19 December 2016

Dugaan anak sedang membesar


Throwback kisah semalam. 

Outting dengan family.. Kami bawa mak ayah jalan-jalan kat IKEA. Lepas tu cari port makan kat Aeon Maluri. Banyaknya umat manusia kat mall. Nak nyambut Krismas dan buka sekolah agaknya...

Nak dijadikan cerita... 

Lepas makan Aisha pun berak.. Abi bawa Aisha ke tandas lelaki untuk tukar lampin dan seluar baju. Mulanya ibu dan Aina tunggu depan pintu tandas.. tapi bosannya.. dekat luar banyak sales. Ibu pun tinjau-tinjau la dengan Aina. 

Yang si Aina lari ke sana ke mari.. main cak cak dengan ibu. geram betul bila di pegang tak mahu. Ibu isthigfar banyak-banyak. Lari lari keliling baju-baju dan hand bag. Last sekali tak nampak batang hidung dah.. Kecut perut ibu.. Abi, nenek dan atuk. Semua cari Aina.. 


Tawakal kami hanya pada Allah. Semoga Aina tak kemana-mana.. macam-macam fikir. takut berlaku perkara yang buruk.. Nauzubillahiminzalik.....

Dalam hati dok geram juga sebab dia ni buas sangat lari sana ke mari......
Lebih kurang 10 minit, kami berpecah cari Aina...Kemudian ibu jumpa Aina depan tandas yang abi basuh berak Aisha tadi. Rupanya Aina pergi tandas.. kencing.... Dengan slumber dengan seluar basah keluar kat koridor. Nasib baik ibu Abi masih ada kat situ. Anak oh anak.. Mengucap panjang bila jumpa Aina balik.

Abi kata nak marah Aina pun tak boleh.. Aina tak tahu apa.. Aina baru 3 tahun...
Abi marah kat Ibu. Sebab ibu cuai. OK lesson learned.

Korang pernah tak hadapi perkara seperti ini?