28 September 2010

Yuna - Deeper Conversation





Penyanyi: Yuna
Tajuk Lirik Lagu: Deeper Conversation
Is your favourite colour blue?
Do you always tell the truth?
Do you believe in outerspace?
And im learning you
Is your skin as tanned as mine?
Does your hair flow sideways?
Did someone took a portion of your heart?
And im learning you
And if you dont mind
Can you tell me
All your hopes and fears
and Everything that you believe in
Would you make a difference in the world
I’d love for you to take me to a deeper conversation
Only you can make me
I let my guard down for you
And in time you will too
[ Deeper Conversation lyric found on www.lirik.my ]
if you dont mind
Can you tell me
All your hopes and fears
and Everything that you believe in
Would you make a difference in the world
I’d love for you to take me to a deeper conversation
Only you can make me
if you dont mind
Can you tell me
All your hopes and fears
and Everything that you believe in
Would you make a difference in the world
I’d love for you to take me to a deeper conversation
Only you can make me
4x
Deeper Conversation
let me
putripuzzle : let me be me

27 September 2010

Raya 2010 - O.H di rumah CC

Tarikh : 24/09/2010 (Jumaat)
Lokasi : Seksyen 8, Shah Alam

Petang Jumaat yang di nanti²kan, sebab nak g serang rumah cc. bab makan free mmg laju kan.. hehee.. Menu mmg tak menghampakan. Terima kasih cc sbb sudi menghidang sajian y best. Pas puas makan² snap picture la pulak.. utk kenangan.. macam² aksi y sempat dirakamkan.. memang best. tengokla sendiri ek-->

..ni geng aku yang best..
..antara tetamu yang hadir..
Terima kasih cc atas layanan dan duit raya yang diberi. Semoga murah rezeki cc sekeluarga. Ameen.

putripuzzle : let me be me

24 September 2010

Penjagaan Makan Rasullullah

Rasulullah punya penjagaan makanan yg sangat baik. Semua ini ada hikmahnya.
kejayaan yg sebenar adalah sejauh mane kita taat perintah Allah & sejauh mane kita dapat ikut cara Rasulullah s.a.w
Jangan makan SUSU + DAGING


Jangan makan DAGING + IKAN



Jangan makan IKAN + SUSU


Jangan makan AYAM + SUSU


Jangan makan IKAN + TELUR


Jangan makan IKAN + DAUN SALAD


Jangan makan SUSU + CUKA


Jangan makan BUAH + SUSU CTH :- KOKTEL


jangan makan buah selepas makan nasi sebaliknya makan buah dulu baru makan nasi. (sebaiknya makan buah 30 min sebelum makan nasi)


tidur lebih kurang 1 jam selepas makan tengah hari (jangan terus tidur lepas makan)


Akhir sekali, jangan sesekali tinggal makan malam, siapa yang tinggal makan malam akan dimakan usia dan kolestrol dalam badan akan berganda..

Nampak memanglah pelik tapi kalau tak percaya, kawan2 cubalaa. kesannya bukan dalam waktu terdekat, tapi bila kita dah tua nanti

putripuzzle : let me be me

Menyintai Tidak Bermakna Memiliki

Janganlah kau angkuh melaungkan...
Si dia kepunyaanmu...
Atau kau kepunyaan si dia ...
Kerana hakikatnya...
Kita tidak pernah memiliki sesiapa...
Walau sekeping hati seorang insan...

Tidakkah kau sedar...
Hukum alam menyatakan...
Menyintai tidak semestinya memiliki?...

Manusia pandai berpura...
Berlakon di pentas dunia...
Dan bertopeng menutup rahsia..
Tetapi hati...
Tidak pernah berdusta pada empunya...
Tentang perasaan yang bergolak di dalamnya...

Tidakkah kau sedar...
Mungkin si dia melafazkan...
Ungkapan cinta padamu...
Tetapi hati dan perasaannya...
Tidak pernah berniat begitu...
Dia hanya berselindung...
Di sebalik sejuta alasan...

Dan kau...
Begitu jujur dan setia menyintainya..
Sehingga terlupa..
Hukum alam menyatakan..
Menyintai tidak bermakna memiliki..

Sesungguhnya...
"Aku tidak pernah memiliki dirimu..."
"Dan kau jua tidak memiliki diriku."

Mengertilah...
Kita sebenarnya kepunyaan..
Yang Maha Esa...
Tiada sesiapa berhak memiliki diri kita...
Kecuali Dia...
Dia mengasihi hambaNya...
Dia memiliki hambaNya...
Dan ke pangkuan Dia kita akan dikembali......

Sumber : http://mahabbahislamiyah.blogspot.com
putripuzzle : let me be me

22 September 2010

Members of Mine - Uitm Samarahan Sarawak

..Part of my life..
Tetiba gak la.. tertengok gambar ni. tak ingat kidnap dari siapa. Apa pun, TQ kepada jurufoto gambar ni. Ada juga kenangan kita bersama, sekuliyah.. Walaupun sebahagian je time ni. itu pun, sebab kita tengah tunggu orang buka kunci kelas. Ni kira orang yang selalu datang awal ke kelas la kan.. hee~ (kebetulan aku datang awal. selalunya tergolong dalam golongan orang yang terlambat) hee~ 

putripuzzle : let me be me

Tirai Aidilfitri 2010/1431H

Assalamualaikum...

Petang Rabu yang agak syahdu. Bestnye kalo dapat tidur sekarang. Pejam celik da 13 Syawal berlabuh. Sambutan hari raya utk minggu kedua pula.. Minggu pertama dah beres beraya dgn sanak-saudara, minggu kedua beraya dgn kawan.. Minggu ke 3 dan ke 4, minggu open house. hm, makin kembang la aku.. huhuuu~ 
Suasana kat office plak, mendung je.. masing² mood raya lagi. (kuih raya, baju raya n etc) hee..

Apa pun yang terjadi, ku layan je.. ok, kepada saudara-mara dan rakan² yang dah dikunjungi rumah mereka, terima kasih banyak² atas layanan baik dan sajian enak yang dihidangkan. Tahun depan buat lagi ye. hee~ Teruskanlah amalan ziarah-menziarah di kesempatan Syawal ini. Tak kisahlah tanpa undangan open house, kerana amalan ziarah-menziarahi adalah amalan yang mulia.

Semoga tirai Aidilfitri yang berlabuh ni mengeratkan persaudaraan kita sesama insan. Ameen =)

Niz sayang semua sekali.....


putripuzzle : let me be me

21 September 2010

Amalan yang terbaik

Marilah kita bermuhasabah atau menilai dan menghitung kembali tentang amalan harian kita. Kadang-kadang kita akan dapati amalan kita adalah terbalik atau bertentangan dari apa yang patut dilakukan dan dituntut oleh Islam. Mungkin kita tidak sedar atau telah dilalaikan atau terikut-ikut dengan budaya hidup orang lain. Perhatikan apa yang dipaparkan di bawah sebagai contoh amalan yang terbalik:

1. Amalan kenduri arwah beberapa malam yang dilakukan oleh keluarga si mati selepas sesuatu kematian (malam pertama, kedua, ketiga, ketujuh dan seterusnya) adalah terbalik dari apa yang dianjurkan oleh Rasulullah s.a.w di mana Rasulullah s.a.w telah menganjurkan jiran tetangga memasak makanan untuk keluarga si mati untuk meringankan kesusahan dan kesedihan mereka. Keluarga tersebut telah ditimpa kesedihan, terpaksa pula menyediakan makanan dan belanja untuk mereka yang datang membaca tahlil. Tidakkah mereka yang hadir makan kenduri tersebut khuatir kalau-kalau mereka termakan harta anak yatim yang ditinggalkan oleh si mati atau harta peninggalan si mati yang belum dibahagikan kepada yang berhak menurut Islam?

2. Kalau hadir ke kenduri walimatul urus (kenduri kahwin) orang kerap salam berisi @ salam kaut (hadiah wang yang diberi semasa bersalam). Kalau tak ada duit nak dikepit dalam tangan, maka segan ia nak pergi makan kenduri. Tetapi kalau ia menziarahi orang mati, tidak segan pula salam tak berisi. Sepatutnya kalau menziarahi keluarga si matilah kita patut memberi sedekah. Kalau ke kenduri kahwin, tak bagi pun tak apa kerana tuan rumah panggil untuk beri kita makan bukan untuk ia menambah pendapatan.

3. Ketika menghadiri majlis pemimpin negara kita berpakaian cantik kemas dan segak tetapi bila mengadap Allah baik di rumah maupun di masjid, pakaian lebih kurang saja bahkan ada yang tak berbaju. Tidakkah ini suatu perbuatan yang terbalik.

4. Kalau menjadi tetamu di rumah orang dan di beri jamuan, kita rasa segan nak makan sampai habis apa yang dihidangkan kerana rasa segan dan malu, sedangkan yang dituntut dibanyakkan makan dan dihabiskan apa yang dihidang supaya tuan rumah rasa gembira dan tidak membazir.

5. Kalau bersolat sunat di masjid amat rajin, tapi kalau di rumah, sangat malas. Sedangkan sebaik-baiknya solat sunat banyak dilakukan di rumah seperti yang dianjurkan oleh Rasulullah untuk mengelakkan rasa riak.

6. Bulan puasa adalah bulan mendidik nafsu termasuk nafsu makan yang berlebihan tetapi kebanyakan orang mengaku bahawa dalam carta perbelanjaan setiap rumah orang Islam akan kita dapati perbelanjaan di bulan puasa adalah yang tertinggi dalam setahun. Sedangkan sepatutnya perbelanjaan di bulan puasa yang terendah. Bukankah terbalik amalan kita?

7. Kalau nak mengerjakan haji, kebanyakan orang akan membuat kenduri sebelum bertolak ke Mekah dan apabila balik dari Mekah tak buat kenduri pun. Anjuran berkenduri dalam Islam antaranya ialah kerana selamat dari bermusafir, maka dibuat kenduri, bukan kerana nak bermusafir, maka dibuat kenduri. Bukankah amalan ini terbalik? Atau kita mempunyai tujuan lain.

8. Semua ibubapa amat bimbang kalau-kalau anak mereka gagal dalam periksa. Maka dihantarlah ke kelas tuisyen walaupun banyak belanjanya. Tapi kalau anak tak boleh baca Al-Qur'an atau solat, tak bimbang pula bahkan tak mahu hantar tuisyen baca Al-Qur'an atau kelas khas mempelajari Islam. Kalau guru tuisyen sanggup dibayar sebulan RM20.00 satu pelajaran 8 kali hadir tapi kepada Tok Guru Al-Qur'an nak bayar RM15.00 sebulan 20 kali hadir belajar pun menggeletar tangan. Bukankah terbalik amalan kita? Kita sepatutnya lebih bimbang jika anak tidak dapat baca Al-Qur'an atau bersolat dari tidak lulus periksa.

9. Kalau bekerja mengejar rezeki Allah tak kira siang malam, pagi petang, mesti pergi kerja. Hujan atau ribut tetap diharungi kerana hendak mematuhi peraturan kerja. Tapi ke rumah Allah (masjid) tak hujan, tak panas, tak ribut pun tetap tak datang ke masjid. Sungguh tak malu manusia begini, rezeki Allah diminta tapi nak ke rumahNya segan dan malas.

10. Seorang isteri kalau nak keluar rumah samada dengan suami atau tidak, bukan main lagi berhias. Tetapi kalau duduk di rumah, masyaAllah. Sedangkan yang dituntut seorang isteri itu berhias untuk suaminya, bukan berhias untuk orang lain. Perbuatan amalan yang terbalik ini membuatkan rumahtangga kurang bahagia.

11. Kita cukup teruja untuk meng'forward'kan sms atau emel dalam bentuk gossip² artis kepada kawan². Malah kebanyakkan sms emel tersebut tidak benar dan boleh menjatuhkan maruah org lain. Tapi kenapa susah sangat nak forward emel² peringatan sebegini kepada kawan² kita???

Cukup dengan contoh-contoh di atas. Marilah kita berlapang dada menerima hakikat yang sebenarnya. Marilah kita beralih kepada kebenaran agar hidup kita menurut landasan ajaran Islam yang sebenar dan bukan yang digubah mengikut selera kita. Allah yang mencipta kita maka biarlah Allah yang menentukan peraturan hidup kita. Sabda Rasullullah SAW: "Sampaikanlah dariku walaupun satu ayat." (Riwayat Bukhari)


putripuzzle : let me be me

08 September 2010

--> Panas jek!!


Suatu malam selepas selamat menunaikan solat isyak dan teraweh.. Aku dgn bestnye nak online la kan.. usha² email, blog², FB dan sebagainye.. huh.. malangnye.. pc ku dah membantutkan segala niat di hati.. huuu.. bengangku bukan maen..tp kejap je.. hee.. ape pun,minta maafla kat adik² n akak ku yg jadi mangsa ketidakpuasan hatiku..huu~ tp ye jugak.. ntah tangan sape yg pandai sangat menyebabkan pc ku sakit dan terus gile.. 



Nak start up je muncul  blue screen nih.. nak masuk safe mode pun xleh.. sudahnye mmg la ku nak format je.. cd dia plak hilang. ntah la kat mane ku humban benda alah tu. hmm,mmg banyak songgeh.. mcm tuan die kot~ huhahuahua.. tapi bagus gak.. ku pun dah tak ingat nak format macam mn.. belajar dengan Abg Iqbal tak pas².. huh~ dan skrg.. pc da kat hospital dengan harapan doktor tu boleh baikinye seadanya.. Kalo pc tu sakit gile y teruk.. doktor kasik ubat kaw² punye ye.. overdos pun xpe.. nanti claim ok.. heee.. Terima kasih.......
dari segi mental --> PC tak sehat, ku pun tak sehat.. PC sehat, insyaAllah aku sehat.. 
selalunye mmg macam tu.. related kot.. huheee.. next time.. beli adik dia la.. Laptop satu!! tunggu ye.. nanti kite cari adek baru.. sape nak bagi adek baru tu pun ok gak.. ringan beban ku... hehehe.. Sabar jela.. =)

putripuzzle : let me be me

Keluarga Angkat di Sarawak

Lokasi: Kampung Baru, Samarahan Sarawak
-Since 2006-


Maaf, gambar tak clear.. hp 'cikai'.. Ni gambar last yang diambil masa Semester terakhir di UiTM Samarahan, Sarawak. Entry ni bkn ape, dok asyik tgk gambar lama² terjumpa gambar ni. lagipun hati dan minda mmg selalu terkenangkan mereka.. hmm.tak terbalas jasa mereka ni pada ku, pada kawan² ku (Ayu, Mun, dan Hani) yang juga sama² menumpang kasih sayang keluarga tak kala di perantauan.. Cuti² hari minggu dan cuti semester, kat rumah mereka la kami port. Luangkan masa bersama.. Sangat best.. =)

Suasana kampung kat sana mmg berbeza dari di Kuala Lumpur dan lain² tempat. yang ku masih ingat, tiap hujung bulan hari Jumaat/Ahad ada pertandingan karaoke kat dalam kampung. Bakat mereka mmg best². Semua pun sporting habis. hee.. Nak cerita, mmg tak abis, banyak pengalaman yang ditimba sepanjang berada di samping keluarga ni. Makanan² Sarawak, adat mereka dan lain² lagi. Terima kasih atas jagaan Mak Aini dan Pak Yet.. InsyaAllah, Niz takkan lupakan korang dan jalan ke rumah korang. I'll back.. Hanya doa tanda ingatan tulus ikhlas dari ku buat mereka.

Kepada Adik Ida, Adik Ros dan Atieng.. Belajar rajin², jangan nakal². hee.. Dorang ni pandai² taw. even dok dlm kampung, pelajaran dan didikan agama tetap diutamakan. Lastly, TQ ye adik²~ ajarkan Kak Niz bahasa Sarawak.. hmm..Mek rindu gilak ngan ktorg.. kelak mun ada rezeki, mek fly sinun.. mek embak kitakorg jln² ouk :) InsyaAllah.

putripuzzle : let me be me

07 September 2010

Satu²nya Adik Perempuan dan Kakak Ku


huhu.. gambar yang sempat dirakamkan time fitting baju raya.. hee.. siap lagi.. semua masuk fitting room.. heee.. gambar kerjaan Nurul.. My sisters y xpenah curang (sikit² ar) hee @teman ku yang paling setia.. 


anak emak ayah; 3 perempuan dah settle.. nanti nak snap gambar adik² lelaki ku plak.. ade 3 orang juga.. so cukup la.. 6 orang semuanya.. =) dan ku sayang semuanya...

putripuzzle : let me be me

Salam Lebaran 2010


Ok.. lagi beberapa hari nak raya kan... di harap 1 Syawal 1431M yang bakal menjelma menyatukan hati kita semua. Ameen.. Niz dan keluarga mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada seluruh umat Islam di seluruh dunia. Bagi yang mengenali diri ini, jariku susun memohon maaf.. Maaf zahir dan batin..

putripuzzle : let me be me