30 October 2013

Kelahiran Anak Pertama


..My lovely daughter..
..Nur Aina Nasuha Binti Mohd Hafiz..
..10 Mei 2013..
..Jumaat, 3.49 petang..
..3.44kg..
..Hospital Ampang, Selangor..

08 Mei 2013
Pepagi hubby dah ajak keluar jejalan. Sesekali balik, nak jalan je keje hubby ni. ok, aku layankan aje. lagi aku suka. kalau bab jalan ni memang makanan aku. haaaa.. Dah dalam kereta xtaw nak p mana kan, pastu pi jalan di tempat di sekitar kawasan Cheras jela. Mula-mula pergi Leisure Mall. Haa, dekat sgt. kentut pun dengar. hahahaha.. Hubby nak cari jeans Levis dia. Pastu makan Secret Recipe.. Alhamdulillah, konyang den. Lepas dah siap semua kt Leisure Mall kitorang pergi Giant Cheras plak. Pusing satu Giant tu then makan kat FullHouse, cerdik xbawa camera so xde la kenangan makan kat situ. Aku dgn perut memboyot lahap abis la.. makanan plak seeedap sgt, laju aku makan tapi tetap control ayu! heee. After having lunch, kitorg gerak p karoke plak dekat dalam tu. Best, hubby layan sungguh karoke ni. Aku layankan ajela. Happy tengok hubby happy. Alhamdulillah. Balik tu we had a talk. Hubby cakap kat baby, mungkin esok baby akan keluar. Nah, masin mulut hubby.....

09 Mei 2013
Paginya aku mula didatangi tanda2 nak beranak. Mula2 keluar darah. Aku dah berdebar dah. Mak bagi minum air selusuh.. Ok, then terus gerak ke Hospital Ampang pukul 8.30 pagi macam tu. Hubby bawa ke hospital. Alhamdulillah juga hubby ada di sekitar by the time nak deliver baby. Dah sampai di Hospital Ampang, firstly pergi Wad PAC. kat situ semua org boyot nak beranak dok tunggu turn untuk admit wad bersalin. Sampai giliran aku, doktor pelatih cina, dia cek aku.. dia kata baru buka 1cm. mai doktor India plak.. dia cek dah buka 2cm. terus kena admit. ok.. geram kat doktor pelatih tu sebab boleh dia suruh aku balik dgn masa tu memang aku dah sarat xlarat nak jalan lagi dah. huh!! 

So berkampunglah aku semalam kat hospital tu. malam tu aku memang tak tidur langsung sebab contraction yang sangat sakit. sangat sakit. Ye kesakitan yang akan menghapus sebahagian dosa2 ku selama 26 tahun kat dunia ni. Alhamdulillah, kat hospital malam2 tu dipasang dengan ayat2 Al-Quran. Tenang sket hati aku. Hubby datang kejap2. Hubby sangat care kat aku, semua yang aku nak makan ke ape ke, semuanya dia bawa untuk aku. Terima kasih hubby. Love you till jannah. Aamiin (iklan).. Sayang hubby xdapat temankan aku 24jam kat hospital tu, hanya waktu melawat je boleh temankan.. So aku pun tabah la hadapi dgn muka monyok mintak tumbuk! ngee~ Malam tu sakit amat, 2 kali jumpa misi cek bukaan rahim. Rupanya bukaan rahim ni sangat lambat ye. 2 jam baru buka 1cm. kena buka 10cm baru baby mau keluar, kata doktor. Sabar menanti la aku.. Sepanjang malam aku berdoa agar Allah permudahkan aku untuk beranak dan mohon diampunkan segala dosa2 aku yg lepas. Harap Allah ampunkan incase aku dah wujud lagi kat dunia ni esok harinya. Sayu sangat malam tu.

10 Mei 2013
Esok pepagi hubby dah datang hantarkan sarapan, sarapan y disediakan pihak hospital, nasi lemak.. punya la tawar habis nasi lemak tu. aku usik sket je. Datang hubby dia yang abiskan nasi tu. aku hanya makan bekalan yang hubby bawa. 3 biji telur separuh masak dan milo panas kaw. Laju aku makan sebab lapar sangat dah. milo cicah biskut pun layan. Bagus dari layan nasi lemak tawar tu. Ntah macam mana hubby boleh telan nasi tu. Selalunya bab makan ni dia paling cerewet. huuu~ Lepas lelepak dengan hubby, kejap misi panggil nak cek bukaan rahim. bila misi cek dah 6cm, ok, terus admit ke labour room dalam pukul 10 pagi macam tu.

Di labour room tu abis la air ketuban aku doktor pecahkan. sakit. Lepas tu doktor pasangkan tiup kat pundi kencing aku. ok. sakit. Alhamdulillah Hubby ada di samping aku masa tu. Hubby pasangkan ayat2 Al-quran yg ada dalam hp di samping bagi kata2 semangat kat aku. ok. terharu. Lama jugak tunggu nak buka sampai 10cm. Masa dalam labour room, misi nak cucuk aku dgn epidural. aku refuse. Sebab penah baca dalam website ape ntah, xingat. Ada menyatakan pengambilan epidural tu ada side effect once we consume that dos. Maklumat lanjut cuba check it out this link http://bayi-ibu.com/suntikan-epidural-semasa-bersalin/.. Kebetulan dalam labour room tu ada doktor yang tengah sarat mengandung kan, so aku pun tanya la dia, "doktor kalau doktor nak bersalin doktor akan ambil x epidural tu?", doktor tu bagitau la aku ape kebaikannya; boleh bagi kita tahan sakit.. tu je yg aku ingat. yg side effect nye plak xdela doktor info detail sangat.. Last word yg aku ingat, doktor cakap kalau nak baby keluar cepat xperlu ambil epidural sebab epidural tu mengurangkan kesakitan semasa contraction berlaku. Jadi aku tekad la tak ambil walaupun ada sister tu cakap, "adik tau xberanak sakit ni xsama macam sakit yg kita biasa tu. kalau adik tahan sakit beranak tu xpelah.." Ok, whatever, bila dah tekad xnak aku stick to xnak jela, malas nak fikir lama2, penat sangat dah menahan sakit. 

Ok, tiba kebukaan ke 9cm doktor kata kalau awak nak cuba push dah boleh mula sikit2 dari sekarang. Aku pun cuba la push, masa tu contraction pain memang dah menguasai aku, baby nak keluar dan dan dan dah aku rasa. Ok, berbekalkan doa; la illaha illa anta subhanaka inni kuntumminazzholimiin & lau khau la wala ku wata illa billa hil aliyil azim.. Dalam pukul 3.15 petang macam tu, aku pun usaha push dan push dan push.. doktor pelatih dan sorang jururawat attend aku masa tu. Sakit yg amat sangat aku xfikirkan dah. yang aku fikirkan hanyalah keselamatan baby aku je. Harap dia cepat keluar dan selamat. Alhamdulillah, 30 minit je aku push normal gunting 1cm, baby girl pun keluar. Sangat suprise dan banyaaaaak lega once baby selamat keluar dari perut aku. Heaven. By the time, aku memang sangat penat dan xlarat nak buka mata dah pun. sempat tengok baby Aina sekejap2 je. Alhamdulillah, baby girl yg comel, sihat dan gebu ala. 

Next, warded again until baby poopping. Malam tu juga aku godek Aina, cuci berak dia, tukarkan lampin dan menyusukan dia. Alhamdulillah susu ada untuk Aina. Happy sangat. Perasaan yang sukar digambarkan. Besar rahmat Allah bagi. Anugerah terindah. Now I am a mother to somebody, Nur Aina Nasuha. Alhamdulillah. 

11 Mei 2013
Dah boleh balik rumah, sebab baby berak dan kencing normal. Kuning pun xde. So balik la kita ye. Bermulalah episod berpantang.  

Sekian.
putripuzzle : let me be me

13 October 2013

Dubu-Dubu di MidValley with hubby

happy family
Hari minggu, dating dengan hubby la nampaknya. Sementara hubby cuti. Yeay.. Alhamdulillah, ke Midvalley kita. Ada tujuan ni, nak beli kasut fully covered untuk attend PTM. Semangat kan. heee- ngengada namanya. Hubby pun layankan aje. hee- Love you hubby. Thanks.

Window shopping punya pasal, tak jumpa-jumpa lagi kasut yang berkenan dan perut pun dah berkeroncong. Sampai tak sedar masa untuk makan tengah hari. Lunch hour tak tahu nak makan kat mana. Turun kat Ground Floor food area, mula-mula hubby nak ajak masuk kedai makan masakan melayu thai tapi bila tengok menu macam biasa-biasa dan harga pula macam tak logik Alang-alang harga makanan kat area tu stok harga mentekedarah jadi kitorg decided makan makanan yang tak boleh dimasak di rumah plus addicted with Running Man shows, makanan korean menjadi pilihan. Dubu-Dubu Urban Korean Food, Midvalley here we come. hehehe-

Hubby punya lunch Korean Spicy Wings - Dubu Dubu’s version of Korean Fried Chicken RM19.90. Sedap. Daging kepak dia lembut dan cukup rasa. Sup dia best. Masam masin garam ada plus rasa stok ikan lebih Selalu kalau rasa macam tu mesti ada sikit hanyir tapi sup ni tak rasa dan bau hanyirnya. Welldone. Chey.. mengomen makanan ye-
Cik Aina yang baik hati dan comel
Sementara makan Cik Aina sangat supporting tunggu ibu dan abinya siap makan. Alhamdulillah, Cik Aina sangat supporting pada hari itu. Sayang Cik Aina banyak-banyak. Mwaaah!!!
Ini pula menu pilihan aku, Combo Soondubu Jigae Beef & Chicken RM17.90. Nasi tu tak habis. Rasanya keras berbanding nasi yang kita selalu makan. Mungkin kurang air atau mungkin memang itu cara masakannya. Walahuallam. Nasi tak habis bukan sebab tak sedap tapi sebab kekenyangan. Alhamdulillah. Puas hati makan kat Dubu-Dubu ni. Harga pun masuk akal dan masuk bajet. Jadi tak ralat la kan. :) 

Next time boleh repeat lagi. Highly recomended.
For more info about the menus, please feel free to visit Dubu-Dubu Urban Korean Food official website ok.

Sekian. let me be me