Showing posts with label Makanan Aku. Show all posts
Showing posts with label Makanan Aku. Show all posts

23 July 2019

Rezeki dari langit


Kek Starbucks

Perantaraannya dari adik bongsu, Fuad. Enam potong kek dari Starbucks. Kenyang aku makan kek minggu tersebut. Suka wei. Sedaaap 💗


 Jagung Manis Pasar Malam Desa Serdang

Favourite sangat. 
Hubby memang tau la fav aku ni, mesti beli tiap kali ke pasar malam. Thank you abg.


Sushi King

Bila adik si Fuad tu dok sini, memang ada je makanan dia bawa balik. Alhamdulillah. Semoga bertambah-tambah rezeki ko Ad.


Whittaker's Almond Gold

Ole-ole Langkawi dari seorang ustaz. Thank you ustaz ingat nak bagi kat saya. Orang lain semua kena bayar ni sebab rajin mengirim so bayar la kan. hahaha 👍

08 May 2015

Keau Teaw Celup


My menu utk petang Jumaat yang mulia ini.. Keau teaw Celup Taman Putra, Ampang. RM 6.00. Sedap. Kena dengan tekak aku. Kenyang perut ibu mengandung. Alhamdulillah. Rezeki Allah beri.

10 December 2014

Top Steak, Sg. Besi

Lokasi dinner malam tadi di Top Steak Sg. Besi
Unplanned dinner. Thanks hubby for the treats. 


  Dinner bersama hubby dan Cik Aina
Aina makan fried fries je sebab dia dah makan banyak sebelum keluar makan tadi. heee jimat~
Nasib baik Cik Aina tak kacau ibu dan abi makan. Sangat supporting tau. Thanks syg..


 Ini menu aku. Lamb Chop RM berapa ntah, xingat.. Sedap. Kuah dia memang taste tekak aku. Rate untuk hidangan ni 4/5 bintang. Kenyang perut ibu mengandung.


Ini menu hubby. Combo Steak RM 18.90. Terdiri daripada daging lembu, kambing dan udang besar. Hubby kata sedap. Aku pun rasa steak tu. Lepas rasa macam nak tukar plate dengan hubby je. Sedaplah. Kena dengan selera ibu mengandung. Hubby pun cakap boleh repeat lagi tempat ni sebab makan dia sesedap dan berbaloi dengan harga. Menu ni kami rate 5/5 bintang. Fullmark. Recomended.. Next time nak cuba Spagetti dia pula. heee-

Ini alamat lokasi Top Steak, Sungai Besi. No 2 Jalan Tasik Utama 10 Medan Niaga Tasik Damai (Lake Fields) Sungai Besi; 57000 Kuala Lumpur. 

30 November 2014

Sizzling Spaggeti Chicken Chop


Sizzling Spagetti Chicken Chop RM 12.60 + tax RM 0.77 = RM 13.40

Hari Jumaat minggu lepas, pergi window shopping di Aeon Taman Maluri, Cheras. Makan menu ini di food courtnya. Sedap. Cik Puan Aniz bagi 4 bintang!! nyum nyum nyum..Baru-baru ni ingat nak repeat lagi, sangat dukacita kedainya dah tutup. Kecewa. Apa boleh buat. Jangan mengidam sudah. Baby kwai ha~ huhuhuhu 

02 September 2014

Resepi Dadih

rupa tak menarik tak kisah asal rasa mantap. haaa

Entry throwback Jun 2013.
Aku selalu ingat nak buat dadih. So apa lagi, bila ada peluang dok saja abiskan cuti bersalin kat Kuching ni aku pun buatlah ini dadih. Dadih pula kegemaran hubby,  lagi la aku bersungguh-sunguh nak buat. So this is my first try result..

yang ini perisa strawberi
Enjoy the recipe !!

air tak ingat berapa liter
1 paket dadih (any flavour)
1 tin susu sejat cair (any brand)
gula secukup rasa
nata de coco (optional)

Cara-caranya
Panaskan air, susu sejat cair, gula..
dah mendidih, tutup api dan masukkan serbuk dadih sambil kacau perlahan-lahan.
Siap kacau semua kemudian tuang ke dalam bekas dan sejukkan.

Simple, mudah dan cepat. 
Boleh dipertimbangkan untuk pemasaran ni.
InshaaAllah.
 

10 July 2014

Puasa abadi untuk Mc Donald


Jom belajar puasa abadi dari makan Mc Donald. Tak mati pun tak makan mcd. Hurmm.. yang penting niat nak tolong orang Islam yang dianiayai (Palestin) .... Percaya atau tak, kita sedaya upaya perlu menjauhi perkara yang syubahah. Kan.. jom makan set ayam penyet je lepas ni..

Lagi info jom tengok kat sini...
 
Wallahuallam
 

17 June 2014

Pergi mamak je tosai-tosai dan tosai lagi.. haaa

sumber ig liza hanim

Ini tosai. Aku suka makan tosai. Kalau ke mamak je mesti tosai, tak kira pagi petang siang malam. ntah~ bapak yang ajar. Kalau tak aku takkan terjebak dengan tosai nih. 

Kalori tosai 320kl. Bajet-bajetlah nak makan selalu ye Cik Puan Aniz. Heeee~

Sekian.
let me be me

12 June 2014

Hari-hari Mamee Chef, selagi tak abis stoklah!!


stok Mamee bagi. Alhamdulillah, rezeki. Murah rezeki Mamee Chef lepas ni. 
InshaaAllah.
 

Perisa Mamee Chef Tom Yam dan Mamee Chef Kari Laksa. Both are my favourite.
Rasa dia exactly masakan di rumah. 
Cubalah try rasa nanti. 
nyum nyum nyum...  

Sekian,
let me be me

26 May 2014

Resepi Spaghetti Bolognese

#bilacikanizmasak

Resepi yang aku masak sempena sambutan ulang tahun mak yang ke 52tahun.
Alhamdulillah sedap dan sangat simple.

Bahan-bahan (sajian untuk 5-7 orang)
1 bungkus spaghetti (rebus dengan secubit garam dan sedikit minyak sehingga lembut)
1 tin prego tradisional (kecil)
1 bungkus daging cincang (basuh sedikit dan toskan airnya)
1 biji lobak merah (dipotong dadu)
1 biji tomato (dipotong dadu)
1 biji bawang besar (dipotong dadu)
2 biji bawang putih (dipotong dadu)
10 biji cendawan shitake (dipotong kecil)
2 sudu besar cili sos
garam dan perasa secukup rasa

Cara-cara memasak sos spaghetti
  1. tumis bawang besar dan bawang putih sehingga layu 
  2. kemudian masukkan semua bahan yang dipotong dadu, tumis sehingga layu
  3. kemudian masukan cendawan shitake, goreng bersama sehingga layu
  4. masukkan daging cincang ke dalam bahan yang ditumis, goreng daging sehingga keperangan
  5. masukkan prego, renehkan selama 7 minit
  6. siap untuk dihidang bersama spaghetti yang sudah siap direbus.
Mudahkan?~
Selamat mencuba.

Sekian.
let me be me

16 May 2014

Marshmallow With Chocolate

..Selamat Pagi..
Nyum nyum nyum nyum.. 
Godek-godek album raya tahun lepas jumpa my favourite candy ni. marshmallow with chocolate. sedapnya. masuk mulut cair terus. nasib belum mula puasa lagi. Haruslah pergi cari makanan ni sebelum puasa ye. Marshmallow & melted chocolate please come to me!!

Sekian. 
let me be me

25 January 2014

Resepi Cempedak Goreng


Senang sangat nak buat cempedak goreng. Hanya dengan sekali percubaan, hubby cakap cempedak goreng aku ni sedap dan boleh buat jual. Ayat apa ni, ayat compliment ke ayat nak jack?~ haaaa- Ok, takpe, aku positif sebab rasa dia memang sedap bagi tekak aku juga. Jadi aku ambil kata-kata hubby tu as compliment. Aaah bahagia hidup boleh buat cempedak goreng yang nyum nyum nyum. macam susah sangat. cet- Hubby pula kebetulan belasah beli 3 biji terus buah cempedak. Puas makan. Alhamdulillah, rezeki Allah bagi. Harganya RM 10 tiga biji. Mahal ke tak? Tak tahulah, maklumlah jarang nak beli sendiri buah-buah ni. Duduk pula dengan mak pak jadi tunggu buah sampai rumah jela. hehehe-

Resepinya aku main agak-agak je. Tu la tu, lepas ni kena kira betul-betul sukatannya. Barulah kesedapan makanan itu terjamin. Ok, jom sharing resepi cempedak goreng.

Bahan-bahan
  • sebiji buah cempedak
  • tepung gandum setengah paket 
  • tepung beras setengah cawan sedang2
  • garam secukup rasa
Cara Masak
  • gaulkan tepung gandum, tepung beras, garam dalam satu bancuhan.
  • masukkan isi buah cempedak kedalam bancuhan tepung, dan goreng sehingga garing.
Sedia untuk dihidang.

#Senang sangat pun. Budak darjah satu pun boleh buat. InshaaAllah. Ok, selamat mencuba.


13 October 2013

Dubu-Dubu di MidValley with hubby

happy family
Hari minggu, dating dengan hubby la nampaknya. Sementara hubby cuti. Yeay.. Alhamdulillah, ke Midvalley kita. Ada tujuan ni, nak beli kasut fully covered untuk attend PTM. Semangat kan. heee- ngengada namanya. Hubby pun layankan aje. hee- Love you hubby. Thanks.

Window shopping punya pasal, tak jumpa-jumpa lagi kasut yang berkenan dan perut pun dah berkeroncong. Sampai tak sedar masa untuk makan tengah hari. Lunch hour tak tahu nak makan kat mana. Turun kat Ground Floor food area, mula-mula hubby nak ajak masuk kedai makan masakan melayu thai tapi bila tengok menu macam biasa-biasa dan harga pula macam tak logik Alang-alang harga makanan kat area tu stok harga mentekedarah jadi kitorg decided makan makanan yang tak boleh dimasak di rumah plus addicted with Running Man shows, makanan korean menjadi pilihan. Dubu-Dubu Urban Korean Food, Midvalley here we come. hehehe-

Hubby punya lunch Korean Spicy Wings - Dubu Dubu’s version of Korean Fried Chicken RM19.90. Sedap. Daging kepak dia lembut dan cukup rasa. Sup dia best. Masam masin garam ada plus rasa stok ikan lebih Selalu kalau rasa macam tu mesti ada sikit hanyir tapi sup ni tak rasa dan bau hanyirnya. Welldone. Chey.. mengomen makanan ye-
Cik Aina yang baik hati dan comel
Sementara makan Cik Aina sangat supporting tunggu ibu dan abinya siap makan. Alhamdulillah, Cik Aina sangat supporting pada hari itu. Sayang Cik Aina banyak-banyak. Mwaaah!!!
Ini pula menu pilihan aku, Combo Soondubu Jigae Beef & Chicken RM17.90. Nasi tu tak habis. Rasanya keras berbanding nasi yang kita selalu makan. Mungkin kurang air atau mungkin memang itu cara masakannya. Walahuallam. Nasi tak habis bukan sebab tak sedap tapi sebab kekenyangan. Alhamdulillah. Puas hati makan kat Dubu-Dubu ni. Harga pun masuk akal dan masuk bajet. Jadi tak ralat la kan. :) 

Next time boleh repeat lagi. Highly recomended.
For more info about the menus, please feel free to visit Dubu-Dubu Urban Korean Food official website ok.

Sekian. let me be me

10 January 2012

Resepi Cupcake

ok x kalo buat cupcake as door gift wedding? humm.. resepi dah cari, macam mudah. ape pun kene test buat sendiri dulu. hope hasilnye memberangsangkan so dapatlah kwn² dan sedara-mara merasa cupcake buatan pengantin nanti. hihi.. 


Bahan-bahan (18 – 20 papercups medium size)
300g tepung
350g gula
½ cawan serbuk koko
1½ sdk soda bikarbonat
½ cawan butter
2 sdk esen vanilla
1 ½ cwn susu segar
* 2 biji telur

Cara-cara
Panaskan oven 180C. Campurkan ke semua bahan (kecuali *) dalam bekas mixer. Pukul dengan kelajuan rendah hanya untuk bg campuran itu sebati. Kemudian pukul dgn kelajuan tinggi lebih kurang selama 2minit. Lepas itu tambah telur dan pukul lg dgn kelajuan tinggi selama 2minit lagi.

Sudukan adunan dalam papercups. Kalau nk cupcakes yang rendah, letak tak sampai ¾ tinggi cups. Yang saya buat ada yg tinggi, ada yg rendah. Bakar selama ±20min gitu atau hingga masak. Suhu oven terpulang pd oven masing2, saya guna 170C.

Bila dah masak boleh diletak topping kalau suka. Topping saya tu: ¼ cwn susu pekat + ¼ cwn serbuk koko + ¼ buku butter. Masukkan smua dlm periuk, panaskn atas api & terus kacau, sekejap aje iaitu bila dah bercampur semua & beku sket trus angkat and sapukan atas cupcake yg telah sejuk. Hias ikut citarasa masing2.

**kejap lagi p cari bahan² n mulakan projek nih.. semoga dipermudahkan urusan. amin.. :)

putripuzzle : let me be me

12 July 2011

Makan² sekitar Batu Pahat

Roti Canai Kari Ayam.. Tepi jambatan Rengit. Otw balik dari Rengit (syurga barang 2nd hand) baynak juga la dorang ni borang.. Kak Widad dgn stroler nye, En. Huzir dgn vacum nye.. dlll.. aku tgk perabot jati, kalo ade lori ni mau la nak angkut jugak. Makanan ni di sponser oleh En. Huzir. hehe

Nasi Lemak Telur Sotong bersama Sup Tauhu, menu sarapan pagi. dekat je dgn hotel katerina tu. next time boleh lepak sane lagi. sedap. NI tokan sponser. TQ tokan. :))

Soto Haji Sarlan di Sri Medan. Menu utama kat situ satay die.. tapi xsempat nk snap.. nk snap je abis satay tu.. sedap sgt so cepat la org sambar. makan banyak juga. tempat tu, sultan pun pernah lepak bersantap tau. so mmg terkenal la kan sampai sultan pun mencemar duli makan kat situ. Lokasi ni bos y bawa sbb situ mmg kampung bos. Bos banje. TQ Bos..

Nasi Briani Gam Kambing at Briani Power, Bukit Soga.. Kambing 2 ketul ok.. TQ kat kak Ina sbb xmakan kambingnye lalu kambingnye dimakan oleh aku. hehe.. Puas Alhamdulillah. ratah kambing je. Suke aku. TQ kat Pengetua² SMTV Johor yang sponsor makan tengah hari krew BPTV termasuk dgn pengarah sekali. TQ kat Kak Ina sbb sanggup juga nak drive aku ke sane. rezeki. Alhamdulillah.


putripuzzle : let me be me

Durian Batu Pahat, Johor

Lepas balik dari MK Berkat, Parit Sulong utk borong kerepek.. kitorg layan durian tepi jalan on the way balik ke mall.. Best, durian kampung. puas hati makan.Alhamdulillah....

Durian ape ntah ni... besar².. terbaik !!
cepat je kite² sambar durian y teroffer depan mate. hihi

bos bukakan, biar saya makan. hehe
ade lagi ade lagi.. sile habiskan~
putripuzzle : let me be me

20 June 2011

Parit Raja dan Sekitar Batu Pahat . . .

Best dapat ikut bos pergi buat keje kat Parit Raja. baru aku tau Batu Pahat ni ade juga pekannye.. aritu ingat byk felda je.. hehe.. TQ byk² kat bos sebab sudi bawak aku. Alhamdulillah. Semoga tuhan murahkan rezeki bos aku. Ameen.Dapat lah aku repeat makan nasi briani kambing terbaik tu. at Taman Soga.

Restoran Briani POWER
Pergi dengan bos dari PPA Batu Pahat, En. Nasir dan En. Fadli. Tokan, Cikgu², Kak Zah, Kak Sham, dan Kak Ila.. best sangat... Last year pergi dengan Geng VivaC. Ternyata mmg sedap die maintain.. hehe :)

Nasi Briani Kambing
Selera tengok cikgu² makan. "Tambah lagi cikgu..."
Air Bandung Soda terbaik...  aku suke...
Sedap sangat. Alhamdulillah. kenyang jugak. Lepas makan ni kitorg pergi beli kerepek dengan kekacang. Aku xborong pun kekacang. Xminat, so lain y dibelinye.. beli asam masin ade lah.. sebab murah la.. Kerepek ye borong lah jugak.. Orang PPA bawa borong kat kilang.
Kilang Kerepek - Macam² ado
Kalau nampak kat mak aku ni, confrim semua dia nak borong.
Ini lah mereka-mereka y temankan aku sepanjang kat Batu Pahat.
Ni mak aku dah siap order kerepek lagi. "InsyaAllah ye mak, kalau angah repeat Batu Pahat lagi.." :) Cikgu² ni siap nak carikan jodoh aku lagi. hehe.. terima kasih ye cikgu..
Esoknye layan makan² dgn cikgu²..



Laicikang
Putu Bambu Ayer Hitam
Keau Teaw Sup Parit Raja..
Terbaik !!!

putripuzzle : let me be me

22 March 2011

Restoran Nasi Lemak Ayam Kampung, Ipoh


Setengah hari kat Ipoh. (19 Mac 2011- Sabtu) Sesampai je aku.. kak aqma bawa g makan kat Sabar Menanti. Best jugak. makanan pun sedaaap. Kenyang aku, Alhamdulillah. Tq kak aqma sponser mkn tgh hari.. hehe.. After makan, lepak balik umah kak aqma kat Balai Bomba, guling² jap sambil telan daim, kisses n harvesly. Aku mmg suke chocolat ni semua. sebab sedapla kan. hehe..

After tu, aku ajk kak aqma layan bowling. so tehn, lokasi seterusnya is Ipoh Prade. Agak kecewa di situ sbb lane bowling dah fullbook. Ape boleh buat~ kwang².. kitorg jejalanla shopping di samping window shopping.  hurmm.. Ipoh Prade not bad la. ala² One Utama kat KL. macam² ado. I like. After penat jalan se'ipoh prade', kitorang gerak g makan kat restoran Nasi Lemak Ayam Kampung ni je. Even mcm tu.. rasa macam xnak balik je.. hatiku sudah di Ipoh. huhuhu..

Best makan kat restoran tu.. makanan sedah. tom yam campur die rasa beb. sangat direkemen kat korang y cari tempatmkn best di sekitar ipoh. ketam rempah die pun sedap... ayam kampung die jgn ckp la.. kenyang makan sampai ke esoknye taw. Alhamdulillah. rezeki pada hari itu lumayan. TQ kepada penaja, Abg Husni. kalo ade rezeki, next time belanja lagi ye.. hehe

Sekian dulu utk pagi ni.. sambung buat kerje da..
Salam.... 

putripuzzle : let me be me

13 March 2011

Nasi Briani Kambing at JM Briani, Bangi

JM Briani, Bangi : Nasi Briani Kambing.
Supponsered by my bos, En. Idris Hj. Salam sempena my birthday.. Tq bos.. 
bestnye jadi birthday girl. :)

TQ sis wid, op, aim.. i love all.. muah1000x~
my sis widdy. i love her vm. ♥

Birthday this year, sangat kenyang.. Thank you Allah.. TQ for the happiness.


putripuzzle : let me be me

Siakap Stim. terbaek !!~

ready to be steam


Bahan-bahan
*ikan siakap
*bawang besar
*halia
*serai
*asam boi putih
*asam keping
*limau nipis/cuka
*cili padi
*garam secukup rasa

Rincik bahan² dan masukkan ke dalam bekas utk di stimkan. hasilnya-->

ready to be eat
rupa agak xmenarik. hurm.. xmenarik xpe, asal sedap. hehe

finish. hehe


sangat mudah oke. rajin atau malas je nak buatnye. ku buatkan utk my family sempena hari kelahiran bapak on 16th Jan 2011 aritu.. sapa nak try, sila rajinkan diri, masak sendiri.. . hehe.. actually, resepi ni my boyfie y suggest, sbb aku xtaw nak present ape kat my bapak. so thank u big to my boyfie for brilliant idea plus a good, a simple recipe but still sedap.. 

putripuzzle : let me be me