Showing posts with label solat. Show all posts
Showing posts with label solat. Show all posts

06 March 2019


Solat pun nak pakai cekak. Kerlas kau kakak Aina. hehe

Bila anak ko dah pandai ambil wuduk dan solat sendiri tanpa disuruh... sejuk perut ko eh.. cam orang selalu kata, sejuk perut ibu mengandung. haa gitulah perasaan ibu sekrang. Terima kasih cikgu-cikgu Taska,Tadika Siadina Ali tolong ibu didik anak ibu. Terima kasih banyak-banyak. 💗

Semoga kakak Aina jaga solat sampai ke mati ya anak. ibu sayang anak-anak ibu.

Ingat pesan ibu, wajib dirikan solat seumur hidup di dunia ini. jangan lalai. Sama-sama perbaiki solat kita biar elok, tertib dan khusyuk. InshaaAllah.

06 May 2014

Sujud Sahwi

sumber google
Malam tadi sembang dengan hubby bab Sujud Sahwi. Hubby tengok kat fb, ada kawan dia share berkenaan sujud ni. Aku biasa buat, yang aku tau, Sujud Sahwi ini adalah penghinaan untuk syaitan kerana gagal meng`was-was'kan kita dalam melakukan ibadah. Wallahualam. Kemusykilan di situ bila cara aku buat selama ni tak sama macam yang di share di fb...? Sebab tu aku double check untuk pencerahan selanjutnya. Sekarang ni tak boleh percaya sebarang lagi-lagi bab agama kan. Takut ter`syiah' pula kita. Jadi tadi aku sempat tanya googling.. Jom kita ambil tau sikit apa itu Sujud Sahwi. Semoga sama-sama bermanfaat. InshaaAllah.

Sahwi bererti lupa atau lalai terhadap sesuatu. Maka ‘Sujud Sahwi’ dilakukan oleh seseorang yang bersolat, apabila terlupa melakukan sunnah Ab’adh atau hal yang salah lainnya tanpa sengaja.

Namun demikian tidak semestinya mereka yang sujud sahwi kerana lupa sahaja, kerana mereka yang meninggalkan sesuatu sunat ab’ad  seperti meninggalkan ‘Doa Qunut’ dengan sengaja kerana tidak hafal adalah disunatkan melakukan ‘Sujud Sahwi’ juga. Maka bolehlah dikatakan dan dipernamakan sujud sahwi di atas qaedah باب الاكتفا  atau الاغلبية (kebiasaan pengunaannya).

‘Sujud Sahwi’ adalah sunat muakad yang dilakukan untuk menampung kekurangan atau kecacatan yang terjadi dalam pelaksanaan solat, baik kekurangan rakaat, kelebihan rakaat, atau kerana ragu-ragu yang disebabkan terlupa.

Dari Abu Sa’id al-Khudri Radhiyallahu anhu, dia berkata bahawa Rasulullah Shallallahu ‘Alaihi Wa Sallam bersabda:
إِذَا شَكَّ أَحَدُكُمْ فِـيْ صَلاَتِهِ فَلَمْ يَدْرِ كَمْ صَلَّى؟ ثَلاَثًا أَوْ أَرْبَعًـا؟ فَلْيَطْرَحِ الشَّكَّ وَلْيَبْنِ عَلَى مَـا اسْتَيْقَنَ ثُمَّ يَسْجُدُ سَجْدَتَيْنِ قَبْلَ أَنْ يُسَلِّمَ. فَإِنْ كَـانَ صَلَّى خَمْسًا شَفِعْنَ لَهُ صَلاَتُهُ، وَإِنْ كَانَ صَلَّى إِتْمَامًا ِلأَرْبَعٍ كَانَتَا تَرْغِيْمًا لِلشَّيْطَانِ.

“Jika salah seorang di antara kamu ragu dalam solatnya sehingga dia tidak tahu berapa rakaat yang telah dia lakukan, tiga rakaat atau empat rakaat. Maka hendaklah ia tepis keraguan itu dan ikutilah yang dia yakini. Setelah itu, hendaklah dia sujud dua kali sebelum salam. Jika ternyata dia mengerjakan lima rakaat, maka dia telah melengkapkan solatnya. Namun, jika dia mengerjakan empat rakaat, maka dua sujud tadi adalah penghinaan bagi syaitan.”

(Hadis Riwayat: Muslim, Abi Dawud, An-Nasa’I r.a.)

Diharuskan Sujud Sahwi 
‘Sujud Sahwi’ dibolehkan apabila berlaku perkara seperti:

1.  Lupa mengerjakan duduk Tahiyyat Awal.

2.  Lupa membaca Tasyahud Awal.

3.  Tertinggal selawat untuk Nabi Muhammad SAW pada Tasyahud Awal.

4.  Terlupa membaca Surah Fatihah pada rakaat pertama atau kedua.

5.  Menambah rukuk atau sujud kerana kelupaan,

6.  Ragu atau menambah bilangan rakaat solat dan sebagainya.

7.  Tertinggal Doa Qunut (Qunut Solat Subuh atau Solat Witir Nisfu Ramadhan).  

Cara Melakukan Sujud Sahwi 
‘Sujud Sahwi’ adalah melakukan dua kali sujud pada penghujung rakaat yang terakhir dan hendaklah berniat untuk melakukannya sebelum sujud;

1. Sesudah Tahiyyat Akhir dan sebelum salam. Bersujudlah sambil mengucapkan takbir “Allaahu Akbar” dan dalam sujud membaca:
2.  Duduk antara dua sujud semula dengan bacaan seperti solat biasa.

3.  Sujud lagi sekali dengan mengucap takbir, lalu membaca tasbih sujud seperti no. 1.

4.  Kemudian duduk semula dengan duduk ‘Iftirasy’ (Tahiyat Akhir).

5.  Akhirnya beri salam ke kanan dan kiri.

Jika terlupa sujud sebelum salam, bolehlah sujud selepas memberi salam dengan syarat tidak terlalu lama, jika tidak luputlah sunat melakukan sujud sahwi.Tetapi  jika dia baru teringat untuk melakukan  sujud sahwi selepas memberi salam  dalam jangka masa yang singkat, dia masih boleh melakukannya.Dia hendaklah  kembali sujud, duduk, sujud semula dan serta memberi salam sekali lagi. 

Anggaran tempoh yang dikira  lama selepas salam ialah sekadar boleh mendirikan solat sunat dua rakaat yang ringan.

Permasalahan
  • Apabila tertinggal atau terlupa sesuatu rukun solat, tidak boleh diganti dengan ‘Sujud Sahwi’ sahaja, malah sekiranya:
  • Jika teringat ketika sedang dalam hampir menyempurnakan rukun solat seterusnya, maka diwajibkan membuat apa yang tertinggal itu dengan segera dan menyambung solat sehingga tamat. Kemudian sunat melakukan ‘Sujud Sahwi’ sebelum salam kerana perbuatan telah bertambah.
  • Teringat ketika dalam proses kurang separuh daripada menyempurnakan rukun solat seterusnya, maka wajib juga membuat apa yang tertinggal itu dengan segera dan menyambung solat sehingga tamat dan tidak perlu melakukan ‘Sujud Sahwi’ sebelum salam, jika ia sujud juga maka batallah solatnya.
  • Sekiranya teringat tidak lama sesudah memberi salam, kira-kira setengah minit, hendaklah berdiri semula, mengerjakan apa yang tertinggal lalu meneruskan perbuatan solat seterusnya sehingga tamat, kemudian sunat melakukan ‘Sujud Sahwi’.
  •   Disebabkan kesalahan rukun, jika tidak dilakukan antara dua perkara itu, maka tidak sah solat.
  • Sekiranya tertinggal sunat-sunat ab’ad dan telah memberi salam sebelum sujud, sama ada dengan sengaja atau terlupa dan tempoh pemisah antara memberi salam dan selepasnya itu lama, maka luputlah tuntutan ‘Sujud Sahwi’.
  • Sekiranya tempoh pemisah itu pendek, maka boleh melakukan semula sujud tersebut dengan dua kali sujud, sambil berniat melakukan ‘Sujud Sahwi’, kemudian memberi salam buat kali kedua.
  • Bila di dalam solat timbul keraguan tentang jumlah rakaat maka ambillah jumlah rakaat yang sedikit lalu tambahkan rakaat yang kurang.
  • Bila yang terlupa itu salah satu rukun solat, yang tidak dapat dibetulkan segera, maka solatnya tidak sah, dan solatnya wajib diulang semula.
  • Jika imam terlupa ‘Sujud Sahwi’, makmum boleh ‘Sujud Sahwi’ selepas imam memberi salam.
Dari Ibnu Abbas radhiyallahu anhuma, Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam telah bersabda : “Sesungguhnya Allah telah memaafkan kesalahan-kesalahan umat-Ku yang tidak disengaja, kerana lupa dan yang dipaksa melakukannya.” (Hadis Riwayat: Ibnu Majah, Baihaqi dll.)


#Kalau ada soalan berkenaan Sujud Sahwi ni, boleh tanya UAI ok. Aku tak pandai nak menjawab bab ni. heee- Ampun ye.

Sumber

Wallahualam.
Sekian. let me be me

05 May 2014

7 Kelebihan Solat


1-Kunci penerimaan semua amal ibadat.

2-Mendatangkan ketenangan, menguatkan iman, memutihkan wajah dan menyejukan mata.

3-Allah SWT menurunkan rahmat, mendatangkan rezeki, nikmat terjaga dan menghapuskan dosa.

4-Penyubur keimanan yang terbaik.

5-Penawar kepada segala penyakit nafsu syahwat.

6-Menghapuskan segala kejahatan, menmbahkan pahala dan meningkatkan kedudukan di sisi Allah SWT.

7-Menjaga solat menjauhkan kita daripada sifat orang-orang Munafiq dengan Allah SWT.

Sekian. let me be me

22 April 2014

Solat Sunat Dhuha

Bacaan Solat Sunat Dhuha
Kelebihan Solat Dhuha

Berkata Abu Murrah Ath-Tha’ifi r.a. bahwasanya Nabi s.a.w. telah bersabda : Allah telah berfirman:

“Wahai anak Adam! Bersembahyanglah untuk Aku di awal pagi, niscaya Aku akan mencukupimu di akhirnya.”(Riwayat Ahmad)

Hadis Qudsi ini menganjurkan kita mengerjakan Solat Dhuha yang mana antara faedahnya, Allah Ta’ala memberi jaminan akan melaksanakan segala keperluan-keperluan keduniaan manusia setiap hari.

Antara ibadat sunat yang dianjurkan dan menjadi amalan Rasullullah SAW sendiri ialah solat sunat Dhuha. Banyak hadis-hadis yang mengalakkannya dan menyatakan keutamaannya, antaranya dalam riwayat Abu Hurairah katanya:

“Kekasihku Rasullullah SAW telah berwasiat kepadaku tiga perkara, aku tidak meninggalkannya, iaitu ; supaya aku tidak tidur melainkan setelah mengerjakan witir, dan supaya aku tidak meninggalkan dua rakaat solat Dhuha kerana ia adalah sunat awwabin, dan berpuasa tiga hari daripada tiap-tiap bulan”(Hadis riwayat Al-Bukhari dan Muslim)

Dalam riwayat yang lain Rasullullah SAW pernah bersabda yang maksudnya :

“Pada tiap-tiap pagi lazimkanlah atas tiap-tiap ruas anggota seseorang kamu bersedekah; tiap-tiap tahlil satu sedekah, tiap-tiap takbir satu sedekah, menyuruh berbuat baik satu sedekah, dan cukuplah (sebagai ganti) yang demikian itu dengan mengerjakan dua rakaat solat Dhuha .”(Hadis riwayat Al-Bukhari dan Muslim)

Adapun kelebihan sembahyang Dhuha itu sepertimana di dalam kitab “An-Nurain” sabda Rasullullah SAW yang maksudnya : “Dua rakaat Dhuha menarik rezeki dan menolak kepapaan."

Dalam satu riwayat yang lain Rasulullah SAW bersabda yang maksudnya : “Barangsiapa yang menjaga sembahyang Dhuhanya nescaya diampuni Allah baginya akan segala dosanya walaupun seperti buih dilautan.”(Riwayat Ibnu Majah dan At-Tirmidzi)

Dan daripada Anas bin Malik Radhiallahu ‘anhu berkata: “Aku mendengar Rasulullah SAW berkata: “Barangsiapa yang mengerjakan sembahyang sunat Dhuha dua belas rakaat dibina akan Allah baginya sebuah mahligai daripada emas”(Riwayat Ibnu Majah dan Tirmidzi)

Waktu sembahyang Dhuha ialah dari naik matahari sampai se-penggalah dan berakhir di waktu matahari tergelincir tetapi disunatkan dita’khirkan sehingga matahari naik tinggi dan panas terik.

Cara menunaikannya pula adalah sama seperti sembahyang-sembahyang sunat yang lain iaitu dua rakaat satu salam. Boleh juga dikerjakan empat rakaat, enam rakaat dan lapan rakaat. Menurut sebahagian ulama jumlah rakaatnya tidak terbatas dan tidak ada dalil yang membatasi jumlah rakaat secara tertentu, sebagaimana sebuah hadis yang diriwayatkan oleh ‘Aisyah bermaksud :”Adalah Nabi SAW bersembahyang Dhuha empat rakaat dan menambahnya seberapa yang dikehedakinya.” (Hadis riwayat Ahmad, Muslim dan Ibnu Majah)

Dalam sebuah hadis yang lain Nabi SAW bersabda bermaksud : ” Barangsiapa yang menunaikan sembahyang sunat Dhuha sebanyak dua rakaat tidak ditulis dia daripada orang-orang yang lalai daripada mengingati Allah dan barangsiapa yang menunaikan nya sebanyak empat rakaat ditulis akan dia daripada orang-orang yang suka beribadat dan barangsiapa yang menunaikannya sebanyak enam rakaat dicukupkan baginya pada hari tersebut, barangsiapa menunaikanyan sebanyak lapan rakaat Allah menulis baginya daripada orang-orang yang selalu berbuat taat, barang siapa yang menunaikannya sebanyak dua belas rakaat Allah akan membina baginya mahligai didalam syurga dan tidak ada satu hari dan malam melainkan Allah mempunyai pemberian dan sedekah kepada hamba-hambaNya dan Allah tidak mengurniakan kepada seseorang daripada hamba-hambaNya yang lebih baik daripada petunjuk supaya sentiasa mengingatiNya,” (Riwayat At-Thabarani ).

Sumber : Islam To You

Sekian.
let me be me