Showing posts with label anak-anak. Show all posts
Showing posts with label anak-anak. Show all posts

06 March 2019


Solat pun nak pakai cekak. Kerlas kau kakak Aina. hehe

Bila anak ko dah pandai ambil wuduk dan solat sendiri tanpa disuruh... sejuk perut ko eh.. cam orang selalu kata, sejuk perut ibu mengandung. haa gitulah perasaan ibu sekrang. Terima kasih cikgu-cikgu Taska,Tadika Siadina Ali tolong ibu didik anak ibu. Terima kasih banyak-banyak. 💗

Semoga kakak Aina jaga solat sampai ke mati ya anak. ibu sayang anak-anak ibu.

Ingat pesan ibu, wajib dirikan solat seumur hidup di dunia ini. jangan lalai. Sama-sama perbaiki solat kita biar elok, tertib dan khusyuk. InshaaAllah.

14 September 2018

Kelahiran Anak Ketiga

Alhamdulillah..

Pada tarikh 20 Mei 2018 (Ahad) ibu selamat bersalin anak yang ketiga. 

Nama diberi, Nur Aimi Natasha binti Mohd Hafiz. Bersalin di Hospital Serdang, Selangor secara normal dengan berat 3.65 kg. Terima kasih abi temankan ibu. tak pernah tak temankan ibu bersalin. You always be there for me. One of my strenght. 💓

Nur - Cahaya
Aimi - kesayangan/yang layak untuk dicintai
Natasha - Kesejahteraan/Kekuatan

Tak semua dapat peluang suami temankan masa isteri bersalin, jadi bersyukur. Walau pjj dgn suami masa mengandungkan Aina dan Aisha, ibu diberi peluang tu. Suami tak temankan tak bermakna suami tak sayang ye. Perancangan Allah sebaiknya.

Kelahiran kali ini istimewa dari yang pertama dan kedua kerana ibu dapat pengalaman bersalin di dalam bilik pembedahan. Ibu hampir bersalin ceaser sebab bukaan yang lambat ditambah bacaan ctg tak cantik dan baby Aimi hampir lemas. 

Doktor cakap ibu kena lalui proses kelahiran secara pembedahan. Ibu redha. 

Bila abi datang, abi mcam tak percaya, "perlu kena bedah ke sayang..?" ibu cakap dengan abi, "doktor cakap kena bedah, macam tu la nampaknya. Ye, rezeki baby lain-lain. kita redha ya..." 

Mula-mula ibu takut, tapi positif. Orang lain ceaser, berjaya, elok, baik saja. Aku inshaaAllah mampu. Redha. 

Jururawat hulur persalinan untuk ke bilik bedah. Ok, tukar.

Masa depan pintu pembedahan ibu rasa senak perut yang amat macam dah nak terberak sangat. Doktor terus cek lagi bukaan. Allah maha pengasih lagi maha pengetahui, rahim ibu dapat kembang dengan jayanya, dari 6cm terus ke 10cm, tak sampai 5 minit.. 

Rezeki- ibu dapat  bersalin secara normal. 
Terima kasih Allah.

Nur Aimi Natasha binti Mohd Hafiz


29 November 2016

Kelahiran anak kedua


Throwback 15.07.2015
Setahun lebih yang lalu.. Baru nak update?! heheheeee~

Selamat melahirkan puteri kedua ke dunia yang fana ini.
Putih bersih kulit dia cerah dari kakaknya.. Aina..

Saat mengandungkan mual itu biasa.. Bisa diurus dan sementara sahaja.. Saat melahirkan sakit itu biasa.. Jahitan itu biasa.. Lebih teruk dari melahirkan anak sulung rasanya. Tapi itu tetap biasa. Normal kan.

Tak sangka macam mimpi.. dah dua orang zuriatku. Alhamdulillah.
Berat ketika dilahirkan 3.47kg. Masa dilahirkan pukul 12.45 tgh hari di Hospital Ampang, Selangor. Semoga Ibu ingat sampai mati. Dijauhkan daripada penyakit nyanyuk.. Anak-anak Ibu doakan ya. :)

Nama di beri.. Nur Aisha Najiha
Nur: Cahaya
Aisha: Penuh energi, riang gembira, sihat, baik, kehidupan, penolong
Najiha: Kejayaan

Kesimpulannya.. Cahaya yang penuh makna kegembiraan kehidupan dan berjaya orangnya. Semoga Aisha jadi orang yang bermanfaat untuk kebaikan agama bangsa dan negara, Aamiin

10 September 2014

Anak oh Anak #Model Baju Perang


Ini cerita bila Mak Long Aina sponsered baju perang. Hani pun ada baju ni.. Kira boria ye cucu Tok Jep. Siapa berminat  nak beli baju perang untuk anak-anak, korang boleh beli online kat kedai ni ye Barangan BAYI & Kanak-Kanak Online

Happy shopping.


 

19 June 2014

Anak oh Anak #Memori setahun bersama Aina!!!


#Aina pada hari kelahirannya. Lepas 9 jam macam tu, mulut Aina macam berbuih putih. Terus ibu risau sangat. Mungkin sebab ibu cuba bagi Aina susu tipu. Ngoks betul ibu masa tuh. Maafkan ibu nak Ibu risau Aina kelaparan. Jadi ibu bagi Aina susu tipu. Masa tu ibu tak terpikir langsung nak bagi susu ibu kat Aina.. So sorry ibu blur. Nasib baik Aina tak apa-apa. Ibu tak boleh nak jalan sakit pedih tapi disebabkan ibu takut apa-apa jadi kat Aina ibu gagahkan diri bawa Aina jumpa misi kat kaunter. Menahan sakit ibu jalan sambil bawa Aina. Alhamdulillah Aina tak pape, Misi pun tak marah ibu. Nasib misi tak tau apa yang ibu dah buat kat Aina malam tu. After awhile, misi datang cek Aina lagi. Misi suruh ibu susukan Aina. Jadi ibu pun cuba susukan anak ibu ni for the first time. Alhamdulillh, Aina anak yang pandai. Laju Aina minum susu ibu. Mungkin Aina lapar sangat kan. Ibu happy sangat masa tu. Sayang Aina.


#Aina pada hari ketujuh. Masa ni ibu dah kuat sikit. Aina pula behave sangat. Kurang meragam. Rasanya tak meragam langsung sejak lahir. Alhamdulillah. Syukur pada Allah sebab kurniakan ibu anak yang baik macam Aina. Aina tak kuat menangis macam Hani. Tak tau sebab apa Hani menangis je. Ibu ingat baby semua macam tu. Alhamdulillah anak ibu tak. Kalau nak susu atau lampin penuh baru Aina bunyi. Ibu lagi rindu nak dengar suara Aina menangis adalah. Sampai kadang ibu risau, Aina ok ke tak ni. Sebab baik je dok diam. Alhamdulillah. Sayang Aina.


#Aina 1 bulan. Masa ni ibu try angkut Aina pakai carrier. hehe.. ibu tak sabar nak bawa Aina jalan pakai carrier ni. Selalu ibu tengok orang pakai bawa baby dorang. hee- Comel je Aina cenonet dalam tu. Tenggelam-. Bila dah masukkan Aina dalam tu, ibu bawa Aina ronda-ronda kat rumah. Ibu excited lebih ok. haaa- Masa ni jugak, ibu bawa Aina fly bersama Atok dan Nenek untuk bercuti seminggu ke Kuching, Sarawak. Tinggal dengan Abi sementara ibu habiskan cuti bersalin. Dapatlah sebulan lebih dok kat Kuching. Puas kita jalan dengan abi, atok dan nenek Aina. Abi bawa kita keliling daerah Kuching ni. Jalan tak ingatlah. Ibu happy sebab Aina behave dan sabar je dengan cuaca panas, kereta pula aircond gila. Ibu takut Aina tak selesa, Aina nangis.. tapi Aina tak pun. Cool je. Sangat bersabar anak ibu ni. Alhamdulillah. Aina anak yang baik. Sayang Aina.


#Aina 2 bulan. Masa ni kita tunggu Abi balik kerja. Kita nak pergi Giant Batu 10 dan beli juadah berbuka. Alhamdulillah, senang ibu jaga Aina. Ibu pun dah abis pantang 44 hari. Ibu fokus dekat Aina dan abi je sekarang sambil feeling-feeling suri rumah sepenuh masa. Heaven.. Atok dan nenek dah balik KL. Kita berjimba dengan abi jelah jawabnya. hee.. Sayang Aina.


#Aina 3 bulan. Masa ni kita on the way ke Klang. Abi tinggal kat Kuching. Kita jejalan dengan atok dan nenek je. Bosan kan dok rumah Aina. Alhamdulillah ada atok dan nenek yang sudi bawa kita jalan-jalan. Pandai aina duduk dalam car seat. Macam faham je kita nak jalan jauh kan. Masa kat rumah saudara kat Klang tu, dorang heran tau tengak Aina diam je baik je. Pastu mula cakap, "budak-budak ni kalau kecil-kecil diam, baik, esok besar nakal, banyak ragam". Ada ke cakap macam tu. Doakan yang bebaik sudah. Kan- Tak sukalah pemikiran macam tu. Apa pun kata mereka, ibu doakan anak ibu ni jadi anak yang solehah yang akan memimpin ibu dan abi ke syurga. InshaaAllah. Sayang Aina.


#Aina 4 bulan. Masa ni Aina main dengan Cik Luloi. Tetiba Aina ada rambut kan.. Comel sangat. haa puji anak sendiri!! Ni kerja Cik Luloi la ni. Suka sangat gebek Aina. Ibu pun tak macam tu tau. Kalau dapat anak nanti ntah macam mana pula gaya anaknye ye. hehehe.. Ok. abaikan. Masa ni juga Aina dah pandai pegang botol air sendiri, dah pandai geguling meniarap, pandai potpet potpet sikit. Bersembang apa ibu pun tak faham. ibu layankan aje. Alhamdulillah. Sayang Aina.


#Aina 5 bulan. Masa ni ibu pakai tudung, lepas tu Aina kacau-kacau ibu, Jadi ibu pun terus ambil serkup kepala Aina dan shawl ibu bagi Aina pakai tudung juga. Suka tak? Macam suka je sebab Aina tak buka balik pun, elok je pakai mcam tak rimas pun. Bertahan sampai ibu yang takut Aina rimas pakai tudung tu. Aina Aina.. Mudah-mudahan tudung jadi sebati dengan Aina bila Aina dah besar nanti. Jaga aurat ye nak. Aamiin. Bila dah 5 bulan badan Aina dah kuat sikit. Dah boleh merangkak. Laju. Gigi pun dah tumbuh dua batang kat bawah. Pertama kalinya Aina jatuh katil. Ibu minta maaf sangat. Ibu lupa Aina dah pro bab geguling ni. Waaa.. Nenek marah ibu kaw kaw sebab cuai jaga Aina. Janganlah jadi pape kat Aina kemudian hari. Maafkan ibu. Apa pun, ibu doakan Aina membesar dengan sihat ceria dan jayanya. Aamiin. Sayang Aina.


#Aina 6 bulan. Bila dah 6 bulan Aina pun dah boleh duduk sendiri. Masa ni ibu bawa Aina ke Klinik Batu 9 untuk check up dan cucuk 6 bulan. Kita pi dengan Abi. Alhamdulillah abi balik jadi boleh teman Ibu dan Aina pergi check up. Ibu pejam mata bila misi nak cucuk Aina. Ibu takut tengok jarum panjang tu. Nasib baik Aina kuat. Aina nangis kejap je. Aina tak nak ibu risau kan. Tapi ibu tau Aina sakit kan kena cucuk tu. Kesian anak ibu.  Sayang Aina.



#Aina 7 bulan. Masa ni kita kat Aeon Big Wangsa Maju dengan atok dan nenek. Baru lepas pekena nasi arab kat Setapak. Ibu ingat nak beli kasut kat Aina. Tapi ibu tak tau nak beli yang mana satu. Last sekali benda lain yang ibu beli untuk Aina. Haih la. Memang ibu ni tak fokus bab shopping. hee~ Gigi Aina makin banyak. Tumbuh lagi dua batang kat atas. Comel je gigi susu Aina. Aina dah pandai nak berdiri sendiri. Dah pandai meragam tak tentu pasal. Dah pandai nak manja dengan ibu, nenek dan dengan yang lain mungkin. Tak pe, ibu ok. Ibu tau anak ibu sedang nak membesar jadi ibu layankan aje. Sayang Aina.

#Aina 8 bulan. Aina baru bangun tido. Hari ni dah sehari Aina bertindik telinga. Cantik. Suka ibu tengok. Ibu tindik telinga Aina awal sebab orang asyik kata Aina baby boy je. Mungkin sebab rambut Aina lambat tumbuh. Harap lepas ni dorang alert sikit. Dari Aina dalam perut, orang dok kata Aina baby boy. Dah keluar pun sama. Memang ibu agak geram kat depa tu semua. Tapi takpe. Janji ibu sayang Aina ketat-ketat. My princess. Sayang Aina.


#Aina 9 bulan. Masa ni Mak Teh Aina dok mengajar tutorial nak pakai turban ala-ala Yuna. Jadi Aina yang jadi modelnya. Comel ngat haih.. hehe Gigi tumbuh lagi 2 batang kat atas. Dah boleh makan makanan yang agak solid. Sayang Aina.


#Aina 10 bulan. Masa ni Aina baru bangun tido jugak. Ibu sesiap nak p kerja. Sempat ibu gayakan Aina shawl ibu. Saja nak duga Aina. Rimas ke tak. Okla. Nanti ibu beli tudung khas untuk Aina ye. Aina dah pandai berjalan. Jalan-jalan jatuh. Comel je tengok Aina usaha untuk berjalan. Alhamdulillah. Sayang Aina.


#Aina 11 bulan. Masa ni kita odi Tesco Kajang. Aina tak sabar-sabar nak minum vitagen. Aina nangis kuat bila ibu tak nak bagi vitagen. Belum sempat ibu bayar tau. Malu ibu, semua orang tengok. Harap Aina tak buat macam ni dah lepas ni. Aamiin. Aina jalan makin laju. Siap tolong nenek mengemas. Alhamdulillah, anak ibu membesar dengan jayanya. Sayang Aina.

#Aina 12 bulan. Masa ni ibu sidai baju kat luar. Aina macam biasa teman ibu sidai baju kat situ. Bajet nak ibu angkat keluar la tu. heee- Bila dah 12 bulan Aina makin pandai mengemas, explore race dalam rumah, pandai nak merap, manja dengan semua orang dan kuat makan. Semua pun nak makan. Pantang tengok orang makan apa semua nak jugak. Aina Aina.. Alhamdulillah tanggal 10.5.2014 Aina genap setahun. Sayang Aina.

Alhamdulillah. Terima kasih Ya Allah. 
Sepanjang bersama Aina, dia anak yang baik. mudah tidur, mudah makan, mudah dibawa berjalan ke mana-mana, mudah nak jaga, semuanya mudah. Tak banyak fussy macam baby yang lain. Alhamdulillah. Allah tahu abi Aina jauh. Jadi Allah mudahkan semua untuk ibu jaga Aina. Wallahualam. Abi pun banyak missed perkembangan Aina. Balik kejap-kejap je. Tak pelah, Janji abi pun sayang Aina ketat-ketat. We all love you. Jadi anak yang solehah ye. Pimpinlah tangan ibu dan abi menuju ke syurga yang kekal abadi. Ibu doakan yang terbaik untuk Aina. Aamiin.

Sekian.
let me be me

08 May 2014

Pengalaman Bebaskan Cik Aina Dari Hisap Puting Susu

Tengok gigi Cik Aina kami dah tak rata tumbuhnya.. Jadi kami nak train dia supaya tak hisap puting dah. Ini pengalaman kami (my family & I).

Mulanya kami memang tak nak bagi Aina hisap puting tapi neneknya (mak aku) nak sangat bagi puting. Neneknya tak suka dengar baby menangis. Dia cepat risau. Sanggup belikan puting susu untuk Aina. Kami tak dapat nak buat apa. Nak melawan kang neneknya kecik hati. Lagipun, neneknya takut Aina mengutip makanan sebarang atau benda-benda kecil kat lantai. Kami pula risau, takut Aina jonggang ke kan, pastu neneknya kata "semua anak-anak (6orang) mak bagi puting takde sorang pun yang jonggang." Ye juga kan. Tak semestinya hisap puting baby akan jonggang ye. Mungkin juga sebab keturunan. Wallahualam.

Mula-mula bagi, Aina macam tak layan puting tu tapi dah selalu-selalu bagi sekarang dah tak lepas pula. Moralnya, jangan mulakan ye..

Kami tak nak bagi Aina hisap puting sebab makin hari gigi Aina makin banyak tumbuh, setakat hari ni (Aina dah 11bulan), giginya dah 6 batang (4 batang atas, 2 batang bawah). Currently ada 4 batang lagi gigi yang tengah tumbuh.dah nampak tunas giginya. Risau bila tengok gigi Aina tumbuh tak rata. Mungkin sebab Aina kerap hisap puting susu. Ok, cakap banyak tak guna, tembak tak kena. heee- Ini pengalaman kami. Check it out.

Hari Pertama 030514
Kebiasaannya lepas minum susu Aina mesti nak sambung hisap puting. Dah hisap puting baru Aina boleh tidur dengan aman. Jadi kenalah Ibu berkorban jaga malam, memujuk Aina bila sesekali Aina terjaga cari puting. Masa ni kesian sangat kat dia. Malamnya Aina nangis je. Kesian dia. Memang kalau Ibu ikutkan kesian, dah lama Ibu bagi puting. Tapi demi masa depan Aina Ibu kuatkan semangat. Ibu pujuk Aina. Lama-lama dalam 5-7 minit macam tu makin lama makin pelan Aina nangis, terus tertidur. Lepas Aina tidur Ibu doakan supaya Allah bantu Ibu untuk tolong Aina bebas dari hisap puting. Sayang Aina.

Hari Kedua 040514
Siangnya dah bagitau kat mak, Aina tengah training nak berhenti hisap puting. Alhamdulillah, mak positif. Aina cuma buat perangai bila lepas habis menyusu dan nak tidur. Masa ni memang high bab penggunaan putingnya. Macam biasa nenek(shift siang) dan ibu(shift malam) pujuk Aina. Sayang Aina.

Hari Ketiga 050514
Siangnya Aina doing well with nenek cuma malam je dia akan mencari puting pastu buat muncung chup chap chup chap mulut dia nak gigi selimut la, bantal la, jari la.. Ibu layankan aje ragam Aina dengan harapan Aina dapat biasakan diri tanpa putingnya itu. Ye, ibu dah sembunyikan puting Aina dari dicapai oleh nenek. Bahaya. heee- Malamnya, Aina merenggek macam tula.. mulut tak mau diam bubbling kan apa ntah. Ibu redho. Pujuk lagi Aina sayang supaya tidur. Tidur nak, esok ibu kerja. Sayang Aina.

Hari Keempat 060514
Aina masih biasakan diri. Rutin biasa bila ibu balik kerja, mandikan Aina, buatkan Aina susu dan tidurkan Aina. Masa nak tidurkan ni tak habis lagi bubbling nya. Muncung-mucungkan mulut dia. Gigit selimut, gigit tangan ibu, ramas hidung ibu dll sambil layan mata yang mengantuk tu. Kesian... Tak mengapa, Aina under trainning. Lepas ni oklah tu. Ibu positif.

Hari Kelima 070514
Ok, Aina behave dari hari sebelumnya. Nampak dah biasa dengan tak hisap puting. Alhadulillah. Bolehla ibu isytiharkan kat dunia bahawa Cik Aina sudah bebas puting.. Welldone Cik Aina. Nanti ibu reward Aina ye. humm, nak belanja Aina apa ye? Think think think..

#Aina kecil lagi sebab tu senang sikit nak ajar dia berhenti hisap puting, kalau dah besar dah tau cakap, mungkin susah. Wallahualam

Sekian.
let me be me

30 October 2013

Kelahiran Anak Pertama


..My lovely daughter..
..Nur Aina Nasuha Binti Mohd Hafiz..
..10 Mei 2013..
..Jumaat, 3.49 petang..
..3.44kg..
..Hospital Ampang, Selangor..

08 Mei 2013
Pepagi hubby dah ajak keluar jejalan. Sesekali balik, nak jalan je keje hubby ni. ok, aku layankan aje. lagi aku suka. kalau bab jalan ni memang makanan aku. haaaa.. Dah dalam kereta xtaw nak p mana kan, pastu pi jalan di tempat di sekitar kawasan Cheras jela. Mula-mula pergi Leisure Mall. Haa, dekat sgt. kentut pun dengar. hahahaha.. Hubby nak cari jeans Levis dia. Pastu makan Secret Recipe.. Alhamdulillah, konyang den. Lepas dah siap semua kt Leisure Mall kitorang pergi Giant Cheras plak. Pusing satu Giant tu then makan kat FullHouse, cerdik xbawa camera so xde la kenangan makan kat situ. Aku dgn perut memboyot lahap abis la.. makanan plak seeedap sgt, laju aku makan tapi tetap control ayu! heee. After having lunch, kitorg gerak p karoke plak dekat dalam tu. Best, hubby layan sungguh karoke ni. Aku layankan ajela. Happy tengok hubby happy. Alhamdulillah. Balik tu we had a talk. Hubby cakap kat baby, mungkin esok baby akan keluar. Nah, masin mulut hubby.....

09 Mei 2013
Paginya aku mula didatangi tanda2 nak beranak. Mula2 keluar darah. Aku dah berdebar dah. Mak bagi minum air selusuh.. Ok, then terus gerak ke Hospital Ampang pukul 8.30 pagi macam tu. Hubby bawa ke hospital. Alhamdulillah juga hubby ada di sekitar by the time nak deliver baby. Dah sampai di Hospital Ampang, firstly pergi Wad PAC. kat situ semua org boyot nak beranak dok tunggu turn untuk admit wad bersalin. Sampai giliran aku, doktor pelatih cina, dia cek aku.. dia kata baru buka 1cm. mai doktor India plak.. dia cek dah buka 2cm. terus kena admit. ok.. geram kat doktor pelatih tu sebab boleh dia suruh aku balik dgn masa tu memang aku dah sarat xlarat nak jalan lagi dah. huh!! 

So berkampunglah aku semalam kat hospital tu. malam tu aku memang tak tidur langsung sebab contraction yang sangat sakit. sangat sakit. Ye kesakitan yang akan menghapus sebahagian dosa2 ku selama 26 tahun kat dunia ni. Alhamdulillah, kat hospital malam2 tu dipasang dengan ayat2 Al-Quran. Tenang sket hati aku. Hubby datang kejap2. Hubby sangat care kat aku, semua yang aku nak makan ke ape ke, semuanya dia bawa untuk aku. Terima kasih hubby. Love you till jannah. Aamiin (iklan).. Sayang hubby xdapat temankan aku 24jam kat hospital tu, hanya waktu melawat je boleh temankan.. So aku pun tabah la hadapi dgn muka monyok mintak tumbuk! ngee~ Malam tu sakit amat, 2 kali jumpa misi cek bukaan rahim. Rupanya bukaan rahim ni sangat lambat ye. 2 jam baru buka 1cm. kena buka 10cm baru baby mau keluar, kata doktor. Sabar menanti la aku.. Sepanjang malam aku berdoa agar Allah permudahkan aku untuk beranak dan mohon diampunkan segala dosa2 aku yg lepas. Harap Allah ampunkan incase aku dah wujud lagi kat dunia ni esok harinya. Sayu sangat malam tu.

10 Mei 2013
Esok pepagi hubby dah datang hantarkan sarapan, sarapan y disediakan pihak hospital, nasi lemak.. punya la tawar habis nasi lemak tu. aku usik sket je. Datang hubby dia yang abiskan nasi tu. aku hanya makan bekalan yang hubby bawa. 3 biji telur separuh masak dan milo panas kaw. Laju aku makan sebab lapar sangat dah. milo cicah biskut pun layan. Bagus dari layan nasi lemak tawar tu. Ntah macam mana hubby boleh telan nasi tu. Selalunya bab makan ni dia paling cerewet. huuu~ Lepas lelepak dengan hubby, kejap misi panggil nak cek bukaan rahim. bila misi cek dah 6cm, ok, terus admit ke labour room dalam pukul 10 pagi macam tu.

Di labour room tu abis la air ketuban aku doktor pecahkan. sakit. Lepas tu doktor pasangkan tiup kat pundi kencing aku. ok. sakit. Alhamdulillah Hubby ada di samping aku masa tu. Hubby pasangkan ayat2 Al-quran yg ada dalam hp di samping bagi kata2 semangat kat aku. ok. terharu. Lama jugak tunggu nak buka sampai 10cm. Masa dalam labour room, misi nak cucuk aku dgn epidural. aku refuse. Sebab penah baca dalam website ape ntah, xingat. Ada menyatakan pengambilan epidural tu ada side effect once we consume that dos. Maklumat lanjut cuba check it out this link http://bayi-ibu.com/suntikan-epidural-semasa-bersalin/.. Kebetulan dalam labour room tu ada doktor yang tengah sarat mengandung kan, so aku pun tanya la dia, "doktor kalau doktor nak bersalin doktor akan ambil x epidural tu?", doktor tu bagitau la aku ape kebaikannya; boleh bagi kita tahan sakit.. tu je yg aku ingat. yg side effect nye plak xdela doktor info detail sangat.. Last word yg aku ingat, doktor cakap kalau nak baby keluar cepat xperlu ambil epidural sebab epidural tu mengurangkan kesakitan semasa contraction berlaku. Jadi aku tekad la tak ambil walaupun ada sister tu cakap, "adik tau xberanak sakit ni xsama macam sakit yg kita biasa tu. kalau adik tahan sakit beranak tu xpelah.." Ok, whatever, bila dah tekad xnak aku stick to xnak jela, malas nak fikir lama2, penat sangat dah menahan sakit. 

Ok, tiba kebukaan ke 9cm doktor kata kalau awak nak cuba push dah boleh mula sikit2 dari sekarang. Aku pun cuba la push, masa tu contraction pain memang dah menguasai aku, baby nak keluar dan dan dan dah aku rasa. Ok, berbekalkan doa; la illaha illa anta subhanaka inni kuntumminazzholimiin & lau khau la wala ku wata illa billa hil aliyil azim.. Dalam pukul 3.15 petang macam tu, aku pun usaha push dan push dan push.. doktor pelatih dan sorang jururawat attend aku masa tu. Sakit yg amat sangat aku xfikirkan dah. yang aku fikirkan hanyalah keselamatan baby aku je. Harap dia cepat keluar dan selamat. Alhamdulillah, 30 minit je aku push normal gunting 1cm, baby girl pun keluar. Sangat suprise dan banyaaaaak lega once baby selamat keluar dari perut aku. Heaven. By the time, aku memang sangat penat dan xlarat nak buka mata dah pun. sempat tengok baby Aina sekejap2 je. Alhamdulillah, baby girl yg comel, sihat dan gebu ala. 

Next, warded again until baby poopping. Malam tu juga aku godek Aina, cuci berak dia, tukarkan lampin dan menyusukan dia. Alhamdulillah susu ada untuk Aina. Happy sangat. Perasaan yang sukar digambarkan. Besar rahmat Allah bagi. Anugerah terindah. Now I am a mother to somebody, Nur Aina Nasuha. Alhamdulillah. 

11 Mei 2013
Dah boleh balik rumah, sebab baby berak dan kencing normal. Kuning pun xde. So balik la kita ye. Bermulalah episod berpantang.  

Sekian.
putripuzzle : let me be me

04 July 2012

Panduan Mendidik Anak

1) Jangan pukul anak dari lutut keatas

2) Jangan gunakan tangan/anggota tubuh kita utk memukul anak dengan tangan dan jangan sesekali menampar anak pakai tangan kita. nanti anak jadi bertambah degil dan nakal dan tak boleh control


3) Rotan/pukul anak di telapak kakinya . Secara saintifiknya ada kaitan dengan refleksologi dan merangsang ke bahagian otak

Sabda Rasulullah s.a.w.

“Berguraulah dengan anak kamu kala usianya satu hingga tujuh tahun. Berseronok dengan mereka, bergurau hingga naik atas belakang pun tak apa. Jika suka geletek, kejar atau usik anak asalkan hubungan rapat. Lepas tujuh hingga 14 tahun kita didik dan ajar, kalau salah pukullah dia (sebagai pengajaran)”

4) Mulakanlah hidup anak anda dengan nama panggilan yang baik. Nama panggilan yang kurang baik akan menyebabkan anak anda malu dan merasa rendah diri. (Dalam Islam sendiri nama panggilan yang baik adalah digalakkan).

5) Berikan anak anda pelukkan setiap hari (Kajian menunjukkan anak yang dipeluk setiap hari akan mempunyai kekuatan IQ yg lebih kuat daripada anak yang jarang dipeluk)

6) Pandanglah anak anda dengan pandangan kasih sayang (Pandangan ini akan membuatkan anak anda lebih yakin diri apabila berhadapan dengan persekitaran)

7) Berikan peneguhan setiap kali anak anda berbuat kebaikan (Berilah pujian, pelukkan, ciuman, hadiah ataupun sekurang-kurangnya senyuman untuk setiap kebaikan yang dilakukannya).

8) Janganlah mengharapkan anak anda yang belum matang itu melakukan sesuatu perbuatan baik secara berterusan, mereka hanya kanak-kanak yang sedang berkembang. Perkembangan mereka buatkan mereka ingin mengalami setiap perkaratermasuklah berbuat silap.

9) Apabila anda berhadapan dengan masalah kerja dan keluarga,pilihlah keluarga (Seorang penulis menyatakan anak-anak terus membesar. Masa itu terus berlalu dan tak akan kembali).

10) Di dalam membesarkan dan mendidik anak-anak, janganlah tuan/puan mengeluh. Keluhan akan membuatkan anak-anak merasakan diri mereka beban.

11) Dengarlah cerita anak anda, cerita itu tak akan dapat anda dengari lagi pada masa akan datang. Tunggu giliran anda untuk bercakap (Ini akan mengajar anak anda tentang giliran untuk bercakap)

12) Tenangkan anak anda setiap kali mereka memerlukannya.

13) Tunjukkan kepada anak anda bagaimana cara untuk menenangkan diri. Mereka akan menirunya.

14) Buatkan sedikit persediaan untuk anak-anak menyambut harijadinya. Sediakanlah hadiah harijadi yang unik walaupun harganya murah. Keunikan akan membuatkan anak anda belajar menghargai. (Anak2 yg dtg daripada persekitaran yang menghargai akan belajar menghargai orang lain).

15) Kemungkinan anak kita menerima pengajaran bukan pada kali pertama belajar. Mereka mungkin memerlukan kita mengajar mereka lebih daripada sekali.

16) Luangkanlah masa bersama anak anda diluar rumah, peganglah tangan anak-anak apabila anda berjalan dengan mereka. Mereka tentu akan merasa kepentingan kehadiran mereka dalam kehidupan anda suami isteri.

17) Dengarlah mimpi ngeri anak-anak anda. Mimpi ngeri mereka adalah begitu real dalam dunia mereka.

18) Hargailah permainan kesayangan anak anda. Mereka juga dalam masa yang sama akan menghargai barang-barang kesayangan anda. Elakkan daripada membuang barang kesayangan mereka walaupun sudah rosak. Mintalah kebenaran mereka sebelum berbuat demikian.

19) Janganlah membiarkan anak-anak anda tidur tanpa ciuman selamat malam,

20) Terimalah yang kadangkala anda bukanlah ibubapa yang sempurna. Ini akan mengurangkan stress menjadi ibu bapa.

21) Jangan selalu membawa bebanan kerja pejabat ke rumah. Anak-anak akan belajar bahawa kerja pejabat selalunya lebih penting daripada keluarga.

22) Anak menangis untuk melegakan keresahan mereka tetapi kadangkala cuma untuk sound effect sahaja. Bagaimanapun dengarilah mereka, dua puluh tahun dari sekarang anda pula yang akan menangis apabila rumah mula terasa sunyi. Anak-anak anda mula sibuk mendengar tangisan anak mereka sendiri.

“Anak- Anak ibarat kain putih. Ibu bapa lah yang mencorakkannya menjadi yahudi, nasrani atau majusi”

putripuzzle : let me be me