29 November 2016

Kelahiran anak kedua


Throwback 15.07.2015
Setahun lebih yang lalu.. Baru nak update?! heheheeee~

Selamat melahirkan puteri kedua ke dunia yang fana ini.
Putih bersih kulit dia cerah dari kakaknya.. Aina..

Saat mengandungkan mual itu biasa.. Bisa diurus dan sementara sahaja.. Saat melahirkan sakit itu biasa.. Jahitan itu biasa.. Lebih teruk dari melahirkan anak sulung rasanya. Tapi itu tetap biasa. Normal kan.

Tak sangka macam mimpi.. dah dua orang zuriatku. Alhamdulillah.
Berat ketika dilahirkan 3.47kg. Masa dilahirkan pukul 12.45 tgh hari di Hospital Ampang, Selangor. Semoga Ibu ingat sampai mati. Dijauhkan daripada penyakit nyanyuk.. Anak-anak Ibu doakan ya. :)

Nama di beri.. Nur Aisha Najiha
Nur: Cahaya
Aisha: Penuh energi, riang gembira, sihat, baik, kehidupan, penolong
Najiha: Kejayaan

Kesimpulannya.. Cahaya yang penuh makna kegembiraan kehidupan dan berjaya orangnya. Semoga Aisha jadi orang yang bermanfaat untuk kebaikan agama bangsa dan negara, Aamiin

No comments:

Post a Comment

Terima kasih kerana menyokong blog ini.
Keep in touch ya..
:)