16 November 2013

HR Happy Hour

Assalamualaikum & Salam Sejahtera

Lokasi.
Unit Sumber Manusia, Bahagian Pengurusan
Hospital Ampang
Jalan Mewah Utara, Pandan Mewah,
68000 Ampang, Selangor

No.Tel: 03-4289 6000
No.Faks: 03-4295 4666

Alkisahnya..
Hari ni ada majlis sambutan birthday staf hr dan majlis makan-makan hr. Happy. Makanan banyak. Hadiah pun banyak, tapi satu pun bukan rezeki aku. Itu tak penting, yang penting perut kenyang. eerrrk, Alhamdulillah.

Hari yang berkenaan aku bawa puding roti je. Ok la kan daripada bawa perut je. hehe..
Agenda hari tersebut sebenarnya untuk meraikan dan menghargai serta mengeratkan hubungan sesama rakan sekerja. From my point of view, objektif tercapai. Tahniah semua!!! 

my officemate
Jom potong kek. nyumm~

04 November 2013

Trip to Felda Keratong

Assalamualaikum..

19.10.13
Kali ni dapat bawa hubby konvoi dgn familly pergi ke Felda Keratong sebab ada wedding sepupu nama Shikin. Gerak malam pukul 11. Konvoi dgn ayah dan cik din&family. Ikut laluan Kuala Pilah. Sampai sana pukul 1 pagi. Safe journey, Alhamdulillah.

20.10.13
Kendurinye... Ramai sedara-mara yg datang. Dari Klang, Felda Gunung Besaout, Johor dlll. Kira tiap kali kenduri kahwin je itulah family gathering. Yela masing-masing ada kehidupan sendiri, bila nak jumpa time kenduri kendara la baru berpeluang.
aku & angah
(sepupu senior yg masih single, tengah cari calon katanya)

mak aku bersama adik-adiknya serta ipar dan sepupu aku, kak zawiyah. semua macam comel jer.. haa~

Tahun Baru 1435H

Assalamualaikum..

Hari ni last day untuk tahun 1434H. Petang ni baca yasin 3x, baca doa akhir tahun dan awal tahun. Semoga amalan baik aku diterima oleh Allah swt dan perbuatan yg tidak baik diampunkan oleh Allah swt. Sunngguh aku hamba yang hina, tidak lepas dari melakukan dosa. Semoga Allah swt sudi mengampuni aku..

Ok, tetiba nak terpikir experience apa yang hot sepanjang tahun 1434H ni kan.. hee, layan~
  • mengandung sendiri tanpa suami di sisi.. check-up sendiri adalah situasi yg paling sayu. kirakan banyak kali jugak la aku  menangis masa check-up alone kat KK Bt.9 tu. Biasa lah ibu mengandungkan cepat touching. haaa
  • 1/3/2013 (Jumaat) = 18 Rabiulakhir 1434H dapat kerja tetap kat tempat baru di bawah Kementerian Kesihatan Malaysia. Syukur. Rezeki anak dalam perut. Rezeki keluarga aku. Rezeki umat Islam Palestin. InshaaAllah..
  • Aku selamat melahirkan baby girl, Nur Aina Nasuha Binti Mohd Hafiz pada 10/5/2013 (Jumaat) = 29 Jamadilakhir1434H
  • 20/6/2013 (Khamis) = 11 Syaaban 1434H,  tahun ni aku dapat bersama hubby dalam tempoh masa yang lama dan sempat sebulan lebih tinggal dgn hubby kat Kuching, Sarawak as fully housewife. Happy xterkira.. Harapan for next year dapat tinggal bersama dgn hubby selamanya in our own residence.
  • huhu tahun aku berjaya menaikkan berat badan normal 50kg ke 71kg. setakat yg ditimbang pd hari ni berat sudah 55kg.  Alhamdulillah. berjaya turunkan 16kg. ok, lg 5kg to back to normal. huhuhu.. besar oo effect makan banyak masa mengandung dulu. baby keluar 3.44kg je, yg lebih tu lomak den semato. sadis yo... meraung nak back to normal.
  • tahun paling banyak dapat kenal dgn kawan² baru. Alhamdulilah, pasni boleh business. hok aloh !! haaa
  • dapat gift macam² dari hubby yang paling best dapat hp. walaupun bukan hp paling mahal dan paling canggih di dunia, I still apprieciate it. coz it gifted from my love ones. Sayang abg till jannah. Inshaaallah.
Bila flashback, banyak juga cabaran, onak duri dlm kehidupan aku sepanjang tahun ni. Alhamdulillah dgn bantuan Allah swt yang maha mengetahui, maha mendengar dan maha melihat.. aku dapat harungi semua liku ranjau kehidupan ini. Alhamdulillah. Besar rahmatMu.

Sekian.
putripuzzle : let me be me