happy family |
Window shopping punya pasal, tak jumpa-jumpa lagi kasut yang berkenan dan perut pun dah berkeroncong. Sampai tak sedar masa untuk makan tengah hari. Lunch hour tak tahu nak makan kat mana. Turun kat Ground Floor food area, mula-mula hubby nak ajak masuk kedai makan masakan melayu thai tapi bila tengok menu macam biasa-biasa dan harga pula macam tak logik Alang-alang harga makanan kat area tu stok harga mentekedarah jadi kitorg decided makan makanan yang tak boleh dimasak di rumah plus addicted with Running Man shows, makanan korean menjadi pilihan. Dubu-Dubu Urban Korean Food, Midvalley here we come. hehehe-
Hubby punya lunch Korean Spicy Wings - Dubu Dubu’s version of Korean Fried Chicken RM19.90. Sedap. Daging kepak dia lembut dan cukup rasa. Sup dia best. Masam masin garam ada plus rasa stok ikan lebih Selalu kalau rasa macam tu mesti ada sikit hanyir tapi sup ni tak rasa dan bau hanyirnya. Welldone. Chey.. mengomen makanan ye-
Cik Aina yang baik hati dan comel |
Sementara makan Cik Aina sangat supporting tunggu ibu dan abinya siap makan. Alhamdulillah, Cik Aina sangat supporting pada hari itu. Sayang Cik Aina banyak-banyak. Mwaaah!!!
Ini pula menu pilihan aku, Combo Soondubu Jigae Beef & Chicken RM17.90. Nasi tu tak habis. Rasanya keras berbanding nasi yang kita selalu makan. Mungkin kurang air atau mungkin memang itu cara masakannya. Walahuallam. Nasi tak habis bukan sebab tak sedap tapi sebab kekenyangan. Alhamdulillah. Puas hati makan kat Dubu-Dubu ni. Harga pun masuk akal dan masuk bajet. Jadi tak ralat la kan. :)
Next time boleh repeat lagi. Highly recomended.
For more info about the menus, please feel free to visit Dubu-Dubu Urban Korean Food official website ok.
For more info about the menus, please feel free to visit Dubu-Dubu Urban Korean Food official website ok.
Sekian.
let me be me
No comments:
Post a Comment
Terima kasih kerana menyokong blog ini.
Keep in touch ya..
:)