Showing posts with label Keluarga. Show all posts
Showing posts with label Keluarga. Show all posts

24 June 2014

Selamat Hari Lahir Suamiku

Hari ni hari lahir hubby.
Semoga abang jadi suami yang terbaik, anak yang soleh dan muslim yang sejati. 
Semoga bertambah rezeki dan dipermudahkan urusan dunia akhirat.
Semoga abang bahagia bersama sayang dan anak kita.. 
Bahagia bersama keluarga dan mereka yang abang sayangi.
I love you so much.

Sekian. 
let me be me

03 June 2014

Kejap je dah dua tahun kahwin..

My Superman
01062012-01062014
Alhamdulillah.. dah 2 tahun usia perkahwinan.. 
Semoga perkahwinan setahun dua jagung ini berkekalan hinggga ke akhirat, 
syurga yang kekal abadi. 
Aamiin..

Dua tahun usia perkahwinan,  Allah permudahkan urusan kita untuk membina keluarga bahagia bersama kurniaanNya. Milik bersama tahun pertama+kedua = seorang puteri, Nur Aina Nasuha binti Mohd Hafiz, sebuah rumah di Perak (tak sabar nak hidup bersama Abang di bawah satu bumbung, mode PJJ sejak kahwin. waaa~ belum rezeki hidup sama-sama), dan banyak lagi kurniaanya.. tapi yang ni paling nampak ketara. so share yang ni je. Walau tak banyak yang terlihat oleh mata kasar tetap Alhamdulillah alhamdulillah alhamdulillah.. Yang paling penting bukan sekadar kebendaan yang terlihat, sebenarnya ia adalah ketenangan dan keberkahan rumahtangga yang dibina. InshaaAllah. Mohon pada Allah swt agar rumahtanggaku ini mendapat keberkatan, rahmah dan mawaddah dariNya. Sepertinya juga kepada rumahtangga sekalian yang membaca entry ini. Aamiin.

Sekian.
let me be me

06 May 2014

Selamat Hari Lahir Kak Long

6 Mei 2014

Hari ni hari lahir kak long Siti Nor Rohaida aku yang ke-29. Selamat hari lahir kak long. Semoga bertambah rezeki, panjang umur dan bahagia selalu. Aamiin. Juga merangkap 2nd Wedding Anniversary nya bersama abang ipar aku, Mohd Husni. Semoga mahligai yang dibina kekal bahagia hingga ke syurga bersama anugerah terindah Ummu Hani Binti Mohd Husni dan anugerah-anugerah yang bakal tercipta. InshaaAllah. I love you kak long cek mek molek. mwah mwah mwah. 

~sanah helwah~
depa dok Ipoh
Sekian. 
let me be me

04 May 2014

Ciri-ciri Suami Soleh

Jodoh pertemuan ketentuan ALLAH. Namun kita di suruh berusaha dan berikhtiar. Memilih calon suami bagi seorang wanita lebih berat jika di lihat sedalamnya. Salah pilih, manakan dapat membina rumahku syurgaku…lebih takut lagi ianya tidak mampu bertahan hingga ke akhirnya. Oleh itu jangan terburu-buru membuat pilihan. Lebih parah jika cinta itu membutakan mata dalam membuat pilihan. Carilah jalan dengan memastikan bakal suami faham peranan dan tanggungjawabnya serta mampu membimbing ahli keluarga menuju ke syurga. Setelah yakin dan percaya terhadap pegangan agama dan akhlak bakal suami, maka terimalah lamaran itu.

Nabi s.a.w bersabda “Apabila telah datang meminang lelaki yang dipercayai agamanya dan kejujurannya, maka terimalah pinangannya. Sebab jika pinangannya ditolak maka tunggulah terjadinya fitnah di bumi dan kerosakan yang besar” (Riwayat Tirmizi) 

Di sini ada beberapa tips yang saya petik dari tulisan zakaria sungib (majalah Anis) mengenai 10 kriteria memilih calon suami. Jadikanlah ia sebagai perkongsian ilmu untuk kita sama-sama menuju kehidupan yang lebih baik.

1. memiliki tabiat ‘soleh’ tabiat bererti kebiasaan bukan yang dilakukan sekali sekala. Kemasnya pegangan agama seseorang boleh dilihat dari tabiat ‘soleh’ seperti biasa bangun awal pagi sebelum subuh, solat berjemaah di masjid, solat di awal waktu, baca al-Quran, selalu menghadiri majlis ilmu. Akan tetapi jika di lihat dia seorang yang selalu terlepas solat subuh, suka bertangguh dalam bersolat, tidak ke masjid, apa yang boleh di rumuskan, ‘agama’ seseorang itu belum kemas.

2. menggemari ilmu lihatlah pada tabiat membacanya, bahan bacaannya (bahan ilmiah, buku agama). Selidiki adakah dia gemar hadiri majlis ilmu di masjid atau sebagainya. Seorang lelaki harus melengkapi diri dengan ilmu terutama ilmu fardhu ain sebelum ia bernikah, kerana dia nanti akan memimpin keluarga itu.

3. datang dari lingkungan baik-baik kenal keluarganya, kenalannya, maka kita boleh membaca bagaimana keperibadian seseorang itu. Faktor persekitaran ini perlu dirisik calon pasangan. Seorang yang berasal dari keluarga yang mempunyai didikan agama biasanya akan mewarisi sifat soleh ibubapa nya. Seorang yang berteman dengan orang yang baik-baik juga pasti akan mendapat tempias dari kebaikan temannya itu.

4. mempunyai hubungan baik dengan keluarga keakraban dengan keluarga boleh dilihat bagaimana mereka berkomunikasi, kekerapan berhubungan, kemesraan dan kasih sayang antara mereka. Hubungan baik calon suami dengan ibubapa mereka akan mewujudkan rasa yakin dan selesa pada wanita yang bakal di kahwini. Ini kerana apabila berkahwin, wanita adalah milik suami dan keluarga suami. Sepenuh ketaatan perlu di berikan pada suami dan rasa hormat kepada ibubapa suami.

5. mempunyai daya juang yang tinggi hidup adalah perjuangan. Risiklah juga daya juang dalam kehidupan calon suami. Adakah dia seorang yang kuat semangat juang dalam membina kehidupan yang lebih baik. Adakah dia seorang yang berkeyakinan atau sebaliknya. Ini penting untuk membentuk kehidupan berkeluarga kelak.

6. mempunyai rasa tanggungjawab sifat ini dapat dilihat pada sikapnya yang suka mengambil berat, menegur, menasihati dan membantu. Adakah dia seorang yang prihatin dan mengambil berat akan keluarganya, terutama kedua ibubapanya.

7. ikhlas keikhlasan adalah perkara yang tidak dapat dilihat. Ianya tersembunyi jauh di hati. Namun dengan tingkah laku dan sikapnya, sedikit sebanyak kita boleh melihat keikhlasan seseorang.

8. jujur adakah dia seorang yang suka berbohong? Bercakap berbelit-belit? Seorang yang jujur walaupun ianya menampakkan kelemahannya?

9. hatinya baik soal hati agak sukar untuk di nilai. Namun daripada tindak tanduk perbuatannya apabila berdepan dengan sesuatu situasi, kita boleh melihat sejauh mana perangainya yang sebenar. Adakah dia seorang yang sabar? Bertimbang rasa? Penyayang? Pemaaf?

10. berhemah seorang yang berhemah selalunya ‘cool’ dan tidak emosional dalam menghadapi sesuatu situasi. Dari situ boleh di lihat sejauh mana berhemahnya si dia. Ciri-ciri ini mungkin terlalu sempurna sedangkan kita manusia tiada yang sempurna. Sekurang-kurangnya, panduan ini di jadikan tips memilih calon suami ideal. Jangan silap memilih, namun jika inginkan calon yang ideal, seorang wanita itu perlu cermin diri sendiri, ideal kah kita untuk lelaki ideal ? lelaki yang baik hanya untuk wanita yang baik, begitulah sebaliknya. Oleh itu perbaikilah diri kita terlebih dahulu untuk menjadi yang baik, barulah kita layak untuk mendapatkan yang baik juga. Allah itu Maha Adil dan hanya akan berikan apa yang selayaknya buat kita semua.

Sekian. let me be me

Hak-hak Isteri Dari Suaminya

  1. Suami yang taat dalam melaksanakan perintah serta suruhan Allah dan Rasulnya dan dapat pula membimbing isterinya.
  2. Suami yang mampu memberikan nafkah sama ada zahir ataupun batin.
  3. Suami yang sedia memberikan nasihat, bimbingan, dorongan, didikan dan tunjuk ajar dalam melaksanakan tugas serta tanggungjawap rumahtangga dan juga terhadap Allah s.w.t
  4. Suami yang bijak dalam menyelesaikan permasalahan isteri yang timbul bersama jiran tetangga atau sebagainya.
  5. Suami yang dapat memberikan pemerhatian dalam hal keselamatan, kebajikan dan kesihatannya.
  6. Suami yang dapat menyediakan tempat tinggal, pakaian dan makanan yang sempurna mengikut kemampuanya.
  7. Suami yang penyabar dan tidak menggunakan kekerasan dalam menyelesaikan sesuatu masalah atau untuk mendapatkan sesuatu.
  8. Suami yang tidak cemburu buta tanpa asas terhadap isterinya yang mana boleh merosakkan keutuhan rumah tangga mereka.
  9. Suami yang sentiasa memberikan kasih sayang, belas kasihan dan pergaulan yang baik terhadap isterinya.
  10. Suami yang sentiasa menjaga rahsia isterinya dan tidak di dedahkan kepada orang lain.
  11. Suami yang ikhlas dan jujur serta dapat menepati janji terhadap isteri dan anak-anak.
  12. Suami yang menjauhkan diri dari perbuatan maksiat seperti meminum minuman keras, berjudi, berzina, menipu, mencuri dan sebagainya.
  13. Suami yang dapat memberikan penjagaan dan pemerhatian yang baik terhadap isterinya penjagaan ini meliputi semua hal termasuk kehormatannya.
  14. Suami mestilah bijak memahami perasaan dan hati isteri sama ada dengan perbuatan atau perkataan, jangan biarkan dirinya dalam keadaan sedih.
  15. Suami yang sentiasa mengutamakan kebersihan diri, zahir dan batin.
  16. Suami mestilah menahan dirinya dari bergaul secara bebas dengan wanita lain.
  17. Suami yang dapat menyelidik secara cermat dan teliti segala hal yang disampaikan oleh orang lain yang berkaitan dengan isterinya.
  18. Suami yang bijak dalam memimpin tumah tangganya dengan penuh amanah serta bertanggungjawab.
Sekian. let me be me

04 November 2013

Trip to Felda Keratong

Assalamualaikum..

19.10.13
Kali ni dapat bawa hubby konvoi dgn familly pergi ke Felda Keratong sebab ada wedding sepupu nama Shikin. Gerak malam pukul 11. Konvoi dgn ayah dan cik din&family. Ikut laluan Kuala Pilah. Sampai sana pukul 1 pagi. Safe journey, Alhamdulillah.

20.10.13
Kendurinye... Ramai sedara-mara yg datang. Dari Klang, Felda Gunung Besaout, Johor dlll. Kira tiap kali kenduri kahwin je itulah family gathering. Yela masing-masing ada kehidupan sendiri, bila nak jumpa time kenduri kendara la baru berpeluang.
aku & angah
(sepupu senior yg masih single, tengah cari calon katanya)

mak aku bersama adik-adiknya serta ipar dan sepupu aku, kak zawiyah. semua macam comel jer.. haa~

09 October 2012

Dasyatnya Doa Seorang Ibu


Assalamu'alaikum semua..                                                                 
Satu ceramah bertajuk "Dasyatnya Doa Seorang Ibu" oleh Ustaz Abdullah Mahmud, bekas ustaz ATM sungguh menarik dan jarang kita dengar. So kepada semua blogger marilah luangkan sedikit masa berharga dengan membaca sedutan ceramah istemewa ini untuk kita sama² hayati dan amalkan sekadar mampu. Di takdirkan anda malas juga nak baca, saya harap bacalah juga pada bahagian yang ada tanda ** .

Ibu Kita dan Kita Sebagai Ibu 
  • Lapangnya masa kita ada kaitan dengan keberkatan hidup kita. Kita adalah di bawah siksa Allah bilamasa ada masa untuk buat benda tak baik tapi tak dak masa nak buat yang baik.. 
  • Jika kita tak pernah kecukupan duit maksudnya kita disiksa Allah. 
  • **Setitik air mata ibu jatuh, 10 kebajikan anak hilang so ibu2 jangan jatuh air mata ye and anak jangan bagi ibu jatuh air mata.  Menangis kerana anak berjaya dan bukan sedih kerana angkara anak.                      
  • Kalau balik tengah malam, buka lampu tengok dan tatap muka ibu, sebab wajah orang tidur akan menampakkan segalanya.                          
  • Ada 3 mata yang tak dijilat api neraka. 
  1. Melihat kaabah sehingga menitis air mata. 
  2. Membaca quran sehingga menitis air mata. 
  3. Memandang wajah ibu yg sedar tidur / sedar hingga berlinang air mata. 
  • 3 orang yg kita kena tengok dan selalu pandang dalam hidup, tengok masa tidor! 
  1. Anak.                          
  2. Ibu.                          
  3. Suami.                          
Sebagai selingan, kata ustaz lagi, kalau kita ada perselisih faham dgn suami sampai nak bercerai, tgk lah muka laki kita tika dia tidor - kalau masih terbit perasan kasih, sayang, cinta, rindu atau simpati, janganlah bercerai tapi jika tiada timbul rasa itu semua - maksudnya jodoh dah memang takde, boleh proceed apa yang patut..
  • Orang yang selalu menatap dan memandang ibunya takkan menangis di hari kematian ibunya kira menangis dalam hati je..Bagi siapa yg masih ada ibu, pandang lah ibumu selalu.                          
  • Adalah menjadi satu dosa jika kita mengguna jari telunjuk untuk menujukkan sesuatu pada ibu. 
  • Kalau ada niat yang baik teruskan lah.. Allah akan bersama kita. 
  • Kalau tak mampu lakukan sesuatu, pasang niat pun mencukupi. Contohnya, tak mampu tolong org, niat nak tolong pun dah memadai. 
  • **Kalau kita tak mampu letakkan diri kita di tempat yang terbaik, Allah akan letakkan kita di tempat terbaik dengan syarat letakan ibu kita di tempat yang terbaik terlebih dulu.                          
  • Ada kaedah yang mana kita boleh minta pada Allah, ungkit kebaikan yang menimpa dengan tujuan untuk makbulkan doa kita.  Kaedah tu dipanggil wasilah amal .
  1. Ya Allah semalam aku sudah bersedekah sebanyak RM1, kalau itu satu kebaikan jadikanlah ia penyebab makbulnya doaku ini. 
  2. **Paling banyak buat baik dengan ibu kita, lagi mustajab.  Makna dia wasilah amal ni sangat berkesan kalau yg dituntut tadi adalah hal  yang berkaitan kebaikan yang dibuat kepada ibu kita.           
Antara lain yang boleh dituntut adalah apabila kita ditimpa sakit/musibah. 
  • Kalau ditimpa sakit, baca laa Innalillahiwainnaillaihirojjiun,,, lps tu bicaralah dengan Allah..
  1. Ya Allah, berilah pahala besar untuk sakit yang aku tanggung ini
  2. Ya Allah, bagilah aku keampunan dosa atas sakit ku ini .
  • Even suapkan anak pun kita boleh tuntut, apatah lagi sedekah kepada ibu dan orang yang memerlukkan.   
  • ** Barang siapa yang tidak mendoakan ibu selepas sembahyang buat ibu yang sudah meninggal maka dikira diaanak derhaka walaupun pada waktu ibunya hidup dia tak pernah menderhaka.  Maksudnya jika ibu masih hidup atau telah tiada, selepas setiap solat kita mesti doakannya! 
  • Doa orang yang masih hidup makbul untuk orang yang hidup dan mati.   Jadi doakan ibu kita jika ianya telah tiada.
  • ** Doa orang yang mati makbul untuk orang yang masih hidup. 
Masa ni ustaz tu bagi contoh sadis sket..sedeh gak laa.. pi ke pusara mak kita cakap.. "Mak, esok anak saya nak kawin, kalau mak ada tentu mak bahagia tengok cucu mak kawinkan" atau "bapa saya nak kawin esok, kalau bapa ada, pasti bapa akan gembira tengok sayakan.." Ustaz kata luahkan kepada ibu/bapa yang telah tiada kerana mereka mendengar dan mereka boleh mendoakan kita dari sana .
  • Bila lalu kubur, perlahankan dan beri salam!  Mereka akan doakan kita "berkatilah si A ini"dan jika tak bagi salam, mereka akan kata "celakahlah orang ini". Jadi, jangan lupa bagi salam pd mereka. 
  • Tanda tanda siksa Allah atas muka bumi ni antara lain simpan harta sampai mati tak pernah keluarkan zakat.                         
  • Sesiapa yang bersedekah selalu, takkan miskin orang itu selamanya.. 
  • Bila nak berbelanja @ shopping always spare duit untuk sedekah kerana dalam duit kita tu ada hak org susah.  Jadi bila orang buta datang masa makan, bagi laa duit sebab kita nak cari org susah untuk sedekah dah amat susah masa sekrg and takde masa jadi Allah hantarkan org2 susah ini untuk kita dapatkan pahala!.                         
  • **Jika mak kita sudah meninggal dan semasa hayatnya kita ada peruntukkan wang untuk dia, bila mak kita dah takde teruskan memberi peruntukkan tu sebagai sedekah. Jangan kurangkan peruntukkan!! "Ya Allah, aku sedekahkan bagi pihak ibuku, semoga pahala sedekah ni sampai kepada ibuku".   Itu yang yang buat ibu kita bahagia di sana . 
  • Kalau kita susah nak bersedekah, bayangkan wajah ibu kita baru kita ringan tangan nak bersedekah.                          
  • ** Allah panjangkanlah usia ibu bapaku supaya dia sakit dan nyanyuk..ini bertujuan memberi syurga pada anak2nya.  Doa ini bukan bermaksud minta merika sakit or nyanyok..ironinya keadaan demikian membolehkan anak2 berebut mahu menjaga merika disaat merika dlm keuzuran itu sbb balasannya adalah syurga.  Jadi kalau tahu ibu/bapa sakit, berebutlah menjaga ibu/bapa kita.  Besar sangat pahalanya. 
  • Allah kalau boleh taknak kita masuk neraka jadi Allah takkan matikan seseorang dalam keadaan kotor dan berdosa jadi dia bagi kita sakit/malu/miskin untuk membersihkan kita sebelum dia mengambil kita.          
putripuzzle : let me be me

04 June 2012

Petua Membelai Suami



1. Suami sentiasa mengidamkan belaian isteri. Tangan isteri mengurut manja kaki yang lenguh atau sekadar mengusap belakang atau lengan ketika menonton televisyen sudah membuatkan suami berasa sangat disayangi.

2. Belai rambut suami ketika dia sedang beristirehat, atau jika rajin carikan uban yang ada. Sudah pasti lembut hati suami dan akan timbul rasa kasih sayang yang mendalam terhadap isteri.

3. Tengok-tengokkan jari jemari suami, adakah kukunya bersih dan sudah dipotong rapi? Bagaimana keadaan kulit suami? Kalau kering sapukan losyen, kalau pening urutkan kepala. Pastikan suami dijaga rapi dari hujung rambut hingga hujung kaki.

4. Jangan menganggap dengan melakukan perkara begini akan menjatuhkan taraf isteri atau merasakan si suami perlu tahu menjaga diri sendiri. Tentu sekali mereka tahu menjaga diri tetapi dengan memanjakan suami cara ini akan menjadikan suami anda terasa seperti seorang yang sangat istimewa. Pasti dia akan begitu menghargainya.

putripuzzle : let me be me

26 March 2012

Suami Isteri Bahagia


Untuk mencapai hidup gemilang bersuami isteri, pada hari pertama pertemuan dua hati hendaklah berniat utk sehidup semati, hanya kerana Allah Rabbul Izzati.

1) mestilah cuba sedaya upaya mencari kesesuaian diri, kemudian menganalisis sifat-sifat pasangan kita dgn lebih terperinci. Carilah kesukaannya dan kita sama-sama cuba menyukai. Kenalilah kebencian, kemudian kita sama-sama cuba menjauhi. InsyaAllah akan timbul persefahaman dalam diri.


2) hendaklah saling hormat-menghormati dan cuba mengelakkan sesuatu yang menimbulkan kemarahannya. Lebih baik membatu dan membisu sambil beristighfar di dalam hati. Kalau tidak menjadi kesalahan, untuk mengelakkan kemarahan yang berpanjangan, berlalulah dari situ. Itulah amalan bersuami isteri kerana di dalam rumah tangga, perselisihan dan pergaduhan kecil-kecilan adalah asam garam kehidupan. {andai-pandailah mengendalikan perasaan. Jika terasa terlalu pilu, biarkan air mata menitis. Semoga dengan titisannya, dapat menyejukkan hati yang membara di dada, dapat mengubati merah luka di jiwa.

3) pikullah tanggungjawab masing-masing dgn penuh keikhlasan. Janganlah mengabaikan hak antara satu dengan lain, selalulah memikirkan kepentingan pasangan terlebih dahulu daripada kepentingan diri sendiri. Yang paling penting, jauhi sifat curiga-mencurigai dan cemburu yang melampaui batasa, kela akan dirasuk syaitan yang sentiasa menanti-nanti peluang keemasan memusnahkan insan.

Sumber: Alahai Pengantin Baru ♥
putripuzzle : let me be me

17 February 2012

Taat Si Isteri kepada Si Suami


1) “Sekali suami minum air yang disediakan oleh isterinya adalah lebih baik dari berpuasa setahun”.

2) “Makanan yang disediakan oleh isteri kepada suaminya lebih baik dari isteri itu mengerjakan haji dan umrah”

3) “Mandi junub si isteri disebabkan jimak oleh suaminya lebih baik baginya daripada mengorbankan 1,000 
ekor kambing sebagai sedekah kepada fakir miskin”.

4) “Apabila isteri hamil ia dicatitkan sebagai seorang syahid dan khidmat kepada suaminya sebagai jihad”.

5) “Pemeliharaan yang baik terhadap anak-anak adalah menjadi benteng neraka, pandangan yang baik dan harmonis terhadap suami adalah menjadi tasbih (zikir)”.

6) “Tidak akan putus ganjaran dari Allah kepada seorang isteri yang siang dan malamnya menggembirakan suaminya”.

7) “Apabila meninggal dunia seorang dan suaminya redha, nescaya ia dimasukkan ke dalam syurga”. (Hadis Riwayat Tarmizi)

8) “Seseorang wanita apabila ia mengerjakan sembahyang yng difardhukan ke atasnya, berpuasa pada bulan Ramadhan, menjaga kehormatan dirinya dan taat kepada suaminya maka berhaklah ia masuk syurga dari mana-mana pintu yang ia suka”.

Dan ingatlah wahai wanita, semua itu terangkum di dalam suatu perkataan iaitu "TAAT"...

putripuzzle : let me be me

29 December 2011

Menjadi Suami yang Baik


1) Pasang niat dan berdoa untuk menjadi suami terbaik. Tanpa berniat dan berdoa anda tidak mungkin jadi suami yang cemerlang. Ramai suami terlupa.

2) Bersyukur kerana mempunyai pasangan hidup. Yakinlah bahawa isteri anda adalah pasangan terbaik yang Tuhan tentukan untuk anda. Ketentuan Tuhan adalah yang terbaik.

3) Suami mithali menjadi kebanggaan isteri. Pastikan anda membentuk sifat positif dan istimewa.

4) Cuba tanya diri apakah sifat atau amalan yang boleh dibanggakan oleh isteri anda.

5) Setiap hari pulang dengan senyum dan bersemangat. Apabila suami tersenyum, isteri dan anak-anak akan bahagia dan rahmat Tuhan akan turun. Senyumlah apabila sampai ke rumah.

6) Pastikan anda ada masa untuk berbual dengan isteri setiap hari. Semua isteri bahagia apabila dapat berbual dengan suami. Berapa minit yang anda luangkan untuk berbual dengan isteri setiap hari ?

7) Telefon isteri ataupun hantar SMS sekadar untuk menyatakan yang anda sayang ataupun rindu pada isteri. Isteri anda akan berasa seronok dan bahagia apabila mendapat panggilan ataupun mesej tersebut.

8) Hiburkan hati isteri anda dengan bercerita, buat lawak atau gurauan yang mesra. Setiap gurauan mengubat hati isteri dan mengeratkan hubungan suami isteri.

9) Pastikan anda bergurau senda dengan isteri di dalam kenderaan semasa dalam perjalanan ke tempat kerja ataupun ke mana sahaja. Ramai suami membazir masa dengan membisu semasa di dalam kenderaan.

10) Amalkan makan bersama setiap hari. Berbual mesra dan nasihat menasihati semasa makan. Amalan ini akan menarik hidayat Tuhan dan mengeratkan hubungan. Elakkan berbual perkara yang melalaikan semasa makan.

11) Ajak isteri mandi bersama sekali sekala. Bergurau senda semasa mandi bersama adalah sunah yang dapat mengeratkan hubungan suami isteri.

12) Bantu isteri melakukan kerja rumah. Ini adalah sunah yang dapat meringankan beban isteri, mengeratkan kasih sayang dan menbahagiakan pasangan anda.

13) Amalkan mesyuarat keluarga sekerap yang mungkin. Amalan bermesyuaratmenarik hidayat Tuhan,mengeratkan hubungan dan menyelesaikan banyak masalah.

14) Pastikan penampilan anda anggun, kemas, bersih, wangi, sihat dan ceria. Ramai suami inginkan isteri yang mengancam, tetapi mengabaikan penampilan diri sendiri. Mana adil ?

15) Didik isteri dengan memberi nasihat dan perigatan secara hikmah. Jadikan tindakan dan amalan anda sebagai contoh teladan yang cemerlang. Elakkan cakap tak serupa bikin.

16) Berikan nafkah kepada isteri mengikut keperluan keluarga dan kemampuan suami. Ramai suami mengabaikan nafkah kerana isteri bekerja. Ramai suami yang kedekut dan berkira. Ini menyebabkan isteri derita dan rumahtangga terancam.

17) Jadikan penawar hati kepada isteri. Ambil berat keperluan dan kemahuan dan peka kepada emosi dan situasi isteri. Isteri yang bahagia membentuk keluarga sejahtera
18) Sentiasa taat kepada semua perintah Tuhan dan memastikan keluarga juga patuh kepada Tuhan.

18) Suami mithali sentiasa menyimpan rahsia isteri. Ramai suami secara sengaja ataupun tidak sengaja menceritakan keburukan isteri kepada orang lain. Ini wajib dihentikan.

19) Muliakan keluarga isteri seperti keluarga sendiri.

20) Ada suami yang membeza-bezakan antara keluarganya dan keluarga isteri.

21) Ada suami yang memusuhi keluarga isteri. Anda bagaimana ?

22) Bentuk sifat cemburu yang positif. Cemburu tanda beriman, sayang dan endah. Suami yang tidak cemburu adalah dayus. Isteri amat suka apabila suaminya ada sifat cemburu. Dia rasa dihargai.

23) Jadilah suami yang pemaaf. Syurga isteri di bawah tapak kaki suami.Maafkanlah isteri setiap malam sebelum tidur supaya rumah tangga bahagia dan isteri mudah masuk syurga.

24) Tegur kesilapan isteri dengan hikmah dan kasih sayang. Isteri merajuk bukan sebab ditegur, tetapi cara ditegur yang kasar. Apabila suami kasar, isteri jadi takut, bingung, hiba dan memberontak.

25) Gunakan Nabi Muhammad sebagai model. Hidupkan amalan sunah dalam rumahtangga. Sebut nama rasul apabila mendidik dan menasihati keluarga bagi mendapat hikmah.

26) Mendahulukan keperluan isteri daripada orang lain. Ini adalah tertib memberi khidmat. Ramai suami yang melebihkan orang lain daripada isterinya. Elakan kesilapan ini.

27) Suruh isteri dirikan sembahyang dan ibadah lain. Apabila berjauhan, telefon ataupun SMS bagi mengingatkan sembahyang. Wasiatkan isteri untuk sembahyang fardu dan sunat. Buat pesanan ini sehingga suami meninggal dunia.


28) Cintai isteri sepenuh hati. Cintai tanpa syarat, bertambah mengikut usia, penuh kemaafan, memberi tenaga,tidak pernah sensara serta berteraskan iman dan takwa.

29) Sentiasa berubah secara positif. Sebelum cuba ubah isteri dan keluarga, ubah diri dulu. Apabila suami berubah, keluarga akan turut berubah. Apabila suami cemerlang, isteri akan gemilang.

30) Pamer keprihatian yang tinggi terhadap keluarga. Ramai suami tidak ambil kisah dengan keluarga mereka.Cuba tanya apa lagi khidmat tambahan yang patut berikan kepada keluarga.

31) Pamer kematangan yang tinggi. Orang yang matang tenang, sabar, waras, bijaksana, dapat membuat keputusan dan cekap menyelesaikan masalah.

32) Memuliakan semua perempuan bukan sekadar isterinya. Ramai lelaki cuba hormat wanita tertentu sahaja. Ramai isteri yang kecewa terhadap suami yang menghina atau tidak hormat sebarang wanita termasuk pembantu rumah.

33) Bentuk beberapa sifat wanita yang terpilih dalam diri suami. Nabi Muhammad amat pemalu, pemaaf, peka, endah dan mudah menangis. Sifat wanita yang ada pada lelaki menaikkan martabat lelaki dan lebih disayangi wanita.

34) Mahir dalam menguruskan keluarga. Peka dengan masalah dan karenah ahli keluarga, cekap mencari punca masalah, mencari alternatif penyelesaian dan memilih penyelesaian yang optimum.

35) Membaiki diri secara berterusan. Tingkatkan iman dan takwa, cuci hati dengan sembahyang taubat, istighfar,memaafkan dan minta maaf, berkawan dengan orang yang baik, pendapatan yang berkat dan baiki amalan dan tindakan.

36) Jadi contoh atau model terbaik untuk keluarga. Doa dan usaha supaya setiapperbuatan anda dapat dicontohi dan dibanggakan ahli keluarga. Apakah sifat dan amal anda yang dapat dicontohi oleh ahli keluarga ?

37) Jadikan diri anda pendorong dan motivator berkesan unutk keluarga. Sentiasa beri galakan dan belaian. Elak marah, kritik ataupun hina keluarga. Fikir positif dan bersangka baik terhadap keluarga.

38) Tingkatkan ilmu berkenaan agama. Lazimnya, suami yang mendidik keluarga berkenaan agama. Belajarlahilmu agama dengan niat mendidik diri dan keluarga.

39) Sentiasa menegakkan kebenaran. Tegas menyatakan apa yang buruk dan apa yang baik. Elak mengenepikan kebenaran semata-mata bagi menjaga hati ahli keluarga. Tegakkan kebenaran dengan hikmah.

40) Bertindak tegas dan lemah lembut mengikut situasi. Tegas dalam menyeru ke arah kebaikan. Lemah lembut dalam menegur dan memberi nasihat. Tegas sangat orang memberontak, lembut sangat orang pijak.

41) Latih diri memuji dan menghargai isteri. Ramai suami yang pandai kritik tetapi tidak tahu memuji. Belaian merawat emosi dan fizikal isteri dan membuat dia terasa disayangi. Cari peluang untuk sentiasa memuji.

42) Cari peluang untuk bertindak romantis terhadap isteri. Ini termasuk senyum, lemah lembut, sebut sayang tiga kali sehari, buat sebelum disuruh, sentuhan sayang, pujian dan memberi hadiah.

43) Fahami yang isteri ingin selalu di sisi suami. Suami pula berjauhan dengan isteri sekali sekala. Apabila berjauhan, telefon, SMS ataupun e-mel untuk bertanya khabar, berikan maklumat dan mengubat rindu.

44) Bentuk kerjasama yang mantap dengan isteri. Pamer kesatuan hati dan pendapat kepada anak-anak dan orang lain. Wujudkan kerjasama melaui mesyuarat, berbual, tolak ansur, bermaaf-maafan dan banyak berdoa.

45) Nilai diri daripada kaca mata isteri. Buang sifat dan amalan yang isteri benci. Berusaha keras melakukan perkara yang isteri suka. Apabila isteri bahagia, suami akan bertambah bahagia.

46) Apabila suami melayan isteri seperti mana dia melayan kawan, pasti isteri bahagia. Bayangkan cara anda melayan isteri sebelum kahwin. Ulangi layanan itu sekarang. Pasti hebat kesannya.

47) Suami wajar belajar jadi mengikut setia. Patuhi cadangan, pandangan dan pandapat isteri yang betul. Jangan bangkang perkara yang baik. Kawal macho dengan saksama.

48) Buat undang-undang dalam rumah tangga. Apabila suami marah, isteri mesti senyap. Apabila isteri marah,suami mesti senyap. Ini mengelakkan daripada bergaduh. Orang tidak boleh bergaduh sendirian.

49) Latih gerak batin anda supaya serasi dengan gerak batin isteri. Serasikan gerak batin dengan berdoa, patuh perintah Tuhan, maafkan isteri, bersangka baik dan lakukan perkara baik untuk isteri mengikut sebarang lintasan dalam hati.

50) Pimpin isteri dengan nasihat dan kasih sayang. Pesan selalu dan nasihat sekali-sekala. Waktu terbaik nasihat adalah semasa rehat, minum petang, waktu bersiar-siar dan semasa hendak tidur.

51) Seimbangkan hidup dengan sempurna. Rajin di tempat kerja, rajin juga di rumah. Peramah dengan kawan, peramah juga dengan isteri. Disiplin di pejabat, disiplin juga di rumah. Sabar dengan orang, sabar juga dengan isteri. Di luar dan di dalam rumah serupa.

52) Urus stres dengan sempurna supaya keluarga tidak terjejas. lakukan riadah, berdiet, hentikan merokok,bercampur dengan orang positif, bermain dengan bayi, tengok ikan di akuarium, menyanyi, sembahyang taubat dan maafkan semua orang.

putripuzzle : let me be me

21 November 2011

Persiapan Raja Sehari - Tangga 1

Alhamdulillah. Aku bersyukur y tak terhingga kepada Ya Rabb y mendengar rintihan aku, kesedihan aku di masa y lalu ada hikmahnya. kini aku bahagia dgn kasih sayangnya di samping bimbingan dan peringatanMu.
Ok, I am ready for it. 

Till now, macam banyak masa lagi tapi sebenarnya xpun. lepas pertemuan kali ni, pertemuan seterusnya adalah hari y paling penting dalam hidup aku dan dia. Ya Allah, permudahkanlah urusan kami. Memandangkan dia di Sarawak, dan segala preparation di semenanjung adalah menjadi tanggungjawab aku untuk buat keputusan~ Aku memohon agar pilihan y bakal aku buat adalah y terbaik untuk hari bahagia kami nanti. Amin.

Aku tak impikan majlis y grand pun, cukuplah bersederhana tapi meriah dan apa y dirangcang semua berjalan dgn lancar dan sempurna. Macam² dah bermain kat kepala otak aku ni. Macam² nak buat. Y paling pasti, aku xsabar nak jadi queen of the day. 
hahahaha ( gedik ! ! ! )

Sekian..

putripuzzle : let me be me

17 November 2011

Bagaimana Menyayangi Seseorang


1. Sayangi dia dengan hati, bukan dengan perasaan. Jika anda meletakkan sesuatu hubungan
berdasarkan perasaan, ia hanya akan gagal karena perasaan senantiasa berubah dari masa ke kemasa.

2. Sayangi dia seadanya. Di dunia terdapat hampir 6 billion manusia dengan 6 billion personaliti. Dia sebenarnya seorang yang istimewa dan biarkan dianya kekal begitu. Jangan sesekali terfikir untuk mengubah apa-apa tentang dia karena sekali anda mengubah, selamanya anda akan terus mengubah dirinya. Tentu anda masih ingat, anda terpikat padanya karena dia adalah dia. Maka, tiada alasan untuk anda mengubah dia untuk menjadi seseorang yang lain.

3. Sayangi dia sepenuh hati. Sesungguhnya dia telah banyak berkorban untuk anda. Dengan kelebihan yang ada padanya, dia berpeluang untuk menjalin hubungan dengan seseorang yang lebih sempurna tapi demi cinta, dia telah memilih diri anda. Maka, jangan sekali kali mencoba untuk mempermainkan keluhuran cintanya.

4. Hormati pendirian dan keputusan dia. Jangan anda merayu dan jangan membuat alasan supaya dia menerima cinta anda karena kelak, yang akan anda dapat darinya hanyalah cinta simpati dan bukannya cinta setulus hati.

5. Yakinkan diri anda akan keistimewaan dia. Dia adalah satu-satunya di dunia ini dan jangan mengharapkan kesempurnaan dari dia karena dia telah cukup sempurna semenjak anda mulai terpikat padanya.

6. Percaya akan dirinya. Senantiasa berbaik sangka padanya, jika kita juga menginginkan begitu darinya . Pastikan anda akan senantiasa memperlakukan diri anda pada tempatnya sebelum melakukan apa-apa. Jika anda sendiri tidak dapat menerimanya, apalagi dia.

7. Jangan berjanji menyayangi dia untuk selama-lamanya karena selama-lamanya bagi anda mungkin akan berakhir keesokkan harinya, tapi berjanjilah untuk menyayangi dirinya seolah-olah setiap hari itu adalah hari yang terakhir untuk anda berdua.

8. BERCINTA dengannya adalah seperti memberi hati anda kepadanya untuk dilukai tapi kepercayaan itu penting. Percayalah kepadanya, niscaya dia akan melindunginya sepenuh jiwa dan raga.

9. Jangan sesekali meninggalkan dia tanpa alasan. Dia bukan hanya akan menangis kecewa dan kemudian meneruskan hidupnya seperti biasa, ketahuilah bahwa jiwanya akan mati secara perlahan.

10. Jangan cepat berbangga dengan diri anda, mendapatkan hatinya bukanlah satu kejayaan yang mutlak tetapi anugerah itu hanya layak anda peroleh setelah anda berjaya menyayanginya hingga akhir hayat. 

Ketahuilah, dia memilih anda adalah karena dia percaya bahawa anda adalah seorang yang jujur dan akan menepati janji. Anda telah bersusah payah dan berusaha dengan segala upaya untuk memenangkan cintanya, maka dengan itu haruslah anda juga berusaha untuk terus mencintai dirinya apapun keadaannya

putripuzzle : let me be me

04 October 2011

Siapa Jodohku?~


Andainya kaulah jodohku yang tertulis di Lauhul Mahfuz, Allah pasti akan menanamkan rasa kasih dalam hatiku juga hatimu. Itu janji Allah. Akan tetapi, selagi kita tidak diikat dengan ikatan yang Halal, selagi itu jangan dibazirkan perasaan itu karena kita masih tidak mempunyai hak untuk membuat begitu. Juga jangan melampaui batas yang telah Allah tetapkan. Aku takut perbuatan-perbuatan seperti itu akan memberi kesan yang tidak baik dalam kehidupan kita kelak. Jika benar cinta itu kerana ALLAH maka biarkanlah ia mengalir mengikut aliran ALLAH kerana hakikatnya ia berhulu dari ALLAH maka ia pun berhilir hanya kepada ALLAH.. Kerana hati ini begitu mudah untuk dibolak-balikkan.. serahkan rasa yang tiada sanggup dijadikan halal itu pada Yang Memberi dan Memilikinya.. biarkan DIA yang mengatur semuanya hingga keindahan itu datang pada waktunya..


putripuzzle : let me be me

22 September 2011

Wanita untuk Suami


Bila SUAMI balik rumah.... Dia jadi heran gler halaman umah berselerak, surat kat peti pos tak berambil, anak-anak tengah main korek-korek tanah kotor, baju compang-camping, penuh dengan tanah dan kotoran, rambut tak bersikat, tak bermandi.. Masuk ke pintu rumah lagi lelaki tu terkejut.

waaa... mana isteri ku...

Ruang tamu lagi teruk berselerak. Lelaki tu melaung nama isterinya.. Sepi tiada jawapan. Masuk ke dapur, sinki penuh dengan pinggan mangkuk tak berbasuh, periuk tak bercuci, mencari apa yang boleh dimakan tetapi tiada makanan yang dimasak. Masuk ke bilik air, baju belum berbasuh apatah lagi berendam. Lelaki itu cemas mencari isterinya. Dia bergegas ke tingkat atas melihat isterinya terbaring di atas katil sedang membaca buku.

fuuu.. lega..

“Awak sakit ke?” tanya lelaki itu. “Tak lah”, jawab isterinya ringkas. “Kenapa teruk sangat rumah kita hari ni?” Tanya si suami lagi sambil meletakkan tangan di dahi isterinya, kot-kot isterinya demam.“Wahai suamiku, semalam semasa kita bertengkar, abg mengatakan yang saya ini hanyalah suri rumah, duduk di rumah tak sepenat diri abg yang duduk di pejabat, dan abg sering menanyakan apa kerja yang saya lakukan di rumah yang menyebabkan saya merungut kepenatan kadang-kadang..

lelaki tu pun berfikir...

Kalau madam takde kat umah, alangkah tenteramnya hidup ini. Boleh buat ape yang kita suka. Boleh belengkar kat depan TV tanpa sebarang gangguan mental dan fizkal. Pendek kata, FreeDoMmmmmlah!! But hairan bin ajaib, when dia betul-betul pergi meaning “She’s Gone”’ aku plak trasa separuh mati. Sehari dua memanglah shiokkk, no one shouting from the kitchen for help, no o
ne to komen this and that, no one to criticize. Everything will be smooth…

hahaha... takde yg nak marah ku...

Tp masuk hari ketige, I felt something missing. Lebih-lebih lagi bila tuala mandi dah berbau ‘asshemmmm’, tak tau la mana nak cari yang baru. Colgate da nak abis, tak tau kat mana dia stock up. Air suam da habis, malas nk boil… Masuk hari keempat, rindu mula terasa...

Apabila rindu mencengkam, semuanya jadi tak tentu arah. Tengok TV citer best pon jadi tak best. Nasik bungkus feberite jadik tak feberite. Makan kat 5 star hotel jadik rasa macam makan kat kedai AA. Lebih-lebih lagi bila laundry basket da makin bertimbun ngan baju kotor. Toilet dah mula licin berdaki.. Lantai dah berbelak, tak dimop.. Every nite, very the lonely, baring atas katil nengok ceiling blindly.. bila lonely gini, baru lah rasa benar kesepian.

Jangan kata sebulan atau setahun, belum seminggu isteri takde kat umah, aku dah rasa separuh pengsan. Masa ni barulah sedar netapa pentingnya seorang wanita bernama isteri… So guys out there.. jgn buli isteri kite. Kalau boleh, tolong dia buat kerja rumah. Bukan dok depan TV every weekend baca paper. Apa ingat dia tu kuli ker?! Maid ker?!! Kan dia tu bini kita, best fren kita, sweetheart kita.. Ingat duit hantaran yang kita kasik dia masa nikah dulu cukupker nak bayar gaji dia ..................................................................seumur hidup ??? 

ingat balik..

And furthermore, kan sama2 kerja carik rezeki, sama jugak lah buat kerja rumah. Kadang2 bila poket kita sesak, tak ingat ker dialah orang yang paling dekat terdekat kita nak kenyeng-kenyeng duit. Tak kesian ker nengok bini kita? Dah la satu hari keja kat office, balik pulak kena buat kerja rumah lagi… penat tau! Kalaulah aku diberi peluang jadik seorang wanita,… tak rela!!! So to all mums and wives out there, live will be meaningless without You mothers. Uwaaaaaaa!!

SAYANGI LA KAUM PEREMPUAN KERANA TANPA MEREKA ANDA KEHILANGAN SESUATU..
HARGAI MEREKA!!!!!

Dari ilham seorang lelaki.. “ Wanita adalah insan istimewa, biarkan mereka terus membebel, merengek atau mengilai seperti Pontianak. Seburukburuk perangai wanita, ia akan terus melekat di hati kita selagi hayat di kandung badan”

putripuzzle : let me be me

08 September 2010

Keluarga Angkat di Sarawak

Lokasi: Kampung Baru, Samarahan Sarawak
-Since 2006-


Maaf, gambar tak clear.. hp 'cikai'.. Ni gambar last yang diambil masa Semester terakhir di UiTM Samarahan, Sarawak. Entry ni bkn ape, dok asyik tgk gambar lama² terjumpa gambar ni. lagipun hati dan minda mmg selalu terkenangkan mereka.. hmm.tak terbalas jasa mereka ni pada ku, pada kawan² ku (Ayu, Mun, dan Hani) yang juga sama² menumpang kasih sayang keluarga tak kala di perantauan.. Cuti² hari minggu dan cuti semester, kat rumah mereka la kami port. Luangkan masa bersama.. Sangat best.. =)

Suasana kampung kat sana mmg berbeza dari di Kuala Lumpur dan lain² tempat. yang ku masih ingat, tiap hujung bulan hari Jumaat/Ahad ada pertandingan karaoke kat dalam kampung. Bakat mereka mmg best². Semua pun sporting habis. hee.. Nak cerita, mmg tak abis, banyak pengalaman yang ditimba sepanjang berada di samping keluarga ni. Makanan² Sarawak, adat mereka dan lain² lagi. Terima kasih atas jagaan Mak Aini dan Pak Yet.. InsyaAllah, Niz takkan lupakan korang dan jalan ke rumah korang. I'll back.. Hanya doa tanda ingatan tulus ikhlas dari ku buat mereka.

Kepada Adik Ida, Adik Ros dan Atieng.. Belajar rajin², jangan nakal². hee.. Dorang ni pandai² taw. even dok dlm kampung, pelajaran dan didikan agama tetap diutamakan. Lastly, TQ ye adik²~ ajarkan Kak Niz bahasa Sarawak.. hmm..Mek rindu gilak ngan ktorg.. kelak mun ada rezeki, mek fly sinun.. mek embak kitakorg jln² ouk :) InsyaAllah.

putripuzzle : let me be me