti tiba apabila sampai waktunya. Setelah manusia dibangkitkan dari kubur masing-masing, maka semua manusia itu dihalau menuju ke Padang Mahsyar.Keadaan mereka ketika itu berbeza-beza. Ada yang berjalan kaki, berkenderaan dan ada juga yang berjalan menggunakan mukanya. Pendek kata semua mengikut amal perbuatan ketika hidup dulu.

Seperkara lagi yang harus ditempuh oleh manusia di Padang Mahsyar ialah tidak akan mendapat perlindungan. Matahari terlalu hampir dengan ubun kepala. Maka tidak hairan ada yang berpeluh kerana terlalu kepanasan sehingga terasa seperti terbakar itu hingga sampai ke kaki,lutut, dada,leher mahupun sekadar bahagian muka saja.

Sewaktu dalam penantian persidangan itu, kelihatanlah wajah mereka yang tunduk cemas, kelihatan muram dan hitam kelam. Keadaan itu samalah seperti kita melihat pesalah yang akan dibawa ke muka pengadilan.Takut serta bimbang sentiasa bermain-main pada fikiran.

Bgaimana ketika di Padang Mahsyar tidak siapa yang dapat melepaskan diri.Bukan itu saja, malah untuk mencari pohon tempat berteduh juga tidak ada.Siapa saja akan tetap diadili dan bergantunglah betapa taatnya dia dengan perintah Allah swt.

Allah berfirman yang bermaksud:"Dan(ingatlah hari(ketika)Kami kumpulkan daripada setiap umat segolongan orang yang mendustakan ayat-ayat Kami, iaitu mereka dibahagi-bahagi(dalam kelompok-kelompok)." –(surah An-Naml:83).

#Takut je baca sumber ni. humm, sama-samalah kita berdoa agar penghidupan kita di Padang Mahsyar tidak seperti golongan yang dimurkai Allah swt ini. Aamiin.

Sekian.
let me be me

07 May 2014

15 Maksiat yang menurunkan bala

1- apabila harta negara hanya beredar di kalangan orang tertentu sahaja
2- apabila amanah dijadikan suatu sumber keuntungan
3- zakat dijadikan hutang
4- suami menurutkan kehendak isteri
5- anak derhaka terhadap ibunya
6- sedangkan dia berbaik-baik dengan kawan-kawannya
7- dia suka menjauhkan diri dari ayahnya
8- suara sudah ditinggikan di dalam masjid
9- yang menjadi ketua suatu kaum, adalah orang yang terhina di antara mereka
10- seseorang dimuliakan kerana ditakuti kejahatannya
11- Arak sudah diminum di merata tempat
12- kain sutera banyak dipakai oleh kaum lelaki
13- para artis disanjung-sanjung
14- muzik banyak dimainkan
15- generasi akhir umat ini menyalahkan generasi pertama (Para Sahabat)

Maka pada ketika itu hendaklah mereka menanti angin merah atau gempa bumi atau mereka akan diubah menjadi makhluk lain
HR: Tirmizi

#kebanyakkannya dah ada sekarang. tunggu turun bala jela. semoga kita sama-sama ingat-mengingati supaya menjauhkan diri dari melakukan maksiat. Wallahualam. 

Sekian.
let me be me

06 May 2014

Sujud Sahwi

sumber google
Malam tadi sembang dengan hubby bab Sujud Sahwi. Hubby tengok kat fb, ada kawan dia share berkenaan sujud ni. Aku biasa buat, yang aku tau, Sujud Sahwi ini adalah penghinaan untuk syaitan kerana gagal meng`was-was'kan kita dalam melakukan ibadah. Wallahualam. Kemusykilan di situ bila cara aku buat selama ni tak sama macam yang di share di fb...? Sebab tu aku double check untuk pencerahan selanjutnya. Sekarang ni tak boleh percaya sebarang lagi-lagi bab agama kan. Takut ter`syiah' pula kita. Jadi tadi aku sempat tanya googling.. Jom kita ambil tau sikit apa itu Sujud Sahwi. Semoga sama-sama bermanfaat. InshaaAllah.

Sahwi bererti lupa atau lalai terhadap sesuatu. Maka ‘Sujud Sahwi’ dilakukan oleh seseorang yang bersolat, apabila terlupa melakukan sunnah Ab’adh atau hal yang salah lainnya tanpa sengaja.

Namun demikian tidak semestinya mereka yang sujud sahwi kerana lupa sahaja, kerana mereka yang meninggalkan sesuatu sunat ab’ad  seperti meninggalkan ‘Doa Qunut’ dengan sengaja kerana tidak hafal adalah disunatkan melakukan ‘Sujud Sahwi’ juga. Maka bolehlah dikatakan dan dipernamakan sujud sahwi di atas qaedah باب الاكتفا  atau الاغلبية (kebiasaan pengunaannya).

‘Sujud Sahwi’ adalah sunat muakad yang dilakukan untuk menampung kekurangan atau kecacatan yang terjadi dalam pelaksanaan solat, baik kekurangan rakaat, kelebihan rakaat, atau kerana ragu-ragu yang disebabkan terlupa.

Dari Abu Sa’id al-Khudri Radhiyallahu anhu, dia berkata bahawa Rasulullah Shallallahu ‘Alaihi Wa Sallam bersabda:
إِذَا شَكَّ أَحَدُكُمْ فِـيْ صَلاَتِهِ فَلَمْ يَدْرِ كَمْ صَلَّى؟ ثَلاَثًا أَوْ أَرْبَعًـا؟ فَلْيَطْرَحِ الشَّكَّ وَلْيَبْنِ عَلَى مَـا اسْتَيْقَنَ ثُمَّ يَسْجُدُ سَجْدَتَيْنِ قَبْلَ أَنْ يُسَلِّمَ. فَإِنْ كَـانَ صَلَّى خَمْسًا شَفِعْنَ لَهُ صَلاَتُهُ، وَإِنْ كَانَ صَلَّى إِتْمَامًا ِلأَرْبَعٍ كَانَتَا تَرْغِيْمًا لِلشَّيْطَانِ.

“Jika salah seorang di antara kamu ragu dalam solatnya sehingga dia tidak tahu berapa rakaat yang telah dia lakukan, tiga rakaat atau empat rakaat. Maka hendaklah ia tepis keraguan itu dan ikutilah yang dia yakini. Setelah itu, hendaklah dia sujud dua kali sebelum salam. Jika ternyata dia mengerjakan lima rakaat, maka dia telah melengkapkan solatnya. Namun, jika dia mengerjakan empat rakaat, maka dua sujud tadi adalah penghinaan bagi syaitan.”

(Hadis Riwayat: Muslim, Abi Dawud, An-Nasa’I r.a.)

Diharuskan Sujud Sahwi 
‘Sujud Sahwi’ dibolehkan apabila berlaku perkara seperti:

1.  Lupa mengerjakan duduk Tahiyyat Awal.

2.  Lupa membaca Tasyahud Awal.

3.  Tertinggal selawat untuk Nabi Muhammad SAW pada Tasyahud Awal.

4.  Terlupa membaca Surah Fatihah pada rakaat pertama atau kedua.

5.  Menambah rukuk atau sujud kerana kelupaan,

6.  Ragu atau menambah bilangan rakaat solat dan sebagainya.

7.  Tertinggal Doa Qunut (Qunut Solat Subuh atau Solat Witir Nisfu Ramadhan).  

Cara Melakukan Sujud Sahwi 
‘Sujud Sahwi’ adalah melakukan dua kali sujud pada penghujung rakaat yang terakhir dan hendaklah berniat untuk melakukannya sebelum sujud;

1. Sesudah Tahiyyat Akhir dan sebelum salam. Bersujudlah sambil mengucapkan takbir “Allaahu Akbar” dan dalam sujud membaca:
2.  Duduk antara dua sujud semula dengan bacaan seperti solat biasa.

3.  Sujud lagi sekali dengan mengucap takbir, lalu membaca tasbih sujud seperti no. 1.

4.  Kemudian duduk semula dengan duduk ‘Iftirasy’ (Tahiyat Akhir).

5.  Akhirnya beri salam ke kanan dan kiri.

Jika terlupa sujud sebelum salam, bolehlah sujud selepas memberi salam dengan syarat tidak terlalu lama, jika tidak luputlah sunat melakukan sujud sahwi.Tetapi  jika dia baru teringat untuk melakukan  sujud sahwi selepas memberi salam  dalam jangka masa yang singkat, dia masih boleh melakukannya.Dia hendaklah  kembali sujud, duduk, sujud semula dan serta memberi salam sekali lagi. 

Anggaran tempoh yang dikira  lama selepas salam ialah sekadar boleh mendirikan solat sunat dua rakaat yang ringan.

Permasalahan
  • Apabila tertinggal atau terlupa sesuatu rukun solat, tidak boleh diganti dengan ‘Sujud Sahwi’ sahaja, malah sekiranya:
  • Jika teringat ketika sedang dalam hampir menyempurnakan rukun solat seterusnya, maka diwajibkan membuat apa yang tertinggal itu dengan segera dan menyambung solat sehingga tamat. Kemudian sunat melakukan ‘Sujud Sahwi’ sebelum salam kerana perbuatan telah bertambah.
  • Teringat ketika dalam proses kurang separuh daripada menyempurnakan rukun solat seterusnya, maka wajib juga membuat apa yang tertinggal itu dengan segera dan menyambung solat sehingga tamat dan tidak perlu melakukan ‘Sujud Sahwi’ sebelum salam, jika ia sujud juga maka batallah solatnya.
  • Sekiranya teringat tidak lama sesudah memberi salam, kira-kira setengah minit, hendaklah berdiri semula, mengerjakan apa yang tertinggal lalu meneruskan perbuatan solat seterusnya sehingga tamat, kemudian sunat melakukan ‘Sujud Sahwi’.
  •   Disebabkan kesalahan rukun, jika tidak dilakukan antara dua perkara itu, maka tidak sah solat.
  • Sekiranya tertinggal sunat-sunat ab’ad dan telah memberi salam sebelum sujud, sama ada dengan sengaja atau terlupa dan tempoh pemisah antara memberi salam dan selepasnya itu lama, maka luputlah tuntutan ‘Sujud Sahwi’.
  • Sekiranya tempoh pemisah itu pendek, maka boleh melakukan semula sujud tersebut dengan dua kali sujud, sambil berniat melakukan ‘Sujud Sahwi’, kemudian memberi salam buat kali kedua.
  • Bila di dalam solat timbul keraguan tentang jumlah rakaat maka ambillah jumlah rakaat yang sedikit lalu tambahkan rakaat yang kurang.
  • Bila yang terlupa itu salah satu rukun solat, yang tidak dapat dibetulkan segera, maka solatnya tidak sah, dan solatnya wajib diulang semula.
  • Jika imam terlupa ‘Sujud Sahwi’, makmum boleh ‘Sujud Sahwi’ selepas imam memberi salam.
Dari Ibnu Abbas radhiyallahu anhuma, Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam telah bersabda : “Sesungguhnya Allah telah memaafkan kesalahan-kesalahan umat-Ku yang tidak disengaja, kerana lupa dan yang dipaksa melakukannya.” (Hadis Riwayat: Ibnu Majah, Baihaqi dll.)


#Kalau ada soalan berkenaan Sujud Sahwi ni, boleh tanya UAI ok. Aku tak pandai nak menjawab bab ni. heee- Ampun ye.

Sumber

Wallahualam.
Sekian. let me be me

05 May 2014

7 Kelebihan Solat


1-Kunci penerimaan semua amal ibadat.

2-Mendatangkan ketenangan, menguatkan iman, memutihkan wajah dan menyejukan mata.

3-Allah SWT menurunkan rahmat, mendatangkan rezeki, nikmat terjaga dan menghapuskan dosa.

4-Penyubur keimanan yang terbaik.

5-Penawar kepada segala penyakit nafsu syahwat.

6-Menghapuskan segala kejahatan, menmbahkan pahala dan meningkatkan kedudukan di sisi Allah SWT.

7-Menjaga solat menjauhkan kita daripada sifat orang-orang Munafiq dengan Allah SWT.

Sekian. let me be me

16 April 2014

Doa Isteri Solehah Buat Suami Tercinta

Jom kongsikan..

Ya Allah..
Kau ampunilah dosa ku yang telah kuperbuat
Kau limpahkanlah aku dengan kesabaran yang tiada terbatas
Kau berikanlah aku kekuatan mental
Kau kurniakanlah aku dengan sifat keredhan
Kau peliharalah lidahku dari kata-kata nista
Kau kuatkanlah semangatku menempuhi segala cabaran Mu
Kau berikanlah aku sifat kasih sesama insan

Ya Allah…
Sekiranya suamiku ini adalah pilihan Mu di Arash
Berilah aku kekuatan dan keyakinan untuk terus bersamanya
Sekiranya suamiku ini adalah suami yang akan membimbing tanganku dititianMu
Kurniakanlah aku sifat kasih dan redha atas segala perbuatannya
Sekiranya suami ku ini adalah bidadara untuk ku di Jannah Mu
Limpahkanlah aku dengan sifat tunduk dan tawaduk akan segala perintahnya
Sekiranya suami ku ini adalah yang terbaik untukku di Dunia Mu
Peliharalah tingkah laku serta kata-kataku dari menyakiti perasaannya
Sekiranya suami ku ini jodoh yang dirahmati oleh Mu
Berilah aku kesabaran untuk menghadapi segala kerenah dan ragamnya

Tetapi ya Allah…Sekiranya suami ku ini ditakdirkan bukan untuk diriku seorang
Kau tunjukkanlah aku jalan yang terbaik untuk aku harungi segala dugaanMu
Sekiranya suami ku tergoda dengan keindahan dunia Mu
Limpahkanlah aku kesabaran untuk terus membimbingnya
Sekiranya suamiku tunduk terhadap nafsu yang melalaikan
Kurniakanlah aku kekuatan Mu untuk aku memperbetulkan keadaanya
Sekiranya suamiku menyintai kesesatan
Kau pandulah aku untuk menarik dirinya keluar dari terus terlena

Ya Allah…Kau yang Maha Mengetahui apa yangterbaik untukku
Kau juga yang Maha Mengampuni segala kesilapan dan keterlanjuranku
Sekiranya aku tersilap berbuat keputusanBimbinglah aku ke jalan yang Engkau redhai
Sekiranya aku lalai dalam tanggungjawabku sebagai isteri
Kau hukumlah aku didunia tetapi bukan diakhirat Mu
Sekiranya aku engkar dan derhaka
Berikanlah aku petunjuk kearah rahmatMu

Ya Allah…Sesungguhnya aku lemah tanpa petunjukMu
Aku buta tanpa bimbingan Mu Aku cacat tanpa hidayah Mu
Aku hina tanpa Rahmat Mu

Ya Allah…Kuatkan hati dan semangatku
Tabahkan aku menghadapi segala cubaanMu
Jadikanlah aku isteri yang disenangi suami
Bukakanlah hatiku untuk menghayati agama Mu
Bimbinglah aku menjadi isteri Solehah
Hanya pada Mu,

Ya Allah…
Ku pohon segala harapan
Kerana aku pasrah dengan dugaan Mu
Kerana aku sedar hinanya aku
Kerana aku insan lemah yang kerap keliru
Kerana aku leka dengan keindahan duniaMu
Kerana kurang kesabaran ku menghadapi cabaran Mu
Kerana pendek akal ku mengharungi ujian Mu

Ya Allah Tuhanku…….
Aku hanya ingin menjadi isteri yang dirahmati
Isteri yang dikasihi
Isteri yang solehah
Isteri yang sentiasa dihati
Amin, Ya Rabbi Allamin…….

Sumber : facebook

Sekian.
let me be me

14 April 2014

Keluarga R.O.T.H.S.C.H.I.L.D

Siapa Rothschild?

Keluarga Rothschild dari apa yang aku faham melalui pembacaan di media massa ialah sebuah keluarga berbangsa Yahudi yang menguasai ekonomi dunia zaman sekarang. Banyak bank-bank dunia di bawah pengaruhnya. Lagi, keluarga ni penyumbang terbesar kepada tertubuhnya negara Israel. Mereka juga ahli illuminati. Banyak lagi pengaruh Rothschild dalam dunia antarabangsa.

klik untuk besarkan imej
Ada yang mengaitkan keluarga Rothschild sebagai sekutu Dajjal. Siap ada buku yang diterbitkan khas untuk mengupas konspirasi antara Dajjal dan keluarga misteri ini. Menarik kan. Seram tu wajib la. Kalau berminat nak beli cuba dealing dengan Syarikat Adam. Kat kedai buku biasa tak pasti la ada ke tak buku ni, nanti nak try usha tengok Macam best je kan buku-buku gini. Buat mata terbeliak sat baca. Antara teori dan realiti, lu pikir lah sendiri. 


Err..
Lately selalu tergoogle tentang fitnah dajjal ni. Seram ok. Rasa dunia ni tak lama dah nak kiamat. Bersediakah aku menghadapinya? Bersediakah kita menghadapinya? Astaghfirullahalazim. Takut dengan fitnah Dajjal, amalkan baca doa ni ye.


Berbalik daripada kisah keluarga Rothschild, mula-mula tadi google tentang Nabi Khidir je tapi macam mana ntah boleh terbaca tentang Rothschild ni kat blog Before It's News. Artikel tu pula ada kaitan dengan MH370. Macam ada kebenaran je dalam berita tu. Wallahualam. Baca jela sebagai pengetahuan. Tak rugi tak untung. Apa pun, semoga bermanfaat.

Sekian.
let me be me

03 April 2014

Kewajipan Menutup Aurat


Semoga kita sama-sama berubah ke arah yang lebih baik. Mohon Allah swt, beri petunjuk dan permudahkan jalan ke arah kebaikan ini. Aamiin. 

Jom baca dialog perdebatan ustaz dan gadis liberal ini. Semoga kita dapat ilmu daripadanya. InshaaAllah.

Gadis Liberal :
“Salam ustaz…..sorry for disturbing you…I just want to ask something from you…!!”

Ustaz :
“Ok silakan……what you want to know…”

Gadis Liberal :
“Ustaz it is true……perempuan tak menutup aurat ni jahat….?

Ustaz :
“Hmmm kalau mengikut hukum tak menutup aurat tu….memang jahat la kerana tak patuh perintah Allah.!!

Gadis Liberal :
“No no no ustaz you ‘re really wrong……pakaian tak melambangkan perangai dan tingkahlaku….kalau ustaz nak tahu….ramai wanita yang pakai tudung labuh nampak aje sopan…tetapi sebenarnya mereka nilah yang berperangai jahat…mereka hanya berselindung di sebalik tudung mereka…. Tu hipokrit namanya ustaz…..”

Ustaz :
“Sekurang –kurang nya mereka menutup aurat….dosa tidak menutup aurat adalah termasuk di dalam dosa besar kerana perbuatan mendedahkan aurat itu akan membuka pintu kepada zina”

Gadis Liberal :
“Ha ha ha ha ……I don’t think like that ustaz………..sebenarnya..masalah zina…rogol..sumbang mahram…..dan sebagainya yang melibatkan kerosakan akhlak kaum wanita adalah berpunca dari lelaki yang jahat dan bernafsu buas…..bukan sebab kami berpakaian tidak bertudung dan berpurdah.!!!”

“Ustaz pun tahu kan….orang lelaki ni…alim macam mana pun tapi bila tengok orang pompuan…..tercabut serban mereka……ha ha ha ha…”

Ustaz :
“Hai….macam perli saya aje ni….?”

Gadis Liberal :
“Ha ha ha ha….ustaz tak termasuk la…..saya percaya ustaz….. kalau tak saya takkan tanya soalan ni…….ha ha ha ha……!!”

Ustaz :
“Islam mengatakan….Fitnah yang membuka pintu zina itu adalah banyaknya berpunca dari wanita yang tidak menutup aurat dan menjaga kehormatan mereka”

Gadis Liberal :
“Habis tu ustaz…salah orang perempuan lah ye kalau…..orang perempuan diperdaya..dirogol…diragut kesuciannya oleh seorang lelaki playboy….?”

Ustaz :
“Bukan itu maksud saya…….apa yang saya nak katakana ialah…orang perempuan sekiranya tidak mendedahkan diri dengan penyebab yang menyebabkan lelaki cenderung untuk melakukan perbuatan yang jahat…maka selamatlah dirinya..dari sebarang ancaman dan gangguan seksual.”….

“Perbuatan membuka aurat itu bukankah menarik ghairah lelaki untuk melakukan sesuatu yang tak senonoh kepada seorang perempuan?” Hilangnya sifat malu seorang perempuan menyebabkan dirinya bercampur gaul dengan lelaki yang bukan mahram….menyebab terjadinya perbuatan berjumpa…berdating…berdua-duaan …..sehingga pihak yang ketiganya adalah syaitan…lalu syaitan pun membisikkan bisikan syahwat menyebabkan berlakunya perbuatan zina antara dua pasangan sejoli…!!”

Gadis Liberal :
“Alah ustaz …itu sebab orang lelaki lah yang mulakan dulu……orang perempuan ni insan yang lemah terpaksa mengikut kehendak lelaki”

Ustaz :
“Hmmmm…itulah yang tak betul tu…..seorang wanita yang baik….mestilah tegas menjaga maruah dan kehormatan dirinya…..Allah menjadikan wanita ini dari tulang rusuk Nabi Allah Adam a.s untuk hidup mulia sebagai seorang isteri yang mempunyai tugas yang mulia iaitu sebagai peneman suami dan sebagai insan yang berkongsi suka duka bersama suami..setia berkhidmat untuk suami dengan perasaan kasih sayang yang dibina atas dasar cinta…melalui perkahwinan yang sah”

“Bukanlah kasih sayang namanya jika seorang wanita membiarkan dirinya menjadi tempat memuaskan nafsu..lelaki yang jahat….bukan cinta namanya…apabila seorang wanita membiarkan maruahnya dimusnahkan……bukanlah bahagia namanya apabila seorang wanita bersama dengn lelaki tanpa ikatan yang sah.”

Gadis Liberal :
“Ok…ok….ustaz menang……Cuma saya nak ulangi balik ustaz pendapat saya tadi……perempuan yang bertudung pun bukannya baik sangat….ada diantara mereka ni ustaz yang lebih teruk akhlaknya daripada kami yang tidak bertudung ni….?”

Ustaz :

“Ha ha ha….janganlah disalahkan tudung jika akhlak seseorang itu buruk…..!!!….menutup aurat itu perintah Allah…sama ada manusia itu baik atau jahat…kan itu perintah Allah…kita tak boleh pertikaikan……!!”

“Jika akhlak seseorang itu jahat…..maka dia akan dikira dosanya mengikut akhlaknya yang jahat….tetapi jika dia tidak memakai tudung menutup aurat…..maka dosanya akan bertambah lagi…janganlah kita melakukan satu dosa…kemudian kita tambah lagi dosa…akibatnya derita kita di akhirat..lama kita diazab di dalam neraka…..!!”

Gadis Liberal :
“Baiklah ustaz…mungkin tak faham maksud saya…….beginilah saya buat contoh supaya ustaz mudah faham……ada seorang wanita yang tidak menutup aurat…tetapi dia baik..rajin..pemurah ..penyayang…hormat ibubapa…..suka menolong orang…dan ada pula seorang perempuan yang bertudung…tapi jahat…suka mencaci mengata orang…..sombong…pentingkan diri sendiri…kedekut…suka cari gaduh….yang mana lebih baik ustaz……?”

Ustaz :
“Saya faham maksud awak…..oklah….tentang perempuan tidak bertudung walaupun dia..baik…buat amalan baik….pemurah…menolong orang…sememangnya dia akan mendapat pahala dengan amalan baik yang dilakukan….tetapi ingat…Nabi saw pernah menerangkan di dalam satu riwayat….bahawa diakhirat nanti apabila kita dihadapkan di hadapan Allah swt…kita akan ditanya..tentang dosa dan pahala….jika ada dosa yang kita lakukan…maka pahala kita akan dipotong….jika kita banyak melakukan amalan baik sekalipun…tetapi jika tidak menutup aurat….pahala kita akan dipotong mengikut lama mana kita mendedahkan aurat ketika di dunia ini semasa kita hidup….sehingga tiada lagi pahala yang nak dipotong..kita tanggung pula dosa orang yang rosak matanya..akhlaknya…disebabkan oleh kita yang membuka aurat….sehingga kita menjadi manusia yang paling muflis di akhirat lalu dicampakkan kita ke dalam neraka.”

“Adapun perempuan yang bertudung…dia terlepas dari dosa mendedahkan aurat…. Dan jika dia melakukan dosa yang lain…yakni seperti mencaci..mengata…sombong..dan sebagainya…maka itu dosa lain yang dia kena memohon dari Allah keampunan …agar tidak di azab diakhirat….sekiranya tidak dia akan diazab mengikut dosa yang dilakukan…..cumanya tempoh diazab itu tidaklah selama tempoh azab dosa orang yang mendedahkan aurat..kerana tempoh tinggal di neraka disebabkan oleh dosa buka aurat ni… lama sangat.”

Gadis Liberal :
“Oh ye ke ustaz…..maaflah ustaz… saya tak pandai agama……saya cuma dengar orang bercerita…dan ada kawan-kawan saya yang menggelarkan diri mereka “ the liberal gurlz”……yang menyatakan…kalau tak boleh buang sifat-sifat……jahat dalam diri…tak guna pakai tudung labuh……munafik namanya tu……tunggulah sehingga kita benar-benar dah bersedia dan menjadi benar-benar baik….barulah kita pakai tudung tutup aurat…..”

Ustaz :
“Ha ha ha ha ha bila la agaknya tu ….baru awak jadi benar-benar baik…..bila dah masuk kubur….?”
“Satu perkara yang mesti kita ingat…dan perbetulkan persepsi kita…..berubah jadi baik dan bertaubat adalah perkara yang tak boleh ditangguh-tangguh…….berubah dan bertaubat mesti dilakukan serta merta …kerana jika kita tangguh dan tunggu dulu…..maka dikhuatiri kita tidak sempat..bertaubat dan berubah…kerana ajal maut itu tidak kita tahu bila tibanya….apakah kita boleh menjamin umur kita panjang?apakah kita boleh hidup sehingga ke detik masa kita bertaubat dan berubah……”please don’t make your life as a gambling game”jangan perjudikan hidup awak dengan hanya bersandarkan harapan yang tak pasti…..” Jika kita menyatakan kita kena tunggu sehingga dah benar-benar baik dan bersedia baru kita pakai tudung menutup aurat……maka adakah umur kita sepanjang itu untuk sampai ke detik itu????? Jika kita dimatikan Allah bagaimana?”

“Samalah macam awak tidak mahu kahwin hanya kerana awak nak tunggu calon suami yang benar-benar perfect..hensem….macho…hmmm sampai ke tua la tak kahwin jawabnya”

Gadis Liberal :
“Hu huh u ustaz…gerun saya dengar penerangan ustaz ni…..barulah saya faham……..saya ingat apa yang dikatakn oleh kawan-kawan saya tu betul…rupa-rupanya sesat larat kita dibuatnya……!! Terima kasih ustaz…barulah saya faham….dan insyaallah saya akan berubah ….cumanya mungkin ambil masa juga ustaz….maklumlah bukan senang kita nak mulakan perubahan dan benda baru ni…..kawan-kawan saya “The liberal gurlz” pasti terkejut dan mentertawakan saya bila saya berubah memakai tudung…..aduihhhh susahnya ustaz…kalau diorang kutuk saya…mau menangis saya nanti…..”

Ustaz :
“Biarlah kita menangis di dunia ini kerana mentaati perintah Allah dari kita menangis di akhirat kerana di azab akibat mengingkari perintah Allah”

Gadis Liberal :
“Isk…Isk…..Isk…ye lah ustaz…terima kasih….terima kasih…….saya rasa insaf sangat…..terima kasih ustaz…..semoga Allah mengampunkan dosa saya…..”

Ustaz :
“Insyaallah semoga Allah berikan awak kekuatan dan berubah dari yang baik kepada yang lebih baik……..saya akan doakan…..!!”
 



Sekian.
let me be me

14 February 2014

Surat Cinta Iblis Kepada Kekasihnya

Aku melihatmu kelmarin, saat engkau memulai aktiviti harianmu. Kau bangun tanpa sujud mengerjakan subuhmu. Bahkan kemudian, kau juga tidak mengucapkan "Bismillah" sebelum memulai santapanmu, juga tidak sempat mengerjakan shalat Isha sebelum berangkat ketempat tidurmu. Kau benar2 mencintaiku,aku mencintaimu sepenuh hatiku. Aku tak dapat mengungkapkan betapa senangnya aku melihatmu tidak merubah cara hidupmu.

Wahai kekasihku, Kamu millikku. Ingat, kau dan aku sudah bertahun-tahun bersama, tapi aku masih belum bisa benar2 mencintaimu .Malah aku masih membenci datukmu, Aku hanya menggunakanmu untuk membalas dendamku kepada datukmu. Kerana dialah aku dicampakkan dari surga, dan aku akan tetap membalasdendam. Kau lihat, ALLAH MENYAYANGIMU dan dia masih memiliki rencana-rencana untukmu di hari depan.

Tapi kau sudah menyerahkan hidupmu padaku, dan aku akan membuat kehidupanmu seperti neraka. Aku benar-benar berterimakasih padamu, karena aku sudah menunjukkan kepadaNYA siapa yang menjadi pengatur dalam hidupmu dalam masa2 yang kita jalani

Kita nonton film 'porno' bersama, memaki orang, mencuri, berbohong, Munafik, makan sekenyang-kenyangya, bergosip, manghakimi orang, menzalimi orang yang lemah, tidak hormat pada orang tua ,makan duit anak yatim,rasuah,menghina agama,tidak menghargai Masjid, berperilaku buruk. Semua itu kita lakukan bersama atas nama cinta


TENTUNYA kau tak ingin meninggalkan ini begitu saja. Ayuhlah, kita terbakar bersama, selamanya. Aku masih memiliki rencana2 hangat untuk kita. Ini hanya merupakansurat penghargaanku untuk mu. Aku ingin mengucapkan 'TERIMAKASIH' kerana sudah mengizinkanku memanfaatkan hampir semua masa hidupmu.

Kamu memang sangat mudah dibodohi, aku menertawakanmu. Saat kau tergoda berbuat dosa, aku menghadiahkan tawa. Dosa sudah mulai mewarnai hidupmu. Kamu sudah 20 tahun lebih tua, dan sekarang aku perlu darah muda. Jadi, pergi dan lanjutkanlah mengajarkan orang-orang muda bagaimana
berbuat dosa.

Yang perlu kau lakukan adalah merokok, mabuk-mabukan, berbohong, berjudi,bergosip, dan hiduplah se-egois mungkin. Lakukan semua ini didepan anak-anak dan mereka akan menirunya. Begitulah anak-anak .Baiklah, aku persilakan kau bergerak sekarang. Aku akan kembali beberapa detik lagi untuk menggoda mu lagi. Jika kau cukup cerdas, kau akan lari sembunyi, dan bertaubat atas dosa-dosamu. Dan hidup untuk Allah dengan sisa umurmu yang tinggal sedikit.

Memperingati orang bukan tabiatku, tapi diusiamu sekarang dan tetap melakukan dosa, sepertinya memang agak aneh. Jangan salah sangka, aku masih tetap membencimu. Hanya saja kau harus menjadi orng tolol yang lebih baik dimata ALLAH.

Catatan : Jika kau benar2 menyayangiku , kau tak akan memberi surat ini kepada se siapapun.

Salam sayang dariku:
Iblis,bakal temanmu di Neraka
-Sekadar metafora-

putripuzzle : let me be me

10 March 2013

Aqiqah Dan Cukur Rambut Bayi

Perkara – perkara yang perlu dilakukan selepas kelahiran menurut lunas – lunas Islam.
Ini lebih kepada panduan dan perkongsian bersama ibu bapa yang beragama Islam.

Antara perkara – perkara yang menjadi tuntutan dan perlu dilaksanakan selepas kelahiran bayi sehingga seseorang kanak – kanak sebelum mencapai akil baligh :

1. Azan dan Iqamah
2. Bertahnik dan membelah mulut
3. Memberikan nama kepada bayi
4. Aqiqah dan cukur jambul
5. Menanam uri / tembuni / plasenta bayi
6. Berkhitan / berkhatan
7. Penyusuan bayi

# AZAN DAN IQAMAH (QAMAT) #

Hukum : Sunat
Hadis :
Hadis Rasulullah S.A.W. bermaksud :
“Sesungguhnya Rasulullah S.A.W. melakukan azan pada telinga Hussin setelah dilahirkan.” (Riwayat at-Tarmizi). 

Diriwayatkan oleh Ibnu Abbas r.a., bermaksud :
“Bahawa Nabi Muhammad SAW melaungkan azan pada telinga Al Hasan bin Ali (sebalah kanan) ketika dilahirkan dan menyuarakan Iqamah pada telinga kirinya.” 

Hadis Rasulullah S.A.W. bermaksud :
“Sesiapa yang mendapat cahaya mata maka diazankan pada telinga kanannya dan diiqamahkan pada telinga kirinya maka akan dijauhkan dari gangguan Ummu Sibyan (sejenis jin yang membawa penyakit).” (Riwayat al-Baihaqi). 

Syarat dan pelaksanaan :
Islam mensyaratkan agar azan dilaungkan (sederhana) di telinga kanan dan iqamat di telinga kiri bayi. 

Digalakkan mengadap ke arah kiblat semasa azan dan iqamah itu serta melafazkan dengan cara yang sempurna. 

Hikmah :
Ibn Qayyim Al-Jauziyah menyatakan rahsia “azan” dan “iqamat” adalah seperti berikut :

a. Kalimah-kalimah memuji kebesaran Ilahi yang bersifat sebagai ucapan pertama yang meresap ke dalam hati sanubari insan yang baru lahir.

b. Satu penyataan syariat Islam yang berperanan mendahului dakwah syaitan terkutuk dan mengekang arus nafsu syahwat.

# TAHNIK / MEMBELAH MULUT #

Hukum : Sunat
Hadis :
Hadis Abu Burdah daripada Abu Musa r.a, maksudnya:
“Aku telah mendapat seorang anak. kemudian aku membawanya kepada Nabi SAW Baginda menamakannya Ibrahim, lalu mentahnikkannya (memecahkan mulutnya) dengan sebiji kurma.” 

Dari Abu Musa al-Asy’ari Radhiyallahu ‘anhu, ia berkata :
“Artinya : Lahir seorang anakku maka aku membawanya ke hadapan Nabi Shallallahu ‘alaihi wa sallam maka beliau memberinya nama Ibrahim. Beliau mentahniknya dengan kurma dan mendo’akan barakah untuknya. Kemudian beliau menyerahkan bayi itu kepadaku.”

Syarat dan pelaksanaan :
Tahnik iaitu membuka atau memecah mulut bayi yang baru lahir dengan buah tamar yang telah dikunyah oleh orang alim dan bertakwa.

Pengertian tahnik secara bahasa dan syr’i adalah mengunyah sesuatu dan meletakkanya di mulut bayi. Maka dikatakan mentahnik bayi, mengunyah kurma kemudian menggosokkannya di langit-langit mulut bayi. 

Dianjurkan agar yang melakukan tahnik adalah orang yang memiliki keutamaan, dikenal sebagai orang yang baik dan berilmu. Dan hendaklah ia mendo’akan kebaikan (barakah) bagi bayi tersebut. 

Ia boleh dilakukan oleh bapa kanak – kanak itu atau dibawa ke rumah orang – orang soleh untuk ditahnikkan dia kerana anak – anak yang lahir di zaman Nabi saw membawa anak – anak mereka itu kepada Nabi saw untuk ditahnik oleh Nabi saw. 

Isi buah tamar yang telah dikunyah itu diletakkan di atas jari telunjuk dan dimasukkan ke dalam mulut bayi. Ini dilakukan sehingga kurma tadi menyentuh keseluruhan mulut sehingga ke rongga tekak bayi. 

Seandainya kurma sukar didapati, boleh digantikan dengan manisan lain seperti gula dan madu lebah. 

Jika tiada buah kurma boleh digantikan dengan makanan – makanan lembut yang manis. 

Hikmah :
# Untuk menguatkan saraf mulut bagi mempersiapkan bayi berkenaan untuk menghisap susu dengan sempurnanya. 

# Menguatkan lidah dan mulut bayi dan bersedia untuk menyusu. 

# Dapat mengambil berkat dari orang – orang yang soleh mudah – mudahan kanak – kanak itu akan turut menjadi orang soleh apabila ia dewasa. 

# Hikmah tahnik adalah untuk pengharapan kebaikan bagi si anak dengan keimanan, kerana kurma adalah buah dari pohon yang disamakan oleh Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam dengan seorang mukmin dan juga karena manisnya. Lebih-lebih bila yang mentahnik itu seorang yang memiliki keutamaan, ulama dan orang shalih. 

# MEMBERIKAN NAMA KEPADA BAYI #

Hukum :

Hadis :
Abu Daud meriwayatkan daripada Abu Darda r.a. bahawa Rasullah SAW pernah bersabda, maksudnya :
“Sesungguhnya pada hari kiamat kelak, manusia akan dipanggil menghadap Allah SWT dengan nama masing-masing dan nama bapa masing-masing. Oleh itu pilihlah nama yang baik-baik untuk kamu sekalian.” 

Dari Samurah Radhiyallahu ‘anhu, Imam Ahmad dan Ahlus Sunnah meriwayatkan, ia berkata : Rasulullah bersabda :
“Setiap anak tergadaikan dengan aqiqahnya yang disembelih pada hari ke tujuh (kelahirannya) sekaligus dinamai dan dicukur rambut kepalanya.” (At-Tirmidzi menetapkan hadits ini Hasan Shahih) 

Syarat dan pelaksanaan :
Nabi SAW melarang umatnya menamakan anak masing-masing dengan nama-nama tercela yang tidak membawa makna yang tidak baik. Lebih-lebih lagi hal ini amat penting dalam usaha untuk menjaga kehormatan anak tersebut daripada cemuhan masyarakat. 

Islam telah menggariskan panduan untuk kategori nama-nama anak yang baik seperti berikut :
a. nama-nama yang digalakan
- nama-nama nabi
- nama-nama yang diambil daripada Asma ‘ul Husna
- nama-nama Para Sahabat

b. nama-nama yang dilarang
- nama-nama buruk yang menjadi cemuhan masyarakat dan menjatuhkan maruah anak seperti Sariq (pencuri), Ashiah (ahli maksiat), Kilab (anjing-anjing), Jahil (bodoh) dan Haznun (tanah keras).

- nama-nama yang khusus kepada Allah Seperti Ahad (satu), Assamad, Al Khaliq dan Ar Razzaq.

- nama-nama yang tidak membawa faedah seperti Malikul Amlak (maharaja daripada segala raja), Aflah (dapat kemenangan) dan Yasar (pihak kiri).

- nama-nama dengan sebutan Abd (hamba) dikaitkan dengan sesuatu selain Allah seperti Abdul Uzza (hamba berhala Uzza), Abdul Kaabah (hamba Kaabah), Abdul Fulus (hamba wang).

Waktu penamaan anak cukup longgar. Boleh menamainya pada hari kelahirannya atau pada hari ke tujuh. Sila lihat hadis.

Hikmah :
Tuntutan memilih nama-nama yang elok dan mempunyai makna yang baik amat dianjurkan oleh Islam. Nama yang baik mempengaruhi sifat peribadi dan ahklak seseorang Muslim.

putripuzzle : let me be me

09 March 2013

Suami Isteri - Kasih Sayang Mengikut Sunnah Rasulullah S.A.W


Cara berkasih sayang mengikut sunnah Rasulullah s.a.w. :)

1. Tidur satu selimut bersama isteri
2. Memakai wangi-wangian
3. Mandi bersama isteri
4. Menyikat rambut suami
5. Membantu isteri di dapur
6. Minum bergantian pada tempat yang sama
7. Membelai isteri
8. Tidur dipangkuan isteri
9. Memanggil dengan kata-kata mesra
10. Berjalan berpegangan tangan

putripuzzle : let me be me

10 January 2013

Islam Benci Pembaziran



Pembaziran diambil dari kalimah Bahasa Arab iaitu daripada asal kata "Bazzara, Yubazziru, Tabzira" yang bermaksud membazir atau boros. Manakala dari sudut istilah syarak pula membawa maksud sesuatu yang dikeluarkan pada jalan yang bukan hak (kebenaran).

Ibnu Mas'ud menjelaskan bahawa pembaziran adalah perbuatan menafkahkan (mengeluarkan) atau menggunakan harta pada jalan maksiat yakni tidak pada jalan yang diperintahkan oleh Allah dan tidak berlandaskan tuntutan Sunnah Rasulullah.

Manakala Ibnu Kathir pula mentakrifkan pembaziran sebagai perbuatan mensia-siakan nikmat Allah kepada perkara-perkara maksiat yang melanggar perintah Allah.

Islam amat melarang umatnya melakukan pembaziran sehinggalah Allah menyifatkan orang-orang yang suka membazir itu sebagai saudara syaitan. Firman Allah yang bermaksud: "Sesungguhnya orang-orang yang melakukan pembaziran-Mu adalah saudara-saudara syaitan, sedang syaitan itu pula adalah makhluk yang sangat kufur kepada Tuhannya." (Surah al-Isra':27)


Allah Taala menggariskan panduan kepada manusia dalam soal makan dan minum supaya tidak berlaku pembaziran. Firman-Nya yang bermaksud: "...dan makanlah serta minumlah dan jangan pula kamu berlebih-lebihan. Sesungguhnya Allah tidak suka orang-orang yang berlebih-lebihan." (Surah al-A'raf:3 1)

Dalam masyarakat Islam kita, perbuatan membazir ini berlaku dalam pelbagai keadaan. Pembaziran berlaku bukan sahaja dari sudut makan minum, malah yang lebih parah lagi ialah dari sudut pembaziran masa dan umur.

Jika pembaziran dari sudut makan minum tu dapat kita lihat dengan terbuangnya makanan dan minuman ke dalam tong sampah, tetapi pembaziran dari sudut masa dan umur (usia) pula seringkali tidak kira sendiri kerana tidak dapat dinilai dengan mata kasar.

Namun perlu kita fahami bahawa segala nikmat termasuk nikmat masa, usia, harta, ilmu, tubuh badan dan sebagainya akan disoal dan dipertanggungjawabkan oleh Allah ke atas kita di akhirat kelak.

Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud:
"Tidak akan berganjak dua tapak kali manusia pada hari kiamat sehinggalak dia disoal tentang empat perkara. Mengenai umurnya kemanakah dihabiskan umurnya? Mengenai ilmunya, apakah yang sudah dilakukan dengan ilmunya? Mengenai hartanya, dari sumber manakah dia perolehi dan jalan manakah dia belanjakan? Dan tentang tubuh badannya, apakah yang telah dia lakukan?" (Hadis Hasan Sahih riwayat Tirmizi)

Orang yang mengerti nilai waktu tidak sanggup membiarkan waktunya habis dengan percuma, tetapi dipenuhi dengan amal-amal yang berguna kerana dia sedar waktu itu adalah umurnya. Berlalulah waktu tanpa sebarang pengisian yang baik bererti sia-sialah umurnya itu. Pepatah Arab ada berkata: "Waktu itu sangat berharga, maka jangan engkau habiskan kecuali untuk sesuatu yang berharga juga."

Pembaziran masa sering berlaku jika kita tidak bijak menguruskannya. Terdapat segelintir di kalangan masyarakat kita yang suka menghabiskan masa dengan sia-sia. Bagi yang bekerja, mereka kadang-kadang mencuaikan masa dan sengaja melengahkan tugas atau kerja yang diberikan kepadanya. Tidak merancang tugasan, agihan tugas yang tidak sistematik, menyerahkan tugas kepada orang yang bukan ahlinya dan sikap pekerja sendiri yang tidak bermotivasi serta tidak mementingkan nilai masa adalah antara faktor yang menyumbang ke arah pembaziran masa.

putripuzzle : let me be me

01 December 2012

Hikmah Sakit......


Apabila seorang hamba Allah jatuh sakit, Allah akan utuskan 4 orang malaikat :

1. Malaikat Pertama akan mengambil SELERA MAKANNYA
2. Malaikat Kedua akan mengambil REZEKINYA
3. Malaikat Ketiga akan mengambil KECANTIKAN WAJAH ( pucat )
4. Malaikat Keempat akan mengambil DOSANYA

Apabila telah sampai waktu yang telah Allah tetapkan untuk hambaNya kembali sihat, Allah akan menyuruh Malaikat Pertama, Malaikat Kedua dan Malaikat Ketiga supaya memberi balik apa yang telah diambil oleh mereka. Akan tetapi Allah tidak menyuruh Malaikat Keempat memberi balik dosa hambaNya tersebut. Subhanallah, betapa Mulia dan Baik Hati nya Allah terhadap kita. Janganlah bersangka buruk terhadap Allah ketika sakit, bersyukurlah dan ucaplah Alhamdulillah ke atasNya. Sesungguhnya setiap kesakitan itu adalah penghapus segala dosa.

Sumber: Ustaz Don Daniyal
putripuzzle : let me be me

09 October 2012

Dasyatnya Doa Seorang Ibu


Assalamu'alaikum semua..                                                                 
Satu ceramah bertajuk "Dasyatnya Doa Seorang Ibu" oleh Ustaz Abdullah Mahmud, bekas ustaz ATM sungguh menarik dan jarang kita dengar. So kepada semua blogger marilah luangkan sedikit masa berharga dengan membaca sedutan ceramah istemewa ini untuk kita sama² hayati dan amalkan sekadar mampu. Di takdirkan anda malas juga nak baca, saya harap bacalah juga pada bahagian yang ada tanda ** .

Ibu Kita dan Kita Sebagai Ibu 
  • Lapangnya masa kita ada kaitan dengan keberkatan hidup kita. Kita adalah di bawah siksa Allah bilamasa ada masa untuk buat benda tak baik tapi tak dak masa nak buat yang baik.. 
  • Jika kita tak pernah kecukupan duit maksudnya kita disiksa Allah. 
  • **Setitik air mata ibu jatuh, 10 kebajikan anak hilang so ibu2 jangan jatuh air mata ye and anak jangan bagi ibu jatuh air mata.  Menangis kerana anak berjaya dan bukan sedih kerana angkara anak.                      
  • Kalau balik tengah malam, buka lampu tengok dan tatap muka ibu, sebab wajah orang tidur akan menampakkan segalanya.                          
  • Ada 3 mata yang tak dijilat api neraka. 
  1. Melihat kaabah sehingga menitis air mata. 
  2. Membaca quran sehingga menitis air mata. 
  3. Memandang wajah ibu yg sedar tidur / sedar hingga berlinang air mata. 
  • 3 orang yg kita kena tengok dan selalu pandang dalam hidup, tengok masa tidor! 
  1. Anak.                          
  2. Ibu.                          
  3. Suami.                          
Sebagai selingan, kata ustaz lagi, kalau kita ada perselisih faham dgn suami sampai nak bercerai, tgk lah muka laki kita tika dia tidor - kalau masih terbit perasan kasih, sayang, cinta, rindu atau simpati, janganlah bercerai tapi jika tiada timbul rasa itu semua - maksudnya jodoh dah memang takde, boleh proceed apa yang patut..
  • Orang yang selalu menatap dan memandang ibunya takkan menangis di hari kematian ibunya kira menangis dalam hati je..Bagi siapa yg masih ada ibu, pandang lah ibumu selalu.                          
  • Adalah menjadi satu dosa jika kita mengguna jari telunjuk untuk menujukkan sesuatu pada ibu. 
  • Kalau ada niat yang baik teruskan lah.. Allah akan bersama kita. 
  • Kalau tak mampu lakukan sesuatu, pasang niat pun mencukupi. Contohnya, tak mampu tolong org, niat nak tolong pun dah memadai. 
  • **Kalau kita tak mampu letakkan diri kita di tempat yang terbaik, Allah akan letakkan kita di tempat terbaik dengan syarat letakan ibu kita di tempat yang terbaik terlebih dulu.                          
  • Ada kaedah yang mana kita boleh minta pada Allah, ungkit kebaikan yang menimpa dengan tujuan untuk makbulkan doa kita.  Kaedah tu dipanggil wasilah amal .
  1. Ya Allah semalam aku sudah bersedekah sebanyak RM1, kalau itu satu kebaikan jadikanlah ia penyebab makbulnya doaku ini. 
  2. **Paling banyak buat baik dengan ibu kita, lagi mustajab.  Makna dia wasilah amal ni sangat berkesan kalau yg dituntut tadi adalah hal  yang berkaitan kebaikan yang dibuat kepada ibu kita.           
Antara lain yang boleh dituntut adalah apabila kita ditimpa sakit/musibah. 
  • Kalau ditimpa sakit, baca laa Innalillahiwainnaillaihirojjiun,,, lps tu bicaralah dengan Allah..
  1. Ya Allah, berilah pahala besar untuk sakit yang aku tanggung ini
  2. Ya Allah, bagilah aku keampunan dosa atas sakit ku ini .
  • Even suapkan anak pun kita boleh tuntut, apatah lagi sedekah kepada ibu dan orang yang memerlukkan.   
  • ** Barang siapa yang tidak mendoakan ibu selepas sembahyang buat ibu yang sudah meninggal maka dikira diaanak derhaka walaupun pada waktu ibunya hidup dia tak pernah menderhaka.  Maksudnya jika ibu masih hidup atau telah tiada, selepas setiap solat kita mesti doakannya! 
  • Doa orang yang masih hidup makbul untuk orang yang hidup dan mati.   Jadi doakan ibu kita jika ianya telah tiada.
  • ** Doa orang yang mati makbul untuk orang yang masih hidup. 
Masa ni ustaz tu bagi contoh sadis sket..sedeh gak laa.. pi ke pusara mak kita cakap.. "Mak, esok anak saya nak kawin, kalau mak ada tentu mak bahagia tengok cucu mak kawinkan" atau "bapa saya nak kawin esok, kalau bapa ada, pasti bapa akan gembira tengok sayakan.." Ustaz kata luahkan kepada ibu/bapa yang telah tiada kerana mereka mendengar dan mereka boleh mendoakan kita dari sana .
  • Bila lalu kubur, perlahankan dan beri salam!  Mereka akan doakan kita "berkatilah si A ini"dan jika tak bagi salam, mereka akan kata "celakahlah orang ini". Jadi, jangan lupa bagi salam pd mereka. 
  • Tanda tanda siksa Allah atas muka bumi ni antara lain simpan harta sampai mati tak pernah keluarkan zakat.                         
  • Sesiapa yang bersedekah selalu, takkan miskin orang itu selamanya.. 
  • Bila nak berbelanja @ shopping always spare duit untuk sedekah kerana dalam duit kita tu ada hak org susah.  Jadi bila orang buta datang masa makan, bagi laa duit sebab kita nak cari org susah untuk sedekah dah amat susah masa sekrg and takde masa jadi Allah hantarkan org2 susah ini untuk kita dapatkan pahala!.                         
  • **Jika mak kita sudah meninggal dan semasa hayatnya kita ada peruntukkan wang untuk dia, bila mak kita dah takde teruskan memberi peruntukkan tu sebagai sedekah. Jangan kurangkan peruntukkan!! "Ya Allah, aku sedekahkan bagi pihak ibuku, semoga pahala sedekah ni sampai kepada ibuku".   Itu yang yang buat ibu kita bahagia di sana . 
  • Kalau kita susah nak bersedekah, bayangkan wajah ibu kita baru kita ringan tangan nak bersedekah.                          
  • ** Allah panjangkanlah usia ibu bapaku supaya dia sakit dan nyanyuk..ini bertujuan memberi syurga pada anak2nya.  Doa ini bukan bermaksud minta merika sakit or nyanyok..ironinya keadaan demikian membolehkan anak2 berebut mahu menjaga merika disaat merika dlm keuzuran itu sbb balasannya adalah syurga.  Jadi kalau tahu ibu/bapa sakit, berebutlah menjaga ibu/bapa kita.  Besar sangat pahalanya. 
  • Allah kalau boleh taknak kita masuk neraka jadi Allah takkan matikan seseorang dalam keadaan kotor dan berdosa jadi dia bagi kita sakit/malu/miskin untuk membersihkan kita sebelum dia mengambil kita.          
putripuzzle : let me be me

02 August 2012

Kelebihan Istighfar

JADIKANLAH 'ISTIGHFAR' SEBAGAI AMALAN...


Suatu hari Hassan Al Bashri, salah seorang tabiin didatangi oleh seorang lelaki yang mengadu mengenai keadaan daerahnya yang kering kontang kerana sudah lama tidak hujan.

Maka Hassan berkata, ``Mohonlah ampun kepada Allah.''

Kemudian datang pula seorang lagi sahabatnya yang mengadu bahawa dirinya ditimpa kemiskinan.

Sekali lagi, Hassan menjawab, ``Mohonlah ampun kepada Allah.''

Tidak lama kemudian datang pula seseorang meminta didoakan agar dikurniakan anak dan jawapan Hassan ialah ``beristighfarlah kepada Allah.''

Kemudian datang lagi orang yang lain mengadukan tentang kebunnya yang tandus, Hassan juga memintanya supaya beristighfar.

Jawapan Hassan itu menimbulkan rasa tidak puas hati para sahabatnya, lalu mereka bertanya kepada Hassan mengapa semua masalah itu hanya dapat diselesaikan melalui istighfar.

Hassan berkata, ``Saya tidak mengatakan semua itu secara suka-suka. Tetapi, berdasarkan firman Allah dalam surat Nuh ayat 10-12 yang bermaksud:

``Maka aku katakan kepada mereka,'' Mohonlah ampun kepada Tuhanmu, sesungguhnya Dia adalah Maha Pengampun, nescaya Dia akan mengirimkan hujan kepadamu dengan lebat dan membanyakkan harta dan anak-anakmu, mengadakan untukmu kebun-kebun dan mengadakan (pula di dalamnya) untukmu sungai-sungai. ''

Apa yang dinyatakan oleh Hassan itu seolah-olah tidak berlaku pada zaman sekarang yang lebih banyak melihat sesuatu yang berlaku itu secara akal fikiran atau rasional semata-mata.Setiap sesuatu yang terjadi kepada kita, tidak pernah dianggap sebagai akibat daripada dosa-dosa yang telah kita lakukan.

Lanjutan itu, dalam mencari penyelesaian terhadap sesuatu masalah kita hakikatnya hanya mencipta masalah baru. Sedangkan Allah telah berfirman dalam Surah As-Syura ayat 30 yang bermaksud: ``Dan apa sahaja musibah yang menimpa kamu, maka adalah disebabkan oleh perbuatan tanganmu sendiri dan Allah memaafkan sebahagian besar (dari kesalahan-kesalahan mu).''

Peringatan Allah ini sebenarnya tidak pernah dipedulikan oleh sebahagian daripada kita, sebaliknya kita lebih banyak menggunakan kekuatan fikiran untuk menyelesaikan masalah.Istighfar hakikatnya adalah jalan terbaik untuk memberi kita petunjuk dalam menyelesaikan apa juga masalah yang kita hadapi.

Ia akan menimbulkan keinsafan dan ia akan mendorong kita menghentikan perbuatan-perbuatan yang boleh mendatangkan dosa.Sama ada kita hendak mengakui atau tidak, kita sering melupakan azimat Allah ini sehingga setiap kali kita menghadapi apa juga masalah kita terlupa untuk beristighfar kepada-Nya.

Justeru marilah kita menjadikan istighfar sebagai amalan tetap kita seharian, sesungguhnya Allah itu Maha Pengasih lagi Maha Pengampun.

putripuzzle : let me be me

09 April 2012

Sedekah Amalan Mulia

Bersedekahlah, maka hartamu akan dijaga Allah. 


Rasulullah saw bersabda, "Ketika berada di tanah lapang, ada seseorang yg tiba-tiba mendengar suara di awan yg mengatakan, 'airilah kebun si fulan'. kemudian, awan itu bergerak hingga sampai pada kebun si fulan dan mencurahkan airnya di sana. Sejenak, orang itu memperhatikan keadaan di sekitarnya. tiba-tiba dia melihat seorang lelaki yg memindahkan air itu dengan sekop. orang itu kemudian bertanya kepada laki-laki tersebut, "tuan, siapakah nama anda?". Lelaki itu menjawab, "nama saya fulan". --nama yg dia dengar dari awan saat berada di tanah lapang tadi--. orang itu kemudian melanjutkan pembicaraannya dengan lelaki itu, "tadi saya mendengar suara memerintahkan pada awan ini untuk mengairi kebun tuan. Sebenarnya apa yg anda lakukan dgn kebun ini?". lelaki itu menjawab, "saya sangat memperhatikan segala sesuatu yg dihasilkan dari kebun ini. dari hasil pertanian kebun ini, saya bahagikan kepada tiga bahagian : sepertiga saya sedekahkan, sepertiga saya gunakan untuk nafkah keluarga saya, dan sepertiga lagi saya gunakan untuk menyuburkan kebun ini". (HR Muslim)


Pesanan kepada diri sendiri dan yg lain, jangan berkira, kedekut xkena tempat, dan marilah kita amalkan sikap terpuji ini ya. InsyaAllah. 

putripuzzle : let me be me

05 April 2012

Amalan Rasullullah - Berkuda, Memanah dan Berenang

Sabda Rasulullah SAW : “Lemparkanlah (panah) dan tunggangilah (kuda).”(Riwayat Muslim)

Berkuda
Berkuda amat baik untuk kesihatan manusia. Seluruh anggota tubuh badan dari kepala hingga ke kaki, dari fizikal hingga mental akan mendapat manfaatnya. 

Bentuk lekuk badan belakang kuda – tempat di tunggang- baik untuk merawat segala masalah tulang belakang manusia. Semasa pergerakan galloping iaitu cara rentak kuda melompat dan berlari, menyebabkan vetebra tulang belakang manusia bergesel antara satu sama lain dalam keadaan harmoni, dan meransang saraf-saraf tulang belakang, seolah-olah diurut, sedangkan pakar chiropraktik pun tidak mampu berbuat seperti gerakan natural tulang-tulang veterbra semasa orang menunggang kuda. Seluruh anggota : tulang rangka, otot-otot, organ-organ viseral – termasuklah sistem penghadaman, sistem saraf, sistem voluntary mahupun involuntary, organ perkumuhan, malah geseran kepada organ-organ seksual akan teransang secara optimum untuk menjadi semakin sihat. 

Penunggang kuda yang hebat selalunya bebas dari mengalami sakit belakang atau ’ter’gelumang dengan tabiat-tabiat seks yang di luar tabie. Selain itu menunggang kuda turut mencerahkan mata sebab terdapat ransangan terhadap saraf kranial semasa gerakan ‘galloping’ kuda.

Memanah
Melatih emosi dan fizikal untuk meletakkan target pada sasaran. Memanah sangat menitik beratkan body balancing. Maka jika pemanah emosinya tertekan, maka panahan amat mudah tersasar. 

Secara tidak langsung, sukan ini melatih manusia bertenang dan menstabilkan emosi. Individu yang tidak tenang, gopoh, pemarah, kurang sabar atau kurang sihat mentalnya tidak akan menjadi pemanah yang baik. Perbuatan melenturkan anak panah di busurnya, kemudian melepaskannya perlu satu kekuatan fizikal, sukan ini juga satu latihan holistik kepada diri seseorang dari segi fizikal dan mental. Bersabda Rasulullah SAW, ” Kamu harus belajar memanah kerana memanah itu termasuk sebaik-baik permainanmu.” (Riwayat Bazzar, dan Thabarani dengan sanad yang baik)

Berenang
Semasa berenang, mental, fizikal, segala otot dan tulang rangka digerakkan untuk membuat satu gerakan yang berkoordinasi antara dua anggota kaki dan dua anggota tangan, selain meransang stamina ( sistem kardiovaskular )

Berenang juga memberi peluang manusia untuk menguasai air serta menjadi berani.
Islam menggalakkan umatnya bersukan sebagaimana hadis Rasulullah s.a.w, Orang mukmin yang kuat itu lebih baik dan lebih Allah kasihi daripada mukmin yang lemah.(riwayat Muslim)

Baginda juga pernah bergusti dengan ahli gusti kafir Quraisy, Rukanah bin Abu Yazid bin Hashim. Peristiwa itu berlaku bila mana Rasulullah diminta membuktikan mukjizatnya. Syarat pertandingan itu ialah jika Rasulullah menang, Rukamah akan memeluk Islam. Akhirnya, Rasulullah memenangi pertandingan gusti yang diadakan tiga pusingan itu.

Dalam peristiwa lain, Rasulullah pernah berlumba lari dengan isterinya, Saidatina Aishah. Semua ini membuktikan yang Islam mengharuskan kita bersukan. Pepatah Arab juga menyebut ‘otak yang cerdas datangnya dari badan yang sihat’.

Ini semua semenangnya selaras dengan kajian saintifik yang menganjurkan kesihatan melalui sukan.
Tiap-tiap sesuatu yang bukan zikrullah berarti permainan dan kelalaian, kecuali empat perkara:
(1) Seorang laki-laki berjalan antara dua sasaran (untuk memanah).
(2) Seorang yang mendidik kudanya.
(3) Bermain-mainnya seseorang dengan isterinya.
(4) Belajar berenang.” (Riwayat Thabarani)

Dan ia bersabda:
“Kuda itu ada tiga macam: kuda Allah, kuda manusia dan kuda syaitan.Adapun kuda Allah ialah kuda yang disediakan untuk berperang di jalan Allah, maka makanannya, kotorannya, kencingnya dan apanya saja – mempunyai beberapa kebaikan. Adapun kuda syaitan, iaitu kuda yang dipakai untuk berjudi atau untuk dibuat pertaruhan, dan adapun kuda manusia, iaitu kuda yang diikat oleh manusia, ia mengharapkan perutnya (hasilnya), sebagai usaha untuk memenuhi keperluannya.” (Riwayat Bukhari dan Muslim )

putripuzzle : let me be me