15 October 2018

Contoh Menu diet Atkins

Sarapan Pagi

1.    Telor – Mata Kerbau, Setengah masak, Omelet (campur sausage, bawang, capsicum dan tomato)

2.    Sausage – Rebus, grill, slice kecil dan goreng

3.    Burger daging & ayam

4.    Ayam kukus dengan spices

5.    Fish finger/fillet (cari yang chunky kurang tepong)



Makan Tengah Hari

1.    Ayam, daging, ikan, makanan laut, tauhu, tempe, telor itik dan sayur hijau dalam apa juga cara masakan

2.    Yong tau fu tanpa kuey teow dan jangan ambil kuah coklat yang manis



Makan Malam

1.    Soup/tomyam ayam, daging, tulang, makanan laut dengan sayur

2.    Sate ayam, lembu, daging, perut etc (kurangkan kuah & jangan makan nasi impit)

3.    Tahu bakar dan sotong kangkung

4.    Western: Chicken chop, Lamp chop, steak (kurangkan kuah & jangan makan kentang)

5.    Sama dengan makan tengah hari



Snek

1.    Tempe/ikan bilis goreng dengan sedikit bawang dan chili potong (Jangan ambil terlalu banyak dlm sehari kerana tempe masih ada karbohidrat)

2.    Nugget ayam, Drummet, Fish Fingers (perhatikan label kandungan karbohidrat tidak melebihi 35g sehari)



NOTA:

1. Makanan yang diproses seperti sosej, daging burger, fishfingers, nugget ayam, drummet dan seumpamanya masih mengandungi karbohidrat lebih kurang 4 gram setiap keping.Tergantung kepada jenama makanan tersebut.

2. Makanan dari bahan soya seperti tauhu, tempe, air soya tanpa gula, taufufa tanpa gula dan seumpamanya bukan dari jenis protien isolate dan masih mempunyai 30 gram karbohidrat setiap 100 gram makanan.

3. Jangan ambil lebih dari 35gram net karbohidrat sehari untuk badan masih membakar lemak.

4. Kalau makan diluar ambil saja lauk pauk dan sayur, grill chicken, ikan bakar, lamb/chicken chop dan berhati-hati akan karbohidrat tersembunyi pada kuah blackpepper atau mushroom sos.

5. Kebanyakan chilli/tomato sos ada kandungan gula dan karbohidrat yang tinggi. Baca dulu lebel makanan dibelakang botol tersebut dan lihat berapa kandungan karbohidrat setiap saiz hidangan.

6. Kuah atau gravy untuk steak/lamb/chicken chop dan yong tau fu tinggi kandungan karbohidrat.

7. BUAH-BUAHAN juga mengandungi kandungan gula yang tinggi. Elakkan dahulu sementara berdiet.

Taman Bakti, Tapah


Rumah yang ada, tak besar tapi ada bahagia di situ.


Walaupun banyak yang kata kawasan tu tak best dan tanya kenapa tak beli rumah di kawasan Putrajaya/Kuala Lumpur di mana aku tinggal sekarang.. 

Aku ada sebab sendiri kenapa aku nak rumah kat situ. tapi tak mustahil jika aku mampu aku akan beli rumah kat tempat lain, asal di negeri Perak. Yela, nama je orang Perak tapi tak pernah bermastautin di Perak. Jadi bila dah beli rumah kat sana, inshaaAllah boleh habiskan sisa-sisa kehidupan di negeri kelahiran pula. Kan..

Lagipun, takla teruk sangat kawasan tu; tempat pelajar.. Desa Ilmu.. Dekat sangat dengan UiTM Tapah. Fasiliti okla, kawasan sedang membangun. Banyak lagi yang nak naik kat situ. Mai mana kawasan jin bertendang plak.. Jeles la teww.. hish.. haaaa

Biar la tak ada shopping mall yang gah yang sampai tak larat ko nak jalan@pusing satu mall.. dari membazir duit masa dan tenaga kat mall baik la aku berkebun depan rumah, dapat gak hasil, boleh bagi anak-anak makan. haa

Kesimpulannya, don't judge. Aset masing-masing, just be happy with your own life. 


Life is Awesome



Learning is a process in a life.
It prepared a human to be realistic in facing a new world.

Out of nothing at all

10 October 2018

Resepi Popcorn Karamel


BAHAN-BAHAN POPCORN :

 1/3 cawan jagung popcorn
 1 sudu besar mentega
 2 1/2 sudu besar minyak masak

BAHAN-BAHAN CARAMEL :

 1/3 cawan gula castor/gula pasir
 1 sudu besar mentega

CARA MEMASAK:

1.  Keluarkan periuk bertutup yang sederhana besar saiznya. Jangan guna periuk kecil. Tak muat popcorn nak mengembang nanti. Panaskan minyak dan mentega dengan api sederhana. Api jangan terlalu besar, nanti popcorn hangit.

2.  Bila minyak dan mentega dah panas, masukkan satu biji jagung dalam periuk dan tunggu sampai dia bunyi 'pop'. Bila dah dengar bunyi 'pop' tu, jagung tadi dah kembang. Jadi, bolehlah masukkan semua jagung tadi dalam periuk. Kacau rata bagi semua kena minyak dan mentega tadi.

3.  Tutupkan periuk dengan penutup dia. Pastikan api sederhana kecil. Dan tunggu jagung dalam tu meletup-letup bunyinya. Jangan buka penutup periuk sebab jika buka, popcorn akan bersembur keluar. Tunggu sampai habis 'meletup' dalam tu, sekali sekala, goyang dan goncangkan periuk manja-manja supaya semua jagung dapat 'meletup' dengan sempurna. Tunggu sampai dah tak ada bunyi 'pop' baru buka dan tengok kejadiannya. Api jangan lupa tutup.

4.  Dalam kuali lain, masukkan gula pasir. Panaskan dengan api sederhana. Tunggu sampai gula mencair dan jadi caramel tetapi jangan sampai hangit sebab bila salut dengan popcorn, ia akan menjadi pahit. Agak-agak gula tadi dah jadi warna perang-perang coklat, masukkan mentega. Kacau sampai mentega cair.

5.  Tutup api. Masukkan popcorn yang dah siap tadi dalam kuali, dan kacau sehingga rata.

6.  Bila dah rata semuanya, pindahkan popcorn bercaramel tadi dalam dulang untuk disejukkan. Sambil-sambil tu boleh lerai-leraikan popcorn yang melekat. Dah sejuk, boleh simpan dalam bekas kedap udara dan bolehlah makan sambil tengok drama kegemaran.

Info RASA:

Semasa menyejukkan popcorn, dulang boleh dilapik menggunakan ‘baking paper’ bagi memudahkan popcorn sejuk serta tidak melekat pada dulang.